Wednesday, March 3, 2010

my name is Khan

salam n greetings..: )

finally, dpt pn aku tgk movie nie..My Name is Khan...



excited nak tgk movie nie since heboh diperkatakan. in fact, femes kot the whole world. hingga mencetuskan pertelingkahan antara hindu dan muslim di India.

credit goes to karan johar sebab membuka mata masyarakat dunia bahawa Islam itu tidak sesekali mendahulukan keganasan. "My name is Khan and I am not a terrorist". just a simple sentence from an autism's patient.

malah disentuh mengenai perbezaan kita. beza kita sesama manusia adalah antara baik dan jahat. dalam Islam sendiri, yg bezakan kita adalah taqwa. bukan harta atau pangkat. kaya macam mana pon, pangkat dato', tan sri atau sebagainya, takkan dinilai Allah kelak.

sejak sept 11, Islam dikecam oleh masyarakat yg pikirannya cetek. org yg hanya berani berfikir inside the box, not beyond the box. kita dikecam, dikutuk malah Rasulullah SAW dipersenda2kan oleh mereka yg jahil. isu tudung pon hebat diperkatakan. macam2 persepsi negatif dilabel.

ingin ditegaskan di sini!!!bahawa Islam tidak seganas yg mereka sangka. Rasulullah SAW sendiri berpesan semasa berperang supaya jgn cederakan kaum wanita dan kanak2, mereka yg menyerah diri. jgn musnahkan rumah ibadat dan tumbuh2an. jika kita betul2 memahami dan berpegang teguh pd Al-Quran dan Sunnah baginda, insyaAllah mereka akan nampak betapa indahnya Islam itu.

seriously, aku syorkan anda semua tgk movie nie. kite amek yg baik sebagai tauladan. jgn dicontohi yg buruk (hindu dan muslim tidak boleh berkahwin melainkan dia memeluk Islam)..

bagi aku, umat Islam sekarang sudah lain...

kita sibuk berdakwah kpd org yg jauh dr kita, org yg berlainan jantina hingga menimbulkan fitnah sedangkan kita lupa utk tarbiah kawan2 dan keluarga disekeliling kita..
kita sibuk debat bende yg remeh hingga membawa kepada perpecahan ummah...
kita sanggup memutuskan silaturahim hanya kerana perkara kecik....
kita sibuk mempromosikan 1 Malaysia sedangkan umat Islam masih lagi berpecah...
kita sibuk sambut new year besar2an sedangkan maal hijrah atau seumpamanya hanya disambut ala kadar..
pemimpin tertinggi kita masih sibuk bertelagah mempertahankan pendapat masing2, cari kesalahan parti masing2 sedangkan bangsa lain sibuk mengukuhkan kedudukan kita...

dan kita mengaku bahawa Malaysia adalah negara Islam??...

yosha...mcm mana nie???

No comments: