Wednesday, December 23, 2009

sedih dia, sedih aku juga

assalamualaikum... : )

ketika ini aku sangat2 letih...badan pun rase cam sengal2...bile terlalu letih, sukar utk lelapkan mata...seperti biasa, aku tros menatap laptop..ini adalah one of the few things barang yg paling aku sayang selain motor suzuki tue, jam tangan dan hp aku....

saat ini...tetiba aku teringat sahabat aku..sape2 yg perasan, aku slalu mention nama farina...malah ade satu post khas utk dia..sbb aku sangat2 sayangkan dia...

weekend lepas tergerak hati aku utk check blog thru hp...nyata, dia ade masalah...masalah dia, biarlah menjadi rahsia kami berdua...sedih dia adalah sedih aku...malah mengalir air mata aku bila mengenangkan dia bersendirian di sana berdepan dgn masalah dia...gembira dia juga adalah gembira aku....

dia adalah seorang sahabat yg sangat2 baik..sehingga aku rase dia terlebih prihatin sehingga lupa utk prihatin pada diri sendiri...dia sanggup memendam rasa daripada menyakiti hati kawan2nya..dia juga selalu mengalah pada setiap perkara...dan itulah menjadikan dia unik di mata aku...sahabat aku..insyaAllah dunia akhirat....

tidak bermakna aku tidak menghargai sahabat2 aku yang lain...bila bersahabat, aku akan cuba utk menjadi sahabat yang baik...

malah aku beruntung mengenali seorang sahabat di UM yg sentiasa mengingatkan aku pada Allah...mengenali dia sedikit sebanyak mengubah diri aku....ke arah menjadi muslimat yg terbaik...tapi bagilah aku masa utk sembuh dari luka lama...pedihnya masih terasa hingga aku terasa ingin menangis...salah aku juga kerana meletakkan sepenuh kepercayaan aku terhadap dia...nasihat aku kepada kwn2 semua....hargailah kepercayaan yg diberi oleh seseorang terhadap diri kite

jujurnya, aku tidak tahu malah rasa kekok utk berdepan dgn dia...jujurnya hati aku akan berasa sedih bila teringat semula...aku amat sayangkan persahabatan ini..namun andai berdiam diri adalah yg terbaik, maka aku redha...

sabda Rasulullah SAW :
"Tidaklah seseorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan, melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya"

"Jika Allah menyukai seseorang hamba, Dia akan memberikan dihatinya suatu kesedihan yang amat mendalam. Bila Dia membenci seorang hamba, Dia akan menjadikan dalam hatinya seruling kesenangan"

dan ingatlah sentiasa wahai sahabatku

"Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebagai sebaik-baik Pelindung" [ al-Imran : 173 ]

"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu" [ al-Baqarah : 152 ]

2 comments:

Chic_Chloe said...

sayang farah :-*

fhmn111 said...

sayang farina gak...hahahahahahaha(gelak jahat)