Thursday, October 1, 2009

sabahat..

jika kamu menadah air biarlah berpada
jangan terlalu berharap pada takungannya
dan jangan menggangap ia begitu teguh
cukupla sekadar keperluanmu..

apabila sekali ia retak..
tentu sukar utk kamu menampalnya semula
akhirnya ia dibuang
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

begitu juga jika kamu bersahabat
terimalah seadanya
jgnlah kamu terlalu mengaguminya
dan jgnla kamu menganggapnya begitu istimewa
anggaplah dia manusia biasa

apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu utk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya

sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi persahabatan kamu
akan berterusan hingga ke akhirnya.....
mengapa ya hati ini tertarik dengan puisi ini..sebab mengingatkan aku tentang persahabatan..aku sangat menghargai persahabatan yg terjalin..hanya minta satu sahaja dipinta kepada sahabat2ku...percaya dan jujur pada diri ini..walaupun kebenarannya pahit..memaafkan mudah tapi utk melupakannya sangat perit...

No comments: