assalamualaikum...
minggu ini hanya dua entry sahaja dapat saya kongsi. nak kata busy, tidakla sangat. nak kata tiada idea, ada saje. cuma culas untuk dijelmakan dalam bentuk penulisan. mungkin kurang motivasi untuk menulis. apatah lagi sahabat saya yang sering membaca blog saya mengalami kesukaran lantaran laptopnya rosak. tapi tidak mengapa, sebab dia sudah pulang ke tanah air ini. walaupun hanya untuk seminggu, tapi cukup menggembirakan saya. sebab saya rindu untuk bersembang, mendengar suara dia.
serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada.
berlapang dada di sini bermaksud mengosongkan hati kita daripada bersangka buruk kepada orang lain. itu adalah tahap yang paling rendah. tapi saya terasa susah untuk melaksanakannya. apatah lagi bila sudah hilang respect pada seseorang. benda ini insyaAllah akan berjaya diamalkan andai kita berusaha untuk berlapang dada. dulu memang saya susah sangat untuk tidak bersangka buruk, alhamdulillah kini saya berjaya. hendak kata 100% berjaya, tidakla juga. pasti terselit sikit syak wasangka di hati saya. oleh itu, saya sentiasa bersangka baik pada orang itu. sentiasa ingat bahawa mereka-mereka ini adalah kawan-kawan saya yang akan saya temui dan berurusan setiap hari. bila kita semua berlapang dada, nanti senanglah untuk kita bekerjasama dengan mereka.
“…Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. ” [ Al-Baqarah : 237 ]
rendah diri
saya suka pada orang yang suka merendah diri. mereka tidak suka untuk bermegah atas kebaikan mahupun kejayaan yang dikecapi. tapi bila kita menjadi terlalu rendah diri, susah juga. ianya hanya akan menjadi titik kelemahan kita.
bila terlalu rendah diri, kita sentiasa berasa diri kita tidak setanding dengan orang lain. kadang-kadang hingga merendahkan motivasi diri kita apabila ingin berbuat sesuatu. menjadikan diri anda gundah gelana apabila berkawan dengan orang yang jauh lebih hebat daripada anda.
tidak salah untuk merendah diri. tapi berpada-pada. pada saya, semua orang punya kelebihan dan kelemahan masing-masing. kelebihan pada anda mungkin orang lain tidak nampak. tapi hanya cukup sekadar untuk anda menyedarinya. supaya anda berasa yakin untuk berhadapan dengan orang lain.
saya tidak bermaksud untuk bermegah. tapi alhamdulillah, semua major exam saya, UPSR,PMR, SPM dan matrik, saya berjaya dengan cemerlang. dan saya bersyukur sebab Allah permudahkan segala urusan saya, kurniakan saya dengan cepat menghafal dan cepat faham. tapi tidak bermakna saya perlu megah. saya pernah berkawan dengan seorang yang jauh lebih hebat daripada saya. sentiasa cemerlang, tidak pernah dapat B. tambahan lagi beliau juga cemerlang dari segi kepimpinan. kadang-kadang saya terasa rendah diri juga. sapalah saya untuk menjadi sahabat beliau sedangkan saya hanya average sahaja. dan beliau jugalah menyedarkan saya bahawa semua punya kelebihan masing-masing. dan kelemahan saya adalah saya tidak mampu menjadi seorang sahabat yang baik.
hatta jika anda hanya bekerja sekadar tukang sapu, berbanggalah dengan pekerjaan anda. sekurang-kurangnya anda mencari rezeki dengan halal dan bukannya mencuri. saya faham golongan ini, sebab makcik-makcik saya semuanya bekerja sebagai tukang sapu di sekolah. kadang-kadang mereka mengadu apabila student tak hormati mereka. saya hanya tersenyum dan hanya mendengar agar mereka tidak susah hati. dan saya berjanji dalam hati, saya akan tolong mereka dan anak-anak mereka bila saya sudah bekerja nanti terutama mak ngah saya. sebab mak ngah sayalah yang paling banyak berjasa membesarkan kami adik beradik. hingga arwah mak saya berpesan supaya jangan sesekali abaikan mak ngah bila sudah senang.
cukuplah sekadar ini perkongsian saya.
ganbate!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment