aishh..
permulaan entry sahaja sudah dimulai dengan keluhan..sejak dua hari ni, terasa kosong di jiwa. perasaan malas mula menghantui diri. seriously, aku biarkan diri aku diselubungi perasaan mazmumah nie. bertambah parah pada malam ini, saat ini. kalo perasaan ini datang kat korunk, pe korunk wat ekh??..share sket..
puas aku minta nasihat dari org2 yg aku harapkan. aku ada buat salah pada sesiape ke hingga Allah tarik nikmat ketenangan jiwa dlm diri aku? baru teringat, aku tersalah kata ke hingga mengguriskan cikgu aku kat facebook tadi? ke sebab aku tak call ayah aku bertanya khabar?ke sebab aku terlalu gembira sambut besday wawa tadi?
fitrah manusia, akhirnya kembali kepada penciptaNya. yup, hati aku mula tenang bila amek wudu'. jiwa aku mula damai bila telinga disantapkan dgn alunan ayat al-Quran. itulah kita sebagai manusia biasa. akan sentiasa kembali kepada tuhan kita iaitu Allah SWT. kan kita dijadikan oleh Allah supaya beramal kepadaNya dan kepadaNya jua kite semua kembali. tak dpt dibayangkan andai Allah berpaling daripada aku..nauzubillah..moga hati aku tsabat di jalanMu yaAllah..
dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. masing-masing punye cara tersendiri utk tenang. ada definisi tertentu utk menggapai ketenangan di hati. dan ini adalah cara aku. tak kisah jika ada org cakap aku ni hipokrit. asalkan aku tidak buat kerja gile hingga merisaukan org di sekeliling aku sudah cukup.
aku bersyukur kerana aku masih berupaya melawan perasaan malas ini. aku dah jumpe ketenangan yg dicari. moga korunk semua sentiasa tenang hendaknye..: )
tasik chini bila sunset. subhanallah, itulah kebesaran Allah yg menjadikan alam ini..
No comments:
Post a Comment