assalamualaikum..
saye tgh dlm mood ingin berkongsi. maka cara penulisan saya kembali skema.
rabiatul adawiyah muhammad fakharuddin (sowi kalo salah eja nama ayah ko). tapi saye lebih senang panggil dia dengan panggilan biat. kami bukannya datang dari satu sekolah. dia adalah x-TKC. saya pula x-mrsm. saye kenal die semasa di kmpk. bila kami same2 jadi majlis tertinggi pembimbing rakan dinamik (prd). dalam kesibukan hadiri or organize program2 di kmpk, silaturahim antara kami menjadi erat. kekal hingga kini. dia sedang belajar di Brisbane, Australia. insyaAllah tahun depan dia bakal bergelar english teacher. sedangkan saya belajar di UM. kami dipisahkan beribu-ribu kilometer tapi tidak bermakna hubungan kami terputus begitu sahaja. kadang2 kami berYM, kadang2 kami bersms, dan kadang2 kami berhubungan melalui telefon.
saya senang bercerita dan berkongsi rasa dengan dia. bila saya silap, dia yg terlebih dahulu akan menegur. bila saya terasa inginkan nasihat, dia terlebih dahulu menghulurkan kata-kata nasihat. terasa macam dia adalah emak saya.hehehe..
tapi bukan itu yg ingin dikongsi bersama anda. minggu lepas saya dikejutkan dengan berita bahawa dia telah dihina dengan dibaling telur oleh masyarakat yg jahil lagi cetek pemikirannya. hanya kerana dia BERTUDUNG. hanya kerana dia memilih ISLAM SEBAGAI AD-DIN.ingin tahu lebih lanjut, boleh jenguk ke blog dia..mata renungan alam....(promote blog ko nie..hehehe)
saya terkejut. malah gusar memikirkan keselamatan dia di sana.
saya juga kagum dengan ketabahan dia dan rakan2 lain di sana. betapa saya bersyukur berada di bumi Malaysia yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasminya. jika diletakkan diri ini di situasi dia, belum tentu saya akan tabah seperti dia. apatah lagi tahap iman saya hanya cetek. dugaan di tanah air sendiri pun tak mampu ditanggung, apatah lagi hidup di negara asing.
jangan balas mereka2 ini dengan kekasaran. kelak mereka hanya nampak Islam yg ganas. tetapi balasla dengan sabar dan senyuman. doakan moga hati2 mereka terbuka dengan Islam suatu hari nanti. mana tahu mereka2 inilah yg akan berjuang bersama2 dengan kita menegakkan Islam? dan berdoalah pada Allah moga hati2 kita akan sentiasa di paksiNya. sesungguhnya kita takkan tahu apa yg bakal menanti kite di masa hadapan.
dan kepada biat dan kawan2 sayayg berada di seluruh dunia, berhati-hatilah sentiasa. jangan berjalan seorang diri. moga Allah sentiasa melindungi anda semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
masyaALLAH...da baca da kak farah...
siyan kak rabiah...hope dia tenang kat sana
syukurkn kita hidup di malaysia???
siyes??
GILE!!!
pka : mari kite doakan moga keselamatan mereka terjamin. juga hendak di bawah lindungan Allah..
jash : betol jash..baru sket je nie..dgr citer ada yg dibunuh..bahaya btol
farah.. thanks for this entry. above all thanks for d dua' and thanks for your support. dan kepada sesiapa sj. farah, x aware kamu x sehat byk hari. m so sorry dear. been reli busy. br nak buka blog. :( please take care ye! sy sayang anda. nnt blk kite sharing cerita adelaide ye insyaallah.
Post a Comment