salam n greetings to all.......: )
"Orang yang kurang beriman ataupun tidak beriman, hidupnya bagaikan layang-layang yang putus talinya. Nampak sahaja bebas, ke atas dan ke bawah. Ke kanan dan ke kiri. Sebenarnya dia tidak tahu untuk apa dia diuji dengan suka dan duka. Jika dia menerima nikmat, dia gembira. Jika dia ditimpa musibah, dia bersedih. Akhirnya dia tua dalam keadaan keliru. Untuk apa nikmat itu dan untuk apa musibah itu. Bagaimana adabnya ketika menghadapi nikmat dan bagaimana pula ketika diuji dengan musibah. Dia sesungguhnya tidak mengerti. Bagaikan layang-layang, akhirnya dia akan jatuh ke dalam sungai atau merempuh pokok dan musnah. Bagi orang mukmin, dia ada tali yang terikat dengan Allah dan tali itu adalah tali taqwa. Dia nampak seperti tidak bebas tetapi dia tetap selamat. Dengan ikatan yang sekukuh itu, 'layang-layang' orang mukmin akan dapat dinaikkan di setiap petang dan dapat ditarik turun di awal pagi. Ia boleh disimpan semuala dan dapat dinaikkan semuala dengan selamat petang berikutnya sampai ke esok pagi"
yang membezakan kita
sesama umat Islam
adalah taqwa
bukan nilai harta benda atau pangkat
lumrah manusia zaman sekarang
bila gembira
dia akan tersenyum
tapi lupa untuk bersyukur
bila susah
dia akan merungut
menyalahkan sesuatu atas musibah yg ditimpa
buang sikap ini ya kawan-kawan
ketahuilah bahawa
Allah itu berada disisi kita
kekasih kita yang utama...
p/s : petikan tersebut diambil daripada kata-kata Tok guru Nik Abdul Aziz...bacalah buku telaga budi nukilan beliau..sangat menarik...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment