Sunday, October 18, 2009

..Doa itu penghubung paling kuat...

"Doa ini, abang kakak, adalah penumpuan sepenuh hati dgn kata-kata bila kita hendak memohon sesuatu pada Allah."Ust Ramli berhenti menarik nafas. "Dan doa ini ada caranya Allah memperkenankan. Bukan semua yg kita nak dlm dunia ni kita dapat, betul?"

"Cara yg pertama, Allah memperkenankan terus. Cara kedua, Allah mungkin akan memperkenankan benda lain yg lebih baik drpd apa yg kita mintak sbb Dia lebih mengetahui, Dia yg Maha Mengetahui. Atau mungkin Allah lambat memperkenankan doa kita, sbb belum tiba masa utk diperkenankan. Cara lain, mungkin doa itu tak diperkenankan langsung kerana Allah lebih tau apa yg terbaik utk kita. Dan kesabaran serta keyakinan kita meminta pada Dia itu digantikan dgn pahala."

Muka cuba ditahan sedaya-upaya dari buat gaya pelik-pelik macam kertas kene peronyok. "Macam mana.."Dia menarik nafas."..cara terbaik utk doakan org yg dah tak ada dgn kita."Datar tanpa nada dia menuturkan. Pandangan Ust Ramli ditentangnya tanpa beralih."Itu soalan saya."


"Cara terbaik utk mendoakan orang yg dah tak ada dgn kita..."

"Doakan kebajikannya di alam kubur dan di akhirat, mohon diampunkan dosanya. Kemudian kita mohon dipelihara mereka dari azab kubur, azab Mahsyar, azab akhirat dan api neraka. Kita mohon agar dilapangkan kubur mereka dgn rahmatMu ya Allah, diterangkan kubur mereka dgn NurMu ya Rahman, temankan mereka dgn kasih sayangMu ya Rahim."Lembut perlahan Ust Ramli menuturkan. "Doa itu penghubung paling kuat antara kita dan mereka yg dah pergi meninggalkan kita."

"Dan sedekahkan apa yg membawa manfaat, yg boleh meringankan azab mereka di sana. Ayat2 suci alQuran yg paling baik." Ust Ramli menuturkan lagi.


Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum :)

sape2 yg tak tau..tue sye amek drpd Schubert's Serenade nukilan Hlovate..

macam ust tue cakap..Allah makbulkan doa kita dlm pelbagai2 cara...kite sbg hambaNya yg khilaf ini jgn sesekali berputus asa drpd berdoa...

"Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yg menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dlm keadaan yg hina." [ al-Mu'min : 60 ]

3 comments:

jas jamaludin said...

akan ku truskan doa ku buat kejayaan kita bersama..
juga buat insan yang telah lama meninggalkan aku...

alah...
*mata sudey begenang teringatkan arwah*

fhmn111 said...

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

mari kite bykkan doa..insyaAllah jash, kite semua akan berjaya..aminn..hehehehe

jas jamaludin said...

one down!!!

3 more to go~~~