salam alaik..: )
esok 2010..saya rasa ramai yg menyambutnya di KLCC, the curve mahupun di menara tinjau, hulu langat..maaf yerk, saya tak sambut new year..tak pernah terlintas pun..pelik ya, kita mengaku Malaysia adalah negara Islam, tapi kita mengagung2kan sambutan new year..sedangkan sambutan awal muharam hanya ala kadar..
2009..banyak yg berlaku..sudah pasti saya sedih utk meninggalkan 2009..tapi saya teruja menanti 2010..moga yg telah berlaku menjadi iktibar utk masa hadapan..insyaAllah
suka
macam2 perkara gembira berlaku..memperkembangkan ukhwah dgn lebih luas...syukur pada Allah, DIA buka pintu hati saya utk berhijrah..dikit-dikit saya mendaki, agar menjadi muslimat sejati...jika dahulu saya susah utk membaca buku agama, kini buku sedemikian dekat di hati saya. dan bila baca, saya berkongsi dgn anda. supaya kita sama2 dapan manfaatnya. jika dahulu saya amat malas utk bangun malam, alhamdulillah tahun ini saya berusaha membangunkan diri utk qiam. sbb saya rasa tenang mengadu padaNya. DIA adalah kaunselor saya. moga usaha saya istiqamah. moga niat dan hati saya tsabat utk berhijrah..
alhamdulillah, saya berjaya ke phase IIIb junior..masih tinggal setahun (insyaAllah) utk bergelar doctor di dunia realiti..tak sabarnya utk melangkah ke alam pekerjaan...dalam masa yg sama saya berdebar.adakah saya mampu menjadi seorang doctor yang baik...
tanpa sedar juga, saya ada facebook dan blog..saya hanya mengikut arus zaman sekarang..cuma saya berusaha memperingati diri agar facebook tidak melalaikan saya daripada tugas saya seorang pelajar. dulu saya tidak berminat dengan blog. malah tertanya2 kenapa perlu ada blog. dan saya pernah tanya soalan ini kepada sahabat saya.
"menjadi medium untuk berdakwah dan berkongsi. tak salah bukan?"
saya tergamam..maka saya ikuti jejak dia dan anda semua utk berblog..tak salah utk berkongsi bukan?dan tak salah dijadikan medium utk berdakwah..apabila saya menulis dalam blog ini, insyaAllah ada pengisiannya..bukankah menyampaikan ilmu itu satu ibadah? dan apabila sesuatu amalan itu menjadi ibadah, insyaAllah akan ada ganjarannya di sana..dan saya mahu berebut peluang itu..
duka
tahun ini tahun dukacita pada saya. pemergian atuk a.k.a bak dan juga ibu tercinta meninggalkan kesan di hati saya. apatah lagi ibu yg mengandungkan saya, melahirkan saya dan membesarkan saya selama 22 tahun. lama utk saya bangun dari kesedihan ini. lama utk saya kembali menapak dalam dunia ini. menyedari tiada lagi insan bergelar umi di sisi saya.
dan saya bersyukur kerana diuji sedemikian. Allah sayang pada saya, pada keluarga saya. mengajar saya erti sabar menempuhi onak kehidupan. sedihnya sehingga kini masih terasa. tapi cepat2 saya usir perasaan sedih itu..cepat2 saya sedekahkan alfatihah pada yg telah pergi.
dan sekali lagi saya diuji apabila ayah saya masuk A&E beberapa bulan lepas. beban yg lepas masih terasa, dan saya terus diuji. menjadikan saya makin dekat pada Allah. apatah lagi satu keluarga meletakkan harapan ke atas bahu saya membuat keputusan terbaik utk kesihatan ayah. namun saya redha. itulah harga yg perlu dibayar. saya terima dengan redha sbb itu adalah tanggungjawab saya sebagai anak. tak perlu mengeluh. tak perlu utk menidakkannya. kerana Allah tahu yang terbaik utk kita semua.
"farah, kamu dah banyak berubah tahun ini"
saya tergamam. sebab ianya datang dari kawan saya. berubahkah saya? dari sisi manakah saya berubah? katanya, saya makin nampak tertekan tahun ini. banyak air mata yg mengalir..dan kurang senyuman di muka saya. saya terkedu. ada juga yang perasan. terima kasih ya. insyaAllah hari mendatang akan dihiasi dengan senyuman di wajah saya..: )
tahun ini juga saya gagal major exam. kini saya tahu apa perasaan mereka yg gagal. dulu saya hanya mampu menasihati, sbb saya tak pernah merasa. saya tidak salahkan doctor yang menggagalkan saya. sbb dia telah menjadikan saya as a better person. melihat sesuatu dari sudut positive. menjadikan diri saya dan rakan-rakan yang lain lebih rapat, lebih tabah.
tahun ini lebih duka dari suka. tapi saya tidak mahu kenang yg duka2. sbb ianya menjadikan hati saya sedih. saya mahu usir perasaan duka itu jauh2. mahu letak dalam kotak, dan tutup kotak itu rapat2.
dan kini..
saya mahu buka buku baru, lembaran baru..saya ingin lebih beristiqamah tahun ini. ke arah kebaikan, ke arah syurga di akhirat. moga kita sama2 melalui jalan itu..insyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam.
banyak dugaan yang akan melintas hidup kita.
tak cukup dengan hanya sekadar menyatakan keimanan kepada Allah tapi tidak diuji...
jgnlah sampai melabel tahun yang lalu sbg dukacita. setiap kejadian itu ada hikmah bg insan yang berfikir.always look at the brighter side of everything. mmg sng utk sy brckp.tapi insyaAllah awak bleh.awak dlm doa sy =)
maaf,kali pertama berziarah dan sy dh mengomel panjang.maaf juga kalo ada yang mengguris.
hehehe...macam knal je..anum ekh..thanks coz menziarah blog nie..thanks gak for ur comment..always looking foward..insyaAllah...thanks for ur advice : )
Post a Comment