Monday, November 8, 2010

^__^

here, aku nak share something for us to pounder about. credit goes to my junior yg aku kenal sejak zaman hingusan, zaman sekolah kat mrsm pdrm, Kulim.

its about ukhwah. its kinda a long article but worthy to read. so please bear with me k..^__^

Eratkah Kita?

Bicara soal ukhuwah takkan pernah habis atau takkan pernah jemu diperkatakan oleh setiap orang. Manusia tidak akan hidup dengan tenang sekiranya ukhuwah yang terjalin itu ada keretakan atau ketandusan di mana-mana bahagian. Pasti dihantui dengan pelbagai perasaan yang mengganggu jiwa, bukan?


Memelihara ukhuwah sesama manusia ini bukanlah sesuatu yang mudah bagaikan memelihara ukhuwah dengan haiwan atau tumbuhan. Walaupun adakalanya berukhuwah dengan haiwan dan tumbuhan perlu kepakaran dan sentuhan kasih-sayang. Namun, ukhuwah sesama manusia itu adalah suatu perasaan yang perlu disegarkan setiap hari melalui doa dan juga ingatan dimana kasih-sayang yang hadir dalam jiwa itu perlu dikembalikan kepada ALLah SWT.


Berbohonglah saya kalau saya katakan ukhuwah saya dengan sebahagian sahabat saya sentiasa tenang. Tidak disapa ombak atau tidak berkocak. Adakalanya ukhuwah akan selalu berbunga-bunga. Tersenyum sendirian. Subhanallah. ALLAh juga yang menghadirkan perasaan itu. Namun adakalanya akibat dari diri masing-masing, ukhuwah yang dahulunya mekar berbunga-bunga, bunganya akan layu. Dan bunga itu akan terus layu dan layu sekiranya tiada seorang pun yang mempunyai perasaan belas kasih untuk merawatnya, dan akhirnya bunga tersebut akan mati. Adakah bunga tersebut mempunyai peluang untuk hidup semula? Tanya doktor. Kalau ada pun, mungkin kemekaran bunga tersebut tidak secantik dan seharum dulu. Akan kelihatan perbezaan yang ketara selepas itu.


Ukhuwah Yang Mekar Berbunga


Perkenalan sekejap cuma tapi disertai dengan keikhlasan kerana ALLAh SWT, inshaALLAh akan berasa sudah lama saling mengenali dan saling menyayangi. Itu adalah resepi rahsia terbuka kepada sebuah ukhuwah. Tapi, jangan terlalu gembira dan merasa bahagia.

Ingat-ingat selalu. Syaitan tidak senang duduk apabila melihat dua orang Muslim itu menjalinkan ukhuwah kerana ALLAh. Kerana, dengan ukhuwah yang kuat, akan tercipta sebuah cetusan yang besar!


Sahabat yang baik akan cuba untuk menerima diri sahabatnya dengan seadanya. Sahabat yang baik akan cuba untuk menyukai apa yang sahabatnya suka selagi tidak salah di sisi Islam. Sahabat yang baik akan selalu tersenyum apabila menemui sahabatnya. Sahabat yang baik akan sentiasa menjaga hati sahabatnya. Sahabat yang baik akan sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan, kerana bersangka baik kepada sahabat itu adalah tingkat yang paling rendah dalam hubungan persahabatan dan tingkat yang paling tinggi adalah melebihkan sahabatnya dalam apa jua keadaan. Dan sahabat yang sangat baik adalah sahabat yang tidak melupakan sahabatnya di dalam doanya kepada Rabbul ‘Izzati. Sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya di dunia dan akhirat.


Saya, kalau masuk syurga, saya akan tarik tangan kawan saya walau apapun yang terjadi. Saya, kalau ditakdirkan ALLAH dengan sifat Pengasih-Nya dimasukkan ke neraka, saya takkan menyentuh tangan sahabat saya hatta memandangnya pun saya tidak akan. Kerana saya tahu, sahabat saya akan sedih melihat saya.


Menuturkan ayat ingin berjumpa dengan sahabat-sahabat saya di akhirat kelak, akan membuatkan hati saya menjadi sangat-sangat sebak. Apakah mungkin saya dan mereka bisa ketemu? Ingin menjadi jiran mereka di syurga. Apakah saya mampu?


Mekarnya ukhuwah sesama manusia itu adalah mekarnya dan berbunganya ukhuwah dan kasih-sayang yang kita serahkan kepada ALLAh. Jika hubungan dengan ALLAh sudah retak, apakah hubungan sesama manusia akan menjadi sangat manis? Adakalanya, ALLAh mungkin datangkan dugaan kepada sebuah persahabatan untuk melihat sejauh mana ukhuwah yang dimaksudkan kerana ALLAh.

Dalam ujian itu, ada yang berjaya. Tidak kurang juga yang kecundang. Dan saya, tidak mahu menjadi golongan yang kecundang dalam persahabatan.


Pertanyaan “Jadi, Eratkah Kita?” ini saya lontarkan buat diri saya sendiri.


Perlunya tanamkan dalam hati sedalam-dalamnya, setiap ukhuwah yang kita jalinkan di dunia ini, harapannya kita bukan hanya berukhuwah semasa di dunia sahaja. Tapi juga sampai akhirat di mana janji ALLAh untuk menjadi HAKIM akan tiba.

Kadang-kadang kita sebagai manusia terlepas pandang.. Terlepas pandang akan ukhuwah sesama kita. Tautan hati yang kuat akan mengkhabarkan kepada kita jika ada antara sahabat kita yang tidak sihat zahir dan batinnya. Hatta, jika sudah mencapai halawatul ukhuwah itu sendiri.. Khabarnya apabila sahabat kita sedang mendoakan kita di sana, kita akan merasai doa itu di sini. Subhanallah! ALLAh juga pemberi perasaan yang indah dan unik ini.


Peringatan untuk diri saya sendiri. Kekuatan ukhuwah lillahi ta’ala itu sangat-sangat diperlukan dan akan menjadi suatu senjata bagi umat Islam apabila tibanya waktu dunia akan mengalami keadaan huru-hara suatu hari nanti. Persoalannya, dalam menuju masa itu yang hanya ALLAh SWT ketahui, eratkah hubungan kita bersatu dalam perjuangan? Tepuk dada, tanya iman!


Manisnya berukhuwah tidak menggambarkan eratnya ukhuwah. Renungkan… Wallahu’alam.


tak rasa perlu explanation, sbb penulisnya dah sampaikan dengan jelas dan santai. terpulangla pada kita, bagaimana nak apply it in our life.


love this qoute,


"Berbohonglah saya kalau saya katakan ukhuwah saya dengan sebahagian sahabat saya sentiasa tenang. Tidak disapa ombak atau tidak berkocak"

betul betul betul. tipula hangpa semua kalau cakap friendship between your bestie/s sekalipun tak pernah terasa hati atau bergaduh. sedangkan lidah pun tergigit, apatah lagi ukhwah.

sebab sahabat, kita gembira.
sebab sahabat, kita bersedih.
dan sebab sahabat jugalah, kita kenal erti hidup.

kalau kita betul betul sayangkan sahabat kita kerana Allah, atas nama keimanan, boleh diibaratkan macam twin. lagi dasat kalau triplet or quadriplet..huhuhu..in twin, seorang sakit insyaAllah seorang lagi pun turut sakit. kalau seorang menangis, yang lagi satu pon turut menyahut seruan menangis bersama-sama. hehehe

i am not a good friend dan tak mampu pun nak jadi yang terbaik. susah sebenarnya hendak menjadi yang terbaik, tapi kita sama-samalah berusaha ke arahnya.

dan aku gembira, tersangatlah bersyukur bila Allah pertemukan dengan farina dan biat. it doesnt need couple of years for them to be my sahabat dunia akhirat. tak perlu nak melekat 24 hours ke hulu hilir. doesnt need to be smsing/seeing all the times.

yang paling penting, a TRUST. hehehe...

pendek kata, ~peace~...hehe....

3 comments:

Anonymous said...

sila putihkan perkataan2 akak ye..saya nak baca dgn best..mata dah la dah rosak

fhmn111 said...

hahahahaha.....baekla..nanti akak putihkan ekh...ampun yerkk

Anonymous said...

ho ye..ho ye...^-^