salam alaik...: )
ramai yang hairan melihat saya di kolej pada hari ini. oh ya, saya lupa, hari ini hari sabtu=weekend.patutlah mereka hairan. bukan mereka sahaja yang hairan, abang dan ayah saya pun hairan. pagi-pagi lagi sudah bersiap ke UM dari rumah. sedangkan saya adalah ahli seumur hidup PBSM=Persatuan Balik Setiap Minggu :)..hehehe
saya punya tugas menanti saya di ward. saya oncall hari ini. ikut hati, saya tidak mahu pergi. tapi itu tanggungjawab dan amanah saya. saya gagahkan juga langkah saya, saya buang jauh-jauh penyakit malas dalam diri saya.
semalam saya melayan batrisyia belajar. dia gembira sebab dapat colour pencils dan magic pen pemberian Alangnya. ikut hati malas saya nak melayannya. tapi melihat kesungguhannya, saya akur pada permintaan budak kecik ini. boleh juga saya melatih developmental assessment : )
saya kagum. nur farhana batrisyia baru berumur 3 tahun. tapi dia bersungguh-sungguh untuk belajar. sungguh-sungguh bertanya. kebetulan pagi ini dia bangun awal, maka saya sempat tengok animal planet bersama dia. kagum sungguh dia tengok haiwan-haiwan liar itu. penat jugala saya melayannya.
saya cermin pada diri saya pula.
saya sudah tidak rajin untuk belajar. penyakit malas itu makin bercambah dalam diri saya. ini bukan diri saya yang sebenarnya. saya tidak tahu mana puncanya. apabila pandang buku, malas itu datang. apatah lagi bila buka buku.
saya juga malas untuk berfikir. jika saya diberi teka-teki, puzzle ataupun shodoku, awal-awal lagi saya sudah surrender. mencuba pun tidak mahu. sebab saya malas untuk berfikir. kalo diberi pilihan untuk memilih di mana dan pukul berapa untuk berjumpa, saya jadi malas. sedangkan ianya tidak akan menggunakan separuh neuron+otak saya untuk berfikir. aduh, malasnya saya kan?
saya pernah ditegur kerana malas berfikir. tapi saya malas untuk memikirkannya. nasihat itu hanya berlalu macam ditiup angin sahaja. hinggalah saya membaca ayat alQuran ini.
“Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya” [ Yunus: 100 ]
astaghfirullah al-azim...
saya tidak mahu dimurkai Allah. sebab saya dambakan cintaNya dan saya mahu masuk syurga. saya menjadi umat yang tidak bersyukur kerana tidak mempergunakan akal saya dengan sebaik mungkin.
seseorang pernah berkata pada saya bahawa saya seorang yang genius.
bijakkah saya jika saya malas untuk berfikir?
ya Allah, terima kasih atas ayatMu ini. terima kasih kerana menyedarkan aku untuk menjadi insan yang berfikir...
saya mahu jadi insan yang bersyukur atas pemberian Allah. saya tidak mahu menyesal sesudah hari apabila Allah menarik segala nikmat pemberianNya. saya mahu berfikir. berfikir mengenai keagungan dan kebesaran Allah. berfikir secara rasional supaya saya mampu menjadi seorang khalifah yang berguna di bumi Allah.
masih belum terlambat untuk berfikir. berfikirlah sehingga Malaikat Izrail datang menjemput anda. fikir sampai mati..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment