Tuesday, December 21, 2010

Wishes

terasa hari ini berjalan tanpa kaki jejak atas tanah. sakit kepala melampau-lampau. kalau bukan short case, dah lama aku bertapa berhibernasi dalam bilik. terasa macam duduk kat kutub utara kutub selatan tunggu lecturers datang.

bangun tido bangun tido. pandang buku pun, pastu aku rasa buku yang pandang aku. pandang makanan, at the end makanan yang pandang aku. sepi, takde selera.

sweater, selimut and panadol menjadi peneman setia aku.

and at this moment, only one person that I miss sooo much....I wish I can talk to her, bermanja-manja sikit, then listen to her mumble and ramble. I wish she can cook my favourite food.

tapi Allah lebih sayangkan dia..: (

daripadaNya kita dijadikan, untuk beramal kepadaNya dan kepadaNya jugalah kita kembali.

Monday, December 20, 2010

^__^


assalamualaikum : )

its rainy outside. syukran : )

okey, one down, one more to go. pejam celik mata tinggal satu je last posting. macam baru semalam je jejak kaki kat ward paediatric yang dibanjiri dengan lecturers yang menggerunkan. dan alhamdulillah, manage to go through this posting dengan aman tenang sentiasa.

written paper pagi tadi, alhamdulillah most of them dapatlah den menjawabnya. semalam baru terhegeh-hegeh bukak buku, buat past year sampai nak juling mata. huhuhuhuhu...nak wat camne, too many temptations at home. tv n ps2 memanggil-manggil. ditambah join venture ngan batrisyia tengok vcd ultraman. huhuhu. semua tido awal, tapi aku sempat layan "white collar season 1". but alhamdulillah, syukur banyak-banyak.

for essays part, keluar febrile fit, heart failure n cerebral palsy. tergelak sekejap bila tgk soalan yang keluar. macam tahu-tahu aje aku baru lepas baca topic tue. febrile fit, teringat prof wan yang ajar bersungguh-sungguh masa supplement. heart failure, teringat dr Azah. cerebral palsy maka imej prof marry pun keluar.

kalau kita dah berusaha bersungguh-sungguh, insyaAllah He will help us rite? setiap langkah dalam hidup kita ini ada aturannya. subhanallah!!

for better or worse, have faith in HIM, always!! ^__^.

Hidup tak selalunya di atas. kadang kala kita tersadung dan jatuh. and then kita bangkit semula. dan kita belajar daripada kejatuhan kita itu.

tak percaya? jom baca terjemahan ayat al-insyirah : )

Friday, December 17, 2010

rezeki yang bertambah


Alhamdulillah, hari ini bersyukur sangat-sangat. pertama, moga mendapat keberkatan berpuasa pada 10 Muharram. keduanya, rezeki berlimpah ruah hari ini.

berbuka dengan masakan makcik dewan makan yang sodap. ditambah pula orang bagi free pizza yang super duper delicious. dan alhamdulillah, papa hantar murbatak sebab anak pompuan yang sowang nie kempunan nak makan murtabak. huhuhuhu..

rezeki yang banyak itu, eloklah kita kongsi beramai-ramai kan? Rasullulah pernah bersabda, makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, dua orang cukup untuk tiga orang. Malahan, Rasulullah SAW sendiri pernah mengajak lebih 1000 orang untuk bersama-sama menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah kepada Baginda. Walaupun hidangan itu hanyalah seperiuk, alhamdulillah semua dapat merasa. Lebih barakah dapat kongsi, kenyang sama-sama dengan orang yang lain. Sambil makan sambil berceloteh. Merapatkan lagi tali ukhwah.

dan makin lama, makin banyak pulak permintaan daripada kawan-kawan. nak sate ikan, kek batik, pegedil, murtabak maggi dan sebagainya. malahan, ada yang mintak nak maggi skali ngan telur. nak rasa home made maggi katanya. huhuhuhuhu

insyaAllah, berikan masa. tidaklah berjanji, tapi akan berusaha memenuhi permintaan mereka. kepuasan terletak pada kepuasan kawan-kawan sebenarnya. Seronok rasanya melihat mereka gembira dapat menjamu selera. Terus hilang penat lelah memasak.

Aku, tak mampu nak bahagiakan sahabat-sahabat dengan kekayaan dunia. tak mampu nak belanja kawan-kawan makanan yang mahal-mahal. hanya sekadar belanja mereka masakan aku. huhuhu...malahan, kawan-kawan akulah pengkritik utama masakan aku yang aku bawak balik ke kolej. huhuhhuhu..naseb baik tak cirit-birit. : )

tapi yakinlah, andai kita ikhlas insyaAllah rezeki kita akan bertambah.

Thursday, December 16, 2010

Tuesday, December 14, 2010

hei doctors, you are more than treating the patient


Somehow I do agree with my prof, one of the best in paediatric endocrine.

in the clinic together with her patient...

"kerajaan bagi subsidi minyak, at the end cholesterol naik. bagi subsidi gula, at the end ramai patient with diabetic. semuanya semata-mata nak pancing undi rakyat....."

then she says "Allah bagi kita 24 hours untuk dimanfaatkan sepenuhnya. untuk belajar, bekerja, makan minum. tapi yang lebih penting, untuk beribadah. jangan lupa baca al-Quran setiap hari"

bila prof dah start mumbling and rambling, kami semua akan tersenyum. it is more towards fun sebenarnya. gaya seorang ibu. setiap "bebelan" beliau ada pengisiannya. berbentuk academic atau nasihat.

that is why we all love her more and more..^__^

Rasulullah SAW bersabda, "Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu".

Monday, December 13, 2010

layakkah aku?


Pernah saya ungkapkan padanya,
“Hei. Saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalan-Nya. Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. Sepertimana saya sayang padamu kerana ALLAh, maka kerana ALLAh saya menegurmu.”

Pernah saya bisikkan dari jauh padanya,
“Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAh izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?”


Saya mendekat padanya dari kejauhan,
“Psst! Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InshaALLAh, mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAh takdirkan neraka tempat saya. Saya minta sesuatu boleh? Kamu palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? Jangan berpaling untuk saya. Saya tak mahu kamu sedih melihat saya..”


Saya tertunduk dihadapan Yang Esa,
“Ya ALLAh, berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadikan dia daripada golongan hamba yang Kau redhai. Peluklah dirinya ya ALLAh dengan kehangatan kasih kepada-Mu. Ikat hatinya dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan dia merasa sendiri kekosongan tanpa hidayah-Mu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, ya Dzal Jalali Wal Iqram!”



Hei kamu, yang merasakan saya adalah sahabat kamu,
Saya sayang pada kamu
Saya ingin bersahabat dengan kamu
Di dunia sampai akhirat

Sudikah kamu menjadi sahabat saya?
Maka genggamlah tangan saya
Saya akan pastikan genggaman ini tidak akan terbuka
Sehingga waktu ALLAh menentukan


Sahabat itu ialah orang yang paling akrab dengan kita
Yang sentiasa ada untuk tangis dan tawa
Sanggup pula bersusah senang bersama-sama

Kata-katanya berisi makrifat, tegurannya pula mengandungi azimat
Senyumannya boleh menjadi ubat
Dan marahnya bukan berniat jahat tetapi penuh dengan nasihat

Maka, layaknya seorang sahabatkah aku?

please, don't be mad : (

assalamualaikum n greetings to all : )

Pernah diriwayatkan seorang lelaki meminta nasihat kepada Rasulullah SAW. dan nasihat yang diberikan oleh Baginda adalah "Jangan Marah". dan Baginda menyebutnya sebanyak 3 kali.

Iye, Rasulullah SAW menyebut sebanyak 3 kali. Jangan marah, jangan marah dan jangan marah. Terang lagi bersuluh, menahan perasaan marah itu dituntut dalam Islam.

dalam dunia ini, siapa yang tidak pernah marah? tapi siapa kata marah tak bley?

Marah, boleh tapi biarlah berpada. jangan sampai kepala kita dipijak orang andai kita tidak marah bertempat.

bila kita berada dalam keadaan amarah, kita tak mampu berfikir dengan waras. suddenly we become completely two different people. sampai terkejut orang di sekeliling.

Bila kita marah, perkara kecik boleh jadi sebesar alam. Perkara yg baik, boleh jadi buruk seburuk-buruknya. Bibit-bibit perkataan yang keluar dari mulut juga tak enak didengar. Hatta, boleh memutuskan ukhwah yang terbina.

Tak caya? Percayalah..hehe..

Bila marah, cuba ingat sabda Rasulullah SAW :

" Apabila kamu marah, maka jauhilah orang yang kamu marahi. Berubahlah dari tempat kamu berdiri ketika marah. Jika marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika kamu marah semasa duduk, maka berdirilah"

hah, ada berani nak cuba? hehehe.

Inilah yang aku buat bila marah. ternyata berkesan 200%. cuma bila terlalu tersangat-sangat marah, maka akan keluarlah ayat-ayat yang kurang manis didengar. itu, bukan untuk dibanggakan, tetapi sebagai pengajaran buat diri sendiri supaya sentiasa beringat untuk tidak mengulanginya.

dan paling best dan teramat berkesan, adalah dengan berwuduk.

kenapa berwuduk? sebab marah itu macam api, yang datangnya daripada syaitan. api dengan air, mana boleh kamceng, duduk seiring sejalan. Ambil wuduk, insyaAllah akan padamlah api kemarahan kamu semua.

Marah, buat hati tak tenang, gundah gelana.

so, JANGAN MARAH yerk. ^__^

maka, dengan rendah diri ini mohon maaf kepada sesiapa yang pernah dimarahi secara sengaja atau secara sindiran atau yang sama waktunya. Aku ini, hanya manusia biasa yang kadang-kala membiarkan syaitan mengasut dirinya. Aku, jarang marah hingga mengeluarkan ayat-ayat yang menusuk hati sahabat. Paling koman, aku hanya mendiamkan diri. Hanya satu occassion sahaja di mana aku terlanjur berkata-kata, yang hingga kini aku masih ingat dan menyesal.

Maafkan aku, dan moga Allah juga memaafkan kesalahanku.


Friday, December 10, 2010

It takes two for tango


salam alaik n greetings to all : )

alkisahnya..please bear with me k!! ^__^

Ketika sedang memetik buah-buahan yang masak ranum di sebatang pohon yang renek, seorang pemuda terjumpa sebuah kepompong kupu-kupu. Sambil diperhati dan diamati kepompong itu, dia terlihat akan sebuah lubang yang kecil pada kepompong itu. Selama beberapa jam, dia memerhatikan seekor kupu-kupu yang bertungkus-lumus untuk keluar daripada lubang yang kecil itu. Subhanallah, sungguh menakjubkan! Setelah beberapa lama memaksa dirinya keluar dari kepompong itu, si kupu-kupu berhenti seketika. Pemuda itu terus memerhati dan pada sangkaannya, si kupu-kupu telah berputus asa dan berhenti berusaha.

Pemuda itu berasa kasihan dan terus membuat keputusan untuk membantu si kupu-kupu itu. Diambilnya gunting dan terus menggunting lubang yang kecil itu. Si kupu-kupu berjaya keluar dengan mudahnya dari kepompong itu. Namun, tubuh kupu-kupu itu sangat kecil dan sayapnya masih berkedut. Pemuda tersebut terus memerhatikan kupu-kupu itu dan mengharapkan sayap kupu-kupu itu kembang dan mampu menambung berat badannya, dan kemudian terbang bebas.

Namun, sangkaan meleset. Apa yang diharapkan oleh pemuda itu, kini hanya tinggal harpaan. Si kupu-kupu terpaksa melalui hayatnya dengan hanya merayap, tidak dapat terbang seperti rakan-rakannya yang lain. Sayapnya masih berkedut dan tidak mampu menampung badannya yang berat itu. Ia tidak mampu terbang selama-lamanya.

Barulah pemuda tersebut faham bahawa setiap kejadian alam itu ada hikmahnya. Kesusahan yang terpaksa si kupu-kupu hadapi, akan menjadikannya lebih kuat. Kupu-kupu itu [erlu berjuang dengan usahanya sendiri untuk melepasi setiap halangan. Melalui lubang yang kecil itulah, si kupu-kupu dapat memaksa cecair daripada tubuhnya untuk masuk ke dalam sayap-sayapnya supaya dapat bersedia untuk terbang sebaik sahaja berjaya keluar daripada kepompong itu.


Apa yang cuba disampaikan adalah, setiap kejadian atau perkara yang berlaku dalam hidup kita seharian pasti ada hikmahnya. Pahit, payau, masam dan masin yang kita lalui saban hari, kenelah kita hadapi dengan tabah, ganbate!! : )... Tambah gula sikit, garam sikit then walla, cukuplah rasanya. At the end, inilah yang akan mematangkan kita semua.

Dan tidak ada perkara yang akan datang dengan mudah tanpa perlu berusaha. Nak pass final exam, kenalah study, study and study sampai terasa nak muntah tgk buku. hehehe. Nak masuk syurga, kenelah beramal dan tinggalkan laranganNya. Tiada benda dalam dunia ini yang datang bergolek begitu sahaja. Dan jika ada pon, sesungguhnya Allah hendak menguji kita. Hendak tengok, sama ada kita nie bersyukur atau tidak sebenarnya.

Memang 10% datangnya dari usaha kita, dan the rest 90% datangnya daripada Allah. Tapi, macam mana Allah hendak memberi andai kita hanya berdoa doa dan berdoa, tapi tanpa usaha. Rasa incomplete. Macam pepatah nie, "it takes two for tango". Nak ber'tango', kenala ada pasangan. Tak pernah dibuat orang menari tango sowang2 melainkan dia tengah "halucination". Creepy betol. hehehehe..Maka, doa dan usaha perlu selari, bersama-sama. Barulah kejayaan yang dikecapi kelak puas, sebab mendapat redha Allah.

Jaga hati kita dengan THINK POSITIVE, bersabar dan NEVER GIVE UP k..^__^

quick but simple

assalamualaikum

bagi sesiapa yang perasan,
lately entry makin lama makin singkat..huhuhu
tapi harapnya bermakna ^__^

maafkan hamba..hehe
tik tok tik tok masa mengejar
kesibukan mengutip ilmu dunia dan akhirat
dan juga kesihatan diri tidak mengizinkan

mohon doa dari korunk
moga ayah aku sihat, yang kini kurang sihat
moga Mak Long aku juga sihat, baru sahaja keluar ward
moga sahabat tersayang, biat juga sihat, yang baru keluar ward juga
ikut hati, mahu sahaja dibahagi tiga badan ini
untuk bersama mereka mereka semua..

Wednesday, December 8, 2010

yang terhebat


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, KECUALI orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)..
[ 43:67]

Usahlah mengharapkan mendapat sahabat yang terbaik, tapi berusahalah menjadi seorang sahabat yang terhebat.

Tuesday, December 7, 2010

seiring


awal muharam, tahun baru Islam.
bukan hanya sekadar cuti, cuti daripada kerja, class, wardwork dan sebagainya
bukan hanya sekadar hari untuk membaca doa akhir dan awal tahun
dan bukan hanya sekadar ucapan 'selamat tahun baru' kepada yang lain
itulah yang akan kita nampak, andai tidak melihat dengan mata hati

ini adalah permulaannya
langkah pertama untuk anjakan diri menjadi lebih baik
menjadi insan yang lebih baik daripada tahun lepas, yang bangkit dalam kejatuhannya
menjadi hambaNya yang bersiap diri untuk menemui kekasihNya

dan Rasulullah SAW bersabda, 'IMAN dan AMAL adalah dua perkara yang SEIRING'


mampukah anda



"jika engkau tidak mampu menahan api dunia ini, maka janganlah kau bermimpi menyentuh api neraka nanti".


Sunday, December 5, 2010

step by step



tarikh itu hampir dekat dan masa pantas mengejar
masing masing sibuk melengkapkan picisan ilmu yang kurang
alangkah baiknya kalau kita turut mengejar akhirat
bekalan kita di SANA kelak

Thursday, December 2, 2010

^__^


sahabat yang jauh, sudah pulang ke tanah air tercinta. moga Allah menyemarakkan lagi ukhwah kami. ^__^

Friday, November 26, 2010

teaching, teacher is a subjective


"whether they are chronic schizophrenics, severely retarded children, or dying patients, each one has a purpose. Each one cannot only learn and be helped by you, but can actually become you teacher"

hak saya dan awak


Hak muslim atas muslim yang lainnya ada enam. Para sahabat bertanya : 'Apa dia, wahai Rasulullah?' Berkata Rasulullah SAW : ' Ucapkan salam jika berjumpa dengannya. Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya. Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat. Jika dia bersin dan memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah). Jika ia sakit, maka jenguklah dia. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.' [ Riwayat Muslim ]

"ucapkan salam jika berjumpa dengannya"
hurm, sekarang tinggal beberapa kerat je yg bagi salam bila berjumpa. kebanyakan kite semuanya dah di"tarik" atau ter"tarik" dengan "hello, hai". huhuhu...termasukla aku. sedangkan salam itu, ibarat kita mendoakan sahabat kita sendiri. tanda kita cinta pada sahabat kita. cinca?

Rasulullah bersabda : Kalian tidak akan masuk syurga sampai kalian beriman dan saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan satu amalan apabila dilakukan akan membuat kalian saling mencintai? Iaitu sebarkanlah salam antara kalian. [Riwayat Muslim dan Abu Huraira]

Mulai sekarang, jom amalkan memberi SALAM yok..^__^

nasihat, bukan sekadar memberi apabila diminta. sahabat yang baik, akan sentiasa menasihati bila tengok sahabatnya buat silap. kita jaga antara satu sama lain. barulah cinta bersemai..: )

jika ditakdirkan sahabat kita "pergi" dahulu, jomlah kita bersama-sama iringi jenazahnya ke kubur. dan jika ada di antara ahli keluarga sahabat kita dijemput Allah, tak salah rasanya untuk kita bersama-sama dengan sahabat kita mengharungi detik itu. saudara Hilal Asyraf selalu berkata, "kalau bersahabat, if possible kita bersahabat sekali dengan keluarganya". kita sama sama tolong keluarga sahabat kita apa apa yang patut. mungkin hari ini hari dia, mungkin esok lusa hari kita, sape tau kan?

mohla kita bersama-sama tunaikan hak sesama kita. Hadis di atas telah buat aku tersentak, betapa lalainya aku dalam bersahabat. Sahabat yang baik, tak semestinya sahabat yang sentiasa bersama kita susah senang. Bukannya yang sentiasa menangis bila kita nangis. tapi sahabat yang baik adalah yang bersama sama bimbing melangkah ke syurga, yang tunaikan hak muslim kepada yang lain.

mulai sekarang, jomlah kita berusaha ke arah tersebut. dan andainya aku terlupa, jangan lupa tegur ekh...^__^


Monday, November 22, 2010

siapakah?


dah dua minggu aku tak dengar suara dia
dah dua minggu aku tak dengar celoteh dia
dah dua minggu aku tak dapat msg dia
dan dah dua minggu jugalah aku tak dengar tazkirah dari dia

dua minggu bukannya sekejap
14 hari
336 jam
20160 minutes

baru dua minggu
masih berbaki empat minggu!!
sebulan lagi...
lamanya...

entah


assalamualaikum

orang yang bertanya : kenapa ko pilih dia?
aku yang menjawab : entah

each decision that we make every single day
has its own pros and cons
put your trust and faith to HIM
insyaAllah He will guide you forever



Friday, November 19, 2010

nilai sekeping kertas keras



assalamualaikum n greetings..^__^

takde ribut takde angin taufan
tetiba dapat sekeping card : )
sudahla mamai dari tidur, mujur kad yg diselit di bawah pintu tak dipijak
terharu baca isi kandungannya..huhuhu
terima kasih wahai pemberi card..
you make my day
^__^

bakal tersenyum sepanjang hari

Thursday, November 18, 2010

selimut


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah

"Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah untuk solat pada malam hari, iaitu separuhnya atau kurang sedikit dari itu, atau lebih dari seperdua itu, dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan" [al-Muzammil : 1-5 ]

Wednesday, November 17, 2010

Adil Adha




selamat Aidil Adha 1431
tapak tangan dihulur meminta maaf
minta ampun kepada papa
tak lupa pada arwah mummy, moga beliau tenang di sana
Along, Angah & keluarga, Alang
saudara mara di Kuala Krai dan di Tanjung Karang, maaf tak dapat pulang beraya
kepada Cikgu Noer, semoga beliau mendapat haji mabrur
kepada farina hanum harith fadhilah, tak raya puasa raya haji pun jadila yerk ^__^
kepada rabiatul adawiyah, rayala puas-puas buat kali terakhir. tak sabar tunggu ko pulang
sahabat taulan di mana jua anda berada

sekali lagi
ampun beribu ribu ampun
yang "ter..."mahupun secara sengaja atau tidak
yang terlajak tak sempat nak "break"

semoga pengorbanan yang dilakukan
mendapat kerahmatan daripaNya
ayuh kita berlari kepadaNya
^__^



Saturday, November 13, 2010

selamat hari kejadian


happy birthday to Ammar
my beloved anak sedara
semoga menjadi anak yang soleh
taat pada kedua ibu bapanya
kak ita dan abang zul


Ammar, semoga menjadi pemuda Islam yang disegani kelak
^__^

Thursday, November 11, 2010

disappointed



sungguh sungguh sungguh
aku kecewa
tersangat kecewa
moga Allah kuatkan diri aku inside outside, insyaAllah



1



alhamdulillah
satu per satu urusan dipermudahkan Allah

dan kini
sedang bergelut dengan diri sendiri
kesihatan diri tak mengizinkan diri untuk menjadi aktif
lebih terperap dlm bilik sebenarnya
doakan moga aku cepat baik
^__^

Monday, November 8, 2010

^__^

here, aku nak share something for us to pounder about. credit goes to my junior yg aku kenal sejak zaman hingusan, zaman sekolah kat mrsm pdrm, Kulim.

its about ukhwah. its kinda a long article but worthy to read. so please bear with me k..^__^

Eratkah Kita?

Bicara soal ukhuwah takkan pernah habis atau takkan pernah jemu diperkatakan oleh setiap orang. Manusia tidak akan hidup dengan tenang sekiranya ukhuwah yang terjalin itu ada keretakan atau ketandusan di mana-mana bahagian. Pasti dihantui dengan pelbagai perasaan yang mengganggu jiwa, bukan?


Memelihara ukhuwah sesama manusia ini bukanlah sesuatu yang mudah bagaikan memelihara ukhuwah dengan haiwan atau tumbuhan. Walaupun adakalanya berukhuwah dengan haiwan dan tumbuhan perlu kepakaran dan sentuhan kasih-sayang. Namun, ukhuwah sesama manusia itu adalah suatu perasaan yang perlu disegarkan setiap hari melalui doa dan juga ingatan dimana kasih-sayang yang hadir dalam jiwa itu perlu dikembalikan kepada ALLah SWT.


Berbohonglah saya kalau saya katakan ukhuwah saya dengan sebahagian sahabat saya sentiasa tenang. Tidak disapa ombak atau tidak berkocak. Adakalanya ukhuwah akan selalu berbunga-bunga. Tersenyum sendirian. Subhanallah. ALLAh juga yang menghadirkan perasaan itu. Namun adakalanya akibat dari diri masing-masing, ukhuwah yang dahulunya mekar berbunga-bunga, bunganya akan layu. Dan bunga itu akan terus layu dan layu sekiranya tiada seorang pun yang mempunyai perasaan belas kasih untuk merawatnya, dan akhirnya bunga tersebut akan mati. Adakah bunga tersebut mempunyai peluang untuk hidup semula? Tanya doktor. Kalau ada pun, mungkin kemekaran bunga tersebut tidak secantik dan seharum dulu. Akan kelihatan perbezaan yang ketara selepas itu.


Ukhuwah Yang Mekar Berbunga


Perkenalan sekejap cuma tapi disertai dengan keikhlasan kerana ALLAh SWT, inshaALLAh akan berasa sudah lama saling mengenali dan saling menyayangi. Itu adalah resepi rahsia terbuka kepada sebuah ukhuwah. Tapi, jangan terlalu gembira dan merasa bahagia.

Ingat-ingat selalu. Syaitan tidak senang duduk apabila melihat dua orang Muslim itu menjalinkan ukhuwah kerana ALLAh. Kerana, dengan ukhuwah yang kuat, akan tercipta sebuah cetusan yang besar!


Sahabat yang baik akan cuba untuk menerima diri sahabatnya dengan seadanya. Sahabat yang baik akan cuba untuk menyukai apa yang sahabatnya suka selagi tidak salah di sisi Islam. Sahabat yang baik akan selalu tersenyum apabila menemui sahabatnya. Sahabat yang baik akan sentiasa menjaga hati sahabatnya. Sahabat yang baik akan sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan, kerana bersangka baik kepada sahabat itu adalah tingkat yang paling rendah dalam hubungan persahabatan dan tingkat yang paling tinggi adalah melebihkan sahabatnya dalam apa jua keadaan. Dan sahabat yang sangat baik adalah sahabat yang tidak melupakan sahabatnya di dalam doanya kepada Rabbul ‘Izzati. Sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya di dunia dan akhirat.


Saya, kalau masuk syurga, saya akan tarik tangan kawan saya walau apapun yang terjadi. Saya, kalau ditakdirkan ALLAH dengan sifat Pengasih-Nya dimasukkan ke neraka, saya takkan menyentuh tangan sahabat saya hatta memandangnya pun saya tidak akan. Kerana saya tahu, sahabat saya akan sedih melihat saya.


Menuturkan ayat ingin berjumpa dengan sahabat-sahabat saya di akhirat kelak, akan membuatkan hati saya menjadi sangat-sangat sebak. Apakah mungkin saya dan mereka bisa ketemu? Ingin menjadi jiran mereka di syurga. Apakah saya mampu?


Mekarnya ukhuwah sesama manusia itu adalah mekarnya dan berbunganya ukhuwah dan kasih-sayang yang kita serahkan kepada ALLAh. Jika hubungan dengan ALLAh sudah retak, apakah hubungan sesama manusia akan menjadi sangat manis? Adakalanya, ALLAh mungkin datangkan dugaan kepada sebuah persahabatan untuk melihat sejauh mana ukhuwah yang dimaksudkan kerana ALLAh.

Dalam ujian itu, ada yang berjaya. Tidak kurang juga yang kecundang. Dan saya, tidak mahu menjadi golongan yang kecundang dalam persahabatan.


Pertanyaan “Jadi, Eratkah Kita?” ini saya lontarkan buat diri saya sendiri.


Perlunya tanamkan dalam hati sedalam-dalamnya, setiap ukhuwah yang kita jalinkan di dunia ini, harapannya kita bukan hanya berukhuwah semasa di dunia sahaja. Tapi juga sampai akhirat di mana janji ALLAh untuk menjadi HAKIM akan tiba.

Kadang-kadang kita sebagai manusia terlepas pandang.. Terlepas pandang akan ukhuwah sesama kita. Tautan hati yang kuat akan mengkhabarkan kepada kita jika ada antara sahabat kita yang tidak sihat zahir dan batinnya. Hatta, jika sudah mencapai halawatul ukhuwah itu sendiri.. Khabarnya apabila sahabat kita sedang mendoakan kita di sana, kita akan merasai doa itu di sini. Subhanallah! ALLAh juga pemberi perasaan yang indah dan unik ini.


Peringatan untuk diri saya sendiri. Kekuatan ukhuwah lillahi ta’ala itu sangat-sangat diperlukan dan akan menjadi suatu senjata bagi umat Islam apabila tibanya waktu dunia akan mengalami keadaan huru-hara suatu hari nanti. Persoalannya, dalam menuju masa itu yang hanya ALLAh SWT ketahui, eratkah hubungan kita bersatu dalam perjuangan? Tepuk dada, tanya iman!


Manisnya berukhuwah tidak menggambarkan eratnya ukhuwah. Renungkan… Wallahu’alam.


tak rasa perlu explanation, sbb penulisnya dah sampaikan dengan jelas dan santai. terpulangla pada kita, bagaimana nak apply it in our life.


love this qoute,


"Berbohonglah saya kalau saya katakan ukhuwah saya dengan sebahagian sahabat saya sentiasa tenang. Tidak disapa ombak atau tidak berkocak"

betul betul betul. tipula hangpa semua kalau cakap friendship between your bestie/s sekalipun tak pernah terasa hati atau bergaduh. sedangkan lidah pun tergigit, apatah lagi ukhwah.

sebab sahabat, kita gembira.
sebab sahabat, kita bersedih.
dan sebab sahabat jugalah, kita kenal erti hidup.

kalau kita betul betul sayangkan sahabat kita kerana Allah, atas nama keimanan, boleh diibaratkan macam twin. lagi dasat kalau triplet or quadriplet..huhuhu..in twin, seorang sakit insyaAllah seorang lagi pun turut sakit. kalau seorang menangis, yang lagi satu pon turut menyahut seruan menangis bersama-sama. hehehe

i am not a good friend dan tak mampu pun nak jadi yang terbaik. susah sebenarnya hendak menjadi yang terbaik, tapi kita sama-samalah berusaha ke arahnya.

dan aku gembira, tersangatlah bersyukur bila Allah pertemukan dengan farina dan biat. it doesnt need couple of years for them to be my sahabat dunia akhirat. tak perlu nak melekat 24 hours ke hulu hilir. doesnt need to be smsing/seeing all the times.

yang paling penting, a TRUST. hehehe...

pendek kata, ~peace~...hehe....

insomnia


assalamualaikum

seperti biasa, first day after holiday mesti mata susah nak tutup. jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu kenapa. setiap kali alih tempat tidur, maka insomnia jadinya..

tgh syok layan lagu, tetiba aku teringatkan pada seseorang.

Sewaktu azan mendayu-dayu
Ibuku pergi meninggalkanku
Perginya takkan kembali lagi
Kerna takdir telah menentukan

Aigo, patutlah..hehe...rupanya teringatkan pada arwah mak. kalau dulu, maybe meleleh kot bila dengar lagu touching2 nie. habes satu kotak tisu wat pekena kesat air mata dan hingus. hehehe..tapi itu dulu arr....adjustment disorder...hehe..

dulu, memang aku tersangat touching bila dgr lagu-lagu macam ini.
dulu, memang aku senang menangis sebab remeh temeh.
dulu, memang aku senang mengalirkan air mata semata-mata masalah orang lain.

tapi sekarang
aku dah bertekad.
lebih baik aku simpan tangisan aku utk yang sepatutnya
pada Allah, tuhanku yang ESA.

tapi tak menangis tak bermakna aku tak ingat arwah mak aku
macam lagu nie gak

Doa restu kuutuskan untukmu ibu
semoga diri ibu bahagia
di akhirat yang kekal abadi

Ibuku walau kau pergi dulu
Namunku tetap mengingatimu
Kasihku padamu seperti dulu
Selamat tinggal ibuku

yup, memang aku rindu kot pada arwah. sapa tak rindu, memang de something putus dalam kepala otak die...hehe
pada suara, bebelan dan nasihat arwah
pada masakan arwah...semuanya..
hingga aku dah macam trauma, untuk tinggalkan rumah lama lama.
tinggalkan ayah aku lama-lama dan jauh...
tapi hidup perlu diteruskan no matter what happens..peace ^__^
al-fatihah pada arwah mummy...

Sunday, November 7, 2010

bad and good


assalamualaikum....

aku menghitung hari
detik detik untuk sahabat aku
pulang ke Malaysia
congratz to our teacher, rabiatul adawiyah..
^__^

pada masa yg sama
aku risau
mengenangkan sahabat aku yg berada di Indonesia
apatah lagi gunung Merapi dah memuntahkan isinya
sekarang ini dia selamat bersama-sama dengan Malaysian yg laen
doakan beliau selamat di sana
p/s : rasa nak terbang ke sana berada di sisinya ; (

Monday, November 1, 2010

10

assalamualaikum...: )

dalam seronok bergembira, jangan lupa pada perkara yang paling basic, iaitu SOLAT.

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa :

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya :

- orang lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca sesuatu. nak meminta sesuatu pada Allah, kenela harus berbicara denganNya. barulah Allah menDENGAR, insyaAllah..

- orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. kan membayar zakat sebahagian daripada rukun Islam?

- orang lelaki yang menjadi iman, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. kesimpulannya, sentiasa berbuat baik kepada sesama manusia.

- orang lelaki yang melarikan diri. lelaki sebagai pemimpin keluarga kenalah berani, baru macho. bukan macho bila sekadar gentlemen, tapi pengecut.

- orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya. ada sebab kenapa arak diharamkan dalam Islam. sbb arak membawa keburukan daripada kebaikan. dan apa gunanya kita memohon sesuatu daripadaNya sedangkan kita tak meninggalkan laranganNya?

- orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. bila dah berkahwin, automatik syurga seorang isteri di bawak telapak kaki suami.

- orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. tanpa tudung, maka "terserlahlah" rambut kita yg sememangnya aurat. dalam al-Quran sendiri dah menjelaskan mengenai hukum menutup aurat. tapi masih tak paham bila ada orang yg berkata "tidak bersedia untuk bertudung".

- iman atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

- orang yang suka makan riba'.

- orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

semoga entry ini memberi manfaat kepada diri sendiri dan kamu kamu semua. jom sama sama perbaiki solat kita..

^__^

Friday, October 29, 2010

too many entries per day


ok ok ok..this will be the last entry for today. hehehe..ye, dah 2 entries in a row..

sebelum October melabuhkan tirai, sebelum November menginjak masuk dan sebelum Disember mengintai intai..

happy birthday to my teacher who also a mother, a sister, a friend and a counselor to me..cikgu Noer Ashikin Muhiddin.

tak lupa happy birthday to my bro, Angah. moga ko bahagia dengan family ko..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
selamatkan hari dan urusan mereka ini ya Salaam[memberi keselamatan]
dijauhkan dari musibah dan kesusahan ya Muhaimin[pelindung]
lepaskan belenggu sahabatku ya Baari-u[melepaskan]
ampunkan dosa2nya yg lalu dan akan datang ya Ghaffar[pengampun]
murahkan rezeki mereka dengan barakah ya Razzaaq[pemberi rezeki],ya Fattaah[pembuka pintu rahmat]
limpahkan rahmah dan kasih sayangMu ke atas mereka ya Wahhab[pemberi kurnia]
tinggikan darjat mereka semua dengan iman ya Mudzillu[memuliakan]
tetapkan hati mereka di jalanMu ya Hafiidhu[memelihara]
tambah indahkan peribadi dan akhlaknya ya Lathiiru[penyantun],ya Haliimu[penyabar]permudahkan segala urusannya ya Allah
~amin~

p/s : tak sabar nak mandi air terjun sok..nak ikut?? mari mari mari....

harap maklum, saya dalam semi-conscious state


assalamualaikum wbt..

aigo aigo aigo...hahaha..inilah bahananya terpengaruh bahasa Korea dengan ida dan zarina. punyala berusaha untuk korean resistant but it the end, aigo dan cinca dah jadi macam bahasa aku sendiri. padahal tak tahu pon maksudnya. yosha, kene cari makna nie. maen aci je sebut ntah ntah maksud yang tak elok.

alhamdulillah, semalam akhirnya sireh pulang ke gagang. duduk bertapa makan minum tido bersuka ria sebulan di Banting. seronok + sedih kene balik UM. seronok sebab balik ke tempat sendiri. home sweet home. nak gerak pi mana mana pon senang, nak pi tengok movie sampai juling pon boleh. sedih sebab dah tak boleh enjoy macam dulu. bersedialah mental dan physical nak kene "bambu" dengan lecturer tersayang.

dan sebulan jugakla blog dah jadi sepi. tinggalkan jejak hanya sekejap sekejap. macam chipsmore. sudahla internet block. sekadar boleh bukak homepage goverment serupa macam tak payah pasang wireless. atas ihsan Azzah's broadband, dapatlah kami xoxo di muka buku, jenguk blog orang, google yg entah pape dan kemudiannya apply ke atas diri sendiri (jeng jeng jeng)..hahaha

bulan nie memang tak banyak entry as compared as before. err, rule out bulan yang aku menyepi hampir dua bulan sebab aku decide nak tutup blog dulu tue. hehehe..reason aku kenapa aku takde post entry are :
- mind's block. seriously, bila thought disorder datang melanda especially thought withdrawal, confirm duduk melangut depan laptop pon tak jadi semua keje.
- malas. tak rasa nak berblogging. not in the mood. aigo aigo aigo....
- takde access internet. hah, macam aku kate, takde maknenya pasang internet kalau setakat bley bukak homepage government je.
- busy mengalahkan perdana menteri. biasalah, kejar signature dalam buku log. : )..takpun busy "melawat" beberapa kawasan untuk merehatkan diri..hehe
- nak study
- balik kampung. kalau kat kampung lebih lebih lagi di Kuala Krai ada internet, confirm aku sanggup duduk kampung lama lama. hehehe
- empunya blog tue sakit. macam aku yg tengah sakit sekarang dan terpaksa TELAN 3 jenis ubat. tapi tetap layan blog..hehehe
- deceased. ini, mintak jauh banyak banyak. takut sebab masih banyak lubang kosong yg perlu diisi.

dan bila angin berblogging tu datang, alhamdulillah banyak betul nak share. tapi AWAS, jangan berblogging ketika diri tengah mood blues.

kesimpulannya : gigihkan diri untuk berblogging. ^__^

dan kat bawah, de pictures yang aku touch up sana sini.

gaya "merenung masa depan". hahaha

obses terhadap tapak kaki sendiri. oh ya, saya pakai size 6/7 in case sapa2 mahu belikan saya kasut/selipar : )

~peace~

Pernah di satu ketika Rasulullah SAW bertanya kpd para sahabat:
“Tahukah kalian siapa orang yang muflis? Para sahabat menjawab : Orang yang muflis di antara kami adalah mereka yang tidak memiliki dirham dan harta. Kemudian Baginda bersabda: Orang yang muflis dari umatku adalah mereka yang datang pada hari kiamat kelak dengan pahala solat, puasa, dan zakat. Akan tetapi ia pernah mencela orang ini, menuduh orang itu, makan harta orang ini, membunuh orang itu, memukul orang itu. Maka diambil amal kebaikannya dan diberikan kepada orang-orang yang ia zalimi. Jika kebaikan miliknya telah habis sedangkan perkaranya belum selesai, maka diambil kesalahan-kesalahan (orang yang ia zalimi) kemudian dicampak ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke dalam api neraka.”
– hadith riwayat Imam Muslim

senang+susah=sederhana

today, friday 29/10/2010.

written paper Obs n gynae.

MCQ = 18 questions which i did not remember none of them. susah susah susah..aigo2

OSCE
given a picture.
name the test?
- dye insuffulation test kot.
interpret clinical test?
- to confirm/visualize the patency of the tubal. there is no spillage of the dye on the left side of Fallopian tube.
name other (2) tubal patency test?
- err....x-ray hysterosalpingogram..satu lagi, maen tibai..^__^

SAT
Question 1. A 30 year old woman primigravida currently at 32 weeks of gestation presented with spontaneous rupture of membrane.
- initial clinical assessment
- investigations
- antenatal treatment prior to improve perinatal

Question 2. Madam X is a 27 year old, came to A&E with severe lower abdominal pain associated with per vaginal bleeding. Her menstrual period is regular and currently at 2 weeks period of amenorrhoea. What are your gynaecological diagnoses? briefly discuss clinical assessment.

alhamdulillah..^__^

Wednesday, October 27, 2010

buatlah sesuka hati asalkan puas, selagi aku boleh menahan marah

assalamualaikum n greetings...: )

semenjak dua menjak nie, hati aku sebal tebal bebal dan yang sama waktu dengannya.

diri ini dah penat. mental dan fizikal. jelak melayan kerenah manusia yang pelbagai. hinggakan sampai satu tahap, dah tak terasa pape=blunted affect.

buatla apa pun, asalkan engkau bahagia. buatla apa pun, asalkan engkau tidak melukai hati orang lain. buatla apa pun, asalkan engkau puas melihat aku kecewa.

terima kasih kepada biat atas nasihatnya yang tak putus putus.
terima kasih kepada farina atas kepulangannya ke Malaysia. bley sembang lama lama lama..: )
dan terima kasih kepada semua kawan kawan yang sentiasa beri support.
moga Allah membalas jasa anda anda semua ^__^..

" Sesiapa yang menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah akan memenuhi hatinya dengan iman dan rasa tenang".

Monday, October 25, 2010

kahwin? hehehehe


again, tahniah kepada pasangan pengantin baru
kak ikin dan abang hafiz
moga berkekalan hingga ke anak cucu
moga dapat membina keluarga Islam hendaknya : )



tak dapat nak bergambar dengan pengantin sbb depa dah kuar pi photo shooting kat luar..huhuhu...yg ada cumala wawa sebagai tuan rumah beserta dgn Afiq, adik bongsu wawa dan sepupunya..turut di"angkut" sekali adalah khalidah, adik ijan...adeh, penat den gelak melayan teka teki bdk nie dalam kete...thanks khalidah, it was fun : )

cuci!!


alhamdulillah
entry ke 200
^__^




credit goes to Dana for her fantastic pictures..we went to Bukit Jugra to see sunset..


SubhanaAllah
terpana sekejap melihat permandangan ciptaanNya
tiada apa yang lebih menenangkan hati
daripada melihat keindahan ciptaanNya

Thursday, October 21, 2010

memaafi adalah nilai terhebat.


assalamualaikum

aku suka pada article ini. macam terhantuk pada kepala sendiri.

mari baca : )


sepanjang pengalaman yg dikutip selama mana aku hidup,
kita pasti tak lari daripada perasaan MARAH.

ada orang suka berdendam, itu sangat bahaya.
ada orang tak suka berdendam, tapi sukar memaafkan.
ada orang sukar memaafkan, tapi sukar melupakan.
dan ada orang yg suka pada semuanya,
complete pakej (dendam+susah nak maaf+susah nak lupa). ini terlebih bahaya nie.

again, aku tak perfect.
berusaha utk memenuhi lubang/longkang yg ada

dengan rasa rendah diri,
aku memohon maaf kepada mereka mereka
yang pernah dimarahi atau disindir dengan kata kata sinis
yang pernah ditegur dengan kata kata yang kurang manis
yang terguris hatinya dek kerana perangai dan perbuatan aku yang kurang adab
yang terkecil hatinya dek kerana ego aku yang tinggi
pendek kata,
maafkan atas kesemua kesalahan aku yg membuatkan hati anda semua tidak senang.

aku marah sebab aku sayang pada anda semua.
aku marah sebab aku tak mahu melihat anda semua mengulangi kesilapan yg lepas.
aku marah sebab aku tak mahu melihat maruah kawan aku dipijak pijak dek kesilapannya.
aku marah supaya kita menjauhi segala laranganNya.

dan aku mintak maaf lagi,
kalau kalau aku dah tak marah pada kamu kamu semua
sebab aku dah tawar hati kot? so kena ditambah secukup rasa. hehehe

p/s : sedang berusaha untuk melembutkan hati untuk melupakan segala yang berlaku. Moga Allah mempermudahkan segala urusan. moga ada support daripada kawan kawan...hehehe

Tuesday, October 19, 2010

short but quick update

life is kinda hectic here.hahaha..
but it will be more and more chaos than ever for the next few months *sigh*

alhamdulillah, my post is going to be 200 entries. tak sampai setahun pon usia blog nie..
but currently im having problem with bloggie.
internet block
plus nak post entry baru tak macam biasa
tak tahu kenapa de problem

sedang mencari buku Langit Ilahi 3 Fanzuru Maka Lihatlah.
and also buku Penenang Jiwa suggested by prez 511. which prez pon dah banyak kali offer nak bagi pinjam but tak terpinjam pinjam.
anyone, please survey it for me?
thank you

tahniah kepada our bakal pengantin baru,
kak ikin (kakak wawa) dan pasangannya, abang hafiz
insyaAllah nantikan kehadiran saya : )
harus dan wajib hadir. kalau tak, mahu kena kejar satu Bota ngan kak ikin..huhuhu

dan harap doa daripada anak murid cikgu noer ashikin
insyaAllah dan alhamdulillah,
beliau akan menunaikan haji ifrad
insyaAllah akan berangkat pada 7 nov
moga Allah permudahkan urusan beliau di sana..

teguh, tabah, tangkas..hahaha

Assalamualaikum

Kadang kadang kita rasa hidup kita malang sangat
Macam macam dugaan yang Allah beri
Kadang kadang kita rasa lonely sangat
Tak tahu nak mengadu damba pada siapa
Dan kadang kadang kita rasa hopeless sangat
Sbb kita tak mampu teguh menghadapi tekanan/cabaran.

Dan teringat pada lagu InshaAllah from Maher Zain,

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side.

Allah is always by your side
No matter what!!

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

Yup, He knows what the best for us

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows

Kita rasa kita jauh padaNya
Sedangkan DIA tak pernah jauh daripada kita
Cuma khilaf kita, menjarakkan diri sendiri daripadaNya

Macam lagu nie,

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take

I had been there, and I think everyone does
Susahnya rasanya hendak menggagahkan diri
Payah rasanya nak memaksa diri
But,
Life ain’t so sweet and beautiful
Sometimes it must be upside up and down
And I think we must be grateful to HIM
For such troubles and sweetness in our life

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” [al-Baqarah, 286]

Sunday, October 17, 2010

pujuk rayu


“Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya.”

jangan sesekali kita berputus asa daripada berdoa.
jangan sesekali kita jemu untuk minta daripada Allah.
Allah tak pernah jemu untuk mendengar rintihan kita.
Allah rindu menanti pujuk rayu kita.
dan kadang kadang, Allah turunkan musibah kepada kita
agar kita kembali kepadaNya.

smiley face


assalamualaikum n greetings to all


bukan senang nak hidup dalam berkumpulan.
bukan mudah rupanya nak bertoleransi bila kita dalam one big group.

segenap diri dikerah untuk bersabar.
hati sentiasa diingatkan bahawa aku melakukannya kerana Allah.
lidah sentiasa beristighfar, dan menyebut khalimah Allah.

ikutkan hati, mahu sahaja aku ikut kepala sendiri.
tapi hati mengatasi akal yang jahat ini. hehe
bahaya, nanti takut makin ramai yg kecik hati, makin bertambah dosa.

aku tak mampu nak menjaga hati semua orang
walaupun end up dengan, hati aku yg "kecik"..huhuhu

semua orang busy dengan urusan masing masing
semua orang busy dengan study masing masing
tapi, beringatlah,
tolak ansur itu penting bila hidup berkumpulan

Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama dengan orang yang sabar..: )

p/s : bila di Banting, terasa tenang. sebab awannya lebih kurang macam di Klang. bila tension, jenguk langit tak kira siang atau malam. bila petang, pusing Banting hingga ke pantai. hilang segala kekusutan yang melanda..yippi...: )

Wednesday, October 13, 2010

drama tv yang ditonton sambil gelak


"RAYA MUSIM LURUH"

err, walaupun syawal dah labuhkan tirai beberapa hari yg lalu, just nak share pasal satu cerekarama di tv3.

bukan senang pemilik nama Farah Hanani nak tengok cerekarama. hehehe..dulu tengok dalam paksaan sbb arwah mak yg nak tengok. kebetulan minggu lepas takde citer best kat channel 411, 412 and 413, maka dengan paksa rela tengok tv3.

pelakonnya adalah Remy Ishak dan Eja. mengisahkan pasangan suami isteri yang sudah 5 tahun beraya di London, demi kepuasan diri sendiri. Mereka adalah seorang anak dan abang/kakak yang baek. tetapi saban tahun pelbagai alasan diberi kepada keluarga masing masing supaya dapat beraya di London.

lawak, pecah perut satu family tengok. bdk kecik sowang kat rumah tue pon gelak bile kiteorang gelak.

mereka bagi seribu satu alasan, semata mata nak beraya di London. sbb pada mereka, inilah masanya untuk mereka berdua bersendirian setelah penat bekerja.

tapi aku, apalah sangat nak penuhi permintaan mak ayah untuk beraya bersama mereka. kecik aje kot permintaan mereka berbanding segala susah payah yang ditempuhi untuk membesarkan kita semua.

diri kita, kadang kadang perlu dibelai. perlu ada masa untuk diri sendiri. tapi seeloknya, letakkan ia di tempat ke dua. selagi ayah mak masih hidup, letakkan mereka di tempat yang pertama.

kadang kadang mereka tidak meminta secara terang-terangan. tetapi sebagai anak, kita kenalah faham. mereka tak cakap tapi mereka mengharap.

susah sangat ke nak penuhi permintaan mereka yang kecil macam zarah tue?

p/s : sudah tengok filem jangan pandang belakang 2. disebabkan tengok dengan paksa rela, end up dengan aku tidur masa tengah movie. ish ish ish...

Tuesday, October 12, 2010

saya sayang kamu : )


aku sayang ayah aku. hahahahaha

takde ribut takde taufan (mintak jauh..), tetiba wat shout out macam tue.

err, sape yang tak sayang mak ayah masing masing rite?

aku : pa, nak mintak mana nie?
papa : mintakla mana mana asalkan kerja. nak pi Sabah pon boleh..

alhamdulillah, dah dapat green light...

aku sayang semua. bukan terhad pada ayah aku sahaja. mungkin pada zahirnya aku nampak cold hearted. tapi..dalam hati ada taman beb..hehe

aku sayang family aku.
aku sayang sahabat dan rakan rakan aku.
aku sayang pada si dia yang bakal disayangi. hahaha
yup, aku sayang semua : )


Sunday, October 10, 2010

5 tahun 5 bulan

sedar tak sedar, tempoh 5 yahun belajar dah nak habis.
tolak tambah darab bahagi cuma tinggal 5 bulan lagi menjelang final exam.
nampak macam lama, tapi skejap je pejam celik.
belum lagi ditolak hari sabtu dan ahad.
ntah ntah kalaulah hari hari itu ditolak, mahunya aku jalan laju je macam tak cukup tanah untuk dipijak kejar masa yang tinggal.

dalam tempoh itulah aku belajar bagai nak pecah kepala pikir nak jawab pe kalau lecturer soal.
dalam tempoh itula aku sibuk berchenta dengan segala jenis buku yang tebalnya mengalahkan tinggi cawan aku.
sampai juling mata aku dok menatap laptop kesayangan siapkan case summaries berjela-jela.
sampai hati aku dah beku dan telinga dah tebal sebab hari-hari kena sindir/marah dengan doctors, lecturers, nurses dan staffs.

60 bulan aku survive walaupun dulu aku pernah kecundang nak give up sebab tak serasi dengan profession ni.
macam macam pengalaman hidup aku kutip masuk poket.
macam macam kerenah manusia pelbagai ragam aku kenal, cukup menjadikan aku untuk berhati-hati bila berkawan.
macam macam dugaan aku tempuh, sampai hati aku dah keras, tak berperasaan. hingga aku pernah dilabel sebagai "seorang kawan yang kejam".

kadang kadang rasa jelous tgk kawan yang dah keje.

insyaAllah, my journey has comes to the end. for good.

terasa cuak nak menempuh alam pekerjaan.
terasa bahu ni dah berat nak pikul amanah sebab dealing with people's life.
terasa berdebar nak pegang title DR.=licence to heal and also to kill.

that is part of the price that you have to pay once you enter this world.
once you are a doctor, selamanya akan menjadi seorang doctor. nak tak nak kene terima. sape soh amek medic rite?

Sunday, October 3, 2010

open house

assalamualaikum n greetings..: )

alhamdulillah

even though it was a short notice to my father, my open house finally berjaya.

tak terfikir pon nak buat open house. at least secara besar-besaran. original plan adalah menjemput certain people. but the end, almost everyone came. thanks guys.

maafla atas segala ketidaksempurnaan. chaos sebenarnya. i had ordered sate ikan for 500 but turned out orang tue bagi sikit. tataula kalau tetiba sate ikan naek harga ke tak, atau miscommunication between my father or supplier tue. sorry pada yang tidak dapat merasa. dah try telefon nearby supplier tapi "no yang anda dail sudah tiada dalam perkhidmatan". hailo hailo..

sorryla pada yang tak dapat merasa kek batik. ingatkan cukup sbb dah buat two and half bekas. but turned out kek batik habis macam jualan murah. baru first round orang datang bekasnya dah berulang balik dapur ke laman luar mengalahkan pilgrim bersaie'. err, thanks banyak banyak. laris means sedap kan? hehehe

sorryla pada yang tak sempat nak letak macaroni goreng dalam mulut. unexpected ramai yang akan makan macaroni tue. so takdela wat banyak sangat. but turned out habes licin tanpa meninggalkan sebarang jejak pun dalam bekas tue.

maaf sekali lagi atas kekurangan atau kelebihan soto. maklumlah, ini first time buat soto. maka maen campak aje segala jenis bahan rempah garam segala bagai yang boleh dicampak. selagi ada rupa dan rasa, layan aja. hehe

i got helped. alhamdulillah..

special thanks,

to my family especially papa dan saudara mara yang sama sama korek buku resepi mummy on "how to make soto". thanks to my cousins yang datang menolong since jumaat lagi. tak lupa pada mak long, yang sponsor kuah kacang.
pada ijan yang sama-sama pikir menu, yang meng"gentel" pegedil sbb dia yang request.
pada alin yang turut sama meng"gentel" pegedil, ulang alik topup makanan dan pembuat air yang berjaya sejak di ehsan ria lagi.
pada hajar sisters (hajja n nina) yang mencarikkan ayam goreng dan sama-sama tolong potong nasi impit
pada wawa dan hurul, yang sanggup berpanas-panasan menghadap kuali di dapur menggoreng pegedil sampai make up depa cair.
rasanya kalau mereka tidak tercegat di rumah aku dari pukul 9 pg, part time menjadi assistant tak bergaji, open house kali ini tidak akan terjadi

terima kasih banyak banyak. berbaloi rasanya segala tungkus lumus penat lelah apabila melihat mereka mereka gembira menjamu selera.

again again and again, terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri. yang meredah kesibukan jalan raya, yang masih lagi terasa penat after training for their sukmum, dan yang sanggup meluangkan their precious time for me.

moga Allah redha : )

Friday, October 1, 2010

A

salam n greetings

sungguh, kerja itu memang terlalu banyak dari masa yang ada
walau banyak mana pon tanggungjawabnya,
tangan, kaki tetap ada dua
dan ada ketikanya, perlu ambil masa untuk tarik nafas juga

alhamdulillah,
baru sahaja selesai menyiapkan case summary
hampir hampir je nak patah riuk leher menghadap laptop
hampir hampir je mata silau milau nak juling baca journal
hampir hampir je tangan nie nak dapat carpal tunnel
dan hampir hampir je keyboard laptop nie nak compang camping
semuanya gara-gara sibuk berchenta dengan mr. A aku nie.

and in the middle of the now where
tetiba teringatkan orang yang tersayang
orang yang mengandungkan, menyusukan dan membesarkan aku

tipula kalau aku tak rindu
tipula kalau aku tak sedih
tipula kalau aku tak terasa kehilangannya
dan tipu tipu tipula kalau mata aku tak bergenang bila teringatkannya

may my late mother rest in peace..
may Allah bless
al-fatihah

ya Allah, give me strength : )