assalamualaikum...: )
kawan2 aku selalu ajak aku keluar ramai2 time weekend. kadang2 gathering. mula2 aku akan bersemangat, malah bersungguh aturkan reU. but the end, aku yg tak pergi. contohnya baru2 ini. aku tau bdk2 class zarqali mengharapkan kedatangan aku ke reU kat pangkor. maaf byk2 sebab aku cancel last2 minute.
aku juga selalu menghampakan cikgu2 aku kat sekolah n matrik sebab tak melawat mereka. berkali2 lecturer aku esp kat matrik suruh turun kmpk. jadi fc utk minggu pengurusan pelajar baru. hingga ada yg sanggup amek aku kat stesen bus medan gopeng tue. ampunkan saya cikgu..
mase tue, ramai yg marah. malah ada yg berckap, "aku dah agak dah. selalu cancel last minute. busy memanjang je. baik tak payah ajak". ade yg comment, " ko memang. gathering nie takmo pi. kalo reU lain mau plak pegi"
dulu memang aku ter"sentap" dgn kata2 mereka. tapi akhirnya aku dah lali. lagipun memang salah aku. cancel last minute, lantas menghampakan harapan org lain yg bersungguh2 nak jumpe aku.
betul, sejak aku masuk UM nie, aku jarang habeskan hujung minggu aku dengan rakan2 aku. sebaliknya aku balik rumah. rasenye sepanjang hampir 5 tahun boleh dikira berapa kali aku tak balik umah mase weekend. hingga ada yg memberi gelaran aku adalah ahli "PBSM= persatuan balik setiap minggu".
sejak form 1 lagi aku dah merantau. 3 tahun di kulim, 2 tahun di jasin dan setahun di gopeng. duduk di asrama begitu lama hingga membuatkan aku "jauh" dari keluarga dan sedara mara. kadang2 aku tak sedar sepupu aku dah kawen, dah ada anak. aku berterima kasih kepada cikgu noer ashikin sebab mengingatkan aku betapa "jauhnya" aku daripada keluarga aku. sebab tue aku decide aku nak amek UM sbb dekat umah.
aku balik setiap minggu sbb nak jaga mak aku yg sakit semasa arwah masih hidup. nak ganti balik masa yg aku tiada di sisi mummy n papa yg aku guna utk belajar. aku tak kesah aku penat ke sbb balik umah asalkan aku berada di sisi mereka selagi mereka masih hidup. aku tak kesah aku tak bace buku masa weekend asalkan aku dpt tolong mereka. pernah sehari sebelum final exam 1st year aku sempat dinner dgn family aku.
ramai tanye kenapa aku dah tak aktif mase kat U sedangkan aku agak ligat zaman sekolah dan matrik. ada je senior @ kawan2 ajak pi join program itula, inila. maaf yerk, family lebih penting buat masa ini. ayah n mak aku ade sowang je, takkan dapat diganti oleh sesiapa pon dalam dunia ini.
aku bdk KL. pure KL. aku lahir kat hospital besar kuala lumpur n membesar 100% di ampang. tapi boleh kire berapa kali je aku pi KLCC, times square dsbgnya. malah pavillion pon aku tak pernah jejak lagi. tp kalau korunk tanye berapa kali aku jejak carefour, tesco takpun jusco maluri, then tak terkira. sbb aku selalu ikut ayah n family aku beli barang umah.
aku adalah jenis home-orientated of person. weekend adalah masa utk aku dgn keluarga. masa aku dgn papa, along, angah n kak rafidah, alang n batrisyia. lebih2 bila ayah aku dah keseorang tanpa seorang isteri di sisi. lagipun aku dah janji yg aku akan jaga ayah aku baik2 supaya dia tak rase sunyi.
jadi kawan2,
aku minta maaf andai tak dapat penuhi permintaan korunk utk jumpe or hang out mase weekend. bukan tak boleh langsung, tapi kene bgtau awal2. jika tiada aral melintang, tiada masalah rasanya. tapi kalo weekdays, insyaAllah aku akan berusaha utk hang out dgn korunk.
aku betol2 minta maaf. salah aku sebab tak penuhi janji. khilaf aku. sebagaimana aku tak suke pd org yg mungkiri janji, sebagaimana itulah juga bencinya pada diri aku sendiri yg tak penuhi janji.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
suka entry ni^^
Post a Comment