salam alaik..: )
orang kata, kalau orang itu benar2 beriman, akan terpancar pada wajah dan keperibadiannya. betul ke tak? aku tatau sampaila aku bertemu dan berkawan dgn seorang hamba Allah ini.
taktaula korunk semua kenal ke tak hamba Allah nie. yg pasti, dia bukan bdk medic takpun belajar di UM nie. bagi aku, dia adalah role model aku. jarang bagi aku utk meletakkan title "role model" kepada seseorang, apatah lagi bila dia sebaya dengan aku.
Hamba Allah ini aku kenal masa di Jasin. sesuai dengan keperibadiannya, dia telah dilantik menjadi Prez BADAR (badan dakwah dan kerohanian) bagi pihak puteri. so yg kenal hamba Allah ini hanya bdk2 jasin, batch spm 2004.
tak pernah aku lihat wajah seseorang yg sebaya aku yg sentiasa bercahaya dan tenang. tak perlu senyum pon dah nampak manis, apatah lagi bila dia senyum. tgk muka dia sahaja sudah tenang hati kami semua.
percakapannya tertib. kebolehan dia sebagai pembahas sekolah adalah satu bonus bagi dia. bila dia bersuara, suaranya lantang dan jelas. aku pernah ikut dia buat round kat sekolah selepas taklim, dipanggil operasi cegah maksiat. kalo org lain, mesti akan perli. tak pon marah2. tapi berbeza dgn dia, dia akan tegur dgn berhemah tapi tegas. bdk2 nakal di kalangan bdk pompuan pon respect dia tapi tidak pada prez bwp ke, ldp ke.
aku suka bila dia memberi tazkirah. tak taw nape bila dia yg menyampaikan, pasti senang je penerimaan kami. dan aku suka bila dia mengaji takpun mengalunkan alunan selawat. tersentuh hati kitaorang semua. kadang2 bila tiba time aku ngada nak bermanja2, aku akan tidur di riba dia sambil dia baca selawat shifa'. huhuhu...
banyak sebenarnya aku nak citer pasal sahabat aku seorang nie. sebagaimana korunk semua tahu keperibadian org yg beriman, macam itulah dia. tak pernah sekalipun kitaorang nie rase kecil hati dgn perangai dia.
aku pernah tanye dia kenapa aku dipilih sebagai naqibah sedangkan aku memang tak layak langsung kot (pemilihan naqibah mase tue memang susah kot sbb dia yg pilih). dia jawab, " sebab kita yakin dengan kamu"...saat aku sendiri pon tak yakin dgn diri aku, dan dia boleh yakin dgn diri ini yg serba kekurangan. terima kasih banyak2..
bila aku terkantoi dgn dia tak pi taklim malam, dia hanya senyum. pastu dia akan cakap "jangan buat lagi yerk". confirm aku dah tak buat lagi..
bila aku ada masalah, dia yg mula2 perasan dan bertanya sebabnya..
dan sekarang, kitaorang still keep in touch. hanya sekadar melalui YM. rindunya hendak bertemu dgn dia. khabarnya kini dia masih lagi giat dalam usaha mentarbiah. alhamdulillah, semoga dia akan sentiasa menjadi insan yg kami semua pernah kenal. memang bersyukur sangat2 sbb ada sahabat seperti dia. terima kasih ya Allah..: )
kita hanya manusia. manusia yg fitrahnya seorang yg pelupa dan sering berbuat kesilapan.
janganlah kita terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam sahabat kita, kelak kita akan kecewa bila kita nampak ketidaksempurnaan dalam diri mereka.
dan bila kita dikecewakan oleh sahabat kita, berterima kasihla kepada mereka. sbb mereka telah mengajar kita menjadi lebih kuat dan tabah. supaya kita belajar dari dugaan itu. jgn dibalas perbuatan mereka itu, sbb itu hanya menunjukkan diri kita sama tarafnya dgn mereka itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam farah, sape ek name prez badar pmpn?? dh lupe... huhu..
hahaha..ko nie..fauzana rahmat..ish2...
Post a Comment