Wednesday, March 17, 2010

ego ke???

salam n greetings..: )

ego...
kite selalu sebut perkataan nie..tapi sedarkah kite apakah maksud ego nie??

EGO atau sombong adalah sifat mazmumah (keji dan tercela) yang wajib ditinggalkan. Ia
bermaksud tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada
orang lain.

tepuk dada tanye diri sendiri..hehehe..adakah anda mempunyai ego? confirm jawapannya ialah yes!! semua insan ada ego masing2. cuma yg membezakan adalah sejauh manakah keegoan atau kesombongan dalam hati anda semua.

ada egonya rendah. ada egonya tinggi melangit.

kadang2 bila berlakunya perselisihan pendapat, kite takkan bertegur sapa. bila bertemu di tgh jalan, kite berpura2 tak nampak. tiada senyuman di bibir mahupun tangan dihulur. bila ada aktiviti melibatkan dia bersama, kite sedaya upaya menjauhkan diri dan hanya mendiamkan diri.

dalam hati kite berperang dgn perasaan sendiri. patutkah aku mulakan langkah utk menegur dia ataupun menunggu dia memulakan dulu?

lebih parah bila sama2 berfikir macam tue. confirm kite takkan bertegur sapa hanya semata2 kite ego utk memulakan langkah.

kadang2 kite bangga bila kite ego. tapi percayalah, ego atau sombong itu hanya memburukkan keadaan. hubungan yg terbina boleh putus di tengah jalan hanya kerana ego.

jalan terbaik, kite perlu merendah diri kite utk berbaik semula dgn sahabat kite itu tanpa menghiraukan siapa yg salah atau benar. simpanlah perasaan marah anda pada kawan anda itu jauh2. lupakan seketika sengketa asalkan ukhwah tidak putus. biarlah kite mengalah asalkan kite masih bersahabat walaupun suasananya tidak seperti dulu.

bukankah Islam menuntut umatnya saling bertegur sapa dan mengeratkan hubungan silaturahim?

ego itu perlu, tapi perlu bertempat.


ego menjadikan diri kita keseorang

bercakap melalui pengalaman dan sebagai pesanan kepada diri sendiri....

No comments: