Monday, April 12, 2010

baikkah aku?


“ terasa pegangan agamanya terlalu rapuh. Aku sekadar melengkapkan Rukun Islam. Sekadar membaca surah yassin pada malam Jumaat. Sekadar menutup aurat dengan baju lengan panjang, jean straight cut dan tudung biasa. Aku tidak mengamalkan qiyam sekurang-kurang seminggu sekali. Tidak menghabiskan juzuk al-Quran selang seminggu. Tidak litup dengan tudung labuh atau jubah. Tidak mengulang al-Ma’thurat setiap subuh dan asar. Tidak solat rawatib utk setiap solat fadhu.

Kalau dulu, mungkin dia merasakan yang kini dia telah jadi ‘baik’. ‘baik’ kerana tidak lagi berpelisiran di tepi jalan. ‘baik’ kerana kini pakai baju longgar dan berlengan panjang. ‘baik’ kerana dah pakai tudung tak nampak tudung menggerbang. ‘baik’ kerana telah menggantung deck, roller-blade dan Wrath yang tidak meletak batas dalam pegang tangan antara lelaki dan perempuan, diganti dengan main ice-skating bersendirian. ‘baik’ kerana kalau pergi menonton wayang pun dia pergi bersendirian atau bersama Che’ E dan bukan lagi bersama mana-mana lelaki untuk dijadikan teman. ‘baik’ kerana sekarang dia solat walau kadang-kadang hampir ke hujung waktu, yang dirasakan cukup baik untuk dirinya sekarang”.

Part of Versus, nukilan Hlovate.

dlm banyak2 part, part inilah yg aku suke. part inilah yg aku nak kongsi dgn korunk semua..

kan aku pernah mentioned before this, terasa Minn Edina adalah aku. dan apa yg hlovate tulis dlm novel dia tue, itulah aku. luahan hati aku. bezanya, aku takdela maen roller skate or deck sampai de geng. setakat maen depan rumah turun naik bukit dgn abang aku. hehehe..

dan bila difikirkan balik, BAIK ke aku nie?

jawapannya berbalik kepada diri sendiri. baik itu subjektif. terpulang kepada individu utk menafsirkan apakah definisi baik sebenarnya.

pada aku, aku tidak baik. bagai langit dan bumi. masih banyak cacat celanya apatah lagi di sisi Allah. masih banyak lubang yg perlu aku tutup. kene polish hati ini bersih2 supaya titik2 hitam itu hilang. hidup hampir dua dekad nie dengan mewarisi Islam sebagai ad-Din belum cukup untuk membawa aku ke syurga.

kadang kala aku risau, takut jika suatu hari nanti Allah tarik semua nikmat yg aku miliki nanti. macam mana suatu hari nanti aku dah tak mampu untuk menangis ketika sujud menyembah penciptaNya? macam mana suatu hari nanti aku dah tak berperasaan bila buat dosa, buat maksiat?

biat kata : "alhamdulillah, Allah masih sayang kau sbb masih ada perasaan itu dalam hati kau". thanks biat..terasa leganya bila dpt share dgn kau. banyak yg kami share. tapi maaf, tak dapat dikongsi bersama anda semua. biarlah jadi rahsia antara aku n biat.

yup, aku perlu perbaiki diri. bukan utk sesiapa, bkn utk membuktikan apa2 kepada siapa2. ini cabaran utk diri aku. utk menjadi lebih baik. utk berhijrah ke arah yg baik, pastinya cabarannya jauh lebih menduga.

membaca buku agama sahaja tidak cukup. itu aku sedar. maka aku perlukan pertolongan rakan2 sekalian. dan bila aku nak menapak, aku nak bersama2 ngan kwn2 aku. supaya kite sama2 dapat tempiasnya.

2 comments:

jas jamaludin said...

bile nak bg aku bace hlovate baru??

grrr....

fhmn111 said...

owh, lupe..baek, aku letak dlm reminder..insyaAllah next week aku bagi..hehehe