Tuesday, December 22, 2009

redha Allah dalam cinta kita


“ akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya” , “ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana” , “ana uhibbuka fillah” , “ana uhibbuki fillah” , “ salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih?” , “mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..

Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.

Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu apakan tajuk artikel ini perlu diposting. Tetapi, melihat kepada kondisi yang sedang berlaku khasnya kepada mereka yang berstatus ‘aktivis dakwah’ atau ‘orang persatuan’ , maka saya beranikan diri menulisnya. Dengan bahasa yang santai dan bersahaja, mudah-mudahan artikel ini bisa mengetuk kepala dan hati kita bersama yang ‘degil’ dan tak faham-faham.

Cinta : Antara Fitrah & Nafsu.

Orang yang menolak cinta adalah orang yang sedang sakit. Cinta adalah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua manusia. Jika haiwan yang tidak beraqal itu pun dikurniakan perasaan cinta, maka mana mungkin manusia yang diberi aqal, agama, roh dan nafsu ini tidak diberikan nikmat cinta. Isunya sekarang, bagaimana cinta itu dilaksanakan agar bertepatan dengan kehendak Allah ? Kita bukan haiwan yang bisa membuang najisnya sesuka hati tanpa mengira tempat.

Maka, begitulah cinta tidak boleh sesuka hati dicampak atau diguna semahu mungkin tanpa aturan yang sihat.

Sejarah telah menunjukkan betapa agungnya cinta antara Nabi dan para sahabat, antara Ansar dan Muhajirin, antara nabi dan ahli keluarganya dan sebagainya. Semuanya atas keperluan dan ikatan ‘aqidah Islamiyyah.

Inilah orang yang bercinta…

Seorang lelaki sudah tentu mencari perempuan dan perempuan sudah tentu mencari lelaki. Jika selain itu yang dicarinya, sohih orang itu sedang tenat dalam dunia yang terbalik. Namun, dalam pencarian ini, Allah menetapkan kaedah, cara atau system yang sangat baik walaupun mungkin ianya bertentangan dengan nafsu yang sering memberontak dan membangkang.

Apabila perasaan perlu kepada ‘si dia’ itu hadir, maka kita akan melihat seorang yang layu bertukar menjadi gagah, yang penakut menjadi pemberani, yang bakhil akan menjadi pemurah, yang bodoh Nampak semakin pintar, yang gagap berbicara menjadi lincah dan fasih menyusun kata, yang buruk menulis menjadi hebat menulis..itulah situasi orang yang sedang dilanda badai ‘saling memerlukan’…akhirnya, muncullah dorongan perasaan untuk tampil super dihadapan sahabat dan teman..

Saat sudah kemaruk itu, yang buruk nampak baik..yang busuk tercium wangi..yang nista terdengar mulia. Jika ada yang berani menyebut ‘si dia’ itu begitu dan begini, maka kita sanggup menjadi pemidato hebat mempertahankan ‘orang itu’. “anta mana tahu, ana dah lama kenal dia tau!"..

Yang terjadinya begini kan…

Setiap hari jika ke kuliah, tidak bertemu atau bertembung ditengah jalan, rasa sakit habis satu badan. Jiwa tak tenteram, kepala senak, rasa tak sedap duduk…yang pasti mesti perlu jumpa juga ditengah-tengah jalan sekalipun..dapat tengok wajah pun kira baiklah..muncullah ungkapan “inilah cinta abadi antara kita berdua”..ye lah tu…Cinta abadi? Padahal sebabmu hanya kerana kecantikan yang fana’, kekayaan sementara atau perangai sandiwara.. Biasanya jika tidak bertemu, rasanya ada sesuatu yang hilang dan harus segera dicari. Ada kekhawatiran yang berlebihan dan keinginan yang kuat untuk bersua jumpa atau paling kurang tahu kondisi..”sihat ke hari nih?”..emmm

Kalau tidak berhubung mungkin akan putus silaturrahim, putus ukhwah..tu lah ayat-ayat yang biasa dijadikan alasan..

Kita sering kata cinta kerana Allah. Buktinya saling masihat menasihati dalam kesolihan. Tetapi tanpa ikatan apapun, kita memberi perhatian khusus pada sebuah nama. Tidakkah kita terfikir bahawa yang harus dicintai kerana Allah banyak jumlahnya? Tidak hanya dia seorang.

Pengkhususan adalah pemfokusan jaring pesona yang berbahaya.

Saling memberi nasihat dan tazkirah satu sama lain, saling memberi hadiah buku penyucian hati, kaset nasyid dan murattal..tetapi ternyata merosak hati..bukan itu yang kita inginkan..

Ketika mula hati terdetik ingin bercinta, maka pandangan pertama seringkali berhulukan kesolihan, kemuliaan akhlak dan kesamaan visi dalam dakwah. Biasa dengar ucapan ni kan…

Biasanya bila sudah berhubung, maka timbullah perasaan keinginan untuk saling memberi perhatian, sekadar memahami atau bahkan berusaha memberikan protect agar si dia sentiasa dalam kesolihan..ehem..

Kadang-kadang sampai ada yang berpesan: “ukhti, tolong tengokkan dia ya, dijaga, diperhatikan dan dinasihati agar tetap istiqmah dijalan dakwah..

Jujurlah! Ini cinta atau nafsu???

Bentuk hubungan yang lepas dari nilai-nilai syar’ie, tidak pernah ada cinta. Yang ada hanya nafsu dan zina dengan segala topeng yang mungkin sulit dikenali kecuali orang yang berhati jernih yang siap menerima kebenaran..

Ketika solat kita kerana dia dan bukan Dia. Ketika tahajud kita kerana takut besok ditanya oleh dia. Ternyata puasa sunat kita pun kerana dia juga. Kita jadi pemberani dan jagoan pun kerana dia dekat dengan kita. Kita jadi rajin belajar kerana dia. Astaghfirullah..kalau semua kerana dia dan untuk si dia, yang kita simpan untuk bekal akhirat apa?

Cinta yang bersih…

Islam memposisikan segala sesuatu dalam posisinya yang pas dan mententeramkan. Kita tidak menemui perintah bahkan terlarang untuk membunuh cinta dan hawa nafsu dengan meRahibkan (ahli ibadah) diri.

Cinta kita tidak keluar dari kerangka cinta suci Ilahiah bahkan menjadi pembangun kebersamaan dalam kesolihan.

Sebuah solusi bagi cinta dan syahwat adalah pernikahan. Iaitu sebuah ikatan yang menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Sebuah ikatan yang menjadikan apa yang sebelumnya dosa sebagai pahala.

Jika kemampun memang belum hadir, maka keinginan dan niat suci tetap harus ada. Jika tidak, maka kita mungkin termasuk dalam salah satu golongan yang disebut oleh Imam Ahmad bin Hanbal:
“ Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinan: banyak bermaksiat atau diragui kejantanannya ! "

Kata Dr.Ali Akbar “apabila seorang pemuda mengucapkan ‘aku mencintaimu…’, tapi sebenarnya berbunyi ‘aku ingin berzina denganmu..” buktinya..zina tangan..kaki..mata..tangan anda..
Jangan kalian mendekati zina.apa maksudnya? Jangan melakukan zina sahaja atau semua jalan-jalan yang menuju kearah zina???

Inikah cinta kita??? Merosak niat, konsentrasi ibadah, atau sampai tidak ada bedanya dengan para remaja lelaki dan wanita sekarang, maka ada sesuatu yang harus diluruskan.
Kita pengecut, masih takut-takut untuk menanggung beban hidup berumahtangga. Dan disebaliknya, kita begitu licik bersegera untuk menikmati sisi-sisi indah dalam hubungan dua insan. Benar-benar pengecut!

Kita mencicipi manisnya tebu cinta yang belum sah untuk dirasai dan tak bisa menanamnya kembali untuk masa depan yang terbentang di depan kita.

Kata Ust Anis Matta: “ selama pacaran, mereka berfikir sedang berusaha untuk saling memahami..hakikatnya bukan itu yang terjadi…kenyataannya mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyebunyikan diri masing-masing. Mereka sedang membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut bila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan..”

Sayang sekali, yang dibangun bukan perbaikan diri, tetapi ‘proses penopengan’ diri.
Kita beza waktu di dekat dengannya, namun beda pula bila berada sendiri dirumah. Ini lah yang bahaya untuk perkembangan keperibadian kita.

Sering kita mengadu masalah dengan dia, baik kecil atau besar. Tapi mengapa ya, sampai sesetia itu bantuannya walaupun masih tidak ada ikatan? Bersiaplah untuk anda menjadi orang yang tidak mampu selesaikan masalah jika semua perkara, anda gantungkan padanya. Ketergantungan itu merbahaya!

“terimalah aku seadanya…”akhirnya kita melaju berpacaran dengan ‘saling memahami’. Kerana keterbukaan, mengharuskan kita untuk saling menumpahkan keluh kesah, mencurahkan isi hati, dan memberi perhatian. Untuk apa diadu masalah padanya?

Ust Fauzil ‘Adhim: “ cara untuk belajar menjadi isteri yang baik hanyalah dari suami. Cara untuk menjadi suami yang baik hanyalah melalui isteri. Tidak bisa melalui PACARAN ! Pacaran hanya mengajarkan bagaimana menjadi pacaran terbaik, bukan suami atau isteri terbaik..”

Pacaran sudah merasai bumbu (penyedap) yang seharusnya mereka gunakan untuk menyedapkan kehidupan rumahtangga. Saling mencurahkan, berbagi, meredakan kegelisahan, memberi perhatian…semua sudah..pandangan kasih nan sayu, kerapatan fizikal, sandaran, singgungan, sentuhan mesra….semua sudah buat. Apa lagi nikmat yang ada yang perlu disyukuri selepas pernikahan?

Kalau anda menikah dan pernah pacaran, anda akan membandingkan pacaran dengan pernikahan. Dan pasti pacaran itu lebih indah kerana pacaran memang mencari yang indah-indah sahaja. Apa lagi yang ada?

Ketika pacaran, anda hanya melihat kebaikan sahaja pada si dia. Maka bila berkahwin, anda akan membuat perbandingan antara isteri anda dengan pacaran anda dulu sebab anda pernah melihat sifat baiknya sahaja.

Cinta tidak lagi menjadi energy yang mendorong produktivitas amal dunia-akhirat, tapi menjadi beban yang memberati jiwa untuk bebas berbakti.

Mudahnya kita bisa mengatakan bahawa kita mencintai dia kerana Allah semata. Betapa ringan kita menulis “uhibbuki fillah ya ukhti”…akhi/ukhti..aku mencintaimu kerana Allah..akhi/ukhti…

Bandingkan jika engkau mengucapkan cintamu sekarang (belum masanya), tetapi Allah tidak mengkehendaki dirimu dengannya, bukankah hanya sakit yang kau rasa?

Engkau meyakini sepenuh hati bahawa Allah pasti jodohkan dia dengan engkau, lalu bukannya meminta yang terbaik dalam istikharahmu, tetapi benar-benar ‘menyuruh’ Allah. Pokoknya, mesti dia Ya Allah..pokoknya harus dia..! maka engkau meminta dengan ‘paksa’, lalu Allah bagi juga pada mu. Maka yakinkah kamu Allah memberikan dengan kelembutana atau melemparnya dengan kemarahan kerana niat yang terkotori. Maka siaplah untuk menggigit jari!

Cinta yang sihat mendidikkan kecerdasan, kematangan emosi, ketenangan hati dan kedewasaan berfikir. Ia mengajarkan kesabaran menahan syahwat, atau membingkainya dalam ikatan suci yang diredhai Allah.insyaAllah.

Cinta yang tidak sihat hanya akan melahirkan insan yang tidak lagi khusyu’ kerana hati mengingati kekasih. Mata yang mencuri pandang atau pun saling menatap.

Sekecil manapun pelanggaran itu, ia tetap menjadi identiti keberdosaan.

Muhasabah

Baik, selesai sudah entah berapa banyak nikmat berpacaran sebelum pernikahan itu kita lalui dan lazimi. Jadi, apa yang tinggal sekarang? Di mana nikmat yang Allah janjikan akan lebih baik, penuh kebahagian, keseronokan tersebut pada saat hubungan haram bertukar menjadi halal dengan nama ‘pernikahan’ itu, jika semua telah dilakukan seenak-enaknya sebelum berlaku pertalian halal tersebut?

Anda telah bermesra-mesraan sekian lama sebelum itu, jadi dimana lagi kemesraan selepas perkahwinan? Anda telah merasai nikmat saling pujuk memujuk sebelum itu , jadi dimana lagi nikmatnya selepas pernikahan? Anda telah merasai suasana saling berkongsi-kongsi cerita bahagia dan derita, maka apa lagi yang anda mahu sampaikan pada teman hidup anda itu selepas perkahwinan? Habis, mana nikmatnya semua itu setelah anda habiskan sehabis mungkin sebelum pertalian halal dengan jalan yang penuh dengan liku-liku dosa? Fikirkanlah….

----------------------------------------------------------------

aku sedar..
dengan postkan entry yg sebegini panjang
cuma copy paste
pasti ade yg tidak membacanya
jika ada yg membaca...
alhamdulillah..terima kasih banyak2

dan aku sedar
dengan entry yg sebegini rupa
pasti akan mencebik muka
tak juga memendam rasa
maaf kawan2

sbb aku sedar
kite hidup bermasyarakat
harus saling mengingati
bukankah aku pernah cakap
dakwah itu t/jawab masing2

mahu comment...aku akan cakap no comment
sebab aku takut utk komen
aku akan lukakan ramai pihak
apatah lagi ada yg jelas di depan mata
tapi bukan bermakna aku akan berdiam diri
lantaran post sebegini
menjadi medan aku

aku takut wahai kawan2ku
andai diri aku tak ubah seperti
mereka yg hanya bercakap tapi tidak amalkannya
maka aku mohon
marahlah aku
tegurlah aku

2 comments:

Bintang said...

nice;)

i copy paste some part. sori n thanks farah.

fhmn111 said...

sila2 zura...copy paste arr ape yg patut..hehe