Saturday, January 23, 2010

perang

assalamualaikum...



sekadar gambar hiasan

kali ini berbeza. saya ingin berkongsi rasa dengan anda. bercerita mengenai perang badar.

perang badar terjadi setelah mendapat keizinan Allah. berperang bukan untuk memaksa orang kafir memeluk agama Islam, sebaliknya untuk mempertahankan diri umat Islam setelah ditindas bertalu-talu oleh kaum Quraish. 313 orang Islam berlawan seribu orang Quraisy. jika dilihat pada angka, tidak adil dan mana mungkin orang Islam akan menang.

mereka percaya dan yakin pada Allah dan Rasulullah SAW. taat pada perintah Rasulullah sebagai pemimpin dan akan berjuang hingga mati. tidak sesekali mereka gentar akan musuh mereka yang jauh lebih ramai. dan penamatnya, orang Islam menang. kemenangan pertama mereka di medan pertempuran.

di akhirnya, tebusan dilepaskan. tebusan yang mampu, diminta membayar wang tebusan. jika tidak mampu dan pandai membaca dan menulis, hendaklah menggunakan kepandaiannya mengajar umat Islam. mereka tidak dibunuh atau diseksa. berlainan sungguh dengan zaman sekarang.

sengaja saya bercerita mengenai sirah Islam. sebagai permulaan untuk perkongsian saya kali ini.

mereka menang kerana ukhwah yang sangat-sangat kukuh. dan mereka taat pada pemimpin mereka.

berbeza dengan zaman ini. ukhwah antara umat Islam sudah retak. tidak perlu untuk lihat jauh. perhatikan di sekeliling anda. lihat saja pada kawan-kawan kita.

hanya kerana satu perkara yang remeh, kita bergaduh. tidak bertegur sapa. masam muka bila bertemu. sedih bukan? memang sedih, memang kecewa. sedangkan umat Islam itu bersaudara. bila bersaudara, kita perlu tolong antara satu sama lain. bukannya mencaci atau mengutuk. pada saya, kita hanya memperlihatkan kebodohan kita di hadapan ramai.

pada batch saya, mbbs 2006/2011, adakah ukhwah antara kita utuh?

saya tinggalkan persoalan itu untuk sama-sama kita renungi. bukan untuk batch saya sahaja, untuk kawan- kawan saya juga.

p/s: jika anda perasan, gaya penulisan saya akhir-akhir telah berubah. skema pula. ini tandanya saya benar-benar ingin menulis dan ada idea..: )

No comments: