salam alaik....: )
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Dalam tubuh manusia terdapat segumpal darah. Jika baik gumpalan darah itu, maka baiklah seluruh tubuhnya. Jika buruk gumpalan darah itu maka buruklah kesemuanya. Ketahuilah bahawa gumpalan darah itu adalah hati.”
Apabila membaca hadis ini, saya terdiam dan berfikir sejenak. Sepanjang saya hidup 23 tahun ini, agak-agak hati saya itu baik atau buruk? Mungkin dari segi anatomy, hati/liver/hepato saya nampak elok, tiada fibrosis ataupun cirrhosis. Namun dari spiritualnya, adakah hati saya benar-benar bersih? Putih atau hitam? Baik ataupun sudah rosak?
“Sesungguhnya hati itu boleh berkarat seperti mana berkaratnya besi.”Maka sahabat-sahabat bertanya apakah yang boleh membersihkannya. Rasulullah SAW menjawab, “Membaca al-Quran dan mengingati mati”.
apabila berkata tentang hati atau dalam bahasa arabnya “qalb”=hati yang berbolak balik, saya akan teringat hadis di atas. Hadis itu adalah hadis pertama yg kami, homeroom 15 beramai-ramai hafal setelah disuruh oleh Hajah Noorliza.
Hati itu penting. Malah pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW sebagai raja di badan kita dan anggota lain sebagai tenteranya. Jika raja itu baik, insyaAllah akan baiklah bala tenteranya. Hati itu tempat bersarangnya iman.
Jika kita jaga hati kita dengan baik dan kemas, maka iman kita akan tersimpan rapi, tak tumpah dan tak mengalir keluar. Tapi bila hati kita retak atau gelap, maka iman yang tersimpan di dalamnya akan perlahan-lahan mengalir keluar dan menyusut. Dan lebih teruk lagi bila hati kita rosak 100%. Maka tiada ruang untuk kita simpan iman kita.
Saya mahu hati saya bersih dan putih. Hati yang hidup akan mendorong kita ringan untuk beribadah. Sebab kita tidak tahu bila kita akan mati. Mungkin selepas saya menulis entry ini, saya akan mati. Oleh itu saya perlu bersedia.
Macam mana nak cuci hati yang sudah kotor? Yang sudah hitam macam buntut kuali atau arang?
Jawapannya hanya satu.
Amal ma’ruf nahi mungkar. Perbanyakkan amalan kebaikan dan tinggalkan larangan Allah.
itu sahaja caranya.
Kita rajin basuh baju supaya tidak busuk dan nampak elok di mata masyarakat. Tapi kita tak rajin basuh hati kita supaya nampak elok di pandangan Allah. Sedangkan kita dicipta oleh Allah supaya beribadat kepadaNya dan hanya kepadaNya juga kita kembali.
Saya seru kepada diri saya sendiri dan kawan-kawan semua. Jom bersihkan hati kita semua. Jom kita saling ingati antara satu sama lain….: )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment