assalamualaikum...
alhamdulillah, hari ini rezeki berpihak pada kawan-kawan aku. tengah hari tadi ayah aku call, suruh balik. ada hidangan menanti di rumah.
rupa-rupanya ayah aku masak bubur durian. sudah lama kami tak makan bubur durian selepas kematian arwah. aku hanya makan sekadarnya, cukup untuk merasa dan tidak menghampakan ayah aku yg bertungkus lumus memasak. sebab aku kurang suka pada makanan yang menggunakan santan.
aku bawak balik sedikit. risau juga tak cukup memandangkan ramai yang dijemput untuk dijamu. alhamdulillah, semua dapat merasa. andai niat kita ikhlas untuk menjamu sahabat kita, insyaAllah makanan yang sediki pun akan mendatangkan kepuasan. bukankah menghormati tetamu dan menjamu sahabat itu adalah termasuk dalam tuntutan iman?
sempat juga aku memasak maggi+telur untuk seorang kawan aku nie. dah kempunan sangat dia nak makan maggi. memandangkan dah janji, kenala aku tunaikan sebelum dituntut di akhirat kelak.
masih ada beberapa lagi janji aku yg tak tertunai. kene berusaha utk memenuhi janji nie. sbb aku bukanlah orang yang suka menabur janji tapi tidak melaksanakan. mungkin nampak remeh pada org itu, tapi janji tetap janji kan?
terima kasih kepada mereka-mereka yang menyertai "kenduri" durian tadi. maafla kalau-kalau terasa bau durian di floor kami tue. hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
patutlah~~
patutla bau durian yerk jash...hehe..ampun bu..
Post a Comment