salam n greetings...
semalam pi tgk autopsi/post mortem. dulu just tgk dalam video.skang tgk in real patient, secara langsung. risau gak takut muntah bile tgk, alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami semua. cuma batuk aku nie bertambah2 teruk pulak.
di Malaysia, post mortem hanya akan dibuat jika pihak keluarga ingin tahu punca sebenar kematian. takpun jika ada unsur-unsur khianat atau jenayah pada mayat itu. dan menurut majoriti ulama, autopsi dibolehkan jika ada unsur jenazah dan dilakukan sekadar yg perlu sahaja.
bila tgk procedure ini, aku rase insaf dan simpati. w/pun mayat itu bukan Islam, tapi terasa seperti terseksanya mayat itu. dibedah sana sini. organ semuanya dikeluarkan. malah setiap organ itu dihiris2 seperti menghiris daging. kepalanya digeriji untuk mengeluarkan otak. pada aku, tak perlu kot. sbb dah jelas (insyaAllah, pada pemerhatian aku arr yerk), kematiannya disebabkan oleh kecederaan di kepala, patah tulang belakang dan femoral fracture (tulang di paha).
nak kata geli, takdela sangat. tapi tak sanggup rasanya nak tgk organnya dikeluarkan satu persatu. insaf sangat2.
sebab itu Islam tidak digalakkan post mortem dilakukan ke atas mayat. terseksa mayat itu. walaupun sudah tidak bernyawa, tapi hendaklah kita hormati mayat itu.
semoga aku mati dalam keadaan yang baik dan tidak menyusahkan orang lain.
semoga Allah mempermudahkan urusan pada hari matinya aku nanti.
moga diri ini mati dalam keadaan hati masih lagi berpaksikan Allah dan Rasulnya..insyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kita pun geli2 semalam waktu kak farah cerita...^^
Post a Comment