Thursday, April 29, 2010

enough is enough

assalamualaikum n greetings..: )

pergh, sungguh penat!!! bajet cam class penuh je..: )

pagi : pi forensic department nak tgk autopsy. at the end, autopsy ke mana, aku kat bilik tgk citer.
petang : full of joy. bergema therapy room dgn gelak tawa kami. class with dr.subash. discussed about schizophrenia again...balik singgah makan pisang goreng. then, teman kawan pi maternity ward.

tidur. and here I am. baru bangun. baru je lepas lepak kat luar jap tgk bulan. gile, macam warewolf!!hehe

enough of sadness. enough mengeluh sana sini. menjadi orang yg tak betul+zombie. senyap tanpa sepatah perkataan. kesian roomate n groupmate aku. sorry guys : (

tetiba aku jumpe ayat best..

We might be best friends for one year, pretty good friends the next year, dont talk that often the next, and dont want to talk at all the year after that.

Hlovate said,

saya tak pandai melukis, jadi saya tak boleh 'draw and paint' perasaan saya.
saya tak pandai nak menyanyi, saya tak boleh lagukan isi hati saya.
saya tak ada 'art and skill' maka saya tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding.
dan sebenarnya saya tak pandai pun menulis, saya tau 'throw out and spill' aje

dan kepada insan yg berYM ngan aku petang tadi, yg kite pernah

gelak sakan tak ingat dunia bersama
diam sampai aura "panas" terasa
gaduh mengalahkan budak kecik bersama
sakat menyakat mengalahkan bdk 9 tahun
rempit melebihi 100km/h macam bwk kerete F1 bersama
terus terang tak berlapik macam takde tembok antara kite

and I just want to say,
if I never talk to you again in my life
you are my bestfriend..always be.....
really miss our old days...: )

Wednesday, April 28, 2010

perlu ke?

Susah tak nak maafkan orang?
Perlu ke maafkan orang?

aish, lemah semangat betol bile de manusia yg bertanya soalan nie kat aku. sbb aku akan teringat balik semua perkara yg aku tak ingin ingat langsung....

tak susah pon..dan pada aku, perlu kot. tak rugi papepun, maafkan mereka dgn ikhlas. bukannye berdosa pon maafkan orang, malah perbuatan terpuji tue. daripada dendam yg akhirnya menyakitkan perasaan diri sendiri.

cuba contohi Rasulullah SAW. bagila segala bagai fitnah, cemuhan, dibaling dgn najis dan batu hingga mengalir darah Baginda, Baginda tetap bersabar dan memaafkan kesalahan mereka. tak pernah sekalipun dibalas dgn perbuatan mahupun perkataan. kalau kita?? kalau boleh nak lihat orang tue sengsara macam kite terseksa dek perbuatan mereka. kalau boleh time tue gak nak kuarkan segala bunga silat, nak tampar, nak sembur dgn ayat kasar, nak flying kickla, kick ass la dsgbnya..

sedangkan Rasulullah yg merupakan kekasih Allah pon pemaaf, siapalah kita yg sebagai hambaNya yg khilaf ini utk tidak memaafkan orang..

try to forget your pain and past..walaupun susah nak lupa, buat2 lupa ajela..hehehe..watpe nak ingat benda yg menyakitkan hati..wat sesak nafas je..baek pikir benda lain..

lastly, nak share my reading pasal cara2 utk mengekalkan silaturahim/ukhwah dlm bersahabat

1. Mengekalkan persahabatan. beri kebebasan dlm bersahabat, insyaAllah nanti akan beri ruang pada kita berkongsi suka duka bersama, bukannya saling menyakiti dan membenci antara satu sama lain. setuju2!!! berada di samping sahabat susah dan senang...

2. saling menahan rasa cemburu. pe korunk ingat org yg bercouple2/berkahwin je bley jeles2??huhuhu..jgn maen terjah je, selidik dulu..tanye leklok, baru aman dunia..

3. saling memahami. dalam bersahabat, kite kenelah fahami sahabat korunk tue. utk elak timbul segala ketidakpuasan hati. sentiasa bersangka baik. kalau dia buat salah, cube tanye elok2. laenla kalau kantoi depan mata (yg nie, rase best je kalau dpt pelempang manusia nie. mujur anak orang kan. jangan sesekali mengamalkan perbuatan ini yek)

4. saling mengalah.

5. saling memberi kemaafan. sedangkan lidah sendiri pun tergigit, apatah lagi bila berkawan.

kesimpulannya, lembutkan hati anda. nobody is perfect.

penawar hati

salam alaik..

jeez..schizoprenia, mania, delusion of grandiose, incronguent dan segala bagai terms...ditambah plak different types of thoughts..bley plak insertion, withdrawal, blocking + broadcasting...belum ditambah dgn euphoria=gelaran yg groupmate aku bagi bile aku gelak tak bley henti..paling best..masked depression = patient smiles and denies feeling miserable (tersengih aku baca, menusuk kalbu je term nie)........

*sigh*....

terima kasih kepada mereka yg concern, yg bertanya khabar (actually farina n biat je yg tanye)..esp selepas aku kuarkan statement aku perlukan someone for me to cry on..maaf, aku tgh tak betul time tue..tak penah2 aku wat statement terbuka nak bgtau satu dunia aku nak nangis.hukhukhukhuk...sowi aku wat anda berdua risau..sampai farina msg tgh hari (kacau je..hehe) dan biat tepon dari ausie (padahal baru je tepon aku..) sowi habeskan kredit anda berdua yg lebih baik dimanfaatkan dgn call ibu bapa anda...

if you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away - means alQuran. kalo susah hati, cuba baca ad Dhuha dan al-Insyirah..ayat memujuk..

betul ke? aku pernah dengar, tapi tak terlintas langsung..tuela, sbb before nie aci maen redah je baca tak tengok tafsir..rugi dulu tak belajar bahasa arab betol2..hailo2, farah hanani farah hanani..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat?
Yang membebankan punggungmu?
Dan Kami muliakan namamu
Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan
Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan
Apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),
kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh urusan yang lain
Dan kepada Tuhanmu, hendakla kamu berharap.
[al-Insyirah]

terang lagi bersuluh, Allah dah berfirman, after each difficulty, there is a relief..we always have HIM!!!

maka, bersabarlah wahai diri!!!

Monday, April 26, 2010

blur

I NEED A SHOULDER FOR ME TO CRY
CAN IT BE YOURS??
Kadang-kadang kita ingat kita mampu
kadang-kadang kita ingat kita kuat
kadang-kadang kita ingat kita tabah
tapi.......*sigh*....

Tuesday, April 20, 2010

saya sayang dia


hari ini birthday siti fauzan mohd kamal..atau lebih dikenali dgn ijan..happy birthday ijan..

terlalu banyak terhutang budi pada dia..banyak sangat2..

waktu aku balik bilik tension2, terus tak jadi nak moody ke, ngamuk ke...sbb ijan nie manja orangnya..akan menangis bila kena marah sket..kalau suara aku naek sikit pon dia dah sedih2..dpt tahu masa 2nd year bila aku mengamuk sbb housemate yg lain tak reti nak hidup bermasyarakat..

waktu aku sedih dan sama waktu dgnnya, dia tak penah tanya..dia paham2 sendiri..bagusla, sbb aku tak suka org tau aku sedih..hehehe..

waktu aku sangat2 bengang kat sesape, diala tempat aku membebel..sian kat telinga dia dgr bebelan aku..

bila aku ada masalah esp mase kat Klang, dia yg mula2 risau..aish, sebaknya bila teringat Klang..huhuhu

terima kasih sbb datang support aku semasa arwah mak meninggal dulu..sanggup dia, wawa n hurul ponteng class pagi tue support aku masa uruskan jenazah arwah mak..at the end, wawa yg nangis..huhuhu

kalau nak cerita, panjang..memang panjang...satu college, satu class masa 1st year, housemate masa 2nd year dan roomate sejak 3rd year sampaila sekarang..

kenal ijan, dan ijan sebagai rummate aku...its the best thing happens to me as medical student..

semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi sahabatku ini, siti fauzan mohd kamal..

p/s : tadi ijan tanya, "farah, kita sayang kamu. kamu sayang kita tak?"..huhuhu..memang confirmla aku takkan jawab face to face..yup ijan, kita sayang kamu..: )

Monday, April 19, 2010

penatnye belajar

salam alaik...: )

hurm, penat sungguh mata nie menatap buku psychiatric..silap2 ngan aku2 skali dapat mental disorder nak paham new terms nie.hehe..tapi baguih gak, bagi jalan sket neurons hafal bende baru.

tapi....

bukan itu yg aku nak kecoh2 dlm blog nie..syok2 tgh study, tetiba aku terfikir, napelah aku belajar ilmu2 nie yerk?

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

betul tak?? betul3....bak kata mak ayah kita, hanya pendidikan sahajala yg akan membawa kita keluar daripada kemiskinan hidup..betul tak?? (tolongla iakan...: )

kenapa anda semua belajar? bersusah payah bersengkang mata stay up, tidur tak lena mandi tak basah bila nak exam (cewahh..hehe)..sampai tension kita dibuatnya..

kebanyakan kita,
hanya belajar for the sake of exam..sbb tue ilmu tak lekat dlm kepala..utk pass rupanya..
hanya belajar for the sake of our parents...tak mahu hampakan mereka yg nak tgk anak2 mereka berjaya hingga ke menara gading..bila dah jadik anak yatim, belajar ntah ke mana...
hanya belajar sbb mahu dipandang tinggi oleh masyarakat...sbb itulah stigma masyarakat zaman sekarang..tak belajar maknanya tak berguna, sampah masyarakat...itulah kita, ish2...

Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah. Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepadaAllah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali.

dah baca entry nie..jom kita ubah niat kita..

kita niatkan hati kita belajar sebab Allah SWT. Dia adalah pencipta kita semua, yang Maha Mengetahui. Dia menciptakan sesuatu untuk kita belajar sesuatu daripada ciptaanNya termasuklah ilmu2 ini. bukan suka2 je Allah jadikan sesuatu....utk kita berfikir, fikir dan fikir..

buka mata, tepuk dada tanya hati anda. luaskan pemikiran, thinking outside the box..bukan belajar ilmu agama sahaja yg diredhai, malah cabang ilmu lain pun turut bermanfaat buat kita.

itu juga salah satu cara untuk kita mendekati Allah, jika betul caranya kita mempraktikkan ilmu itu...: )

Sunday, April 18, 2010

itulah dia

salam alaik..: )

orang kata, kalau orang itu benar2 beriman, akan terpancar pada wajah dan keperibadiannya. betul ke tak? aku tatau sampaila aku bertemu dan berkawan dgn seorang hamba Allah ini.

taktaula korunk semua kenal ke tak hamba Allah nie. yg pasti, dia bukan bdk medic takpun belajar di UM nie. bagi aku, dia adalah role model aku. jarang bagi aku utk meletakkan title "role model" kepada seseorang, apatah lagi bila dia sebaya dengan aku.

Hamba Allah ini aku kenal masa di Jasin. sesuai dengan keperibadiannya, dia telah dilantik menjadi Prez BADAR (badan dakwah dan kerohanian) bagi pihak puteri. so yg kenal hamba Allah ini hanya bdk2 jasin, batch spm 2004.

tak pernah aku lihat wajah seseorang yg sebaya aku yg sentiasa bercahaya dan tenang. tak perlu senyum pon dah nampak manis, apatah lagi bila dia senyum. tgk muka dia sahaja sudah tenang hati kami semua.

percakapannya tertib. kebolehan dia sebagai pembahas sekolah adalah satu bonus bagi dia. bila dia bersuara, suaranya lantang dan jelas. aku pernah ikut dia buat round kat sekolah selepas taklim, dipanggil operasi cegah maksiat. kalo org lain, mesti akan perli. tak pon marah2. tapi berbeza dgn dia, dia akan tegur dgn berhemah tapi tegas. bdk2 nakal di kalangan bdk pompuan pon respect dia tapi tidak pada prez bwp ke, ldp ke.

aku suka bila dia memberi tazkirah. tak taw nape bila dia yg menyampaikan, pasti senang je penerimaan kami. dan aku suka bila dia mengaji takpun mengalunkan alunan selawat. tersentuh hati kitaorang semua. kadang2 bila tiba time aku ngada nak bermanja2, aku akan tidur di riba dia sambil dia baca selawat shifa'. huhuhu...

banyak sebenarnya aku nak citer pasal sahabat aku seorang nie. sebagaimana korunk semua tahu keperibadian org yg beriman, macam itulah dia. tak pernah sekalipun kitaorang nie rase kecil hati dgn perangai dia.

aku pernah tanye dia kenapa aku dipilih sebagai naqibah sedangkan aku memang tak layak langsung kot (pemilihan naqibah mase tue memang susah kot sbb dia yg pilih). dia jawab, " sebab kita yakin dengan kamu"...saat aku sendiri pon tak yakin dgn diri aku, dan dia boleh yakin dgn diri ini yg serba kekurangan. terima kasih banyak2..

bila aku terkantoi dgn dia tak pi taklim malam, dia hanya senyum. pastu dia akan cakap "jangan buat lagi yerk". confirm aku dah tak buat lagi..

bila aku ada masalah, dia yg mula2 perasan dan bertanya sebabnya..

dan sekarang, kitaorang still keep in touch. hanya sekadar melalui YM. rindunya hendak bertemu dgn dia. khabarnya kini dia masih lagi giat dalam usaha mentarbiah. alhamdulillah, semoga dia akan sentiasa menjadi insan yg kami semua pernah kenal. memang bersyukur sangat2 sbb ada sahabat seperti dia. terima kasih ya Allah..: )

kita hanya manusia. manusia yg fitrahnya seorang yg pelupa dan sering berbuat kesilapan.

janganlah kita terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam sahabat kita, kelak kita akan kecewa bila kita nampak ketidaksempurnaan dalam diri mereka.

dan bila kita dikecewakan oleh sahabat kita, berterima kasihla kepada mereka. sbb mereka telah mengajar kita menjadi lebih kuat dan tabah. supaya kita belajar dari dugaan itu. jgn dibalas perbuatan mereka itu, sbb itu hanya menunjukkan diri kita sama tarafnya dgn mereka itu.

Thursday, April 15, 2010

exam oh exam!!!

assalamualaikum..

tadaaaa...musim exam telah tiba. masing2 sibuk sampai rasa macam tak cukup nak jejak tanah.huhuhu...sibuk baca buku sampai rasa nak makan je buku tue. sibuk wat past year, sibuk wat study group, sibuk itulah, inilah..

sebelum exam
- keluar pi sana sini sampai tolong "tutup kedai" skali. buku pon tak pandang.
- ada je masa terluang, esp bila lecturer datang lambat, semua buat geng masing2. buat apa? bersembang...takpon bergosip.buku? tutup dan simpan kemas2 dalam poket labcoat.

musim exam
- semua duduk dlm bilik diam2. study katanya. sampai ponteng class, ponteng ward round.
- segala jenis sakit ada. sakit kepala, sakit perut dsbgnya. sakit hati? ada2..
- tetiba je wujud budaya membaca. tak lepas mata daripada memandang notes, takpon oxford. pakcik makcik yg ada di hospital, jangan tertipu oleh kami semua. kami nak exam!!
- keluar segala keluhan. kenapalah aku amek medic nie?? padahal dh final year, baru terpikir ke?
- bad mood!!common words....."maaf tak reply msg. takut ko terasa bahangnya". padahal org tue tak wat papepun. sekadar bertanya khabar dan memberi motivasi.
- paling best, masing2 ingat Allah...alhamdulillah..

conclusion
- jgn study last minute. nak rilex2 dulu takpe, cuma berpadalah. biar susah dulu, baru senang kemudian. takdela kita terhegeh2 nak habeskan semua topic in one week kalau dah prepare awal2.
- kenala jaga kesihatan. bila tak shat, macam mana nak amek exam? wat rugi je...
- jgn lupa, kita hidup bermasyarakat. kawan2 kita adalah jiran2 kita yg sama2 mendoakan kejayaan kita semua. jaga hati mereka, jaga adab kita dgn kawan. insyaAllah, mudah urusan kita bila exam nanti.
- yg paling penting, ingatlah Allah SWT sentiasa. bukan masa susah sahaja. bukan masa nak exam sahaja. Allah SWT tak pernah tinggalkan kita sowang2. DIA sentiasa berada dekat di sisi kita, tak kiralah waktu senang atau susah.

"Apabila hamba-hambaKu bertanyakan tentang Aku, maka katakanlah bahawasanya Aku amat dekat" [ al-Baqarah : 186 ]

dan bila kita gagal, takpun rasa macam dah kecewakan lecturer,

janganlah putus asa. perbaiki lagi. ikat dan simpan kemas2 dlm ingatan sebagai peringatan. kesilapan dibuat untuk mengajar kita menjadi lebih baik.

Wednesday, April 14, 2010

alahai prof..

Prof Phillip Poi, geriatric specialist

“Basic knowledge + clinical skills + thinking, then you will be a safe doctor”.

Here he goes. Spend ~30 minutes on how to be a good doctor. Thanks prof.

Then….errr, dah lencong terlebih nie..

“Don’t be a bad muslim. Be a good Islamic person”.

“I do recite and tries to understand alQuran. But it is difficult to understand the meaning especially in English. It is harder compared to Bible”.

“Don’t gamble. It is not non-islamic thing”.

“Why some of you guys wear a songkok? Buy for me, I don’t know how to choose”.

From ward round – motivational ---- short case ---- religous class.

He learns about Quran, but yet he is a Christian.

Tapi kite, as a Muslim, dekat manakah kite dengan al-quran? Kecik2 belajar mengaji, bertatih lidah ini membaca mengikut hukum tajwid. Dari muqaddam kite beralih kepada al-Quran. Lancar bibir kita membaca ayat2 indah. Tapi beramalkah kita dengan isi kandungannya? Fahamkah kita apakah yg Allah cuba katakan kepada hambaNya?

Itu…sama-sama kita fikirkan dan renungkan..

birthday Along??

happy birthday to my beloved eldest brother, Along @ Mohd Faizal Mohd Nor...

seingat aku, besday dia hari ini, 14hb of April..tapi tak confirm. papepun, aku tahu besday Along in this month..hehehehe

Along dah tua dah..34 tahun..bilalah nak dapat kakak ipar nie..hehehe

happy birthday Along..

- utk Along yg tak pernah marah adik2 dia. siap kene buli ngan Angah n Alang lagi. steady je bila mainan dia dirosakkan oleh adik2 dia..
- utk Along yg sememangnya pendiam..mummy kate perangai aku lebih kurang macam Along je..pendiam????hehehhe..dgn stranger je..
- utk Along yg selalu kene perli sbb nampak "lembik". weh, abang aku dah panjat gunung Everest tau. cuma sampai ABC camp je, tak sampai puncak sbb tak cukup bajet. Along dah panjat semua gunung kat Msia nie sampai aku pelik dia nie bley plak dapat cuti lama2 panjat gunung.
- utk Along yg suka sgt comment bila aku masak. kerasla, tawarla, lembikla..macam2..tau arr die pandai masak esp western food. inilah hasilnya bila 4 tahun blaja kat UK tak reti nak balik2..hehe
- utk Along yg boleh dibilang dgn jari berapa hari dlm seminggu dia de kat opis die kat KLCC. tup tup de kat Sabahla, Sarawakla tak pun kat plantar minyak tue..
- utk Along yg suke blanje satu family dinner esp mase weekend. dan adik dia sowang nie akan tersenyum lebar bila Along sebut "jom shopping"..: )
- utk Along yg workaholic sampai sedara mara bising bilala nak jumpe Along nie.
- utk Along yg sentiasa bawak kete dgn berhemah. tak pernah speed lebih 120km/hour tue..sbb tue slalu kene tinggal kat belakang bila konvoi ramai2 balik kg..hehe
- utk Along yg merupakan role model bagi kami adik-beradik. Along memang genius gile bab2 akademik. yg rajin gila baca buku esp magazine Times/ National Geographic. yg menangis bila papa/mummy cakap nak buang buku2 lama dia..huhuhuhu

mase aku kecik2, jarang jumpe Along. sbb dia pi boarding schoolla, kmb banting pastu 4 tahun kat oversea. jarak umur yg jauh menyebabkan aku takdela rapat sangat ngan Along. tapi aku tetap sayang Along...: )

Monday, April 12, 2010

baikkah aku?


“ terasa pegangan agamanya terlalu rapuh. Aku sekadar melengkapkan Rukun Islam. Sekadar membaca surah yassin pada malam Jumaat. Sekadar menutup aurat dengan baju lengan panjang, jean straight cut dan tudung biasa. Aku tidak mengamalkan qiyam sekurang-kurang seminggu sekali. Tidak menghabiskan juzuk al-Quran selang seminggu. Tidak litup dengan tudung labuh atau jubah. Tidak mengulang al-Ma’thurat setiap subuh dan asar. Tidak solat rawatib utk setiap solat fadhu.

Kalau dulu, mungkin dia merasakan yang kini dia telah jadi ‘baik’. ‘baik’ kerana tidak lagi berpelisiran di tepi jalan. ‘baik’ kerana kini pakai baju longgar dan berlengan panjang. ‘baik’ kerana dah pakai tudung tak nampak tudung menggerbang. ‘baik’ kerana telah menggantung deck, roller-blade dan Wrath yang tidak meletak batas dalam pegang tangan antara lelaki dan perempuan, diganti dengan main ice-skating bersendirian. ‘baik’ kerana kalau pergi menonton wayang pun dia pergi bersendirian atau bersama Che’ E dan bukan lagi bersama mana-mana lelaki untuk dijadikan teman. ‘baik’ kerana sekarang dia solat walau kadang-kadang hampir ke hujung waktu, yang dirasakan cukup baik untuk dirinya sekarang”.

Part of Versus, nukilan Hlovate.

dlm banyak2 part, part inilah yg aku suke. part inilah yg aku nak kongsi dgn korunk semua..

kan aku pernah mentioned before this, terasa Minn Edina adalah aku. dan apa yg hlovate tulis dlm novel dia tue, itulah aku. luahan hati aku. bezanya, aku takdela maen roller skate or deck sampai de geng. setakat maen depan rumah turun naik bukit dgn abang aku. hehehe..

dan bila difikirkan balik, BAIK ke aku nie?

jawapannya berbalik kepada diri sendiri. baik itu subjektif. terpulang kepada individu utk menafsirkan apakah definisi baik sebenarnya.

pada aku, aku tidak baik. bagai langit dan bumi. masih banyak cacat celanya apatah lagi di sisi Allah. masih banyak lubang yg perlu aku tutup. kene polish hati ini bersih2 supaya titik2 hitam itu hilang. hidup hampir dua dekad nie dengan mewarisi Islam sebagai ad-Din belum cukup untuk membawa aku ke syurga.

kadang kala aku risau, takut jika suatu hari nanti Allah tarik semua nikmat yg aku miliki nanti. macam mana suatu hari nanti aku dah tak mampu untuk menangis ketika sujud menyembah penciptaNya? macam mana suatu hari nanti aku dah tak berperasaan bila buat dosa, buat maksiat?

biat kata : "alhamdulillah, Allah masih sayang kau sbb masih ada perasaan itu dalam hati kau". thanks biat..terasa leganya bila dpt share dgn kau. banyak yg kami share. tapi maaf, tak dapat dikongsi bersama anda semua. biarlah jadi rahsia antara aku n biat.

yup, aku perlu perbaiki diri. bukan utk sesiapa, bkn utk membuktikan apa2 kepada siapa2. ini cabaran utk diri aku. utk menjadi lebih baik. utk berhijrah ke arah yg baik, pastinya cabarannya jauh lebih menduga.

membaca buku agama sahaja tidak cukup. itu aku sedar. maka aku perlukan pertolongan rakan2 sekalian. dan bila aku nak menapak, aku nak bersama2 ngan kwn2 aku. supaya kite sama2 dapat tempiasnya.

bila dah tengah malam...

alahai...
tgh2 malam + sunyi + nak exam, teringat kat seseorang..

dulu,
bila tension je, dial je no umah, dengar suara..terus jadi tenang
bila tension je duduk UM nie n bila hadap buku, terus je balik umah, tgk muka dia, sejuk n tenang hati ini
bila takde orang tanye psl akademik aku, dia yg mula2 tanye..
bila cakap nak balik je, mesti dia masak sambal ikan bilis : ) ...laparla pulak..hehe
bila aku nak buat "kerja gila" dan dia dapat tahu, terus tak jadi nak buat..sbb nanti dia tak tidur malam sebab risau

dan sekarang,
bila teringatkan dia, aku akan senyum je. sbb aku dah janji dgn diri sendiri tidak akan mengalirkan air mata lagi...

pa, orang rindukan mummy...

p/s : orang kata, hilang mak tak sama dengan hilang ayah..betol ke tak, ntahle..bagi aku, sama je..tetap hilang orang yg tersayang..

Sunday, April 11, 2010

ganbate!!

Assalamualaikum wbt..: )

Weekend berlalu macam biasa. 48 hours terasa singkat. Mase cuti memang rase skejap je kan, pejam celik dah isnin. Aish, another 5days utk ditempuhi. Kene pi class, ward round, clinic, tutorial, lectures or cpcil. Belum lagi kerje as doctor nanti. Confirm weekdays or weekend rase same je.

Weekend kali ini, aku terpaksa study. yosha, dah buang tebiat ke pe?? Sbb Mr. E menanti. Hailo2, terpaksala jadi nerd skejap. Book camp even tido pon sebelah buku. Terasa macam semalam je baru jadi final year. Tup tup dah 2 bulan. Even dah nak abes pon posting medicine nie. Until skang, terasa cam tak blaja pape n blurr plus otak kosong bila doctor tanye. Padahal inilah posting medicine yg last skali dalam hidup aku sepanjang bergelar medic student nie. Bersedia atau tidak, cukup ke tak ilmu di otak nie, semuanya aku berserah pada Allah. Cuma jgnlah kite semua totally depends on Allah sedangkan kita tak berusaha. Itu pemalas namanya.

Dlm sibuk2 belajar, Alhamdulillah sempatlah juga curi masa dinner bersama2 dgn paklong+maklong+ucu dan sepupu sepapat aku. Main event sebenarnya sambut besday nurin n rayyan + batrisyia yg sibuk perasan besday die gak. Bila tiba sesi bergambar, maka kecohla bila mak sedara diaorang sowang nie perasan jadi bdk kecik. Hahahahaha….sama2 dgn nurin, rayyan n batrisyia pakai mask n bergambar. Mmg kecoh suruh bdk2 nie berposing sampai mak sedara yg terchenta nie kene masuk skali..hahaha…memang berselera makan cake ramai2 n nasi ayam. Pelbagai ragam n cerita keluar. Nie baru 2 families, belum ditambah ngan anjang n achik. insyaAllah rasenye kami semua akan berkumpul kembali bulan 5 ini utk majlis tahlil. Takpun bln 6 bila kak ita+abd zul+aisyah+ammar balik bercuti dari arab Saudi...inilah keluarga besar aku. Terutama sebelah ayah aku. Kami semua rapat..gaduh macam mana pon, at the end mesti akan gelak sama2. Pesan atuk, jangan sampai putus silaturahim keluarga Mokhtar b Hj Taib ini dan inilah yg dipegang kami sampai bila2.

Kepada yg nak exam, eventhough hanya end of posting, ganbate! Berusahalah sedaya upaya. Andai anda rasa gagal, usaha lagi hingga final exam tahun depan. Jgn sesekali berputus asa sbb itu adalah sifat org munafik. Moga Allah swt merahmati segala usaha kita. : )

p/s: sebelum terlupa, sape2 yg nak barang final year, bleyla datang ke bilik n bawak pendrive/external yerk

Wednesday, April 7, 2010

Engkau pergi jua

salam and greetings..

video

Wajahmu
seindah serinya pelangi nan indah
seharum bunga putih segar berkembang
wajahmu masih terbayang di mataku
sehingga terkenang di dalam doaku
Sahabatku
tahukah kau di dalam hatiku ini
terhimpunnya seribu doa yang suci
sesungguhnya walau hilangmu jauh dari mataku
tetap ku abadikan di dalam jiwaku
sepinya..
harapan yang selama ini ku bawa
jatuh berkecai musnah jua akhirnya
semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
ketika perjuanganmu membara
belum puasku menatap wajahmu
Kau pergi tak kembali
walau hilang jauhmu dari mataku
tetap ku abadikan dalam jiwaku..
al-fatihah kepada Ust Asri, tak lupa kepada kepada sahabat handai dan saudara mara kita yg telah dijemput Allah terlebih dahulu. dan yang pasti, kepada arwah mak ayah..alfatihah..

Tuesday, April 6, 2010

tahniah!!

assalamualaikum..: )

semalam, debaran final year 05/10 akhirnya berakhir. bermula dengan pagi bila senarai viva keluar (dgr citer ramai yg kene viva) dan berakhir pada sebelah petang (dlm 5.30 ptg). aku yg rase berdebar, macam ak plak yg amek exam..hehehe...alhamdulillah, lahir lagi satu product UM..congratz to our senior esp my buddies, kak ida n kak mala. syukur sgt2 sbb mereka berdua ini sgt berjasa kepada aku...

dan bagi aku n rakan2 aku, batch mbbs 06/11..kite adalah the only final year skang. we are at our own rite now. at least dulu ada senior utk kite jadikan sumber rujukan. but skang, we are at the top of this chain. bila dgr je result dah kuar, terasa satu amanah + t/jwb yg perlu dipikul. next year kite akan jadi HO (insyaAllah, amin...) tapi masih byk bende tatau (esp aku arr..)..kite hanya tinggal few months..so jadikan few months ini utk kite cover balik ape yg tak tahu, apa yg kite lupe..n paling penting, our moments together..sbb after this, im sure its gonna take hell n high water for reU..
dan kepada mereka yg teringat zaman kite amek result, esp bdk2 supplement macam aku nie..chills bro n sis..kite patut bersyukur sbb pengalaman itulah mengajar kite utk jadi strong. cube fikir, berapa banyak korunk wat long case sampai nak muntah??hehehe..cube fikir betapa kuatnye bond kite hingga skang?...dan kepada rakan yg terpaksa berundur one step, jgn sesekali give up.mereka2 inilah insyaAllah, bakal2 dr yg jauh lebih baik drpd kite sbb mereka dpt tgk n practice more short and long cases than we are, rite??

dan aku ingatkan korunk semua dgn sabda Rasulullah SAW :

"Siapa yang berkehendakkan dunia, dia mestilah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan akhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia mempunyai ilmu" [ Riwayat muslim ]

bertebaranlah kite semua di muka bumi ini, sesungguhnya ilmu itu luas...: )

Thursday, April 1, 2010

please, dont quit


Don’t Quit

When things go wrong, as they sometimes will,

When the road you trudging seems all uphill,

When the fund are low, and the debts are high,

When care is pressing you down a bit,

Rest if you must, but don’t you quit!

Life is a queer with its twist and turns,

As everyone of us sometimes learns,

And many a failure turns about,

When he might have won he had stuck it out,

Don’t give up though the pace seems slow,

You may succeed with another blow.

Success is a failure turned inside out,

The silver tint of the clouds of doubt,

And you can never tell how close you are,

It may be near, when it seems so far,

So stick to the fight when you’re hardest hit,

It’s when things seem worst,

That you must not quit.

Clinton Howell

extracted from Chicken Soup for the Soul (The Unsinkable Soul)

terima kasih!!!!

assalamualaikum...

syukur kepada Allah SWT..setelah lebih kurang 11 hari bergelut dgn diri sendiri. tosillitis yg membawa kepada sakit telinga, demam, batuk, hilang selera (tak makan 6 hari!!), sakit sendi, sakit badan, sakit mata..sakit segala bagai...tak ditambah sakit dicucuk utk blood test..Allah nak duga, takkan nak merungut pada Pencipta kite plak kan...

dan hari, alhamdulillah..sudah mula kebah..selera sudah mula ada...demam sudah surut..cuma batuk sikit2..tekak masih ada exudate..takpela, at least dah kurangkan bilangan ubat utk dimakan..

TERIMA KASIH tak terhingga kepada...
- papa n family sbb susah payah jaga anak pompuan die sowang nie..urut sana, paksa makan itu ini, beli itu ini..tak lupe pada batrisyia sbb urutkan kepala asyu die nie..sejuk hati asyu die..
- hajjariah, wawa dan izzah sbb mengambil alih tugas di UM..sanggup hantar pi clinic, belikan makanan, check my condition almost one hour kot!!, pakse makan ubat depan depa..terharu sangat2...
- zarina n fatimah atas makanan yg diberi..murah rezeki yerk org sakit nie..
- farina, kawan kami sorang tue dan syafiqah atau kerisauan anda..jgn risau, insyaAllah makin sembuh..positive attitude!!
- moyang..atas pesanan dan keprihatinan anda..dragon fruit ade??hehehe
- tak lupa pada semua kawan2 yg tak disebut namanya..masih ingat lagi pada diri ini walaupun menghilang hampir 4 hari tak pi class...

tak tahu nak cakap ape sebenarnya..tak dapat rasanye membalas jasa baik anda semua..
hanya doa..moga KALIAN DIRAHMATI ALLAH...amin....