Wednesday, October 28, 2009

aku malu



ada orang bahagia
bila lihat sahabat sekeliling
jadi bahagia

ada orang bahagia
bila lihat sahabat sekeliling
jadi merana

dan ada orang bahagia
bila lihat sahabat sekeliling
dan diri sendiri bahagia

tapi ada orang bahagia
bila lihat sahabat sekeliling
dan diri sendiri merana

aku berada di posisi
manusia yang bagaimana?
mahu membahagiakan kawan
aku yang bagai mana

maaf...
aku punya kekurangan diri
diri aku tak sempurna akal
aku punya kapasiti terhad
indera aku kadang kala
tak dapat membantu mu wahai sahabat...

aku mohon maaf
keterlewatan aku
kealpaan aku
ketidaksempurnaan aku
keterhadan masa aku
untuk aku menjadi sahabat yang selalu menemani kamu

untuk aku
mengaku menjadi sahabat akrab mu
aku malu...

No comments: