Sunday, January 31, 2010

lapang dada+rendah diri

assalamualaikum...

minggu ini hanya dua entry sahaja dapat saya kongsi. nak kata busy, tidakla sangat. nak kata tiada idea, ada saje. cuma culas untuk dijelmakan dalam bentuk penulisan. mungkin kurang motivasi untuk menulis. apatah lagi sahabat saya yang sering membaca blog saya mengalami kesukaran lantaran laptopnya rosak. tapi tidak mengapa, sebab dia sudah pulang ke tanah air ini. walaupun hanya untuk seminggu, tapi cukup menggembirakan saya. sebab saya rindu untuk bersembang, mendengar suara dia.

serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada.

berlapang dada di sini bermaksud mengosongkan hati kita daripada bersangka buruk kepada orang lain. itu adalah tahap yang paling rendah. tapi saya terasa susah untuk melaksanakannya. apatah lagi bila sudah hilang respect pada seseorang. benda ini insyaAllah akan berjaya diamalkan andai kita berusaha untuk berlapang dada. dulu memang saya susah sangat untuk tidak bersangka buruk, alhamdulillah kini saya berjaya. hendak kata 100% berjaya, tidakla juga. pasti terselit sikit syak wasangka di hati saya. oleh itu, saya sentiasa bersangka baik pada orang itu. sentiasa ingat bahawa mereka-mereka ini adalah kawan-kawan saya yang akan saya temui dan berurusan setiap hari. bila kita semua berlapang dada, nanti senanglah untuk kita bekerjasama dengan mereka.

“…Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. ” [ Al-Baqarah : 237 ]

rendah diri

saya suka pada orang yang suka merendah diri. mereka tidak suka untuk bermegah atas kebaikan mahupun kejayaan yang dikecapi. tapi bila kita menjadi terlalu rendah diri, susah juga. ianya hanya akan menjadi titik kelemahan kita.

bila terlalu rendah diri, kita sentiasa berasa diri kita tidak setanding dengan orang lain. kadang-kadang hingga merendahkan motivasi diri kita apabila ingin berbuat sesuatu. menjadikan diri anda gundah gelana apabila berkawan dengan orang yang jauh lebih hebat daripada anda.

tidak salah untuk merendah diri. tapi berpada-pada. pada saya, semua orang punya kelebihan dan kelemahan masing-masing. kelebihan pada anda mungkin orang lain tidak nampak. tapi hanya cukup sekadar untuk anda menyedarinya. supaya anda berasa yakin untuk berhadapan dengan orang lain.

saya tidak bermaksud untuk bermegah. tapi alhamdulillah, semua major exam saya, UPSR,PMR, SPM dan matrik, saya berjaya dengan cemerlang. dan saya bersyukur sebab Allah permudahkan segala urusan saya, kurniakan saya dengan cepat menghafal dan cepat faham. tapi tidak bermakna saya perlu megah. saya pernah berkawan dengan seorang yang jauh lebih hebat daripada saya. sentiasa cemerlang, tidak pernah dapat B. tambahan lagi beliau juga cemerlang dari segi kepimpinan. kadang-kadang saya terasa rendah diri juga. sapalah saya untuk menjadi sahabat beliau sedangkan saya hanya average sahaja. dan beliau jugalah menyedarkan saya bahawa semua punya kelebihan masing-masing. dan kelemahan saya adalah saya tidak mampu menjadi seorang sahabat yang baik.

hatta jika anda hanya bekerja sekadar tukang sapu, berbanggalah dengan pekerjaan anda. sekurang-kurangnya anda mencari rezeki dengan halal dan bukannya mencuri. saya faham golongan ini, sebab makcik-makcik saya semuanya bekerja sebagai tukang sapu di sekolah. kadang-kadang mereka mengadu apabila student tak hormati mereka. saya hanya tersenyum dan hanya mendengar agar mereka tidak susah hati. dan saya berjanji dalam hati, saya akan tolong mereka dan anak-anak mereka bila saya sudah bekerja nanti terutama mak ngah saya. sebab mak ngah sayalah yang paling banyak berjasa membesarkan kami adik beradik. hingga arwah mak saya berpesan supaya jangan sesekali abaikan mak ngah bila sudah senang.

cukuplah sekadar ini perkongsian saya.

ganbate!

Thursday, January 28, 2010

la tahzan

salam n greetings to all....: )

5 stages of grief and bereavement
1. denial and isolation
2. anger
3. bargaining
4. depression
5. acceptance

saja ingin berkongsi. mungkin ada yang tahu dan mungkin tidak. tapi itu hanyalah sekadar impretation manusia setelah melihat ramai orang yang melaluinya. pada saya, setiap orang punya cara tersendiri untuk bersedih. terutama bila hilang orang yang tersayang.

dan bila kita hilang orang tersayang, tidak salah untuk bersedih atau menangis. sebab saya pernah baca satu hadis di mana saya tidak ingat detailsnya.

para sahabat melihat Rasulullah menangis pada hari kematian anak lelakinya, Ibrahim hasil perkahwinan baginda dengan Mariyah Al-Qibtiyah. maka mereka bertanya kepada Rasulullah SAW. " Mengapakah Kau menangis ya Rasul?". dan baginda pun menjawab, "Aku menangis kerana fitrah sebagai manusia. "

maka bila anda melihat seseorang menangis, jangan dihalang tangisan mereka. dan bila anda melihat mereka berada dalam kesedihan, jangan ditegah perasaan itu. kerana itu adalah fitrah kita sebagai manusia.

cikgu saya pernah berpesan kepada saya.

"Farah, menangislah sepuas-puasnya. Cuma jangan menangis meratapi orang yang telah pergi"

La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”

dan juga bila kita ditimpa masalah, jangan kita mengeluh. sebaliknya kita harus bersyukur pada Allah.

" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. [ al-Baqarah : 214 ]

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. [ al-Imran : 139 ]

Allah itu sentiasa bersama kita. InsyaAllah......

Saturday, January 23, 2010

perang

assalamualaikum...



sekadar gambar hiasan

kali ini berbeza. saya ingin berkongsi rasa dengan anda. bercerita mengenai perang badar.

perang badar terjadi setelah mendapat keizinan Allah. berperang bukan untuk memaksa orang kafir memeluk agama Islam, sebaliknya untuk mempertahankan diri umat Islam setelah ditindas bertalu-talu oleh kaum Quraish. 313 orang Islam berlawan seribu orang Quraisy. jika dilihat pada angka, tidak adil dan mana mungkin orang Islam akan menang.

mereka percaya dan yakin pada Allah dan Rasulullah SAW. taat pada perintah Rasulullah sebagai pemimpin dan akan berjuang hingga mati. tidak sesekali mereka gentar akan musuh mereka yang jauh lebih ramai. dan penamatnya, orang Islam menang. kemenangan pertama mereka di medan pertempuran.

di akhirnya, tebusan dilepaskan. tebusan yang mampu, diminta membayar wang tebusan. jika tidak mampu dan pandai membaca dan menulis, hendaklah menggunakan kepandaiannya mengajar umat Islam. mereka tidak dibunuh atau diseksa. berlainan sungguh dengan zaman sekarang.

sengaja saya bercerita mengenai sirah Islam. sebagai permulaan untuk perkongsian saya kali ini.

mereka menang kerana ukhwah yang sangat-sangat kukuh. dan mereka taat pada pemimpin mereka.

berbeza dengan zaman ini. ukhwah antara umat Islam sudah retak. tidak perlu untuk lihat jauh. perhatikan di sekeliling anda. lihat saja pada kawan-kawan kita.

hanya kerana satu perkara yang remeh, kita bergaduh. tidak bertegur sapa. masam muka bila bertemu. sedih bukan? memang sedih, memang kecewa. sedangkan umat Islam itu bersaudara. bila bersaudara, kita perlu tolong antara satu sama lain. bukannya mencaci atau mengutuk. pada saya, kita hanya memperlihatkan kebodohan kita di hadapan ramai.

pada batch saya, mbbs 2006/2011, adakah ukhwah antara kita utuh?

saya tinggalkan persoalan itu untuk sama-sama kita renungi. bukan untuk batch saya sahaja, untuk kawan- kawan saya juga.

p/s: jika anda perasan, gaya penulisan saya akhir-akhir telah berubah. skema pula. ini tandanya saya benar-benar ingin menulis dan ada idea..: )

Friday, January 22, 2010

berus dan lukisan

salam alaik...



hidup kita ibarat lukisan dan diri ini iaitu anda, adalah berusnya.

seorang artis=pelukis berusaha untuk mencurahkan ideanya di atas sekeping kertas lukisan. mesejnya sama ada terus atau tersirat. agar memberi impak kepada peminatnya.

begitu juga dalam kehidupan. kita sendiri yang mencorakkan hidup kita dan orang lain. hadir di dalam perjalanan hidup seseorang untuk memberi impak kepada perjalanan hidup mereka.

pengakhirannya, terpulang pada anda sendiri.

tersenyum bila teringat. atau menangis bila memikirkannya.

jawapannya hanya anda yang tahu.....

Thursday, January 21, 2010

redha : mana satu pilihan anda

salam..: )

“No matter who says what, you should accept it with a smile and do your own work"
~Mother Teressa~

lumrah alam, ada yang berkata itu ini di belakang kita pada setiap perbuatan kita. lebih-lebih lagi apabila hanya keburukan yang dinampaknya. dan juga apabila kita membuat kebaikan. buat baik salah, apatah lagi buat jahat.

maka macam mana nie? nak itu tak boleh, nak buat ini lagila tak boleh. sindiran tajam kadang kala mampu mematahkan semangat kita. sebab itu ada perbandingan "lidah manusia itu lebih tajam dari pedang". sindiran yang menusuk kalbu. terus melekat di hati.

tidak mengapa, andai anda yakin dengan apa yang anda lakukan, maka lakukan tanpa ambil kira tanggapan mereka. setiap langkah kita adalah untuk mencari redha Allah, bukan redha insani.

People are often unreasonable, illogical and self centered
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some false friends and some true enemies
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you
Be honest and frank anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight
Build anyway.

If you find serenity and happiness, they may be jealous
Be happy anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow
Do good anyway.
Give the world the best you have, and it may never be enough
Give the world the best you’ve got anyway.
You see, in the final analysis, it is between you and your God
It was never between you and them anyway.

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia.”

sama-sama kita berfikir.
sama-sama kita renungi : redha Allah atau redha manusia?

yang utama itu Allah, tapi jangan lupa hubungan sesama manusia. itu perlu. agar semua hidup aman damai, membina ukhwah yang kukuh, barulah Islam itu gah di mata dunia.

Tuesday, January 19, 2010

ayah saya

assalamualaikum....: )

itu adalah pusara arwah ibu saya. alhamdulillah, ahad lepas kami sekeluarga pergi membersihkan kubur beliau...al-fatihah, moga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman...amin...

sudah cukup rasanya saya berkongsi cerita tentang ibu saya. manusia, hanya mengingati bila yang di depan mata sudah tiada. pohon saya, moga kesilapan ini tidak diulangi oleh anda semua.

kali ini saya mahu bercerita mengenai ayah saya pula. En. Mohd Nor Mokhtar. mulai sekarang, dialah bapa dan dialah juga ibu saya. beliau tidak pernah menjejakkan kakinya ke universiti. pelajaran hanya setakat sekolah pertukangan di tanjung karang. tapi beliau gigih mencari rezeki memberikan didikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

saya pernah dengar makcik saya bercerita tentang ayah saya. seorang anak, seorang suami, seorang abang, seorang adik, seorang ayah dan seorang atuk yang baik. malah kawan saya pernah berkata bahawa dia inginkan suami seperti ayah saya.

ayah saya tahu macam-macam perkara. bertukang, jahit langsir, masak dan sebagainya. malah barang dapur juga dia yang belikan. cuma satu sahaja kelemahan dia, dia tidak mahir berkomputer. tetapi dia berusaha memajukan dirinya belajar menggunakan komputer. hanya semata-mata untuk berhubung dengan anaknya yang belajar di luar negara satu ketika dahulu.

umum tahu, orang yang bekerja kuat tangannya kasar. ototnya pejal. kulitnya gelap dek terkena panas matahari. mereka ini tidak akan sesekali mengeluh atau menangis depan keluarga mereka. kerana mereka punya ego sebagai ketua keluarga.

saya rapat dengan ayah saya. masa kecik-kecik dulu, saya selalu tidur dengan ayah saya. jika mahu makan ubat, kena ada papa di sisi saya. baru saya akan makan ubat. jika mahukan apa-apa, saya lebih senang minta pada papa. mungkin kerana mak saya lebih garang dan tegas berbanding ayah saya.

tapi jangan disalah tafsir atas kebaikan ayah saya. jika dia marah, memang benar dia akan marah. saya pernah dipukul dengan rotan, hanger, surat khabar. namakan apa, insyaAllah semuanya saya pernah merasa. sebab saya nakal kecik-kecik dahulu. tapi dia marah bersebab. dia marah sebab dia sayang kami semua adik-beradik.

saya tidak pernah melihat ayah saya mengalirkan air mata. sungguh mahal air matanya untuk menitis di hadapan anak-anaknya. hinggalah saya lihat air mata dia menitis pada hari pengebumian arwah mak saya. saya tidak pernah melihat wajah risau dia kecuali pada hari nenek saya dimasukkan ke HKL dan pada hari pertama ibu saya dimasukkan ke ICU. hari di mana saya menangis di hadapan beliau setelah saya diberitahu keadaan ibu saya. dan sejak itu, saya berjanji bahawa saya tidak akan sesekali mengalirkan air mata di hadapan ayah saya.

saya bukanlah seorang yang jenis meluahkan sebarang perasaan di hadapan orang. saya tidak pernah mengucapkan kata "saya sayang mummy dan papa" di hadapan mereka. tetapi tidak bermakna saya tidak sayang mereka.

mereka adalah buah hati saya. girlfriend dan boyfriend saya. jantung saya.

tanpa mereka, saya tidak akan menjadi diri saya sebagaimana yang anda lihat sekarang.

saya seru kepada semua.

sayangilah ibu bapa anda. berulang kali saya ingatkan dalam blog saya. kadang-kadang ada yang mereka buat hingga menyinggung perasaan kita sebagai anak. tetapi apalah sangat untuk dibandingkan dengan segala kesusahan yang mereka tanggung untuk membesarkan kita semua. nisbahnya terlalu kecil. sangat-sangat kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka. mungkin bila anda menjadi ibu dan bapa, baru kita paham perasaan mereka.

semasa entry ini ditulis, hati saya sebak.

saya pernah memberitahu sahabat saya, bahawa hanya dua perkara sahaja yang membuatkan saya menitiskan air mata selain untuk Allah. keluarga dan kawan.

saya sudah puas membazirkan air mata saya untuk kawan. di mana pengakhirannya saya yang sakit dan kecewa.

tapi saya tidak akan puas menitiskan air mata saya untuk keluarga saya. sebab mereka adalah permata hati saya. dunia dan akhirat........

Saturday, January 16, 2010

fikir

salam alaik...: )

ramai yang hairan melihat saya di kolej pada hari ini. oh ya, saya lupa, hari ini hari sabtu=weekend.patutlah mereka hairan. bukan mereka sahaja yang hairan, abang dan ayah saya pun hairan. pagi-pagi lagi sudah bersiap ke UM dari rumah. sedangkan saya adalah ahli seumur hidup PBSM=Persatuan Balik Setiap Minggu :)..hehehe

saya punya tugas menanti saya di ward. saya oncall hari ini. ikut hati, saya tidak mahu pergi. tapi itu tanggungjawab dan amanah saya. saya gagahkan juga langkah saya, saya buang jauh-jauh penyakit malas dalam diri saya.

semalam saya melayan batrisyia belajar. dia gembira sebab dapat colour pencils dan magic pen pemberian Alangnya. ikut hati malas saya nak melayannya. tapi melihat kesungguhannya, saya akur pada permintaan budak kecik ini. boleh juga saya melatih developmental assessment : )

saya kagum. nur farhana batrisyia baru berumur 3 tahun. tapi dia bersungguh-sungguh untuk belajar. sungguh-sungguh bertanya. kebetulan pagi ini dia bangun awal, maka saya sempat tengok animal planet bersama dia. kagum sungguh dia tengok haiwan-haiwan liar itu. penat jugala saya melayannya.

saya cermin pada diri saya pula.

saya sudah tidak rajin untuk belajar. penyakit malas itu makin bercambah dalam diri saya. ini bukan diri saya yang sebenarnya. saya tidak tahu mana puncanya. apabila pandang buku, malas itu datang. apatah lagi bila buka buku.

saya juga malas untuk berfikir. jika saya diberi teka-teki, puzzle ataupun shodoku, awal-awal lagi saya sudah surrender. mencuba pun tidak mahu. sebab saya malas untuk berfikir. kalo diberi pilihan untuk memilih di mana dan pukul berapa untuk berjumpa, saya jadi malas. sedangkan ianya tidak akan menggunakan separuh neuron+otak saya untuk berfikir. aduh, malasnya saya kan?


saya pernah ditegur kerana malas berfikir. tapi saya malas untuk memikirkannya. nasihat itu hanya berlalu macam ditiup angin sahaja. hinggalah saya membaca ayat alQuran ini.

“Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya” [ Yunus: 100 ]

astaghfirullah al-azim...
saya tidak mahu dimurkai Allah. sebab saya dambakan cintaNya dan saya mahu masuk syurga. saya menjadi umat yang tidak bersyukur kerana tidak mempergunakan akal saya dengan sebaik mungkin.

seseorang pernah berkata pada saya bahawa saya seorang yang genius.

bijakkah saya jika saya malas untuk berfikir?

ya Allah, terima kasih atas ayatMu ini. terima kasih kerana menyedarkan aku untuk menjadi insan yang berfikir...

saya mahu jadi insan yang bersyukur atas pemberian Allah. saya tidak mahu menyesal sesudah hari apabila Allah menarik segala nikmat pemberianNya. saya mahu berfikir. berfikir mengenai keagungan dan kebesaran Allah. berfikir secara rasional supaya saya mampu menjadi seorang khalifah yang berguna di bumi Allah.

masih belum terlambat untuk berfikir. berfikirlah sehingga Malaikat Izrail datang menjemput anda. fikir sampai mati..


Thursday, January 14, 2010

adeh, aku dah mula merepek!

salam...: )


kali nie aku nak merapek bley??huhuhuhu...korunk kasi ke tak, tak kisah pun..sbb this blog belongs to me..suke hati aku nak wat pape, nak post pape as long as tak menyakitkan hati sape2..huhuhuhu..

ini semua gara-gara terlambat minum nescafe. tahukah anda bahawa saya akan minum nescafe 2x sehari..pagi dan malam..: )hajatnya nak stay up nak menghabeskan 4 case summaries ent posting...yosha, penat class siang tadi masih berbaki..tak penah dalam sejarah hidup aku breakfast pukul 7..nie semua pasal oncall..dahle kene marah ngan sister tgh hari tadi..takpela, mmg salah aku pon...mase class plak mata aku between partial and complete ptosis=ngantuk dah...huhuhuhu...balik petang tadi terus hempaskan badan atas katil..thanks to ijan sebab kejutkan aku solat asar...lepas maghrib plak aku bawak zarina merempit ke murni...kesian kat zar sbb kempunan sangat nak bukak puasa nazar kat murni.....jgn hampakan permintaan orang lain andai tidak mahu permintaan anda dihampakan...

harap-harap rumate kesayangan aku nie, siti fauzan mohamed kamal tak bace blog aku...huhuhuhu...dgn senang hatinya aku dah order hadiah birthday dia bulan 5 nie...huhuhu...harap2 dia suka sbb aku dah tak tau nak bagi ape kat dia...semua bende dia dah ade..sedih gak sbb nanti dah tak ber"rumate" ngan dia....dia adalah rumate yg paling best dalam hidup aku as a student ni..yela, pasni kalau dah kahwin mestilah spouse kite rumate paling best kan..hehe..tahu bila aku tgh nak mengamuk, cepat2 dia tidur..hahaha...melayan aku buat lawak yg ntah pape+immature nie...sampai dia pun dah terpengaruh dgn trademark batrisyia.."tolong saya, tolong saya"...hahahaha

yg bestnye this week, aku dapat free call utk 8pax celcom aku..hahaha...memang aku pulun cakap lama-lama dengan cikgu noer...abes kene tahan telinga cikgu nasihati aku yg memang pemalas nak study ni...baik cikgu...saya sayang cikgu..: )

tataula sama ada this week aku balik umah ke tak...last week aku balik hari ahad je since biat datang dok bilik aku...dia datang KL atas urusan peribadinya before flying back to Australia 14hb feb nie...abes aku bawak die pusing KL merempit..hehe...sempat gak aku curi dia bawak balik ke umah since ayah aku kenal dia...thanksla biat sbb melayan kerenah bdk kecik tue..hahaha...skang nie terasa macam ayah aku dah dirampas orang...malam2 ayah aku pi masuk hutan dengan geng2 dia..yg aku kenal just pakcik Jo je..huhuhu...masuk hutan malam, pagi2 before subuh baru balik...waaaaaaaaa, saya nak ayah saya....: (...

at last but not least...bawah nie gambar-gambar utk tatapan anda...



opppsss....
jap2...ada sedikit perkongsian utk renungan bersama....

“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”ihsan daripada
http://dzulkhairi.blogspot.com/ hasil perkongsian saadah di facebook..

Wednesday, January 13, 2010

tenangnya

salam n greetings to all....: )

saat ini, ketika ini...
sunyi, aman dan nyaman sekali
suka sangat-sangat
sebab jauh dari haru biru...esp skang nie penuh dgn construction
terasa macam dunia nie
aku yang punya...

"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [ Muhammad : 7 ]

Sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita.
Genggamlah ia dengan kejap
biar berparut pada hati,
biar membekas pada jiwa,
biar pelukannya mampu menghantar suara hati hambaNya yang senantiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat.

Monday, January 11, 2010

angka 23

salam and greetings to all.....: )

alhamdulillah...

saya sudah 23 tahun..ya, tanpa sedar, umur saya sudah mencecah angka 23...dipanjatkan segala syukur pada Ilahi kerana terus memberi nyawa utk saya bernafas atas bumi Allah ini...jika dahulu saya tak sabar utk bergelar dewasa..kini saya takut dan tidak percaya...sbb makin hari makin dekat ajal saya....moga saya bersedia utk hari itu...


syukran ya Allah

kepada papa n arwah mummy sebab membesarkan satu-satunya anak perempuan mereka ini yang nakal dan manja ini....
kepada Along, Angah+kak rafidah dan Alang sebab melayan kerenah adik mereka ini
moga saya terus dipanjangkan umur supaya dapat menabur bakti kepada mereka
terima kasih diucapkan
kepada farina hanum sebab telefon dari Indonesia semata-mata utk wish....dalam batuk+demam dia gagahkan diri call saya...sedih juga bila tak dapat sambut bersama dia...: (
kepada siti fauzan, rumate saya sbb belikan cheese cake itu...sedap2...
juga kepada wawa, hurul, hajja, pakna, nadzrah, hapsah, izzati dan juga rabiatul sebab serbu bilik utk sambut birthday saya...
tak lupa pada kawan2 yg wish melalui sms dan juga di facebook...
terima kasih banyak2.........: )

Sunday, January 10, 2010

hati saya

salam alaik....: )

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“Dalam tubuh manusia terdapat segumpal darah. Jika baik gumpalan darah itu, maka baiklah seluruh tubuhnya. Jika buruk gumpalan darah itu maka buruklah kesemuanya. Ketahuilah bahawa gumpalan darah itu adalah hati.”

Apabila membaca hadis ini, saya terdiam dan berfikir sejenak. Sepanjang saya hidup 23 tahun ini, agak-agak hati saya itu baik atau buruk? Mungkin dari segi anatomy, hati/liver/hepato saya nampak elok, tiada fibrosis ataupun cirrhosis. Namun dari spiritualnya, adakah hati saya benar-benar bersih? Putih atau hitam? Baik ataupun sudah rosak?

“Sesungguhnya hati itu boleh berkarat seperti mana berkaratnya besi.”Maka sahabat-sahabat bertanya apakah yang boleh membersihkannya. Rasulullah SAW menjawab, “Membaca al-Quran dan mengingati mati”.

apabila berkata tentang hati atau dalam bahasa arabnya “qalb”=hati yang berbolak balik, saya akan teringat hadis di atas. Hadis itu adalah hadis pertama yg kami, homeroom 15 beramai-ramai hafal setelah disuruh oleh Hajah Noorliza.

Hati itu penting. Malah pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW sebagai raja di badan kita dan anggota lain sebagai tenteranya. Jika raja itu baik, insyaAllah akan baiklah bala tenteranya. Hati itu tempat bersarangnya iman.

Jika kita jaga hati kita dengan baik dan kemas, maka iman kita akan tersimpan rapi, tak tumpah dan tak mengalir keluar. Tapi bila hati kita retak atau gelap, maka iman yang tersimpan di dalamnya akan perlahan-lahan mengalir keluar dan menyusut. Dan lebih teruk lagi bila hati kita rosak 100%. Maka tiada ruang untuk kita simpan iman kita.

Saya mahu hati saya bersih dan putih. Hati yang hidup akan mendorong kita ringan untuk beribadah. Sebab kita tidak tahu bila kita akan mati. Mungkin selepas saya menulis entry ini, saya akan mati. Oleh itu saya perlu bersedia.

Macam mana nak cuci hati yang sudah kotor? Yang sudah hitam macam buntut kuali atau arang?

Jawapannya hanya satu.

Amal ma’ruf nahi mungkar. Perbanyakkan amalan kebaikan dan tinggalkan larangan Allah.

itu sahaja caranya.

Kita rajin basuh baju supaya tidak busuk dan nampak elok di mata masyarakat. Tapi kita tak rajin basuh hati kita supaya nampak elok di pandangan Allah. Sedangkan kita dicipta oleh Allah supaya beribadat kepadaNya dan hanya kepadaNya juga kita kembali.

Saya seru kepada diri saya sendiri dan kawan-kawan semua. Jom bersihkan hati kita semua. Jom kita saling ingati antara satu sama lain….: )

Thursday, January 7, 2010

chipmunks dan cipettes

salam alaik.....: )

alvin and chipmunks...rasanya tak perlu diperkenalkan lagi watak ini kepada semua..alvin, simon dan theodore..mereka hanya sekadar chipmunks..tetapi mereka mampu menyanyi dgn baik..lantas mereka terkenal seluruh dunia...

apa pula kaitan mereka dgn entry kali ini? saya mencadangkan movie ini kepada semua..sbb mesej yg cuba disampaikan amat bagus....

alvin, seorang yang keras kepala dan nakal..suka berbuat sesuatu tanpa memikirkan orang lain..sentiasa ada kekecohan yang dibawanya..but at the end, dia mengaku akan kesalahannya...simon, dilantik menjadi 'ketua sampah'. cukup marah apabila org membuang sampah merata-rata..theodore pula, tersepit antara pergaduhan abang2nya...banyak konflik berlaku antara mereka, tapi hubungan mereka takkan terputus..macam pepatah air dicincang takkan putus...

hati saya tersentuh apabila alvin dan simon berdamai demi theodore. saya tersenyum apabila alvin minta maaf atas perangainya yg mementingkan diri. dan saya gembira apabila chipmunks and chipettes berdamai..

dan saya ingin berkongsi sesuatu...

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

susahkah mencari sahabat seperti di atas? pada saya, tidak susah dan tidak senang. lapangkan hati anda..kadang-kadang sahabat itu ada di depan anda, cuma anda sahaja yang tidak nampak..ada di sisi kita, cuma kita yang tidak menghargainya..

mata itu anugerah Ilahi, bukan hanya utk melihat apa yang di depan kita sahaja..Allah beri kita mata agar kita melihat dari segala aspek..pokoknya, luaskan minda anda..

Wednesday, January 6, 2010

bila hati mula merepek

assalamualaikum...: )

sesungguhnya masa lapang akan membunuh jiwa anda...

pernah dengar kan ayat kat atas tue...so, nak ajak korunk semua berbuat sesuatu?....jeng jeng...korunk maybe fikir it is ridiculous..merapek..membuang masa..tapi aku nak korunk try..keep all the negative toughts in your pocket....amek yg tersirat..huhuhuhu

pernah tak korunk spend ur times duduk kat atas kerusi mana-mana..then tengok gelagat manusia?huhuhuhu...aku suke wat camtue...

aku suke tgk gelagat manusia..macam-macam...pelbagai aksi, reaksi dan sbgnya. tapi jgnla hanya sekadar tgk sahaja...kite amek yg baik utk kita...wah, mcm sherlock holmes plak..tgkla movie ni, best2..

macam kat hospital...

sambil menunggu seseorang/sesuatu...ada yg bersembang, main psp, check msg kat hp tue, membaca, makan dsbgnya...kalo di Jepun, majoriti penduduk mereka menghabiskan masa lapang mereka dgn membaca...skemala pulak kan? itu mungkin tanggapan kita di Malaysia. tapi tidak di Jepun atau negara lain..di Malaysia, budaya membaca itu kurang..tidak tahu mana silapnya sedangkan macam2 kempen sudah dibuat..rugi kan? sbb bila baca, we gain something..knowledge...tapi ilmu itu luas...carilah di mana-mana..

yg paling best, tgk anak2 memimpin ibu bapa mereka berjalan...tak kurang ada yg tolak wheelchair ibu bapa mereka..alhamdulillah, moga nilai murni ini tak hilang dek ditelan zaman...tapi jgn pula kite nak pimpin mereka bila mereka sakit je...pimpin mereka ketika susah dan senang...pesanan penaja : jgn pula anda pimpin tgn yg diHARAMkan oleh Allah...

conclusion --- act taktau nak kongsi ape..but i want to write something..then this idea comes out suddenly..huhuhu...

and here, wanna to share hadith,

Sahal bin Saad berkata, " Pada suatu masa, seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad SAW dan berkata, 'Wahai Rasulullah, tolong terangkan suatu perbuatan yang apabila saya lakukan, Allah dan manusia kasih kepada saya'. Nabi Muhammad SAW pun menjawab, ' Apabila saudara mengambil nikmat dunia sekadar keperluan sahaja, pasti Allah kasih kepada saudara. Apabila saudara menahan diri daripada meminta apa yang ada di tangan manusia, pasti manusia kasih kepada saudara"

Monday, January 4, 2010

mahkota buat ibuku

salam..: )

jika diamati, hari ini birthday arwah mak saya
namun beliau sudah dijemput Ilahi
ahh, kita abaikan sahaja

bila datang birthday mak kita
mesti kita akan pening kepala
memikirkan hadiah yg paling sesuai diberi
nak bagi itu ke?ini ke?
yang mahal ke? yang murah ke?

pada saya
hadiah yang paling bermakna
buat insan bergelar ibu/mak/umi/mummy
adalah mahkota perhiasan syurga

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?”

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”

Maka berkata al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu: “Adakah kamu al-Quran?” Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T.

Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”

Lalu dijawab: “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya,Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus daripada pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.”[Riwayat Abu Dawud]

Ya Allah,
di akhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari
Kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari
Kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga
agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata
agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana
amin...

Sunday, January 3, 2010

selamat hari lahir...

salam alaik..: )

kali ini saya nak meraikan seseorang..silap, bkn seseorang, tapi ramai orang...mereka yg hari lahirnya jatuh pada bulan ini...: )




saya tak tahu sama ada description di atas betul-betul benar..tapi janganlah pula kita percaya 100%..sbb yg menentukan siapa kita, perangai kita adalah diri kita sendiri..

orang yg saya hendak raikan adalah mereka yg dekat di hati saya..anda yg membaca blog ini juga dekat di hati saya..cuma birthday anda bukan bulan ini...hehehehe...

4hb januari 1953

andai arwah bonda saya masih hidup, dia akan berumur 57 tahun. tapi Allah telah menjemput dia berada disisiNya. moga roh beliau dicucuri rahmatNya.

8hb januari

dia adalah kakak saya. kami tiada pertalian darah, tapi kami disatukan dibawah Islam. Nur Nadia Abdullah Chik. saya kenal dia sejak di mrsm pdrm dan kami masih lagi berhubung sehingga sekarang. jangan ditanya bagaimana kami kenal sbb nanti kak nadia marah..hehehe...baru sebentar tadi saya bertemu dgn dia. alhamdulillah, dia sedang berbahagia. syukran ya Allah. moga bahagia itu milik dia buat selama2nya.



org sayang akak..:)

12hb januari

mohamad hafizuddin abdul karim. abang, selamat hari jadi ke-15. belajar elok2..tahun ini pmr..dapat 8A, insyaAllah ada hadiah menanti..: )

21hb januari

kakak, happy birthday..sudah 18 tahun rupanya farah amirah abdul karim ini..abang dan kakak..siapakah mereka? mereka ini mak saya jaga selepas habis pantang hinggalah mereka besar sekarang. mereka adalah adik-adik saya. bermula dengan kakak, abang, hakim dan aina. kadang-kadang saya cemburu sbb mak saya sayang mereka lebih dari saya..huhuhuhuhu...rumah kami adalah rumah kedua bagi mereka. jika mereka tiada di rumah, pasti mereka berada di rumah kami. cuma sekarang mereka sudah jarang datang ke rumah, mungkin kerana mummy mereka sudah tiada. tapi kadang-kadang saya akan keluar bersama-sama dgn mereka. menonton wayang, jalan2 dan sebagainya.

cikgu anuar, cikgu fizik di pdrm berkata,

kita perlu ingatkan pada mereka yang menyambut hari lahirnya bahawa tarikh mati itu makin dekat, kubur makin memanggil-manggil. agar mereka tidak lalai dan berusaha meningkatkan amalan mereka. selamat pendek umur!! : )

HEP di mrsm jasin, pn. jamaiah rasanya nama beliau..: ) pula berkata

kita harus berterima kasih kepada ibu bapa kita sebab mereka membesarkan kita sehingga kita mampu menyambut birthday kita. tanpa mereka, kita takkan lahir di dunia ini. tanpa mereka, kita adalah nothing, zero...maka, ucapkan terima kasih pada mereka.

dan saya ingin berkongsi hadith ini bersama anda semua..dari buku 40 hadis imam Nawawi

Abdullah bin Mas'ud berkata, "Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling benar dan paling dipercayai, pernah memberitahu kami,

"Sesungguhnya setiap orang daripada kalian dicipta di dalam perut rahim ibunya selama 40 hari dalam bentuk titisan air mani, kemudian dia menjadi segumpal darah selama 40 hari juga, lalu menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama. Kemudian Allah menghantar malaikat supaya meniupkan roh kepadanya. Malaikat itu diberikan empat perintah iaitu supaya menuliskan rezekinya, usianya, amal perbuatannya, dan sama ada dia akan sengsara ataupun bahagia.

Demi Allah, tiada Tuhan melainkan DIA, ada di kalangan saudara sekalian orang yang beramal dengan amalan-amalan penghuni syurga, sehingga jarak yang memisahkan dia dengan syurga tidak lebih daripada sehasta sahaja, tetapi suratan takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan-amalan penghuni neraka, lalu beliau pun masuk neraka.

Ada pula di kalangan saudara sekalian orang yang beramal dengan amalan-amalan penghuni neraka, hingga jarak yang memisahkan dia dengan neraka tidak lebih daripada sehasta sahaja, tetapi suratan takdir mendahuluinya sehingga beliau beramal dengan amalan-amalan penghuni syurga, lalu dia pun masuk syurga"

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
selamatkan hari dan urusannya ya Salaam[memberi keselamatan],
dijauhkan dari musibah dan kesusahan,ya Muhaimin[pelindung]
lepaskan belenggunya ya Baari-u[melepaskan]
ampunkan dosa2nya yg lalu dan akan datang ya Ghaffar[pengampun]
murahkan rezekinya dengan barakah ya Razzaaq[pemberi rezeki],ya Fattaah[pembuka pintu rahmat].
limpahkan rahmah dan kasih sayangMu ke atasnya,ya Wahhab[pemberi kurnia]
tinggikan darjatnya dengan iman ya Mudzillu[memuliakan]
tetapkan hatinya di jalanMu ya Hafiidhu[memelihara]
tambah indahkan peribadi dan akhlaknya ya Lathiiru[penyantun],ya Haliimu[penyabar]permudahkan segala urusannya ya Allah
~amin~

Saturday, January 2, 2010

buat jahat?

salam n greetings : )

Abu Sa'id al-Khudri melaporkan, Nabi Muhammad SAW pernah berkata :

"Jangan melakukan perbuatan jahat dan jangan balas perbuatan jahat dengan perbuatan jahat yang lain"

teringat aku
pada pesanan makcik, mak kepada sahabat aku
"bila orang buat tak baik pada kita, senyumlah sentiasa"
dan juga pesanan cikgu noer
"perbuatan baik dibalas dgn kebaikan, begitu juga dgn perbuatan jahat. cuma kita balas dengan kebaikan. tak salah buat baik pada orang. macam api. jangan dilawan api dengan api, kelak ianya akan lebih bersemarak. lawan api dengan air, insyaAllah hati org itu menjadi lembut"
insyaAllah...