Thursday, March 25, 2010

jauhkan diri dari ubat!!!

salam...

akhirnya aku jejakkan diri ke student's clinic kat 12th college tue. sebab tak larat rasanye mendengar "kata-kata" dari kawan2..sudahle tadi hajjariah ugut akan dapatkan no hp ayah aku jika bertandang ke rumah selepas ini..wah, sudah bahaya ni..

sedar tak sedar dah 6 hari batuk..batuk kali nie cam chipsmore..skejap ade, skejap takde. makin bertambah teruk bila sejuk, malam dan pagi. dan semalam adalah hari kemuncaknya. hilang selera makan dan batuk hingga sakit dada. hingga jiran di atas bilik menegur.."batuk teruk sangat nie farah"..: ( pagi tadi digagahkan juga diri ini ke class. at the end, diri sendiri yg sakit sbb tahan batuk..takut mengganggu student laen nak dgr lecturer mengajar..masuk ward pagi tadi pon pakai face mask sbb batuk tak henti2. nie kalau report kat pa mesti die kerah minum ubat batuk..

tapi bagus gak batuk nie..dapat bangun pagi awal2 w/pn perit gak arr menahan sakit di tekak dan dada..

4 jenis ubat doctor bagi..alahai doctor, sebiji ubat pun saya payah nak telan..apatah lagi 3 ubat telan + ubat batuk..

kepada rakan2 yg prihatin, terima kasih banyak..

yee, saye dah pi clinic...insyaAllah makin bertambah baik kot...dan insyaAllah andai larat sok pagi, akan ke ward round..jika tak...

kepada diri sendiri, hadapinya dengan penuh kesabaran..ini tandanya Allah sayang..kifarah dosa..menguji tahap mana iman diri ini...

ujian ini baru sedikit jika dibandingkan dengan ujian yg dihadapi oleh nabi dan para sahabat. mereka dihina dengan kata2 kesat, ada yang diambil nyawa orang yg tersayang malah ada yang didatangi oleh pelbagai penyakit yg jauh lebih teruk. tapi tak sekalipun iman mereka goyah.

“…sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya…” [al-Kahfi:7]

dahsyatnya

salam n greetings...

semalam pi tgk autopsi/post mortem. dulu just tgk dalam video.skang tgk in real patient, secara langsung. risau gak takut muntah bile tgk, alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami semua. cuma batuk aku nie bertambah2 teruk pulak.

di Malaysia, post mortem hanya akan dibuat jika pihak keluarga ingin tahu punca sebenar kematian. takpun jika ada unsur-unsur khianat atau jenayah pada mayat itu. dan menurut majoriti ulama, autopsi dibolehkan jika ada unsur jenazah dan dilakukan sekadar yg perlu sahaja.

bila tgk procedure ini, aku rase insaf dan simpati. w/pun mayat itu bukan Islam, tapi terasa seperti terseksanya mayat itu. dibedah sana sini. organ semuanya dikeluarkan. malah setiap organ itu dihiris2 seperti menghiris daging. kepalanya digeriji untuk mengeluarkan otak. pada aku, tak perlu kot. sbb dah jelas (insyaAllah, pada pemerhatian aku arr yerk), kematiannya disebabkan oleh kecederaan di kepala, patah tulang belakang dan femoral fracture (tulang di paha).

nak kata geli, takdela sangat. tapi tak sanggup rasanya nak tgk organnya dikeluarkan satu persatu. insaf sangat2.

sebab itu Islam tidak digalakkan post mortem dilakukan ke atas mayat. terseksa mayat itu. walaupun sudah tidak bernyawa, tapi hendaklah kita hormati mayat itu.

semoga aku mati dalam keadaan yang baik dan tidak menyusahkan orang lain.
semoga Allah mempermudahkan urusan pada hari matinya aku nanti.
moga diri ini mati dalam keadaan hati masih lagi berpaksikan Allah dan Rasulnya..insyaAllah

Wednesday, March 24, 2010

jom ke pwtc

assalamualaikum....

ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah

quotation yg aku dengar dari ceramah baru2 ini. betulla kan, segunung mana pun ilmu di dada, sepenuh mana pon CPU dalam otak penuh melimpah ruah, kalo tak dipraktikkan dalam kehidupan hanya sia2 aje. malah cepat lupa. kite confirm takmo dilabel "kamus bergerak" tapi bile soh buat, tatau pape..ish2...

bile sebut je pasal ilmu, teringat kat bookfair international kat pwtc yg tgh berlangsung until 28 march nie..mari kawan2 moh kite ke pwtc...dah 3 kali aku pi sane, kembara mencari ilmu. masyaAllah, rambang mata bila tgk semua buku (ingat rambang mata bile shopping baju je ke??).nak beli itulah, nak beli inilah..macam2 ada..

alhamdulillah, adalah lebih kurang 5 buah buku aku beli termasuk sebuah buku untuk sahabat aku (malangnya dia pun dah de buku tue..sob2)...ikutkan rasa cam nak beli je semua buku2 tue. tapi membazir pulak bila tak baca. roomate aku pun dah bising2 bila tgk aku beli buku baru tapi masih terkial2 nak habeskan. penuhla gak almari buku kat umah tue. tue belum campur skali kalo family aku pi shopping buku. alhamdulillah, pa n mummy dah terapkan budaya membaca dalam diri kami sejak kecik lagi. skang nie tgh diturunkan kepada askar jepun=batrisyia kat umah tue..

antara buku yg aku beli :
- versus (hlovate)
- 5 tahun 5 bulan dan Tunas (hlovate) : utk lengkapkan collection hlovate w/pun dh bace byk kali..hehe
- Umar al-Aziz (Abd Latip Talib)
- Murabbi Cinta dan Secangkir Teh Pengubat Letih (Ust Hasrizal)
- Denyut Kasih Medik (Dr. Farhan Hadi)
- Langit Ilahi 2 (Hilal Asyraf)

aku dah habes baca Versus. Denyut Kasih Medik is on the way. yg lain2 insyaAllah bakal menyusul. hidup bertemankan buku2 medic nie tidak akan membataskan masa2 aku utk godek2 buku lain. ilmu Allah itu kan luas, carilah ilmu hingga ke negara China.

bila baca Versus, terasa Minn Edina itu adalah diri aku. konflik dia ala2 konflik yg aku hadapi dlm diri aku gak..apakah itu???kene baca versus dulu yerk..hehehe

pesan Imam Syafie,

Tuntutlah ilmu itu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

p/s : sape2 nak pi pwtc jgn lupe ajak aku yerk..hehehe..: )

Monday, March 22, 2010

HOPE

video

Nick Vujicic

dilahirkan tanpa kaki dan tangan

tapi dia tak pernah mengeluh, apatah lagi berputus asa

sedangkan kita yang cukup sempurna sifatnya

mengeluh jika ditimpakan sedikit ujian

berputus asa sebelum mencuba

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]

never never give up!!!

we never know how high we can fly unless we spread our wings...ganbate!!

Allah sentiasa bersama dengan hambaNya.. : )

salahkah kita BERTUDUNG?

assalamualaikum..

saye tgh dlm mood ingin berkongsi. maka cara penulisan saya kembali skema.

rabiatul adawiyah muhammad fakharuddin (sowi kalo salah eja nama ayah ko). tapi saye lebih senang panggil dia dengan panggilan biat. kami bukannya datang dari satu sekolah. dia adalah x-TKC. saya pula x-mrsm. saye kenal die semasa di kmpk. bila kami same2 jadi majlis tertinggi pembimbing rakan dinamik (prd). dalam kesibukan hadiri or organize program2 di kmpk, silaturahim antara kami menjadi erat. kekal hingga kini. dia sedang belajar di Brisbane, Australia. insyaAllah tahun depan dia bakal bergelar english teacher. sedangkan saya belajar di UM. kami dipisahkan beribu-ribu kilometer tapi tidak bermakna hubungan kami terputus begitu sahaja. kadang2 kami berYM, kadang2 kami bersms, dan kadang2 kami berhubungan melalui telefon.

saya senang bercerita dan berkongsi rasa dengan dia. bila saya silap, dia yg terlebih dahulu akan menegur. bila saya terasa inginkan nasihat, dia terlebih dahulu menghulurkan kata-kata nasihat. terasa macam dia adalah emak saya.hehehe..

tapi bukan itu yg ingin dikongsi bersama anda. minggu lepas saya dikejutkan dengan berita bahawa dia telah dihina dengan dibaling telur oleh masyarakat yg jahil lagi cetek pemikirannya. hanya kerana dia BERTUDUNG. hanya kerana dia memilih ISLAM SEBAGAI AD-DIN.ingin tahu lebih lanjut, boleh jenguk ke blog dia..mata renungan alam....(promote blog ko nie..hehehe)

saya terkejut. malah gusar memikirkan keselamatan dia di sana.

saya juga kagum dengan ketabahan dia dan rakan2 lain di sana. betapa saya bersyukur berada di bumi Malaysia yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasminya. jika diletakkan diri ini di situasi dia, belum tentu saya akan tabah seperti dia. apatah lagi tahap iman saya hanya cetek. dugaan di tanah air sendiri pun tak mampu ditanggung, apatah lagi hidup di negara asing.

jangan balas mereka2 ini dengan kekasaran. kelak mereka hanya nampak Islam yg ganas. tetapi balasla dengan sabar dan senyuman. doakan moga hati2 mereka terbuka dengan Islam suatu hari nanti. mana tahu mereka2 inilah yg akan berjuang bersama2 dengan kita menegakkan Islam? dan berdoalah pada Allah moga hati2 kita akan sentiasa di paksiNya. sesungguhnya kita takkan tahu apa yg bakal menanti kite di masa hadapan.

dan kepada biat dan kawan2 sayayg berada di seluruh dunia, berhati-hatilah sentiasa. jangan berjalan seorang diri. moga Allah sentiasa melindungi anda semua.

Thursday, March 18, 2010

aku mintak maaf

assalamualaikum...: )

kawan2 aku selalu ajak aku keluar ramai2 time weekend. kadang2 gathering. mula2 aku akan bersemangat, malah bersungguh aturkan reU. but the end, aku yg tak pergi. contohnya baru2 ini. aku tau bdk2 class zarqali mengharapkan kedatangan aku ke reU kat pangkor. maaf byk2 sebab aku cancel last2 minute.

aku juga selalu menghampakan cikgu2 aku kat sekolah n matrik sebab tak melawat mereka. berkali2 lecturer aku esp kat matrik suruh turun kmpk. jadi fc utk minggu pengurusan pelajar baru. hingga ada yg sanggup amek aku kat stesen bus medan gopeng tue. ampunkan saya cikgu..

mase tue, ramai yg marah. malah ada yg berckap, "aku dah agak dah. selalu cancel last minute. busy memanjang je. baik tak payah ajak". ade yg comment, " ko memang. gathering nie takmo pi. kalo reU lain mau plak pegi"

dulu memang aku ter"sentap" dgn kata2 mereka. tapi akhirnya aku dah lali. lagipun memang salah aku. cancel last minute, lantas menghampakan harapan org lain yg bersungguh2 nak jumpe aku.

betul, sejak aku masuk UM nie, aku jarang habeskan hujung minggu aku dengan rakan2 aku. sebaliknya aku balik rumah. rasenye sepanjang hampir 5 tahun boleh dikira berapa kali aku tak balik umah mase weekend. hingga ada yg memberi gelaran aku adalah ahli "PBSM= persatuan balik setiap minggu".

sejak form 1 lagi aku dah merantau. 3 tahun di kulim, 2 tahun di jasin dan setahun di gopeng. duduk di asrama begitu lama hingga membuatkan aku "jauh" dari keluarga dan sedara mara. kadang2 aku tak sedar sepupu aku dah kawen, dah ada anak. aku berterima kasih kepada cikgu noer ashikin sebab mengingatkan aku betapa "jauhnya" aku daripada keluarga aku. sebab tue aku decide aku nak amek UM sbb dekat umah.

aku balik setiap minggu sbb nak jaga mak aku yg sakit semasa arwah masih hidup. nak ganti balik masa yg aku tiada di sisi mummy n papa yg aku guna utk belajar. aku tak kesah aku penat ke sbb balik umah asalkan aku berada di sisi mereka selagi mereka masih hidup. aku tak kesah aku tak bace buku masa weekend asalkan aku dpt tolong mereka. pernah sehari sebelum final exam 1st year aku sempat dinner dgn family aku.

ramai tanye kenapa aku dah tak aktif mase kat U sedangkan aku agak ligat zaman sekolah dan matrik. ada je senior @ kawan2 ajak pi join program itula, inila. maaf yerk, family lebih penting buat masa ini. ayah n mak aku ade sowang je, takkan dapat diganti oleh sesiapa pon dalam dunia ini.

aku bdk KL. pure KL. aku lahir kat hospital besar kuala lumpur n membesar 100% di ampang. tapi boleh kire berapa kali je aku pi KLCC, times square dsbgnya. malah pavillion pon aku tak pernah jejak lagi. tp kalau korunk tanye berapa kali aku jejak carefour, tesco takpun jusco maluri, then tak terkira. sbb aku selalu ikut ayah n family aku beli barang umah.

aku adalah jenis home-orientated of person. weekend adalah masa utk aku dgn keluarga. masa aku dgn papa, along, angah n kak rafidah, alang n batrisyia. lebih2 bila ayah aku dah keseorang tanpa seorang isteri di sisi. lagipun aku dah janji yg aku akan jaga ayah aku baik2 supaya dia tak rase sunyi.

jadi kawan2,
aku minta maaf andai tak dapat penuhi permintaan korunk utk jumpe or hang out mase weekend. bukan tak boleh langsung, tapi kene bgtau awal2. jika tiada aral melintang, tiada masalah rasanya. tapi kalo weekdays, insyaAllah aku akan berusaha utk hang out dgn korunk.

aku betol2 minta maaf. salah aku sebab tak penuhi janji. khilaf aku. sebagaimana aku tak suke pd org yg mungkiri janji, sebagaimana itulah juga bencinya pada diri aku sendiri yg tak penuhi janji.

Wednesday, March 17, 2010

ego ke???

salam n greetings..: )

ego...
kite selalu sebut perkataan nie..tapi sedarkah kite apakah maksud ego nie??

EGO atau sombong adalah sifat mazmumah (keji dan tercela) yang wajib ditinggalkan. Ia
bermaksud tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada
orang lain.

tepuk dada tanye diri sendiri..hehehe..adakah anda mempunyai ego? confirm jawapannya ialah yes!! semua insan ada ego masing2. cuma yg membezakan adalah sejauh manakah keegoan atau kesombongan dalam hati anda semua.

ada egonya rendah. ada egonya tinggi melangit.

kadang2 bila berlakunya perselisihan pendapat, kite takkan bertegur sapa. bila bertemu di tgh jalan, kite berpura2 tak nampak. tiada senyuman di bibir mahupun tangan dihulur. bila ada aktiviti melibatkan dia bersama, kite sedaya upaya menjauhkan diri dan hanya mendiamkan diri.

dalam hati kite berperang dgn perasaan sendiri. patutkah aku mulakan langkah utk menegur dia ataupun menunggu dia memulakan dulu?

lebih parah bila sama2 berfikir macam tue. confirm kite takkan bertegur sapa hanya semata2 kite ego utk memulakan langkah.

kadang2 kite bangga bila kite ego. tapi percayalah, ego atau sombong itu hanya memburukkan keadaan. hubungan yg terbina boleh putus di tengah jalan hanya kerana ego.

jalan terbaik, kite perlu merendah diri kite utk berbaik semula dgn sahabat kite itu tanpa menghiraukan siapa yg salah atau benar. simpanlah perasaan marah anda pada kawan anda itu jauh2. lupakan seketika sengketa asalkan ukhwah tidak putus. biarlah kite mengalah asalkan kite masih bersahabat walaupun suasananya tidak seperti dulu.

bukankah Islam menuntut umatnya saling bertegur sapa dan mengeratkan hubungan silaturahim?

ego itu perlu, tapi perlu bertempat.


ego menjadikan diri kita keseorang

bercakap melalui pengalaman dan sebagai pesanan kepada diri sendiri....

Tuesday, March 16, 2010

tewas akhirnya



Ya Allah
sungguh berat ujianMu untuk aku tanggung
namun aku redha atas dugaan yang Engkau timpakan
moga menjadikan diri aku lebih dewasa

aku ingat aku sudah bersedia
melupakan segala-galanya
aku ingat aku kuat menempuh dugaanNya
rupa2nya aku ampuh

sekuat manapun aku nampak di luaran
setabah manapun aku pada zahirnya
akhirnya ia tumpah jua

perkara itu berulang kembali di depan mata
tak aku sangka
aku tewas dalam perasaan sendiri

Ya Allah
hanya Engkau tempat aku mengadu
hanya Engkau tempat aku meminta petunjuk
andai ini adalah yg terbaik utkku
aku redha....

keluhan hati

salam alaik..

aishh..
permulaan entry sahaja sudah dimulai dengan keluhan..sejak dua hari ni, terasa kosong di jiwa. perasaan malas mula menghantui diri. seriously, aku biarkan diri aku diselubungi perasaan mazmumah nie. bertambah parah pada malam ini, saat ini. kalo perasaan ini datang kat korunk, pe korunk wat ekh??..share sket..



puas aku minta nasihat dari org2 yg aku harapkan. aku ada buat salah pada sesiape ke hingga Allah tarik nikmat ketenangan jiwa dlm diri aku? baru teringat, aku tersalah kata ke hingga mengguriskan cikgu aku kat facebook tadi? ke sebab aku tak call ayah aku bertanya khabar?ke sebab aku terlalu gembira sambut besday wawa tadi?

fitrah manusia, akhirnya kembali kepada penciptaNya. yup, hati aku mula tenang bila amek wudu'. jiwa aku mula damai bila telinga disantapkan dgn alunan ayat al-Quran. itulah kita sebagai manusia biasa. akan sentiasa kembali kepada tuhan kita iaitu Allah SWT. kan kita dijadikan oleh Allah supaya beramal kepadaNya dan kepadaNya jua kite semua kembali. tak dpt dibayangkan andai Allah berpaling daripada aku..nauzubillah..moga hati aku tsabat di jalanMu yaAllah..

dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. masing-masing punye cara tersendiri utk tenang. ada definisi tertentu utk menggapai ketenangan di hati. dan ini adalah cara aku. tak kisah jika ada org cakap aku ni hipokrit. asalkan aku tidak buat kerja gile hingga merisaukan org di sekeliling aku sudah cukup.
aku bersyukur kerana aku masih berupaya melawan perasaan malas ini. aku dah jumpe ketenangan yg dicari. moga korunk semua sentiasa tenang hendaknye..: )

tasik chini bila sunset. subhanallah, itulah kebesaran Allah yg menjadikan alam ini..

Monday, March 15, 2010

selamat hari lahir

assalamualaikum..: )

bulan march sudah datang..istimewa sgt ke?yup, special sket sbb ramai nyer besday this month..kalo tak ingat, abeslaa..hehehe..

15 march

happy birthday wa!!norazwa ramli, anak jati bota, perak. anak ke-4 out of 8. x-student sbp gopeng n x-pasum. orangnye kecik molek, tapi kecil2 cili api..hehe..wawala tempat kami semua mintak pendapat, minta nasihat bile diperlukan. dan dia jugala yg akan menitiskan air mata bila hatinya tersentuh dgn kisah2 sedih. bila die tension, terpancar di wajahnya. terima kasih tak terhingga kepada insan bernama wawa ini, sbb sentiasa dan tak jemu melayan kerenah aku. terima kasih banyak2 bila berada di sisi aku bila aku ditimpa pelbagai masalah dan dugaan. terima kasih atas segala nasihat yg dicurahkan. juga tak lupa kerana berada di sisi semasa mak aku meninggal dunia. moga Allah sahaja yg dpt membalasnya. moga Allah merahmati sahabatku ini.


wawa..sentiasa berada di hati kami semua..

19 march

semoga farina hanum harith fadhilah sentiasa dibawah rahmat Allah. semoga dia sentiasa happy n ceria. bahagia dia adalah bahagia aku. senyum dia adalah senyuman aku. dia adalah sahabat aku dunia ahirat. tiada siapa dapat menggantikan dia sebagai sahabat aku. semoga ukhwah yg kami bina sejak di zaman sekolah akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

21 march

happy birthday kepada mr. prez yg menjadi presiden class dan homeroom aku kat jasin..yg pernah jadi mentee add math n math mod aku..hehehe..dia adalah seorang anak murid yg bagus sekali..hehe..antara insan yg aku kagum kerana kecekalan dan ketabahan menghadapi dugaan hidup. dont worry mr prez, aku n farina sentiasa berada di sisi ko..ganbate!!semoga mr prez bahagia bersama org yg dok di selatan tanah air. hehehe..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
selamatkan hari dan urusan mereka ini ya Salaam[memberi keselamatan]
dijauhkan dari musibah dan kesusahan ya Muhaimin[pelindung]
lepaskan belenggu sahabatku ya Baari-u[melepaskan]
ampunkan dosa2nya yg lalu dan akan datang ya Ghaffar[pengampun]
murahkan rezeki mereka dengan barakah ya Razzaaq[pemberi rezeki],ya Fattaah[pembuka pintu rahmat]
limpahkan rahmah dan kasih sayangMu ke atas mereka ya Wahhab[pemberi kurnia]
tinggikan darjat mereka semua dengan iman ya Mudzillu[memuliakan]
tetapkan hati mereka di jalanMu ya Hafiidhu[memelihara]
tambah indahkan peribadi dan akhlaknya ya Lathiiru[penyantun],ya Haliimu[penyabar]permudahkan segala urusannya ya Allah
~amin~

Friday, March 12, 2010

nostalgia

assalamualaikum...

semalam result spm kuar..memang aku ikut perkembangan semasa. setiap pagi WAJIB aku baca newspaper esp bahagian sukan..hahaha...takdela aku jadi katak di bawah tempurung je..

makin ramai dpt straight As..alhamdulillah..moga dgn meningkatkannya statistik nie menggambarkan makin ramai bijak pandai lahir..bukannye sbb kualiti pendidikan makin teruk hingga kene turunkan markah utk A..hehe

teringat zaman dulu2..spm 04..nostalgic gile. pa n mummy semangat gile nak gi jasin amek result. menambahkan lagi gabra aku. dahle dlm kete dah dpt sms ckp bdk paling bijak pandai kat sekolah tue pon tak dpt straight A1. confirm makin palpitation!!hehe..menangis kegembiraan aku bila dpt result. berpeluk dgn kawan2..gembira sangat2..terasa puas!!hehe..senyuman tak lekang dari bibir mummy n pa..abes semua pak dan mak sedara depa call...teringat kami semua sujud syukur beramai2 di surau..tanpa gigih usaha macam mana pon, kepada Allah kita perlu berserah. sebab DIA itu maha berkuasa.

the end, grade yg kite dpt hanyala di atas sekeping kertas semata2. utk nilai tahap akademik kita. lumrah, ada berjaya dan gagal. ada yg rasa dia loser sbb gagal penuhi impian mak ayah. ketahuilah, mak ayah kita hanya mengharapkan kita menjadi "seseorang". seseorang yg berguna kepada masyarakat dan agama. kalo ada exam utk menilai kualiti hidup seseorang, confirm tak ramai yg excell...kalo ada exam utk menilai tahap keimanan seseorang, hanya segelintir sahaja yg tinggi imannya. tahukan anda. hanya 2% sahaja umat Islam di dunia ini yg benar2 tidak pernah tinggalkan solat 5x sehari..tengok, hanya sikit sahaja drpd populasi umat Islam di dunia ini.

kesimpulannya, ganbate!!! : )

class 404. gempak dan bising hingga diblack list oleh senior..hehe

class 511. ukhwah kami masih berpanjangan hingga sekarang. majoriti sudah bekerja sbg engineer..

Monday, March 8, 2010

trip to penang

salam alaik n greetings..

macam biasa, first day kat kolej memang susah nak tidur. lgpun dah compensate dlm bus tadi..yeah, spending my weekend kat kulim+penang with farina.

dah lama tak pi Kulim, terasa 4+1/2 hours journey lama sgt2..alhamdulillah selamat pergi dan pulang. kulim tak banyak berubah..mrsm pdrm pon nampak cam takde perubahan. tak tambah mana2 bangunan. just kagum kulim de cinema!!huhuhuhu..aish, jelesnya kat bdk2 pdrm zaman skang coz byk facilities. dulu zaman kiteorg kene turun butterworth kot..

memandangkan tak sampai 24hours pon kat sane, so takdela pi mana sgt kot. just hang out kat gurney plaza. tgk movie The Book of Eli sampai bley tertido..huhu..sembang sambil makan sundae depan laut..semua citer+rahsia keluar..akhirnya tercapai hasrat naek ferry. 3 years kat pdrm tak penah naek ferry!!huhuhu..eventhough tak byk tempat kiteorg pi, tue pon dah cukup. sbb dah penah pusing satu penang with family dulu. no regrets!

to my friends esp fairuz yg de kat penang, sorry sgt2 coz tak bgtau korunk aku pi sane. sbb pi skejap sgt..takut tak sempat nak jumpe..even aku pon tak msg cikgu aku yg de kat sane. kalo cikgu shara tau aku pi sane tak bgtau die, confirm die kecik hati. sorry sgt2 k..insyaAllah kalo de transport, aku pi lagi..kite pusing satu penang sampai penat..hehe..

insyaAllah pasni kalo nak pi mane2 lagi, jom pakat ramai2..hehe..

..sundae..




Saturday, March 6, 2010

quick update

salam...

just a quick update

1. terima kasih kepada semua yg menjayakan bbq..setelah lama merancang, akhirnya tercapai gak..dah lama tak kumpul ramai2 sejak masuk major posting nie..memang rindu kepada semua..thanks to our photographers..hehehe..di mana ada camera, di situ ada aku..: )terima kasih kepada mereka yg bersusah payah sediakan dan masak utk kami semua..maaf kepada mereka2 yg rasa kiteorg bising tgh2 mlm..hahahaha...gelak ketawa korunk semua akan sentiasa dirindui..

2. thanks to biat gak..sgt gembira bile dpt call from brisbane, ausie..sowi gak sbb dah lama tak msg ko...terikat dgn tugas sbg student..thanks for your latest update..at least aku tenang bile ko ckp ko ok kat sane..dont worry, kite sentiasa ada email..nak guna burung merpati bley gak, tapi takot tak sampai2 aje..hehehehe

3. penang, here I come..eh, kulim sebenarnya..: )

Friday, March 5, 2010

::oath::

I swear to fulfill, to the best of my ability and judgment, this covenant:

I will respect the hard-won scientific gains of those physicians in whose steps I walk, and gladly share such knowledge as is mine with those who are to follow.

I will apply, for the benefit of the sick, all measures [that] are required, avoiding those twin traps of overtreatment and therapeutic nihilism.

I will remember that there is art to medicine as well as science, and that warmth, sympathy, and understanding may outweigh the surgeon's knife or the chemist's drug.

I will not be ashamed to say "I know not," nor will I fail to call in my colleagues when the skills of another are needed for a patient's recovery.

I will respect the privacy of my patients, for their problems are not disclosed to me that the world may know. Most especially must I tread with care in matters of life and death. If it is given me to save a life, all thanks. But it may also be within my power to take a life; this awesome responsibility must be faced with great humbleness and awareness of my own frailty. Above all, I must not play at God.

I will remember that I do not treat a fever chart, a cancerous growth, but a sick human being, whose illness may affect the person's family and economic stability. My responsibility includes these related problems, if I am to care adequately for the sick.

I will prevent disease whenever I can, for prevention is preferable to cure.

I will remember that I remain a member of society, with special obligations to all my fellow human beings, those sound of mind and body as well as the infirm.

If I do not violate this oath, may I enjoy life and art, respected while I live and remembered with affection thereafter. May I always act so as to preserve the finest traditions of my calling and may I long experience the joy of healing those who seek my help.

insyaAllah..by next year, i will swear on this oath..hippocratus oath..bile dgr chief Richard in Grey's anatomy suarakan this oath, tetiba meremang bulu roma aku..huhuhu..pejam celik, tinggal setahun..walla, mcm tak caya..dah nak abes dah...huhuhuhu..gile cuak tetiba...layak ke aku jadi doctor nie? hailo2...

another regular+havoc one week dah berlalu..been 7 days in 5u, neurology ward..still following the same patient...dlm banyak2 ward, aku agak "phobia" dgn ward neurology..most of the patients diagnosed with stroke..reminds me of someone...gosh, betapa aku rindu sgt2 pada arwah mak aku..

moga patient aku cepat pulih...moga keluarga pakcik tue tabah...insyaAllah

assalamualaikum...: )

Wednesday, March 3, 2010

sila kenal siapa saya

utk mereka yg tak kenal sape aku...

aku...farah hanani binti mohd nor
aku lahir 11th January kat hospital besar kuala lumpur
anak last, ada 3 abang, 1 kak ipar, 1 anak saudara
insyaAllah akan jadi DR..walaupun bukan ini yg aku nak

aku..
seorang yg ego..kadang2 ego aku melebihi kaum adam
hanya manusia biasa yg tak pernah lari dalam buat silap
tp aku mencari kesempurnaan dlm ketidaksempurnaan itu
aku cuba baiki quantity dan quality amalan aku, perangai aku
sama2 kita saling tegur

bila aku marah, aku lebih prefer senyap..
melainkan aku betul2+tersangat marah
memang korunk akan dengar aku cakap yg bukan2
masa tue, aku mintak maaf..

bila aku percaya kat org tue
memang aku percaya betul2
bila aku respect kat org tue
memang aku respect betul2
tapi once anda semua buat sumthing
yg wat aku "sakit"
jgn harap aku percaya atau respect lagi

korunk nampak aku
muka masam je...sbb dah muka aku macam nie...hehehe
sombong tak tegur...sbb aku jarang tegur org tgh jalan
happy dan gelak...tp hanya aku je yg tahu isi hati aku
nak judge aku, kenelah kenal aku dulu

i made mistakes in my life
aku admit..
tapi aku bersyukur..
sebab kesilapan itulah yg mengajar aku

dan pada mereka yg pernah mengecewakan aku
terima kasih gak
sebab korunk mengajar aku erti hidup nie
hidup nie tidak seindah yg kite nampak

ya Allah
letakkan dunia ini di telapak tanganku..
jangan letakkan dunia ini di hatiku...

my name is Khan

salam n greetings..: )

finally, dpt pn aku tgk movie nie..My Name is Khan...



excited nak tgk movie nie since heboh diperkatakan. in fact, femes kot the whole world. hingga mencetuskan pertelingkahan antara hindu dan muslim di India.

credit goes to karan johar sebab membuka mata masyarakat dunia bahawa Islam itu tidak sesekali mendahulukan keganasan. "My name is Khan and I am not a terrorist". just a simple sentence from an autism's patient.

malah disentuh mengenai perbezaan kita. beza kita sesama manusia adalah antara baik dan jahat. dalam Islam sendiri, yg bezakan kita adalah taqwa. bukan harta atau pangkat. kaya macam mana pon, pangkat dato', tan sri atau sebagainya, takkan dinilai Allah kelak.

sejak sept 11, Islam dikecam oleh masyarakat yg pikirannya cetek. org yg hanya berani berfikir inside the box, not beyond the box. kita dikecam, dikutuk malah Rasulullah SAW dipersenda2kan oleh mereka yg jahil. isu tudung pon hebat diperkatakan. macam2 persepsi negatif dilabel.

ingin ditegaskan di sini!!!bahawa Islam tidak seganas yg mereka sangka. Rasulullah SAW sendiri berpesan semasa berperang supaya jgn cederakan kaum wanita dan kanak2, mereka yg menyerah diri. jgn musnahkan rumah ibadat dan tumbuh2an. jika kita betul2 memahami dan berpegang teguh pd Al-Quran dan Sunnah baginda, insyaAllah mereka akan nampak betapa indahnya Islam itu.

seriously, aku syorkan anda semua tgk movie nie. kite amek yg baik sebagai tauladan. jgn dicontohi yg buruk (hindu dan muslim tidak boleh berkahwin melainkan dia memeluk Islam)..

bagi aku, umat Islam sekarang sudah lain...

kita sibuk berdakwah kpd org yg jauh dr kita, org yg berlainan jantina hingga menimbulkan fitnah sedangkan kita lupa utk tarbiah kawan2 dan keluarga disekeliling kita..
kita sibuk debat bende yg remeh hingga membawa kepada perpecahan ummah...
kita sanggup memutuskan silaturahim hanya kerana perkara kecik....
kita sibuk mempromosikan 1 Malaysia sedangkan umat Islam masih lagi berpecah...
kita sibuk sambut new year besar2an sedangkan maal hijrah atau seumpamanya hanya disambut ala kadar..
pemimpin tertinggi kita masih sibuk bertelagah mempertahankan pendapat masing2, cari kesalahan parti masing2 sedangkan bangsa lain sibuk mengukuhkan kedudukan kita...

dan kita mengaku bahawa Malaysia adalah negara Islam??...

yosha...mcm mana nie???

Tuesday, March 2, 2010

apabila DIA tidak mengizinkan

salam alaik..: )

subhanallah..ari nie pagi yg cerah pembuka bicara..dahla semalam bulan sangat lawa dan terang..itulah kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

apabila Allah SWT tidak mengizinkan...

alkisahnya bermula semalam..hahaha..
semalam aku berkunjung ke jabatan imigresen kajang utk wt passport..aku pi ngan abang aku since nak wat passport utk batrisyia gak. sampai sane lebey kurang dah tgh hari (sbb tunggu bdk kecik nie bangun!!)..barisan utk amek GILIRAN sahaja sudah panjang..syok2 beratur, tetiba ic card aku tak bley baca..aku kene renew ic dulu baru bley wat..same goes with batrisyia. pun tak bley wat sbb kak rafidah tak bawak surat beranak die..then ingat nak wat ic kat situ gak..tp kene tunggu after 2pm then tunggu lagi for another 3weeks utk dpt ic card..

confirm laen kali arr kene wat yerk..takpela, dapat menguji kesabaran aku utk menunggu..balik umah, kene gelak ngan ayah aku..aish, sabar ajela...takpela, pasni nak guna kabel arr wat ic n passport..tak payah tunggu berminggu2 baru dapat..
jangan mengeluh sbb setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. mungkin kite tak nampak, tapi kite kene yakin bahawa Allah itu maha mengetahui. : )

erti hidup pada memberi...aku pinjam kata2 ust hasrizal jap

weekend lepas aku pi medical check up kat masjid proton. turut disertai adibah, jash, kelly, dzul, dol, haziq n din..aku lebey suka join aktiviti kemasyarakata drpd join aktiviti lain. sbb inilah masanya utk kita memberi..ilmu yg kite belajar harus dikongsi bersama..seronok tgk telatah pakcik makcik..terhibur sungguh...seronok rasanya bergaul dgn mereka yg jauh lebih berusia drpd kita. mereka makan banyak garam drpd kita..banyak pengalaman dikongsi bersama. tetiba teringat kat pakcik n makcik2 aku..wah, cam nak balik kg je..hehehe

kak rafidah, ucu, noreen n batrisyia



last sekali...

happy birthday to my bff, farina hanum harith fadhilah..
19th March..