Friday, February 26, 2010

rindu

salam n greetings to all... : )

sepatutnye entry ni aku post semalam lagi. sempena 12 rabiulawal. mase aku post entry ini sudah 13 rabiulawal. malah bulan pun hampir nak mengambang...malam yg aku selalu tunggu utk melihat bulan...

Rasulullah SAW.

tak perlu aku ceritakan semula sirahnya. sbb kita semua tahu. kite belajar mendalami sirah Rasulullah SAW dan zaman kegemilangan Islam semasa zaman sekolah. bezanya, adakah kita belajar dan hafal hanya semata-mata utk exam?

kite kerap menyebut nama baginda di bibir. kita mengaku bahawa kita adalah umat baginda. tapi berapa ramai yg mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan harian kita?

sunnah Rasulullah SAW tidak pernah membebankan atau menyusahkan. boleh diamalkan saban hari. tak perlu pikir panjang utk contohi mana satu sunnah baginda. contohnya, makan guna tangan dan jilat jari kita selepasnya.

berapa ramai antara kita yg hatinya bergetar menyebut nama Rasulullah SAW?
berapa ramai antara kita yg mengalir air matanya bila dibacakan sirah baginda?

tidak akan muncul manusia yg mampu menandingi keperibadian baginda. tidak akan ada seorang pon yg dpt menggantikan Rasulullah SAW sebagai kekasih hati aku.

cintaNya pada Allah melebihi segala2nya. istiqamah sujud pada Allah sedangkan baginda sudah dijamin tempatnya di syurga. malah baginda sendiri adalah kekasih Allah.

cinta baginda pada sahabat2 tidak pernah luntur. tutur kata baginda sentiasa dijaga semasa bercakap dgn sahabat. akhlaknya juga turut dijaga supaya sahabatnya tidak terguris hatinya.

Rasulullah SAW mengangkat martabat dan maruah kaum hawa di muka bumi ini. turut membebaskan kaum hamba yg menjadi satu trend pada zaman jahiliah.

tapi kita? kita sebagai umatnya..

sujud pon tak lama. sibuk mengejar hal dunia. bangun malam utk qiam pon liat. sifat kehambaan itu hilang dlm diri kita.

pergaulan dan pertuturan kita dgn sahabat pon teruk. hingga menyakitkan hati kawan kita.

maruah sebagai kaum hawa pon sudah dipijak2. jgn salahkan sesiapa sbb datangnya dari diri kita sendiri. kaum wanita sekarang sudah jauh dan hanyut.

Rasulullah SAW sentiasa mengingati kita. sebelum baginda wafat, sempat disebut ummati, ummati, ummati...Baginda turut berpesan supaya sentiasa berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah baginda.

persoalannya, adakah kita betul2 umat Rasulullah SAW....

hakikatnya, kita mengingati baginda bukan hanya sekadar berarak beramai dgn sepanduk sambil berselawat pada 12 rabiulawal sahaja. bukan bila 12 rabiulawal baru kita sibuk2 nak dgr ceramah agama, selak buku sirah nabi dan berselawat.

lebih daripada itu...setiap masa setiap hari selagi mana kita ingin menjadi umat baginda....

Wednesday, February 24, 2010

jeles!!

assalamualaikum...:)

by the time aku post entry kat blog nie, mesti semua tgh nyenyak tidur. dahle tgh hujan...huhuhu..nak citer psl hujan??bukan2...

hari nie shima, classmate kat jasin tag aku dlm facebook..wonder gambar zaman tok kaduk mane plak yg shima upload nie..hehe..taaaddaaa....gambar die tgh Dr. Fatanah Mohamed!!!

shima bersama ngan Dr. Fatanah

actually Dr. Fatanah nie our beloved principle kat jasin. tapi mase 1st sem form 5, beliau dah retired. bagi aku, Dr. Fatanah is the best principle I ever had. beliau ada phD in pyscho. high reputation among other principles. pernah dpt anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.

beza dia dgn pengetua yg pernah aku jumpa :
- weekend dia akan kumpul dgn staff pagi2 n dgr tazkirah. lebih kurang macam halaqah
- bersama2 kami jemaah di surau. malah mewajibkan utk sentiasa solat taubat dan solat hajat selepas maghrib. juga kadang2 join kami berqiamulail
- kadang2 wat spot check blok mana yg tak kunci gate. kalo sape yg tak kunci gate, die akan personally kejutkan prez blok tue. nasib baik mase aku jadi jaksa tak pernah dikejutkan.hehe
- die rapat dgn bdk2 yg "nakal" dlm batch kami. aku tak taw pe yg dia cakap pd diaorang but at the end, bdk2 nie arr yg skor straight A's. even straight A1 tue..kagum2
- sgt tegas dgn prinsip dia. every Monday is English day. sape die jumpe tak speaking, denda seposen. huhuhu..pastu die slalu round class tgk cikgu mengajar n tgk student dia.
- kadang2 wat spot check kat dewan makan. die akan makan dulu before kiteorg makan. tgk sedap ke tak, bersih ke tak...petang2 die main tennis either dgn cikgu, her daughter or dgn student..
- bila dia berucap, rasenye semua akan dengar ape die cakap. actually setiap pesanan dia akan tinggalkan kesan mendalam pd kami semua. aku ingat lagi, die suruh sebelum tidur bayangkan kite akan dpt 10A1. hahaha..

banyak reason kenapa aku, personally respect dia. dia ada karisma or aura yg tersendiri. die mesra dgn student dan dia tunjukkan contoh yg baik pada kami semua. alhamdulillah, di bawah pimpinan beliau, mrsm jasin berjaya dpt 1st ranking (senior kami). cuma masa batch aku, kami hanya mampu top 5.

walaupun mase result die dah bersara, tapi die tetap turun ke jasin. masa tue aku sgt2 gembira dpt tunjuk my result to her. hehehe...

die keje dgn UM after bersara. tapi aku tak penah terserempak dgn dia. cikgu tak pernah berubah from the moment die tinggalkan mrsm jasin. n aku percaya kami semua rindukan dia.

semoga beliau sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta

p/s : sangat2 jeles dgn shima....hehe

Tuesday, February 23, 2010

hhuuurrrmmm

hari nie (isnin) berbeza dari hari yg lain >>pada aku arr
dulu floor aku sunyi je, pagi tadi rase cam ramai pulak
breakfast pon cam meriah
tetiba rasa macam 1st year yg baru nak pi class
kenapa ramai sgt nie??

oh aku lupe
hari nie semua org ada
masing2 dah abes elektif/minor posting>>patutla ramai
dah lama tak kumpul satu batch kat auditorium
mcm2 cerita aku dgr...hahaha

akhirnya aku terserempak ngan seorang insan ni>>muslimah yerk
dah lama aku tak jumpe dia
nampak sihat...alhamdulillah
tak tau nak cakap ape...
just senyum je

alangkah bagusnya kalau ape yg terjadi last year
last posting kat klang tak berlaku...

ukhwah itu cukup indah

salam alaik...

Rasulullah SAW bersabda :

“Mahukah aku memberitahu kamu sesuatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan ( kedudukan seseorang ) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab : Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda : “ Berlemah lembutlah kamu terhadap oprang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu”

Baginda juga bersabda

“ Janganlah kamu saling memutuskan silaturahhim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci membenci, dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak Halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya yang mu’min melebihi tiga hari”

Begitulah kawan-kawan akan perihalnya ukhuwah dan persaudaraan ini. Ukhuwah adalah sesuatu yang sangat manis. Manusia berkasih-kasihan kerana Allah. Namun, ukhuwah itu sangat rapuh dan untuk menjaganya adalah sesuatu yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Ukhuwah sangat mudah diputuskan. Sedikit perselisihan akan menjejaskan ukhuwah. Sedikit perbezaan pendapat dan pertengkaran akan merenggangkan ukhuwah. Sedikit ujian akan meruntuhkan ukhuwah yang telah lama dibina. Sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah juga persaudaraan dan ukhuwah. Sahabat-sahabat Nabi juga berselisih pendapat dan bertengkar, namun kerana Allah Taala, mereka kembali menjalinkan ukhuwah.

Apabila ada sahabat yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan kita kerana berselisih pendapat, adakah kita juga akan memutuskannya begitu sahaja. Walaupun kita mencuba tetapi tidak dilayan, adakah begitu mudah untuk kita ‘give up’ persaudaraan dan ukhuwah tersebut kerana sedikit perselisihan. Adakah nilai ukhuwah itu sangat murah untuk digugat oleh perselisihan? Mengapakah kita tidak berusaha menjaga dan mempertahankan ukhuwah? Mengapa dengan mudah melepaskannya?

Hadith Nabi berbunyi

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Pegang teguhlah pada tali persaudaraan sesama islam, walaupun diuji jangan mudah melepaskannya, pertahankanlah ia, dan sucikan ia. Bantulah rakan-rakan kita tanpa mengharapkan sebarang balasan dari nya.

Saya juga kadang kala tertanya, apakah itu ukhuwah. Adakah ukhuwah itu dibina atas gelak ketawa dan senda gurau, adakah ukhuwah itu dibina atas pengorbanan, adakah ukhuwah itu dibina atas kesusahan bersama, adakah ukhuwah itu dibina atas sebab kita mempunyai jenis pemikiran yang sama atau sekepala, atau apakah ia sebenarnya. Bagaimana ianya harus dibina dan dipertahankan?

Ramai dari kita yang suka bergelak ketawa bersama rakan-rakan dan merasakan mereka sedang membina ukhuwah. Melalui senda gurau dan gelak ketawa kita akan lebih memahami rakan-rakan kita, memahami tingkah laku dan peribadinya, namun cukupkah ia untuk mempertahankan ukhuwah kita apabila badai melanda. Ukhuwah yang hanya dibina atas gelak ketawa tidak akan bertahan kerana kita hanya memerlukan orang tersebut untuk bersenda gurau dan menghiburkan hati dan bersuka ria.

Apabila rakan tersebut ditimpa kesusahan dan tidak lagi mampu bergelak ketawa seperti sebelumnya, adakah kita akan meninggalkannya dan mencari orang baru untuk bersenda gurau? Adakah itu ukhuwah?itu ukhuwah cap ayam namanya. Benar kata manusia, kawan yang ketika susah sangat sukar dicari. Kita mungkin merasakan kita bukan manusia yang sebegitu, tapi cuba tanya diri sendiri betulkah? Pernahkah kita meninggalkan kawan kita apabila dia bersedih, bermasalah dan memencilkan diri? Adakah apabila kawan kita memencilkan diri kerana kesedihan, kita membiarkannya sendiri tanpa cuba memegang tangannya, memimpin dan menarik tangannya untuk membantu?

Atau adakah apabila sahabat kita melakukan kesalahan pada kita, kita akan segera memutuskan ikatan ukhuwah?

Atau adakah apabila sudah berjauhan kita menjadikannya alasan untuk memutuskan ukhuwah?
.............................................................................................................................................

article di atas aku copy paste utk kita kongsi bersama. untuk kite renung bersama-sama. betullah, perkataan ukhwah itu sgt mudah disebut dibibir. tapi kebanyakan kite tidak paham atau mencari nilai di sebalik ukhwah itu.

jom kite sama2 pikir, nilai dan cari erti ukhwah itu. bila kite dah betul2 paham dan bila kite niatkan atas paksi keimanan, insyaAllah kita akan rasa manisnya bersaudara.

bila baca sirah Rasulullah bersama sahabat2nya, terasa nikmat dan kuatnya ukhwah mereka. seriously aku tak tipu. malah bergetar hati ini dan terharu atas ukhwah yg ditunjukkan.

alangkah indahnya kalo ukhwah yg aku bina dgn sahabat aku macam tue.

tapi aku sentiasa berpegang pada prinsip ini :

bila kita bersahabat, jangan paksa dia menganggap kita sbg sahabat dia. cukupla sekadar aku menjadi pemerhati dari luar. menghulurkan tangan utk membantu, bahu untuk dia menangis.

Saturday, February 20, 2010

mati

bila terbaca blog sahabat aku pasal batik lepas, so just nak share apa yg perlu korunk buat bila berlakunya kematian dikalangan ahli terdekat dgn anda.
jika di rumah, seeloknya sebarkan berita kematian kepada jiran tetangga. bersihkan rumah, tutup TV, cermin dan sebagainya dgn kain utk menghormati majlis. cari tikar @ tilam sbg alas jenazah.cadar seeloknya kain putih. sediakan batik lepas. sape2 yg tatau batik lepas tue, batik lepas looks like kain batik. bezanya, batik lepas lebih besar dan panjang sbb digunakan utk menutup jenazah. sape2 yg takde batik lepas, eloknya kite beli dan simpan ditempat yg diketahui sbb kite tatau bile kite semua mati kan?

jenazah diletakkan ikut arah kiblat dan muka jenazah akan ditutup dgn selapis kain. sbg ahli keluarga, seeloknya kita yg bacakan alQuran utk disedekahkan kepada arwah. cerita yg elok2 pasal arwah, insyaAllah urusan pengkebumian dipermudahkan.

selalunya ahli surau yg akan kendalikan proses mandi dan pengkebumian sbb mereka lebih arif. tapi kalo korunk semua dah ada ilmu cukup di dada, lagi bagus anda yg uruskannya. utk proses mandikan jenazah, seeloknya ahli keluarga macam anak yg mandikan arwah. tapi jgnla risau, sbb ada org bertauliah yg akan guide anda semua. yela, takkan nak suruh org lain yg mandikan ahli keluarga kita kan??nak mandikan pun kene make sure air mandi tue tak bertakung,...pastu jenazah akan dikafankan. and utk kain yg terakhir utk kafan, ahli saudara boleh cium jenazah. tapi jgn sampai tumpah air mata kita di wajah arwah. takut terseksa jenazah nanti.

di kubur, anak2 lelaki @ yg berkaitan akan masukkan jenazah ke dlm liang lahad. nak pegang pun ada caranya. bkn sesuka hati je nak nak pegang, takut jenazah jatuh tergolek plak.
jika arwah ada tinggalkan hutang, kite sbg ahli terdekat hendaklah langsaikan hutang tersebut supaya dipermudahkan urusan yerk. segala barang dan baju tinggalan arwah kite sedekah pd mereka yg perlu. insyaAllah moga pahala sedekah itu dpt pd arwah. nak simpan pon watpe kalo tak guna. membazir aje..


tugas kita tak terhenti di situ sahaja. sedekahkan al-Fatihah banyak2 pada arwah. doakan yg baik2 utk mereka. sbb doa anak yg soleh adalah bekalan mereka yg sudah tiada. kalo bkn kita, sape lagi yg nak doakan mereka kan??


lebih kurang camtue arr...nie from my experience mengendalikan urusan pengkebumian mak dan nenek aku dulu. sbb aku sorang je anak perempuan, so expectation mmg high utk kendalikan urusan ini. sbb tue kite kene jaga hubungan baik dgn saudara mara, jiran dan ahli surau sbb mereka lebih tua dan makan garam lebih dari kita yg muda nie. hehehehe...

akhir

Salam alaik…

Takde pape pengisian utk dikongsi sebenarnya. Just nak merepek..hehe..kalo nak baca, silakan..kalo takmo, takpe3…: )

1. Kalo korunk perasan, beberapa hari nie langit sangat lawa dan cantik esp waktu malam. Bulan pun lawa. Bintang cerah sangat. Kalo siang, waktu paling best mase sunrise and sunset. Kadang2 rasa macam nak je berbumbungkan langit je (waktu malam je, kalo siang confirm bertambah gelapla aku nie). Maaf yerk, aku ni agak sentimental. Korunk bley gelakkan aku, ade aku kisah?hehe. Bila tgk bulan yg lawa, rasa cam tenang je. Hilang segala masalah atau tekanan. Subhanallah, itulah keajaiban dan kekuasaan Allah. Allah yang menjadikan segala2Nya yg ada di muka bumi ini. Cuma kita sahaja yg tak reti bersyukur dgn segala rahmatNya.

2. Mase cuti ni gak aku amek utk tenangkan hati aku nie. 4th year nie takde cuti langsung melainkan cuti raya. Sedia maklum aku kene supplement, so confirmlah takde 2bln elektif yg korunk semua guna utk bercuti sepuas2nya. Terasa nikmat betul dok umah teman ayah n babysit batrisyia 24 hours. Doakan aku tenang yerk masuk final year nie supaya aku boleh concentrate study dan graduate 2011. Pastu aku nak blah dari UM pi wat HO kat mane2. Jauhkan diri daripada insan2 yg mencoret arang kat muka aku @buat parut kat hati aku nie. Kalo diikutkan ketidakwarasan+nafsu berajakan syaitan nie, nak je aku lempang, sepak terajang maki hamun dan sama waktu dengannya insan2 ini. Tapi mak ayah aku ajar suruh bersabar. Malah dalam Islam sendiri, sabar itu separuh drpd iman. Nanti tak pasal2 aku yg dpt dosa, dia pulak free2 je dpt pahala aku. Saidina Ali pun penah berkata, “sifat menahan kemarahan itu adalah lebih mulia drpd membalas dendam”.

3. Tidak ke mana2 sepanjang cuti ini melainkan hanya pulang ke Tg. Karang sempena sepupu kahwin. Tue pun weekend. Just kene babysit batrisyia (aku dah mention kan??) Bukan setakat siang je dia melekat dgn maksu dia, hingga nak tidur pun kene ngan maksu dia. Seriously, macam jaga anak sendiri. Barulah tau betapa penatnya dan besar pengorbanan ibu bapa utk membesarkan seorang anak. Baru seorang, kalo ramai, mesti lagi penat. Sebab itu kite jgn derhaka pada mak dan ayah kita. Macam pepatah ni, seorang ibu mampu membesarkan sepuluh org anak, tapi 10 orang anak belum mampu utk menjaga ibunya. Dan satu lagi, tangan seorang ibu mampu menggoncang dunia. Sbb dgn tangannya, ibu menadah sambil berdoa. Jgn sampai ibu kita mendoakan yg buruk2 utk anaknya kerana berbuat tidak baik pada ibunya yerk.

At the end, tue je aku nak kongsi dgn korunk semua. hahaha…sape2 yg rase bace post nie merugikan, maaf yerk..sape soh baca!!hehehe

Monday, February 8, 2010

undur diri

saya ingin berundur diri sebentar. insyaAllah tidak lama. andai diizinkan Allah, saya akan kembali post entry dalam blog saya.

blog anda semua akan tetap saya kunjungi..insyaAllah

saya ingin mencari sesuatu yang telah lama hilang dalam diri saya. moga saya jumpa apa yang saya cari.

saya juga ingin menyediakan diri untuk sesuatu. moga saya bersedia.

dan untuk anda semua, jaga diri elok-elok. jangan lupa makan, jangan tidur lewat dan paling penting, jangan lupa pada Allah.

kepada rabiatul adawiyah, selamat pulang ke Brisbane, Australia 14hb ini. moga tenang dan study smart di sana.

kepada farina, good luck for your exam k..doa saya sentiasa mengiringi usaha anda.

tidak lupa pd mereka yang akan exam, good luck and all the best. moga Allah mempermudahkan segala urusan kita ya.

Tidak ada kegembiraan setanding nikmat sahabat dan tidak ada rasa sedih setanding perpisahan dengan sahabat - Imam Syafie

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. Jika kamu bersabar, maka ia adalah lebih baik bagimu..

assalamualaikum...

Tuesday, February 2, 2010

~saya tidak sihat~

salam..

kali ini saya tidak sihat. badan terasa sengal-sengal dan sakit. bahu saya sudah lebam dan tidak boleh angkat melebihi paras bahu. anak tekak sudah bengkak. suara juga sudah berubah. suhu badan turun naik. rumate saya sudah bising suruh makan ubat. ubat?insyaAllah...

ini adalah dugaan Allah pada saya. saya redha dan terima seadanya. moga tidak membataskan amalan saya padaNya.

saya sangat-sangat letih.

assalamualaikum

macam ape yerk

salam alaik...: )


sahabat tu bkn mcm main FUTSAL...
Mula-mula kejar...
dah dapat sepak....

sahabat tu bkn mcm main SKATE...
Mula-mula gosok...
lepas tu pijak...

sahabat tu bkn mcm main RAGBI...
Mula-mula tangkap...
dah dapat tendang...

sahabat tu bknnya mcm PAMPERS...
dah pakai...
buang...

sahabat tu bknnya mcm BARANG KEMAS...
Waktu baru beli pakai...
dah sengkek gadai...

sahabat tu bkn mcm PELANGI...
Hari cerah takde...
hujan gerimis baru muncul...

sahabat tu bkn mcm KERETA...
Rosak sikit..jual...
ambik kereta baru...

sahabat tu bkn mcm CHIPSMORE...
kejap ade…..
kejap takde...

sahabat tu bkn mcm BANK...
Bila dah takde duit..,
Baru pegi cari...

sini nak kongsi satu hadis..tapi tak ingat diriwayatkan oleh sape..lebih kurang macam ini..

"Rasulullah SAW bersabda: kekasih yang Aku cintai ialah Aisyah RA. dan andai dapat dipilih antara kalangan sahabat untuk menjadi kekasih yang paling dikasihi, Aku memilih Abu Bakar as-Siddiq"

saya tak hairan bila baginda memilih Abu Bakar as-Siddiq sebagai sahabat baginda yang paling dikasihi. sebab Abu Bakar as-Siddiq sentiasa berada di sisi baginda ketika senang atau susah, sentiasa melindungi baginda daripada cemuhan orang Quraisy dan yang paling penting, sentiasa membenarkan segala perbuatan dan percakapan Rasulullah. sebab itu beliau digelar as-Siddiq. beliau juga adalah antara golongan terawal yang memeluk Islam.

ingin butiran lanjut, boleh baca buku Abu Bakar, sahabat sejati hasil nukilan Abdul Latip Talib. anda boleh pinjam daripada saya. cuma sekarang buku itu abang saya tengah baca. saya tertarik kerana tajuknya. sahabat sejati.


“Sahabat, ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dalam neraka sekali pun, ana akan terjun dalam api itu untuk tarik tangan enta semula” [ hilal asyraf, langitilahi ].

hati saya tersentuh bila membaca bait-bait ayat itu. saya ingin menjadi seorang sahabat yang sebegitu. sama-sama mencari redha Allah. dan sama-sama ingin melangkah ke syurga. saya ingin menjadi sahabat anda jika diizinkan. sama-sama kita membina ukhwah kerana Allah dan berpaksikan keimanan. dan bila saya bersahabat, saya akan sayangi sahabat saya itu dengan bersungguh-sungguh.

dan pagi semalam, saya baru sahaja menghabiskan separuh hari saya bersama dengan 23 orang batch saya. kami berpaintball dan juga makan ayam penyet di sunway pyramid. alhamdulillah, walaupun jumlahnya tidakla ramai, tapi saya gembira. mereka juga gembira. sudah lama rasanya kami tidak berkumpul ramai-ramai. terasa nikmat ukhwah itu. tapi lebih manis ukhwah itu andai semua dapat hadir. insyaAllah, akan ada program lain yang akan menyusul jika tiada yang menghalang.