itu adalah pusara arwah ibu saya. alhamdulillah, ahad lepas kami sekeluarga pergi membersihkan kubur beliau...al-fatihah, moga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman...amin...
sudah cukup rasanya saya berkongsi cerita tentang ibu saya. manusia, hanya mengingati bila yang di depan mata sudah tiada. pohon saya, moga kesilapan ini tidak diulangi oleh anda semua.
kali ini saya mahu bercerita mengenai ayah saya pula. En. Mohd Nor Mokhtar. mulai sekarang, dialah bapa dan dialah juga ibu saya. beliau tidak pernah menjejakkan kakinya ke universiti. pelajaran hanya setakat sekolah pertukangan di tanjung karang. tapi beliau gigih mencari rezeki memberikan didikan yang terbaik untuk anak-anaknya.
saya pernah dengar makcik saya bercerita tentang ayah saya. seorang anak, seorang suami, seorang abang, seorang adik, seorang ayah dan seorang atuk yang baik. malah kawan saya pernah berkata bahawa dia inginkan suami seperti ayah saya.
ayah saya tahu macam-macam perkara. bertukang, jahit langsir, masak dan sebagainya. malah barang dapur juga dia yang belikan. cuma satu sahaja kelemahan dia, dia tidak mahir berkomputer. tetapi dia berusaha memajukan dirinya belajar menggunakan komputer. hanya semata-mata untuk berhubung dengan anaknya yang belajar di luar negara satu ketika dahulu.
umum tahu, orang yang bekerja kuat tangannya kasar. ototnya pejal. kulitnya gelap dek terkena panas matahari. mereka ini tidak akan sesekali mengeluh atau menangis depan keluarga mereka. kerana mereka punya ego sebagai ketua keluarga.
saya rapat dengan ayah saya. masa kecik-kecik dulu, saya selalu tidur dengan ayah saya. jika mahu makan ubat, kena ada papa di sisi saya. baru saya akan makan ubat. jika mahukan apa-apa, saya lebih senang minta pada papa. mungkin kerana mak saya lebih garang dan tegas berbanding ayah saya.
tapi jangan disalah tafsir atas kebaikan ayah saya. jika dia marah, memang benar dia akan marah. saya pernah dipukul dengan rotan, hanger, surat khabar. namakan apa, insyaAllah semuanya saya pernah merasa. sebab saya nakal kecik-kecik dahulu. tapi dia marah bersebab. dia marah sebab dia sayang kami semua adik-beradik.
saya tidak pernah melihat ayah saya mengalirkan air mata. sungguh mahal air matanya untuk menitis di hadapan anak-anaknya. hinggalah saya lihat air mata dia menitis pada hari pengebumian arwah mak saya. saya tidak pernah melihat wajah risau dia kecuali pada hari nenek saya dimasukkan ke HKL dan pada hari pertama ibu saya dimasukkan ke ICU. hari di mana saya menangis di hadapan beliau setelah saya diberitahu keadaan ibu saya. dan sejak itu, saya berjanji bahawa saya tidak akan sesekali mengalirkan air mata di hadapan ayah saya.
saya bukanlah seorang yang jenis meluahkan sebarang perasaan di hadapan orang. saya tidak pernah mengucapkan kata "saya sayang mummy dan papa" di hadapan mereka. tetapi tidak bermakna saya tidak sayang mereka.
mereka adalah buah hati saya. girlfriend dan boyfriend saya. jantung saya.
tanpa mereka, saya tidak akan menjadi diri saya sebagaimana yang anda lihat sekarang.
saya seru kepada semua.
sayangilah ibu bapa anda. berulang kali saya ingatkan dalam blog saya. kadang-kadang ada yang mereka buat hingga menyinggung perasaan kita sebagai anak. tetapi apalah sangat untuk dibandingkan dengan segala kesusahan yang mereka tanggung untuk membesarkan kita semua. nisbahnya terlalu kecil. sangat-sangat kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka. mungkin bila anda menjadi ibu dan bapa, baru kita paham perasaan mereka.
semasa entry ini ditulis, hati saya sebak.
saya pernah memberitahu sahabat saya, bahawa hanya dua perkara sahaja yang membuatkan saya menitiskan air mata selain untuk Allah. keluarga dan kawan.
saya sudah puas membazirkan air mata saya untuk kawan. di mana pengakhirannya saya yang sakit dan kecewa.
tapi saya tidak akan puas menitiskan air mata saya untuk keluarga saya. sebab mereka adalah permata hati saya. dunia dan akhirat........
2 comments:
tabah doc :)
insyaAllah...akan dan mesti tabah!!hehehe...
Post a Comment