Thursday, December 31, 2009

2010

salam alaik..: )

esok 2010..saya rasa ramai yg menyambutnya di KLCC, the curve mahupun di menara tinjau, hulu langat..maaf yerk, saya tak sambut new year..tak pernah terlintas pun..pelik ya, kita mengaku Malaysia adalah negara Islam, tapi kita mengagung2kan sambutan new year..sedangkan sambutan awal muharam hanya ala kadar..

2009..banyak yg berlaku..sudah pasti saya sedih utk meninggalkan 2009..tapi saya teruja menanti 2010..moga yg telah berlaku menjadi iktibar utk masa hadapan..insyaAllah

suka

macam2 perkara gembira berlaku..memperkembangkan ukhwah dgn lebih luas...syukur pada Allah, DIA buka pintu hati saya utk berhijrah..dikit-dikit saya mendaki, agar menjadi muslimat sejati...jika dahulu saya susah utk membaca buku agama, kini buku sedemikian dekat di hati saya. dan bila baca, saya berkongsi dgn anda. supaya kita sama2 dapan manfaatnya. jika dahulu saya amat malas utk bangun malam, alhamdulillah tahun ini saya berusaha membangunkan diri utk qiam. sbb saya rasa tenang mengadu padaNya. DIA adalah kaunselor saya. moga usaha saya istiqamah. moga niat dan hati saya tsabat utk berhijrah..

alhamdulillah, saya berjaya ke phase IIIb junior..masih tinggal setahun (insyaAllah) utk bergelar doctor di dunia realiti..tak sabarnya utk melangkah ke alam pekerjaan...dalam masa yg sama saya berdebar.adakah saya mampu menjadi seorang doctor yang baik...

tanpa sedar juga, saya ada facebook dan blog..saya hanya mengikut arus zaman sekarang..cuma saya berusaha memperingati diri agar facebook tidak melalaikan saya daripada tugas saya seorang pelajar. dulu saya tidak berminat dengan blog. malah tertanya2 kenapa perlu ada blog. dan saya pernah tanya soalan ini kepada sahabat saya.

"menjadi medium untuk berdakwah dan berkongsi. tak salah bukan?"

saya tergamam..maka saya ikuti jejak dia dan anda semua utk berblog..tak salah utk berkongsi bukan?dan tak salah dijadikan medium utk berdakwah..apabila saya menulis dalam blog ini, insyaAllah ada pengisiannya..bukankah menyampaikan ilmu itu satu ibadah? dan apabila sesuatu amalan itu menjadi ibadah, insyaAllah akan ada ganjarannya di sana..dan saya mahu berebut peluang itu..

duka

tahun ini tahun dukacita pada saya. pemergian atuk a.k.a bak dan juga ibu tercinta meninggalkan kesan di hati saya. apatah lagi ibu yg mengandungkan saya, melahirkan saya dan membesarkan saya selama 22 tahun. lama utk saya bangun dari kesedihan ini. lama utk saya kembali menapak dalam dunia ini. menyedari tiada lagi insan bergelar umi di sisi saya.

dan saya bersyukur kerana diuji sedemikian. Allah sayang pada saya, pada keluarga saya. mengajar saya erti sabar menempuhi onak kehidupan. sedihnya sehingga kini masih terasa. tapi cepat2 saya usir perasaan sedih itu..cepat2 saya sedekahkan alfatihah pada yg telah pergi.

dan sekali lagi saya diuji apabila ayah saya masuk A&E beberapa bulan lepas. beban yg lepas masih terasa, dan saya terus diuji. menjadikan saya makin dekat pada Allah. apatah lagi satu keluarga meletakkan harapan ke atas bahu saya membuat keputusan terbaik utk kesihatan ayah. namun saya redha. itulah harga yg perlu dibayar. saya terima dengan redha sbb itu adalah tanggungjawab saya sebagai anak. tak perlu mengeluh. tak perlu utk menidakkannya. kerana Allah tahu yang terbaik utk kita semua.

"farah, kamu dah banyak berubah tahun ini"

saya tergamam. sebab ianya datang dari kawan saya. berubahkah saya? dari sisi manakah saya berubah? katanya, saya makin nampak tertekan tahun ini. banyak air mata yg mengalir..dan kurang senyuman di muka saya. saya terkedu. ada juga yang perasan. terima kasih ya. insyaAllah hari mendatang akan dihiasi dengan senyuman di wajah saya..: )

tahun ini juga saya gagal major exam. kini saya tahu apa perasaan mereka yg gagal. dulu saya hanya mampu menasihati, sbb saya tak pernah merasa. saya tidak salahkan doctor yang menggagalkan saya. sbb dia telah menjadikan saya as a better person. melihat sesuatu dari sudut positive. menjadikan diri saya dan rakan-rakan yang lain lebih rapat, lebih tabah.

tahun ini lebih duka dari suka. tapi saya tidak mahu kenang yg duka2. sbb ianya menjadikan hati saya sedih. saya mahu usir perasaan duka itu jauh2. mahu letak dalam kotak, dan tutup kotak itu rapat2.

dan kini..

saya mahu buka buku baru, lembaran baru..saya ingin lebih beristiqamah tahun ini. ke arah kebaikan, ke arah syurga di akhirat. moga kita sama2 melalui jalan itu..insyaAllah

kongsi dengan anda semua

salam semua...: )

hari ini macam2 berlaku...
kolej takde letrik..
case summary pulak tak siap2 lagi
kelam kabut pi oldtown siapkan case summary
balik2 masih tiada letrik
hanya satu aje penyelesaiannya
balik rumah!! : )

baru je godek2 blog org
dan aku tertarik dgn post ini
blog milik saudari fauzana
dia adalah role model aku
dia adalah prez BADAR bagi pihak muslimat di jasin
jika korunk perasan
lately aku banyak post pasal
ukhwah dan kemaafan
kenapa??
utk renungan bersama
terutama mereka yg punya masalah dgn sahabat anda
apatah lagi
akhir2 ini aku sering mendengar masalah seumpama itu
ini hanya sekadar yg termampu
utk membantu mereka
ganbate!! : )
dan terima kasih kepada blog saifulislam
atas perkongsian post
JADILAH MANUSIA HEBAT

Wednesday, December 30, 2009

dinding yang berlubang

sebentar tadi aku baru je mendengar masalah seorang muslimat...jadi ingin aku berkongsi cerita ini dengan dia dan yg lain..baca yerk...: )

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini? “Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.”

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?” “Maksud ibu?” "Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.

*Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya*, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti? *

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

aku rase mmg sudah jelas kan...
muslimat itu berkata dia susah utk maafkan kawannya...aku paham..sangat2 paham...
aku bersyukur
kerana post aku yg sebelumnya tentang maaf-memaafi
meninggalkan kesan pada dia

dan bila aku baca article ini
sangat2 menyedarkan aku...
supaya waspada pada setiap kata2 aku
pada setiap perbuatan aku
agar tidak menjadi seperti anak itu

benar
minta maaf sangat mudah
tak kiralah secara berdepan atau berkias
korunk pasti tahu ape rasenye bila hati disakiti

bila dah rasa
tanam azam dalam diri
jangan buat pada org lain
sbb anda sudah alaminya

aku bila berjanji
insyaAllah akan sedaya upaya akan tunaikannya
sbb aku tahu apa rasanya
bila janji dimungkiri
sbb tue bila hendak berjanji
ikut sekadar kemampuan kita...

sayangkah kita?

assalamualaikum....: )

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah.Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu.

Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

tersentuh hati saya membacanya..bukan kali pertama membacanya, tapi masih tersentuh...

benar, betapa sayang Rasulullah SAW pada kite semua..tapi sayangkah kita padanya??

mari kawan2...mari amalkan sunnah Rasulullah...jika terlupa, mari sama2 kite saling ingati...

Monday, December 28, 2009

percaya

salam.....

saya pasti anda sudah baca berita ini...hanya sekadar berkongsi...ini saya copy paste dari facebook..datangnya dari syafiqah, adik saya yg saya kenal di matrik....thanks pka...akak sayang anda juga...: )

KANGAR: Hanya tiga jam. Itulah tempoh sempat dinikmati seorang lelaki untuk bergelar suami sebelum menemui ajal dalam kemalangan ngeri apabila kereta dinaikinya bertembung sebuah bas persiaran di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini, semalam.Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini, selepas majlis akad nikah di masjid berhampiran rumah keluarga isterinya, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, di Taman Berlian, Alor Star, kira-kira jam 10 pagi.

Turut terbunuh kedua-dua ibu bapa Mohd Ariff iaitu Apsah Othman, 58, dan Ab Kadir Awang, 55, serta rakan karibnya, Mohd Farhan Musa,18.

Mohd Ariff yang baru saja menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti di United Kingdom, tahun ini, sepatutnya memulakan tugasnya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau, dekat sini, Rabu depan.

~sure,semua orng da baca berita ni..my umi dok menangis dpn tv waktu berita ni keluar..ye..mak saya sgt sensitif ...seperti daku yg sensitive kuasa 26 ni...hihihi....

"umi tak tau apa umi nak buat kalau umi jadi perempuan tu"

sedihkan??jadi isteri hanya untuk 3 jam.....tapi perempuan ni mesti istimewa...SANGAT iSTIMEWA...SANGAT TABAH!...kerana ALLAH TIDAK akan membebani hambaNYA dengn ujian yang dia sendiri tidak mampu...jadi pastinya dia seorang yang sangat tabah dalam hidupnya....sangat kuat semangat..sangat kental...REDHA dgn ujian diterimanya..

saya tak kenal dia pun..tapi saya tau dia mesti KUAT....SUPER KUAT

PERCAYALAH seperti mana saya juga selalu percaya pada takdir

ALLAH SEDANG MENYEDIAKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKMU...

~n to the women yg saya tagged..anda adalah seorang yg kuat n tabah dalam hidup...especially kak farah...i love u......^^

Friday, December 25, 2009

dia istimewa di hati aku

assalamualaikum.... : )

jika post sebelumnya aku bercerita pasal sahabat aku kat indon tue je...kali nie aku nak cerita pasal seseorang pula..dia juga sahabat aku...istimewanya dia di hati aku sama tarafnya istimewanya sahabat aku yg lain...

kami sama2 satu batch kat um nie...bezanya, dia kolej lain, aku kolej lain..malah, org panggil dia lain dari nama sebenar dia...jauh terpesong...jujur aku katakan aku tak kenal dia mase 1st year..huhuhu...aku hanya tahu nama sebenar die mase 6weeks before ke klang..itupun sbb kami satu class di klang...

di klang kami jadi rapat...sedih dia, sedih aku juga....tangisan dia juga menjadi tangisan aku...gelak kami berdua sangat dasat..huhuhu...ade org kate perangai kami lebih kurang sama...cuma dia adalah versi aku yg jauh lebih baik...ego dia jauh lebih tinggi dari aku..melihat air mata dia ibarat menunggu duit jatuh dari langit..huhuhu...ilmu agama dia jauh lebih bagus dari aku...dia tahu bila aku nak marah, bila aku bad mood, bila aku tak betol sket...dan dia sentiasa sabar bila aku mengamuk dan marah....

dia banyak pengaruhi aku dari pelbagai aspek...aku sering menjadikan dia sebagai rujukan terutama bidang agama...alhamdulillah....

benar, ade org bertanya kenapa aku berkawan dgn dia....kenapa aku perlu prihatin pasal dia...ketahuilah bahawa aku tidak punya jawapan utk kesemua soalan itu....sungguh aku bertuah punya kawan seperti dia....aku bukan sahaja berkawan dgn dia, malah aku berkawan dgn keluarga dia juga...

dia suka tgk bulan..apatah lagi namanya bererti bulan...bila marah, dia lebih suka berdiam diri...bila dia tension, dia akan tido lambat..maka akan nampak tanda hitam di matanya...dia suka makan soto...bila dia malas, mmg benar dia malas..jangan dipaksa, kelak korunk yg kecewa...dia ada gastritis...bila sakit perut dia datang, sangat merunsingkan aku...dia juga ada migraine..dia kurang suka pada cake dan coklat...handwriting dia sangat buruk...hahaha...dia tak suke pakai kasut sangat mase wardround..suke benar pakai sandle..dia jenis keras kepala...hati batu...malah dia bukannye jenis tunjuk perasaan dia pada org lain...

aku kagum pada dia....walaupun busy sebagai pelajar, dia masih lagi aktif di kampus...setiap minggu dia ada usrah..hampir setiap minggu juga dia ada meeting...kadang2 weekend dia akan join program di luar..kadang2 aku cemburu pada kawan2 dia...sbb mereka punya banyak masa bersama dia...huhuhu...
kini dia group lain, aku juga group lain...kami jarang berjumpa..jika berjumpa pun, hanyalah di tepi jalan..jarang kami habiskan masa bersama...sbb itu sudah ada jarak antara kami...mmg benar ada konflik berlaku antara kami...adat resam persahabatan..dan aku harap ia takkan memutuskan ukhwah antara kami...aku sangat2 rindukan zaman kami bersama...aku rindukan nasihat dia pada saat aku perlukannya...
ada org bertanya adakah aku menyesal berkawan dengannya....tidak pernah sekalipun aku menyesal mempunyai sahabat seperti dia....

dan dia adalah kamariah ahmat @ mohamad siam..atau lebih dikenali sebagai ary...
terima kasih banyak2 kerana menjadi seorang sahabat yg sangat baik....

kamariah ahmat...punya tempat istimewa di hati sebagai sahabat

saat2 kami meluangkan masa bersama

p/s : bukan mudah sebenarnya utk meluahkan apa yg terpendam apatah lagi dia satu batch dgn aku...tapi ini jujur datang dari hati aku sendiri...

life=pencil

salam n greetings to all... : )

A pencil maker told the pencils 5 important lessons.

1: Everything you do will always leave a mark.
2: But you can always correct the mistakes you make.
3: What is important is what is inside you.
4: In life you will undergo painful sharpening which will make you a better pencil.
5: To be the best pencil you can be you must allow yourself to be held and guided by a hand that holds you.

menarik bukan??.....

setiap perbuatan yg anda lakukan akan meninggalkan kesan pada seseorang ataupun pada masyarakat...jika ianya baik, insyaAllah akan meninggalkan kesan yg mendalam...insyaAllah mampu membimbing ke arah kebaikan...but sometimes marks that we left stay forever..then, how will it be???

inilah datangnya konsep saling memaafi...seperti post yg sebelum ini...saling memaafi sesama insani mendekatkan diri kite pada Allah..menambah taqwa kita padanya...

what is important is what is inside you.....beza kita dan makhluk lain di muka bumi ini adalah akal...akal dianugerahkan kepada kita agar kite dapat berfikir secara waras...think before you act...think before you speak..seperti pepatah melayu ; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya...

hidup kita ada pasang surutnya...Allah tidak menguji hambanya melainkan mengikut kemampuan hambaNya...kesusahan mengajar erti sabar dalam hidup..kegagalan mendorong kite lebih berusaha pada masa hadapan...setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya...menjadikan kite as a better person...setiap musibah yg melanda, terima dgn hati yg terbuka..lapangkan dada anda...banyakkan senyum...seperti sabda Rasulullah, senyum itu satu sedekah...jika anda senyum, kelak orang di sekeliling anda tersenyum..then, anda pasti berasa puas sebab mereka tersenyum..insyaAllah makin berganda pula pahala anda...: )

allow yourself to be held and guided..alQuran itu adalah pembimbing kite sepanjang hayat...bacalah dan hayatilah kandungannya...sunnah diamalkan....macam kapal belayar di laut...macam kite nak daki gunung...macam korunk nak pi umah aku..hehehe...mesti kene ade direction kan??kalo tak, sure ade yg tersesat pi mane2 ntah..hehehe...so same macam dgn hidup kite nie...menuju ke syurga ada panduannya...ada pathwaynya...kawan disekeliling juga memainkan peranan...kawan kita adalah cermin diri kita...hulurkan tangan utk saling membantu, saling mengingati....

pernah main tarik tali???pernah tgk org main tarik tali??mesti pernah bukan...utk menang, satu kumpulan perlu ada stratergi..jika ada seorang ahli kumpulan yg terjatuh, maka ahli lain akan sedaya upaya utk compensate hingga dia bangun semula...berjuang habis2an sehingga menang...main tarik tali bukan mudah...percayalah, aku pernah main di jasin..huhuhuhu....namun bila menang, tak dapat dibayangkan perasaannya..bersorak gembira satu pasukan.....cuba apply dalam kehidupan...kite saling memerlukan antara satu sama lain..contohnya...kite amalkan sistem piramid utk sampaikan msg...jika salah seorang tak hantar, so org kat bawak sure tak dpt msg tue...each of the member kenelah responsible utk hantar msg tue..supaya semua org tahu....jika kawan kite alpa, kite ingatkan...jika mereka salah, kite tegur..cuma tegur hendaklah berpada dan berhikmah..

kesimpulannya...life=pencil...jgn nampak di luaran sahaja, cuba lihat dari sisi yg berbeza....

if u leave a good mark on others, it will stay forever~~
if u leave a bad mark on others, it will fade away when the other person learn how to forgive and forget~~
if u leave a good mark on urself, it will bring forth all the goods in you and motivates u to get going~~
if u leave a bad mark on yourself, it will hinder ur path, it will haunt u every moment, it will bring u down, it will pull u when u wanna rise~~~
if that happens, ask forgiveness from God, and learn how to forgive youself..then open a new sheet....

Thursday, December 24, 2009

bermaaf-maafan



“…Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. ” (Al-Baqarah : 237)


mudahnya kite melukakan hati orang lain
tapi tak mudah utk kite
melafazkan kata-kata maaf

dosa pada Allah
kite bertaubat nasuha
insyaAllah berkat istiqamah
Allah menerima taubat kite

dosa pada manusia
jauh lebih menakutkan
jika org itu masih hidup
insyaAllah kite masih boleh meminta ampun
andai org itu sudah tiada
maka tak terampun dosa kite pada dia
kelaknya nanti
akan ditanya Allah di akhirat kelak

seelok2nya
baiklah kita semua saling memaafi
supaya hati kite tenang dan aman
bukankah perbuatan memaafi itu
membawa diri kite dekat dengan Allah??

Wednesday, December 23, 2009

sedih dia, sedih aku juga

assalamualaikum... : )

ketika ini aku sangat2 letih...badan pun rase cam sengal2...bile terlalu letih, sukar utk lelapkan mata...seperti biasa, aku tros menatap laptop..ini adalah one of the few things barang yg paling aku sayang selain motor suzuki tue, jam tangan dan hp aku....

saat ini...tetiba aku teringat sahabat aku..sape2 yg perasan, aku slalu mention nama farina...malah ade satu post khas utk dia..sbb aku sangat2 sayangkan dia...

weekend lepas tergerak hati aku utk check blog thru hp...nyata, dia ade masalah...masalah dia, biarlah menjadi rahsia kami berdua...sedih dia adalah sedih aku...malah mengalir air mata aku bila mengenangkan dia bersendirian di sana berdepan dgn masalah dia...gembira dia juga adalah gembira aku....

dia adalah seorang sahabat yg sangat2 baik..sehingga aku rase dia terlebih prihatin sehingga lupa utk prihatin pada diri sendiri...dia sanggup memendam rasa daripada menyakiti hati kawan2nya..dia juga selalu mengalah pada setiap perkara...dan itulah menjadikan dia unik di mata aku...sahabat aku..insyaAllah dunia akhirat....

tidak bermakna aku tidak menghargai sahabat2 aku yang lain...bila bersahabat, aku akan cuba utk menjadi sahabat yang baik...

malah aku beruntung mengenali seorang sahabat di UM yg sentiasa mengingatkan aku pada Allah...mengenali dia sedikit sebanyak mengubah diri aku....ke arah menjadi muslimat yg terbaik...tapi bagilah aku masa utk sembuh dari luka lama...pedihnya masih terasa hingga aku terasa ingin menangis...salah aku juga kerana meletakkan sepenuh kepercayaan aku terhadap dia...nasihat aku kepada kwn2 semua....hargailah kepercayaan yg diberi oleh seseorang terhadap diri kite

jujurnya, aku tidak tahu malah rasa kekok utk berdepan dgn dia...jujurnya hati aku akan berasa sedih bila teringat semula...aku amat sayangkan persahabatan ini..namun andai berdiam diri adalah yg terbaik, maka aku redha...

sabda Rasulullah SAW :
"Tidaklah seseorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan, melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya"

"Jika Allah menyukai seseorang hamba, Dia akan memberikan dihatinya suatu kesedihan yang amat mendalam. Bila Dia membenci seorang hamba, Dia akan menjadikan dalam hatinya seruling kesenangan"

dan ingatlah sentiasa wahai sahabatku

"Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebagai sebaik-baik Pelindung" [ al-Imran : 173 ]

"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu" [ al-Baqarah : 152 ]

Tuesday, December 22, 2009

redha Allah dalam cinta kita


“ akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya” , “ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana” , “ana uhibbuka fillah” , “ana uhibbuki fillah” , “ salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih?” , “mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..

Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.

Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu apakan tajuk artikel ini perlu diposting. Tetapi, melihat kepada kondisi yang sedang berlaku khasnya kepada mereka yang berstatus ‘aktivis dakwah’ atau ‘orang persatuan’ , maka saya beranikan diri menulisnya. Dengan bahasa yang santai dan bersahaja, mudah-mudahan artikel ini bisa mengetuk kepala dan hati kita bersama yang ‘degil’ dan tak faham-faham.

Cinta : Antara Fitrah & Nafsu.

Orang yang menolak cinta adalah orang yang sedang sakit. Cinta adalah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua manusia. Jika haiwan yang tidak beraqal itu pun dikurniakan perasaan cinta, maka mana mungkin manusia yang diberi aqal, agama, roh dan nafsu ini tidak diberikan nikmat cinta. Isunya sekarang, bagaimana cinta itu dilaksanakan agar bertepatan dengan kehendak Allah ? Kita bukan haiwan yang bisa membuang najisnya sesuka hati tanpa mengira tempat.

Maka, begitulah cinta tidak boleh sesuka hati dicampak atau diguna semahu mungkin tanpa aturan yang sihat.

Sejarah telah menunjukkan betapa agungnya cinta antara Nabi dan para sahabat, antara Ansar dan Muhajirin, antara nabi dan ahli keluarganya dan sebagainya. Semuanya atas keperluan dan ikatan ‘aqidah Islamiyyah.

Inilah orang yang bercinta…

Seorang lelaki sudah tentu mencari perempuan dan perempuan sudah tentu mencari lelaki. Jika selain itu yang dicarinya, sohih orang itu sedang tenat dalam dunia yang terbalik. Namun, dalam pencarian ini, Allah menetapkan kaedah, cara atau system yang sangat baik walaupun mungkin ianya bertentangan dengan nafsu yang sering memberontak dan membangkang.

Apabila perasaan perlu kepada ‘si dia’ itu hadir, maka kita akan melihat seorang yang layu bertukar menjadi gagah, yang penakut menjadi pemberani, yang bakhil akan menjadi pemurah, yang bodoh Nampak semakin pintar, yang gagap berbicara menjadi lincah dan fasih menyusun kata, yang buruk menulis menjadi hebat menulis..itulah situasi orang yang sedang dilanda badai ‘saling memerlukan’…akhirnya, muncullah dorongan perasaan untuk tampil super dihadapan sahabat dan teman..

Saat sudah kemaruk itu, yang buruk nampak baik..yang busuk tercium wangi..yang nista terdengar mulia. Jika ada yang berani menyebut ‘si dia’ itu begitu dan begini, maka kita sanggup menjadi pemidato hebat mempertahankan ‘orang itu’. “anta mana tahu, ana dah lama kenal dia tau!"..

Yang terjadinya begini kan…

Setiap hari jika ke kuliah, tidak bertemu atau bertembung ditengah jalan, rasa sakit habis satu badan. Jiwa tak tenteram, kepala senak, rasa tak sedap duduk…yang pasti mesti perlu jumpa juga ditengah-tengah jalan sekalipun..dapat tengok wajah pun kira baiklah..muncullah ungkapan “inilah cinta abadi antara kita berdua”..ye lah tu…Cinta abadi? Padahal sebabmu hanya kerana kecantikan yang fana’, kekayaan sementara atau perangai sandiwara.. Biasanya jika tidak bertemu, rasanya ada sesuatu yang hilang dan harus segera dicari. Ada kekhawatiran yang berlebihan dan keinginan yang kuat untuk bersua jumpa atau paling kurang tahu kondisi..”sihat ke hari nih?”..emmm

Kalau tidak berhubung mungkin akan putus silaturrahim, putus ukhwah..tu lah ayat-ayat yang biasa dijadikan alasan..

Kita sering kata cinta kerana Allah. Buktinya saling masihat menasihati dalam kesolihan. Tetapi tanpa ikatan apapun, kita memberi perhatian khusus pada sebuah nama. Tidakkah kita terfikir bahawa yang harus dicintai kerana Allah banyak jumlahnya? Tidak hanya dia seorang.

Pengkhususan adalah pemfokusan jaring pesona yang berbahaya.

Saling memberi nasihat dan tazkirah satu sama lain, saling memberi hadiah buku penyucian hati, kaset nasyid dan murattal..tetapi ternyata merosak hati..bukan itu yang kita inginkan..

Ketika mula hati terdetik ingin bercinta, maka pandangan pertama seringkali berhulukan kesolihan, kemuliaan akhlak dan kesamaan visi dalam dakwah. Biasa dengar ucapan ni kan…

Biasanya bila sudah berhubung, maka timbullah perasaan keinginan untuk saling memberi perhatian, sekadar memahami atau bahkan berusaha memberikan protect agar si dia sentiasa dalam kesolihan..ehem..

Kadang-kadang sampai ada yang berpesan: “ukhti, tolong tengokkan dia ya, dijaga, diperhatikan dan dinasihati agar tetap istiqmah dijalan dakwah..

Jujurlah! Ini cinta atau nafsu???

Bentuk hubungan yang lepas dari nilai-nilai syar’ie, tidak pernah ada cinta. Yang ada hanya nafsu dan zina dengan segala topeng yang mungkin sulit dikenali kecuali orang yang berhati jernih yang siap menerima kebenaran..

Ketika solat kita kerana dia dan bukan Dia. Ketika tahajud kita kerana takut besok ditanya oleh dia. Ternyata puasa sunat kita pun kerana dia juga. Kita jadi pemberani dan jagoan pun kerana dia dekat dengan kita. Kita jadi rajin belajar kerana dia. Astaghfirullah..kalau semua kerana dia dan untuk si dia, yang kita simpan untuk bekal akhirat apa?

Cinta yang bersih…

Islam memposisikan segala sesuatu dalam posisinya yang pas dan mententeramkan. Kita tidak menemui perintah bahkan terlarang untuk membunuh cinta dan hawa nafsu dengan meRahibkan (ahli ibadah) diri.

Cinta kita tidak keluar dari kerangka cinta suci Ilahiah bahkan menjadi pembangun kebersamaan dalam kesolihan.

Sebuah solusi bagi cinta dan syahwat adalah pernikahan. Iaitu sebuah ikatan yang menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Sebuah ikatan yang menjadikan apa yang sebelumnya dosa sebagai pahala.

Jika kemampun memang belum hadir, maka keinginan dan niat suci tetap harus ada. Jika tidak, maka kita mungkin termasuk dalam salah satu golongan yang disebut oleh Imam Ahmad bin Hanbal:
“ Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinan: banyak bermaksiat atau diragui kejantanannya ! "

Kata Dr.Ali Akbar “apabila seorang pemuda mengucapkan ‘aku mencintaimu…’, tapi sebenarnya berbunyi ‘aku ingin berzina denganmu..” buktinya..zina tangan..kaki..mata..tangan anda..
Jangan kalian mendekati zina.apa maksudnya? Jangan melakukan zina sahaja atau semua jalan-jalan yang menuju kearah zina???

Inikah cinta kita??? Merosak niat, konsentrasi ibadah, atau sampai tidak ada bedanya dengan para remaja lelaki dan wanita sekarang, maka ada sesuatu yang harus diluruskan.
Kita pengecut, masih takut-takut untuk menanggung beban hidup berumahtangga. Dan disebaliknya, kita begitu licik bersegera untuk menikmati sisi-sisi indah dalam hubungan dua insan. Benar-benar pengecut!

Kita mencicipi manisnya tebu cinta yang belum sah untuk dirasai dan tak bisa menanamnya kembali untuk masa depan yang terbentang di depan kita.

Kata Ust Anis Matta: “ selama pacaran, mereka berfikir sedang berusaha untuk saling memahami..hakikatnya bukan itu yang terjadi…kenyataannya mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyebunyikan diri masing-masing. Mereka sedang membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut bila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan..”

Sayang sekali, yang dibangun bukan perbaikan diri, tetapi ‘proses penopengan’ diri.
Kita beza waktu di dekat dengannya, namun beda pula bila berada sendiri dirumah. Ini lah yang bahaya untuk perkembangan keperibadian kita.

Sering kita mengadu masalah dengan dia, baik kecil atau besar. Tapi mengapa ya, sampai sesetia itu bantuannya walaupun masih tidak ada ikatan? Bersiaplah untuk anda menjadi orang yang tidak mampu selesaikan masalah jika semua perkara, anda gantungkan padanya. Ketergantungan itu merbahaya!

“terimalah aku seadanya…”akhirnya kita melaju berpacaran dengan ‘saling memahami’. Kerana keterbukaan, mengharuskan kita untuk saling menumpahkan keluh kesah, mencurahkan isi hati, dan memberi perhatian. Untuk apa diadu masalah padanya?

Ust Fauzil ‘Adhim: “ cara untuk belajar menjadi isteri yang baik hanyalah dari suami. Cara untuk menjadi suami yang baik hanyalah melalui isteri. Tidak bisa melalui PACARAN ! Pacaran hanya mengajarkan bagaimana menjadi pacaran terbaik, bukan suami atau isteri terbaik..”

Pacaran sudah merasai bumbu (penyedap) yang seharusnya mereka gunakan untuk menyedapkan kehidupan rumahtangga. Saling mencurahkan, berbagi, meredakan kegelisahan, memberi perhatian…semua sudah..pandangan kasih nan sayu, kerapatan fizikal, sandaran, singgungan, sentuhan mesra….semua sudah buat. Apa lagi nikmat yang ada yang perlu disyukuri selepas pernikahan?

Kalau anda menikah dan pernah pacaran, anda akan membandingkan pacaran dengan pernikahan. Dan pasti pacaran itu lebih indah kerana pacaran memang mencari yang indah-indah sahaja. Apa lagi yang ada?

Ketika pacaran, anda hanya melihat kebaikan sahaja pada si dia. Maka bila berkahwin, anda akan membuat perbandingan antara isteri anda dengan pacaran anda dulu sebab anda pernah melihat sifat baiknya sahaja.

Cinta tidak lagi menjadi energy yang mendorong produktivitas amal dunia-akhirat, tapi menjadi beban yang memberati jiwa untuk bebas berbakti.

Mudahnya kita bisa mengatakan bahawa kita mencintai dia kerana Allah semata. Betapa ringan kita menulis “uhibbuki fillah ya ukhti”…akhi/ukhti..aku mencintaimu kerana Allah..akhi/ukhti…

Bandingkan jika engkau mengucapkan cintamu sekarang (belum masanya), tetapi Allah tidak mengkehendaki dirimu dengannya, bukankah hanya sakit yang kau rasa?

Engkau meyakini sepenuh hati bahawa Allah pasti jodohkan dia dengan engkau, lalu bukannya meminta yang terbaik dalam istikharahmu, tetapi benar-benar ‘menyuruh’ Allah. Pokoknya, mesti dia Ya Allah..pokoknya harus dia..! maka engkau meminta dengan ‘paksa’, lalu Allah bagi juga pada mu. Maka yakinkah kamu Allah memberikan dengan kelembutana atau melemparnya dengan kemarahan kerana niat yang terkotori. Maka siaplah untuk menggigit jari!

Cinta yang sihat mendidikkan kecerdasan, kematangan emosi, ketenangan hati dan kedewasaan berfikir. Ia mengajarkan kesabaran menahan syahwat, atau membingkainya dalam ikatan suci yang diredhai Allah.insyaAllah.

Cinta yang tidak sihat hanya akan melahirkan insan yang tidak lagi khusyu’ kerana hati mengingati kekasih. Mata yang mencuri pandang atau pun saling menatap.

Sekecil manapun pelanggaran itu, ia tetap menjadi identiti keberdosaan.

Muhasabah

Baik, selesai sudah entah berapa banyak nikmat berpacaran sebelum pernikahan itu kita lalui dan lazimi. Jadi, apa yang tinggal sekarang? Di mana nikmat yang Allah janjikan akan lebih baik, penuh kebahagian, keseronokan tersebut pada saat hubungan haram bertukar menjadi halal dengan nama ‘pernikahan’ itu, jika semua telah dilakukan seenak-enaknya sebelum berlaku pertalian halal tersebut?

Anda telah bermesra-mesraan sekian lama sebelum itu, jadi dimana lagi kemesraan selepas perkahwinan? Anda telah merasai nikmat saling pujuk memujuk sebelum itu , jadi dimana lagi nikmatnya selepas pernikahan? Anda telah merasai suasana saling berkongsi-kongsi cerita bahagia dan derita, maka apa lagi yang anda mahu sampaikan pada teman hidup anda itu selepas perkahwinan? Habis, mana nikmatnya semua itu setelah anda habiskan sehabis mungkin sebelum pertalian halal dengan jalan yang penuh dengan liku-liku dosa? Fikirkanlah….

----------------------------------------------------------------

aku sedar..
dengan postkan entry yg sebegini panjang
cuma copy paste
pasti ade yg tidak membacanya
jika ada yg membaca...
alhamdulillah..terima kasih banyak2

dan aku sedar
dengan entry yg sebegini rupa
pasti akan mencebik muka
tak juga memendam rasa
maaf kawan2

sbb aku sedar
kite hidup bermasyarakat
harus saling mengingati
bukankah aku pernah cakap
dakwah itu t/jawab masing2

mahu comment...aku akan cakap no comment
sebab aku takut utk komen
aku akan lukakan ramai pihak
apatah lagi ada yg jelas di depan mata
tapi bukan bermakna aku akan berdiam diri
lantaran post sebegini
menjadi medan aku

aku takut wahai kawan2ku
andai diri aku tak ubah seperti
mereka yg hanya bercakap tapi tidak amalkannya
maka aku mohon
marahlah aku
tegurlah aku

the mayonnaise jar and 2 cups of coffee


salam n greetings to all...

do you like coffee?? i do : )......cant live without it..huhuhu..and why im asking you?? here is the story about coffee..read it, enjoy it k..: )

When things in your life seem almost too much to handle, when 24 hours in a day are not enough, remember the mayonnaise jar and the 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him. When the class began, he wordlessly picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students if the jar was full. They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students respon ded with an unanimous ‘yes.’

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar effectively filling the empty space between the sand. The students laughed.
‘Now,’ said the professor as the laughter subsided, ‘I want you to recognize that this jar represents your life. The
golf balls are the important things—your family, your children, your health, your friends and your favorite passions—and if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, your house and your car.

The sand is everything else—the small stuff. ‘If you put the sand into the jar first,’ he continued, ‘there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff you will never have room for the things that are important to you.‘Pay attention to the things that are critical to your happiness. Spend time with your children. Spend time with your parents.. Visit with grandparents. Take time to get medical checkups. Take your spouse out to dinner. Play another 18. There will always be time to clean the house and fix the disposal. Take care of the golf balls first—the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand.’

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented. The professor smiled and said, ‘I’m glad you asked.’

The coffee just shows you that no matter how full your life may seem, there’s always room for a couple of cups of coffee with a friend.

nice huh??
prioritize your needs..your aims...
and as a muslim...
of course our main priority is
Allah swt..: )

Sunday, December 20, 2009

jauh dan dekat

aku hairan
bagaimana blog mendekatkan
dan juga menjauhkan kite semua
macam mana mahu dekat
andai kite memang sudah jauh???

Thursday, December 17, 2009

selamat menyambut awal muharam

salam alaik...: )


Doa Akhir Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dan semoga rahmat dan salam terlimpahkan kepada junjungan kami dan tuan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabat baginda
Ya Allah,
Larangan apapun dari-Mu yang telah kulakukan pada tahun ini
Sedang aku tidak bertaubat darinya
Dan Engkau tidak meredhainya,tidak melupakannya
Dan Engkau bersikap penyantun kepadaku meski Engkau berkuasa untuk menghukumku
Dan Engkau telah menyeruku untuk bertaubat sesudah aku berani berbuat durhaka kepada-Mu
Maka sesungguhnya sekarang aku memohon ampun kepada Engkau
Ampunilah aku

Dan hal-hal apapun yang Engkau redhai yang telah kulakukan pada tahun ini
Dan Engkau telah janjikan pahalanya kepadaku
Maka aku memohon kepada Engkau,ya Allah
Wahai Yang Maha Mulia
Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaaan
Sudilah Engkau menerimanya
Dan janganlah Engkau putuskan harapanku kepada-Mu
Wahai Yang Maha Mulia

Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam-Nya kepada junjungan kami Nabi Muhammad juga kepada keluarga dan sahabat baginda.
Perkenankanlah doa kami,ya Rahman.
_________________________________________________

Doa Awal Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dan semoga rahmat dan salam terlimpahkan kepada junjungan kami dan tuan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabat baginda
Ya Allah,Engkau Yang Maha Kekal,Maha Terdahulu lagi Maha Awal
Dan berkat kemurahan-Mu yang besar serta kurnia-Mu yang menjadi sumber segalanya terjadi
Dan kini tahun baru telah tiba
Pada tahun ini kami memohon kepada-Mu agar terpelihara dari godaan syaitan,para penyokongnya,dan bala tenteranya
Dan kami memohon agar terpelihara dari hawa nafsu kami yang selalu memerintahkan berbuat keburukan
Dan kami memohon semoga Engkau menjadikan diri kami disibukkan dengan hal-hal yang mendekatkan diri kami kepada Engkau dengan sedekat-dekatnya
Wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan
Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang di antara para penyayang

Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam-Nya kepada junjungan kami Nabi Muhammad juga kepada keluarga dan sahabat baginda.
Perkenankanlah doa kami,ya Rahman.
..................................................................................

moga dilimpahi rahmat dan berkah daripadaNya

moga amalan dan iman bertambah selari dgn usia

moga hari mendatang lebih baik dari semalam

moga hati ini diberi kekuatan menempuhi dugaan mendatang...


Wednesday, December 16, 2009

tolong ingatkan saye yerk

Assalamualaikum sahabat-sahabatku…: )

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlah dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya..

p/s : syuuhhh...pergila perasaan sedih ini...moga hati aku kebal dan keras...

Monday, December 14, 2009

zaman sekolah saya

salam n greetings to all...

hanya beberapa minit lagi saye oncall
tak mahu buang masa
lantas capai laptop
mahu berkarya...huhuhuhu
tgh hari tadi
terkenang zaman sekolah..zaman dulu2
sbb terpandang bdk sek di 12th college
so nak imbas zaman dulu2 bley??

mase sekolah rendah
mmg blurr semacam..
maen je tahu
pi sek rendah, sambung sek agama
maen hide n seek, batu seremban, kejar2, konvoi beskal satu taman
pi ngaji..pastu tuisyen
pergh....rindunye zaman nie..esp bab2 maen..hehe

lower form plak
yayasan klang sek convent
tak sampai sebulan pun..
lari pi maahad hamidiah kajang
tak sampai sebulan gak
ayah soh pindah mrsm pdrm
waaa....makin jauh...sob2

zaman kat mrsm pdrm
gile skema aku...
tak penah langgar disiplin..
mmg baek gile...
pengajaran yg aku dapat kat sini
mase exam make sure tido cukup
sbb aku tertido mase exam sains form 2
akibatnya
dpt C...teringat muke cikgu hafizah...

zaman mrsm jasin pulak
terkenal dgn moto
we are the best, we lead the rest
mmg best
kagum dgn dr. fatanah as pengetua
dpt pulak mak homeroom hajah noorliza..huhuh
macam2 berlaku
paling best homeroom aku sambut besday
kat dewan laksamana yg besar gile tue
habes kotor kami buat
campak cream cake kat semua org..best2
malam2 lepak kat meja bulat
dgn farina sambil minum milo
paling tak bestnye
aku dan bestfwenz bergaduh
alhamdulillah kami sudah baik sekarang...


zaman matrik
aku sangat2 suke..maaf yerk farina..
gile sangat2 aktif kat matrik
sampai merisaukan cikgu noer
siap kene warning tumpu pd pelajaran
sayang sgt pd prd
stay up sampai pagi..kan biat??hehe
wat aktiviti itu..pi sana pi situ
mmg best...dan mase prog anak angkat
aku knal jashimah...huhuhu
lepas kuar pun
masih aktif alumni
cuma sekarang dah tak aktif sbb busy
sekadar hanya memerhati..
zaman UM plak macam mana??just wait n see

macam-macam mahu cerita part 3..yg last punye..hehe

salam n greetings to all...: )

di hati niat utk study...
penuh semangat selak helaian note..huhu
tak sampai separuh pun...dah terhenti...: (
godaan internet lagi maha dahsyat...+ laptop depan mata

google punye google...
akhirnya aku tertarik dgn article nie...
Mahalnya HidayahMu ya Allah...http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1341
article nie mmg dalam collection aku pun
selamat membaca!! : )

baru2 ini
aku dan kawan aku berdiskusi..huhuhuhu
pasal macam2
jodoh, cinta, dakwah dll...
banyak2 perkara
hanya satu yg menarik perhatian aku
"aku takut nak tegur org sbb kadang2 aku pun buat juga"
hurm
jika semua org berfikiran sebegitu
rasanya takkan sape2 akan tegur salah silap kite yerk
sbb kite bukan manusia sempurna, bukan maksum
kite perlu tegur
jika tidak sape lagi yg nak ingati kite kan...
bile dah tegur org lain
ibarat tegur diri kite juga
kite sama2 jauhi perkara tersebut..
jgn pulak syok sendiri...
jgn kite letakkan urusan dakwah itu
di bahu segelintir org seperti ustaz2, para ulama' dsbg
sbb itu adalah t/jwb+amanah kite semua

satu lagi
bile nak nasihati org
kite perlu berhemah
jgn gune bahasa kasar, marah2
kelak nanti
usaha berdakwah tak dapat..sbb sape suke org tegur kite tak berhemah kan??
dosa sesama manusia plak kite dpt..kerana sakitkan hati die...

then, aku google2 lagi...
bace pulak satu article nie...
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2085
tentang gurau senda..huhuhu
aku tau korunk suke gurau senda kan
sakat menyakat org nie
sbb aku pun suke gak..huhuhu
bile pikir balik
mesti ramai yg hatinya tercalar
disbbkan gurauan + sakatan aku kan..
dengan rase rendah dirinya
aku mintak maaf kepada semua..
maaf andai gurauan aku selama ini
pernah mengguris hati anda.....

Friday, December 11, 2009

macam-macam mahu cerita part 2..hehe

salam semua : )

part 2 pulak yerk....

1. pagi tadi presenter tak datang tanpa notis mahupun sms....kelam kabut semua org clerk patient..btol2 sangat kelam kabut...sudahle patient itu patient aku...semua berada dlm keadaan marah pada presenter...sekurang2nya bagila sms awal2 supaya kami bersedia...kagum kepada group leader sbb die ttp maintain cool...mujur clerking note agak complete...alhamdulillah, Prof J tak marah...dan kami berjaya belajar camne nak wat physical examination for UV prolapse..

bila sampai bilik, aku mula berfikir kenapa presenter tak hadir...alhamdulillah jawapan sudah diberi...die kene panic attack..sbb die mmg kene present hari nie..cuma patient itu dijadualkan masuk OT pagi ini...so, die sudah tiada patient dan masa pula sangat singkat...kami ada ward round pada jam 9 dgn prof Eugene diikuti dgn prof J....ini membuatkan aku berfikir...kami tidak patut marah pada dia...dia sudah minta maaf dan bagi reasonable alasan..cuma, lagi elok jika dia bgtau kami awal2...takpela, isu itu sudah terjadi...moga ini dijadikan pengajaran kepada semua...responsibility yg diberi harus dipikul dgn sebaik2nya...sbb tiap steps yg kite amek akan dihitung di akhirat kelak...

2. petang ade tutorial contraception & sterilization presented by qayyum dan zarina...dr si lay banyak berkongsi pengalaman...ini adalah the best tutorial we had for this posting...congratz to them...semua equipment psl contraception diaorang bawak...make it more fun.....gelak pun banyak..

3. aku baru je balik dari mid tgk malay movie...santau tajuknya...mmg best...inilah satu2nya malay movie yg membuatkan aku nauseated....mujur tak vomit...dahle rummate aku, ijan balik umah..jika malam ini aku mengigau....confirm aku carik kamariah ahmat a.k.a moyang aku....huhuhuhuhu....

4. baru aku sedar hari nie selangor cuti rupanya..thanks kepada biat kerana ingatkan...hehe...sepatutnya hari ini aku berada di gopeng, perak dgn hajat melawat cikgu noer di sane bersama biat...tetapi terpaksa dibatalkan sbb biat kene teman uminya ke setiawan marking paper...dan class aku plak penuh tiba2 from 9-5pm..huhuhuhu

5. weekend nie confirm tanpa ragu2 aku balik umah....sbb dah lame tak spend my time dgn mereka semua...dah lame tak join dinner same2...lagipun nak join discussion psl destinasi yg bakal dituju utk tahun depan....hehehe...seronok2....tahun ini kami pergi cherating, sabah dan cameroon highland...tahun depan??tunggu dan lihat...hehehe

part 3???bile aku ade idea yerk...: )

Thursday, December 10, 2009

awas!! hanya merepek....hehe

salam alaik... :)

1. Prof Eugene suruh kami semua tgk tv pasal pengacara/host n newsreader...observe bagaimana mereka menarik perhatian penonton supaya menonton tv show mereka...then, apply it in long case...wah, bley tgk tv nie...:)

2. Prof J suruh kami semua oncall...mengingatkan kami sebagai medic student a.k.a future doctor..responsibility amat penting...setiap nyawa amat berharga...we as a doctor just a healer...yg menentukan ajal maut itu Allah....jika Allah berkata kun fa yaakun..maka, jadilah tanpa lambat sesaat pun...

3. aku tgh berusaha utk merajinkan diri...prepare myself utk end of posting next week..rasanye dah berkarat kepala otak nie...haishh...kene brainwash nie....juga tgh berusaha menyiapkan case summary...mahu tolong??amat dialu2kan...hehehe

4. 2009 kian melabuhkan tirainya...tak sabar rasenye ingin melangkah tahun baru...selamat tinggal 2009...many things happen...apa yg berlaku, moga dijadikan pengajaran...seperti kata2 cikgu fizik/sains mase kat pdrm, cikgu Anuar..let by gone be by gone....amek yg jernih dan buang yg keruh..tak kira dari segala aspect...sebagai manusia biasa, kite kerap melakukan kesilapan..namun jangan sehingga kite mengulangi semula kesilapan...seorang atlit akan berkata...records are made to be broken....tapi bagi saya, kesilapan dibuat utk kite belajar..

5. persahabatan yg lebih baik, adalah persabatan yang membenarkan kite terbang tinggi....quotation from dunia baru the movie....

6. dalam koleksi, ada 10 buku pelbagai genre yg masih tidak terbaca...nampaknye hobi suke membaca kian luntur dek menghadap buku medic sahaja...sebab aku suke membeli buku...dan tempat kesukaan utk menghabiskan masa adalah di MPH di mid, borders di garden dan kedai buku di amcorp...suke bau buku baru...dan juga suasananya...amat menenangkan...anda bagaiman??

7. pokoknya, masing2 punya agenda masing2....isikan masa anda dengan sebaik2nya...supaya bila dikenang semula, anda berasa puas...

Wednesday, December 9, 2009

apa kata mereka dan anda

ORANG KATA .....
enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah.

MAK KATA ....
orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA .....
exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study ..... past year papers .. etc .. etc .. etc ..

MAK KATA .....
exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA .....
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!

MAK KATA .....
setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA .....
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ...... baru hati puas!

MAK KATA .....
ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... successful people have a good time management, ada bisnes di KL, New York, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

MAK KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......

p/s: tetiba rindu pulak pada mak aku...alfatihah...jika saat ini korunk dah lame tak tepon mak bertanye khabar, teponlah skang...sbb ketahuilah, kehilangan itu...amat2 perit utk ditelan

macam-macam mahu cerita

salam...

routine aku setiap pagi
amek air panas kat water cooler
bancuh nescafe
sambil tgk menara TM dan langit

pagi pi class/clinic/ot/ward
petang semalam aku n kwn2
maen bowling
maaf, score tak bley bgtau...sbb banyak kali masuk longkang..hehehe

malam pula
aku berada di study room
bersama kawan aku
wat case summary+bersembang+berinternet

sambil2 itu
aku surf internet
berfacebook+berym dll
akhirnya aku ingin berkongsi dgn anda semua

wahabi vs bida'ah
http://saifulislam.com/?p=7219#more-7219
sibuk diperkatakan sekarang
ekoran penangkapan ust asri
sesiapa yg tidak tahu bezanya
bacalah article ini...
terima kasih kepada saudara haziq
menerangkan kpd aku n kak syu

nur kasih
drama melayu yg paling mendapat sambutan
jangan hanya tengok sahaja
mari tafsir maksud tersirat disebalik pembikinannya
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2093
benar
jika ingin berubah
syaratnya diri sendiri!!!!

dan akhir sekali..
sekarang aku tgh layan lagu ini
dan ingin berkongsi kepada semua
maaf, aku tak dapat nak download kat blog ni
korunk downloadla sendiri yerk
http://www.topliriklagu.com/tuhan-lirik-lagu-penyanyi-artis-wali-band.htm
ade sekali dengan liriknya
dengarlah lagu ini
cara berdakwah itu terbentang luas
sesuaikanlah dengan peredaran semasa

dan terima kasih kepada kawan aku
kerana menyedarkan diri aku
betapa hipokritnya diri ini
hanya pandai berkata-kata
tetapi tidak melaksanakannya

aku tidak suka
sbb aku sangat tidak suka pd mereka
yg bersikap begitu
maka wahai diriku
elakkan dirimu jadi seperti mereka

Friday, December 4, 2009

surat untuk korunk..hehe

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..

Sahabatku,

Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.

Sahabatku,

Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sahabatku,

Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku,

Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.

Sekian dariku.
Sahabatmu,Al-Mukhlisah.

p/s : ihsan dari www.iluvislam.com ...best2.... nie ditujukan khas semua kawan2 aku yg berada di seluruh pelosok dunia..from sek ren, mrsm pdrm, mrsm jasin, kmpk, um..semua arr..hehehe

Thursday, December 3, 2009

musibah, sukar sangatkah untuk kembali?

salam n greetings to all.......: )

"Orang yang kurang beriman ataupun tidak beriman, hidupnya bagaikan layang-layang yang putus talinya. Nampak sahaja bebas, ke atas dan ke bawah. Ke kanan dan ke kiri. Sebenarnya dia tidak tahu untuk apa dia diuji dengan suka dan duka. Jika dia menerima nikmat, dia gembira. Jika dia ditimpa musibah, dia bersedih. Akhirnya dia tua dalam keadaan keliru. Untuk apa nikmat itu dan untuk apa musibah itu. Bagaimana adabnya ketika menghadapi nikmat dan bagaimana pula ketika diuji dengan musibah. Dia sesungguhnya tidak mengerti. Bagaikan layang-layang, akhirnya dia akan jatuh ke dalam sungai atau merempuh pokok dan musnah. Bagi orang mukmin, dia ada tali yang terikat dengan Allah dan tali itu adalah tali taqwa. Dia nampak seperti tidak bebas tetapi dia tetap selamat. Dengan ikatan yang sekukuh itu, 'layang-layang' orang mukmin akan dapat dinaikkan di setiap petang dan dapat ditarik turun di awal pagi. Ia boleh disimpan semuala dan dapat dinaikkan semuala dengan selamat petang berikutnya sampai ke esok pagi"

yang membezakan kita
sesama umat Islam
adalah taqwa
bukan nilai harta benda atau pangkat
lumrah manusia zaman sekarang
bila gembira
dia akan tersenyum
tapi lupa untuk bersyukur
bila susah
dia akan merungut
menyalahkan sesuatu atas musibah yg ditimpa
buang sikap ini ya kawan-kawan
ketahuilah bahawa
Allah itu berada disisi kita
kekasih kita yang utama...

p/s : petikan tersebut diambil daripada kata-kata Tok guru Nik Abdul Aziz...bacalah buku telaga budi nukilan beliau..sangat menarik...

Wednesday, December 2, 2009

berfikir sambil berhibur

dengar dan hayatilah lagu ini
agar kita sama-sama ambil iktibarnya
bila saya post mengenai sahabat saya
bukan saya hadapi masalah mengenai sahabat saya
cuma sebagai tanda penghargaan kepada mereka
yg sentiasa menghulurkan tgn utk membantu
menghulurkan bahunya utk saya menangis
sahabat saya tanya mengapa saya sentiasa ceria
terima kasih...take it as complement
saya suka keadaan ceria
supaya org disekeliling saya ceria
namun bukan bermakna saya tidak pernah berduka
duka itu ada
cuma saya tidak suka berkongsi
tidak mahu orang melihat saya berduka
sebab pada saya
duka itu tanda kelemahan
tapi saya bukan insan sempurna, bukan robot
bila berduka
saya kembali kepadaNYA
kerana DIA adalah kaunselor terbaik saya
dulu, kini dan selamanya...

Tuesday, December 1, 2009

moga ukhwah makin kuat

makan di flaming..sangat kenyang...yg penting, kami gembira...

itulah kami...pantang nampak peluang utk bergambar..di mana2 sahaja..asalkan posing ok!!

favourite kami semua..ice-cream yg sangat sedap...

inilah hasil cupasan wan utk 4 org..hehe
bila dikenang semula
hampir 4 tahun kami bersama
hanya tinggal setahun lagi utk kami bertapak
ke alam pekerjaan
kesempatan diambil tatkala masa berjalan
utk mengukuhkan tali ukhwah antara kami semua
jika difikirkan kembali
saya masih mencari-cari
apakah peristiwa yg pasti dikenang
selepas tamat pengajian di sini
peristiwa yg apabila dikenang semula
akan terukir senyuman di bibir saya
tapi benar
saya masih mencari-cari....

untuk anda

salam alaik...

maaf, entry kali ini bukan psl anda atau aku..ini mengenai sahabat aku..bestfriend aku...



tak perlu berkepit 24hours
tak perlu berbual 24hours
tak perlu jadi kawan deskmate kite di sekolah
tak perlu kenal utk tempoh yg lama
hanya cukup berteraskan kepercayaan
saling menasihati
berada di sisi tika diperlukan
itu sudah cukup...
utk aku menganggap farina hanum harith fadhilah
dan juga rabiatul adawiyah....
sebagai sahabat aku.......

"Tidak sempurna iman seseorang itu daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri" [ riwayat al-Bukhari dan Muslim ]

p/s : tidak lupa juga kepada sahabatku yg berada dekat dgn aku di UM...you were my bestfriend..and insyaAllah always be...thank you for letting me become one of your friends..

Monday, November 30, 2009

pictures..describe thousand words

salam semua..: )


berada di kg kuala krai..sape kata aku tak reti duduk kg??grandparents aku slalu pesan, sentiasa jgn lupa asal usul anda..

seekor lembu toksu dijadikan korban..seronok tgk papa n aisu melapah kulit lembu..pak ngah tgk je ke??hehehe..alhamdulillah, aku dpt menjalankan ibadah korban tahun ini..dan seronok ikut mak ngah hantar daging korban ke rumah fakir miskin..teringat crp..huhu

melihat ibadah korban kat belakang rumah pokjak..kak rafidah, batrisyia, angah, mak ngah, makcik yah n azie

gambar di bawah..kami bercuti di Cameron Highlands..











Wednesday, November 25, 2009

....

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

mahu kongsi dgn anda

salam n greetings to all...: )

pagi tadi
aku mendengar ceramah pagi
maka
ingin berkongsi bersama rakan2

cara-cara dipermudahkan utk bangun solat tahajud

niat...itu yg paling penting
sebagaimana yg tercatat..
mulakan sesuatu pekerjaan itu dengan niat..
insyaAllah andai niat betul
maka akan dipermudahkan urusan kite
macam puasa
kite niat utk berpuasa kerana Allah
insyaAllah mudah utk kite bangun sahur

keduanya....elakkan makan berlebihan
kite digalakkan makan sebelum maghrib
supaya kelak tidak terlalu mengantuk
bile perut sudah kenyang
maka kite pasti terbayang katil kan
Rasullulah berpesan
elak makan berlebihan, kelak kite minum berlebihan
bile minum berlebihan, kite akan tidur berlebihan

elakkan juga bekerja berlebihan
elak angkat barang yg berat2
supaya tidak terlalu letih
kalo kite letih
sudah tentu akan tidur nyenyak
macam mana pula bg mereka yg kerjanya mmg angkat brg berat??
setiap pekerjaan mereka itu
akan menggugurkan dosa yg lalu
kerana mereka bekerja
mencari rezeki yg halal
utk keluarga mereka

dan disunatkan tidur di siang hari
utk compensate malam nanti
seeloknya tidur sekejap sebelum zuhur
jgn pula sampai terlajak yerk
itukan sunnah Rasulullah..

mari kite amal2kan yerk
jika anda bangun qiam
jgn lupe kejutkan kawan2 anda juga
supaya kite tak bolot pahala sowang2
supaya kwn kite juga kene tempiasnya
insyaAllah....:)

Monday, November 23, 2009

aidiladha pada anda

salam semua..:)

selamat hari raya aidiladha kepada semua...insyaAllah kite semua akan beraya pada hari jumaat ni..perlukah diterangkan kembali sejarah hari raya aidiladha ini kepada anda??rasenye tak perlu bukan...insyaAllah anda semua lagi arif berbanding diri ini yg jahil nie...

kite sering mengaitkan hari raye haji dengan pengorbanan...bile bertanye, apakah pengorbanan anda??masing2 punye jawapan tersendiri....sesetengah org mungkin akan pandang enteng mengenai pengorbanan org lain..tapi hormatilah pendirian mereka..mungkin di mata kite pengorbanan mereka tidak sehebat pengorbanan yg dilakukan anda..tapi cukup membawa seribu makna kepada mereka.....kerana aku belajar sepanjang hidup ini...HORMATI PANDANGAN ORANG LAIN walaupun tidak membawa sebarang erti pada diri anda...

ada yg beraya di rumah sahaja...ada yg beraya di kampung masing...dan ada yg beraya di perantauan seperti sahabat2 aku yg berada di seantero dunia...insyaAllah aku akan beraya di Kuala Krai, Kelantan..kampung arwah bondaku...terasa pelik pula bila pulang beraya tanpa arwah..lebih2 lagi arwah bak pun dah takde..mungkin makin sunyi..tahun ini merupakan tahun kedukaan buat keluarga arwah mak..arwah bak meninggal dunia awal tahun ini..tak sampai 100 hari kemudiannya mak pula meninggal dunia....cuma sedikit terkilan di hati sbb tak sempat berjumpe arwah bak sedangkan beliau sentiasa menyebut nama cucunya (kami 4 beradik) sewaktu nazak......dan kami tabah menghadapi dugaan ini sebagai daripada rencah kehidupan...aku tak tahu sama ada aku punya kekuatan utk menjejak rumah itu..yg menyimpan seribu makna bagi kami semua...apatah lagi bertemu dengan mak ngah yg mukanya tak tumpah seperti arwah mak...dan tak sanggup rasanya melihat tangisan mak ngah setiap kali berjumpa dgn kami adik beradik..sbb mak ngah paling rapat dgn arwah mak...paling rapat dgn arwah bak...dan paling rapat dgn kami sbb beliau yg menjaga mase kami kecil..dan aku masih ingat pesan arwah mak setiap kali arwah sakit...mase tue aku masih kecil....arwah pesan minta aku dijaga oleh mak ngah andai beliau meninggal kelak...
..................
.................

maaf, terpaksa menahan rasa sebentar...kumpul kekuatan...

juga aku teringat mase 1st year...siapa sangka gerak hati aku utk pulang beraya haji di Tanjung Karang merupakan raya terakhir aku dgn arwah atuk....sesungguhnya aku puas....sekurang2nya aku sempat menghabiskan masa aku dgn arwah atuk...teringat favourite minuman atuk...kopi..semua org minum kopi kecuali aku...so bile balik kg, atuk akan buat kopi + tea utk aku sowang...huhuhu...bile nak minum air kelapa, mesti aku merengek kat atuk..nanti atuk akan suruh ayah aku kait buah kelapa...huhuhu..sodapnye...air kelapa zaman sekarang dah tak sama rasanye macam air kelapa zaman dulu..dulu isinya banyak dan tebal..tapi sekarang ciput je..hehehe...dan teringat bile aku nak hampiri petak sawah...atuk akan menghalang...banyak ular katanye...udahnye sampai sekarang aku tak jejak petak sawah..huhuhu...


mereka gelarkan aku budak skema..sbb sentiasa pulang every weekend...takpe, diri ini dah lali dgn gelaran tersebut....yg penting kite semua bahagia kan....huhuhu....tak terasa rugi pun bile masa banyak dihabiskan menjaga mak ayah....sbb masa kite kecik-kecik dulu mereka pun sentiasa berada disisi kite 27hours...malah pengorbanan mereka melebihi segala2nya.....jgn kite salahkan mereka andai kite merasa diri kite diabaikan....sbb tanpa mak ayah, kite takkan ada di dunia ini...takkan jejak pun dunia nie....

maaflah aku merapek utk post kali ini....maaf juga sbb post kali ini panjang dan lebih berbentuk karangan...
akhir kata....
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...: )
dan juga selamat menunaikan ibadat haji kepada para jemaah di Mekah..
moga mendapat haji mabrur...


En Route to Mecca

salam alaik...:)



kepada semua
anda semua dialu2kan berkunjung ke
muzium kesenian Islam
bertempat berhampiran dengan Masjid Negara

sbb sekarang
de pameran yg menarik
Menuju ke Mekah @ En Route to Mecca: Pilgrims’ Voices Throughout the Centuries
selain pameran yg memang sedia ada

baru je berkunjung ke sana pagi tadi
bersama ngan family
maaf takde gambar
sbb dilarang bergambar dlm exhibition tue
nak curi2 amek gambar pun tak bley
sbb pakcik2 security tue bg panahan maut
hehehe

serius mmg best
semua ada..
tamadun Islam semasa zaman
China, India, Melayu dan Arab
ditambah dgn kelengkapan perang zaman dahulu

utk exhibition route to Makkah tue
memang menarik
turut dipamerkan cebisan kiswah
yg dipakai sebagai penutup kaabah

tertarik dengan kata2 seorang daripada khalifah terulung Islam ( tak ingat antara Saidina Uthman atau Saidina Ali )
"Aku tidak akan mengucup batu hajaratul aswad ini sekiranya aku tidak melihat Baginda mengucupnya"
dahulu batu tersebut diberitakan berwarna putih
tetapi bertukar warna hitam lantaran dosa yg dilakukan umat Islam
benar atau tidak
wa'llah a'lam
ingat ye kawan2
kite mengucup batu hajaratul aswad itu
kerana mengikut Sunnah Rasulullah
bukan kerana ia akan mendatangkan
tuah atau sebaliknya..

p/s : info lanjut boleh didapati di http://www.iamm.org.my

words of wisdom

salam n greetings to all... : )


"kita gagal jika tidak mencuba" - Mr. Tony Fernandes, Chairman of AirAsia
jika tidak mencuba
macam mane nak tahu kite gagal atau berjaya bukan
sbb itu kite MESTI mencuba
sekurang-kurangnya kite tahu di mana silap kite
bile kite gagal
supaya kesilapan itu tidak berulang
supaya kite belajar dari kesilapan itu
dan jika kite berjaya
sekurang-kurangnya kite tahu
kemampuan diri kite
supaya kejayaan demi kejayaan
akan dicapai kelak

Saturday, November 21, 2009

mari berteka teki

soalan 1 : apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
a) orang tua
b) guru
c) sahabat
d) kaum kerabat

Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati [ Surah Ali-Imran :185 ]

soalan 2 : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
a) negara China
b) Bulan
c) Matahari
d) Bintang-bintang

Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

soalan 3 : Apa yang paling besar di dunia ini ?
a) Gunung
b) Matahari
c) Bumi

Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa ke neraka.

soalan 4 : Apa yang paling berat di dunia?
a) Baja
b) Besi
c) Gajah

Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH [ Surah Al-Ahzab : 72 ]

soalan 5 : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
a) Kapas
b) Angin
c) Debu
d) Daun-daun

Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

soalan 6 : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
a) jarum
b) pedang
c) pisau

Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

pertanyaan

salam semua..:)

seorang insan berbangsa cina bertanye...

dia : mau tanya..arak itu bagi kamu org Islam haram kah??
aku : haah, haram...sbb arak itu banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan..
dia : ooo...tapi kenape ade org Islam minum arak??...saye tgk kat club banyak org minum..
aku : "senyap seketika..sedang mencari hujah"...skang nie...ramai org Islam cuma hanya pd nama saja...mereka tak patuhi garis panduan yg ditetapkan dlm Islam..
dia : kamu tidak boleh makan bak kut teh (khinzir) kan??selain itu ape lagi ye kamu tidak boleh makan??haiwan yg ade kaki empat kah??
aku : "tersenyum"..haiya, bkn haiwan kaki empat..kalau macam itu, kami tidak boleh makan lembu, kambing la..huhuhu..kami tidak boleh makan haiwan yg ada taring..haiwan karnivor...

tgk..
org yg berlainan agama pun cuba fahami agama kite
kite pun harus fahami agama mereka
sebagai general knowledge
supaya ditanya kelak
kite mampu menjawabnya
supaya kite tahu membezakan
agama kite dan agama mereka

zaman sekarang
arak dijual di mana2
boleh dibeli dengan mudah dan murah
tanpa sekatan, tanpa larangan

aku tanye pd kawan yg berbangsa cina ini
berapa % org Islam kamu jumpe di pub
die kate lebih kurang 30%
dia tambah lagi..kebanyakan mereka minum arak
aku tanye...ape pendapat kamu bile tgk mereka minum arak
dia jawab..saye tak kisah..semua org ade hak..pegangan masing2
tanye lagi...kenape kamu pegi pub
die jawab...utk berhibur..
aku kire itu jawapan yg sama pd mereka yg pegi pub/club

utk org Islam
berhibur itu boleh
tapi ada batasan, ada garis panduan yg perlu diikut
sape kate kite kene dengar lagu nasyid saje??
sape kate kite kene bace buku agama saje??
kite boleh dgr lagu linkin park, lagu taylor swift
bace magazine, novel
jgn sampai memesongkan akidah kite
dan jgn sampai
melalaikan masa kite dengan Allah

sbg contoh
org kate facebook haram...
haram atau halal..maaf, aku tak berani nak komen
tapi pokok pangkalnye
macam mana kite gune facebook tue
kalo dah menghadap facebook 24 hours
hingga lewatkan solat, lupa pada study
eloklah kite hentikan..

seperti juga dgn blog nie...
ade yg gune sbg medan berdakwah
tak juga tak ubah seperti diari..
tak juga berkongsi pendapat, idea
tapi kalo anda menghadap blog
hingga lupa pd solat, study pun terabai
baek kite hentikan
sbb mendatangkan keburukan lebih dari kebaikan

maaf
andai anda terkecil hati
korunk semua ada hak
utk setuju atau membantah
kalo pendapat aku salah
harap dibetulkan.........

"Hai orang-orang yg beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban utk berhala, mengundi nasib dgn panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan" [ al-Maa-idah : 90 ]

Siti Aisah R.A. berkata, Rasulullah telah bersabda:

Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit janganlah kamu ziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus saya sebagai nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang-orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, zabur dan Furqan.