Wednesday, December 30, 2009

dinding yang berlubang

sebentar tadi aku baru je mendengar masalah seorang muslimat...jadi ingin aku berkongsi cerita ini dengan dia dan yg lain..baca yerk...: )

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini? “Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.”

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?” “Maksud ibu?” "Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.

*Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya*, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti? *

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

aku rase mmg sudah jelas kan...
muslimat itu berkata dia susah utk maafkan kawannya...aku paham..sangat2 paham...
aku bersyukur
kerana post aku yg sebelumnya tentang maaf-memaafi
meninggalkan kesan pada dia

dan bila aku baca article ini
sangat2 menyedarkan aku...
supaya waspada pada setiap kata2 aku
pada setiap perbuatan aku
agar tidak menjadi seperti anak itu

benar
minta maaf sangat mudah
tak kiralah secara berdepan atau berkias
korunk pasti tahu ape rasenye bila hati disakiti

bila dah rasa
tanam azam dalam diri
jangan buat pada org lain
sbb anda sudah alaminya

aku bila berjanji
insyaAllah akan sedaya upaya akan tunaikannya
sbb aku tahu apa rasanya
bila janji dimungkiri
sbb tue bila hendak berjanji
ikut sekadar kemampuan kita...

4 comments:

Dzul Helmi said...

hu..
dh prnh bc artikel ni
kt blog zurah
insaf2...
ko byk skitkn ht ak farah
hahaha...
msti byk lubg kt dinding blik ko kn

fhmn111 said...

oooo...penah ekh..hahaha..aku copy paste from facebook...tahu pun nak insaf..hahaha....banyak ekh..ampun minta dimaafkan..hahahaha...blanje arr aku..huhuhu

Dzul Helmi said...

hahaha...
ak gurau je r
ko xde skit kn ht ak pn
nape lak ak kne blnja??
sruh r jas blnja

fhmn111 said...

hehe..mestila, sbb aku baik kan??muahahaha....saje je soh ko blanje..hehe