Tuesday, February 2, 2010

macam ape yerk

salam alaik...: )


sahabat tu bkn mcm main FUTSAL...
Mula-mula kejar...
dah dapat sepak....

sahabat tu bkn mcm main SKATE...
Mula-mula gosok...
lepas tu pijak...

sahabat tu bkn mcm main RAGBI...
Mula-mula tangkap...
dah dapat tendang...

sahabat tu bknnya mcm PAMPERS...
dah pakai...
buang...

sahabat tu bknnya mcm BARANG KEMAS...
Waktu baru beli pakai...
dah sengkek gadai...

sahabat tu bkn mcm PELANGI...
Hari cerah takde...
hujan gerimis baru muncul...

sahabat tu bkn mcm KERETA...
Rosak sikit..jual...
ambik kereta baru...

sahabat tu bkn mcm CHIPSMORE...
kejap ade…..
kejap takde...

sahabat tu bkn mcm BANK...
Bila dah takde duit..,
Baru pegi cari...

sini nak kongsi satu hadis..tapi tak ingat diriwayatkan oleh sape..lebih kurang macam ini..

"Rasulullah SAW bersabda: kekasih yang Aku cintai ialah Aisyah RA. dan andai dapat dipilih antara kalangan sahabat untuk menjadi kekasih yang paling dikasihi, Aku memilih Abu Bakar as-Siddiq"

saya tak hairan bila baginda memilih Abu Bakar as-Siddiq sebagai sahabat baginda yang paling dikasihi. sebab Abu Bakar as-Siddiq sentiasa berada di sisi baginda ketika senang atau susah, sentiasa melindungi baginda daripada cemuhan orang Quraisy dan yang paling penting, sentiasa membenarkan segala perbuatan dan percakapan Rasulullah. sebab itu beliau digelar as-Siddiq. beliau juga adalah antara golongan terawal yang memeluk Islam.

ingin butiran lanjut, boleh baca buku Abu Bakar, sahabat sejati hasil nukilan Abdul Latip Talib. anda boleh pinjam daripada saya. cuma sekarang buku itu abang saya tengah baca. saya tertarik kerana tajuknya. sahabat sejati.


“Sahabat, ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dalam neraka sekali pun, ana akan terjun dalam api itu untuk tarik tangan enta semula” [ hilal asyraf, langitilahi ].

hati saya tersentuh bila membaca bait-bait ayat itu. saya ingin menjadi seorang sahabat yang sebegitu. sama-sama mencari redha Allah. dan sama-sama ingin melangkah ke syurga. saya ingin menjadi sahabat anda jika diizinkan. sama-sama kita membina ukhwah kerana Allah dan berpaksikan keimanan. dan bila saya bersahabat, saya akan sayangi sahabat saya itu dengan bersungguh-sungguh.

dan pagi semalam, saya baru sahaja menghabiskan separuh hari saya bersama dengan 23 orang batch saya. kami berpaintball dan juga makan ayam penyet di sunway pyramid. alhamdulillah, walaupun jumlahnya tidakla ramai, tapi saya gembira. mereka juga gembira. sudah lama rasanya kami tidak berkumpul ramai-ramai. terasa nikmat ukhwah itu. tapi lebih manis ukhwah itu andai semua dapat hadir. insyaAllah, akan ada program lain yang akan menyusul jika tiada yang menghalang.



No comments: