assalamualaikum kepada semua :)..
apa khabar anda semua??sihat??yg penting macam mana level iman hari ini...suka saya berkongsi satu article..sama2 renungkan ya..
antara sebab @ tanda2 hati mati ialah (menurut Syeikh Ibrahim Adham) :
- mengaku kenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-hakNya
- mengaku cinta kepada Rasulullah SAW tetapi mengabaikan sunnah baginda
- membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
- memakan nikmat-nikmat Allah tetapi tidak mensyukuri atas pemberianNya
- mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
- mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
- mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
- mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya
- menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
- menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya
mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :
- hubbul dunia (kasihkan dunia)
- lalai daripada zikrullah (mengingati Allah)
- membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah
hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :
- zuhud dengan dunia
- zikrullah
- bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
p/s : diri ini bukanlah daie yg baik...takut hanya mampu bercakap tapi tidak mampu mengamalkannya..mintak diri ini dinasihati, diingati andai terpesong...dan moga hati ini tidak dipenuhi dengan titik2 hitam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment