Friday, June 25, 2010

duhai sahabatku

assalamualaikum wbt

kita dekat, tapi terasa jauh
bila bertembung, kita buat-buat tak nampak, tak kenal
bila bersembang, terasa ada jurang antara kita.
seolah-olah kau di Utara, aku di Selatan.

bila bertemu, lidah jadi kelu
diri rasa canggung
seolah-olah kita tidak pernah kenal
sedangkan kita pernah menjadi rapat

jika dahulu kita bergelak tawa
tapi kini hendak gelak pon susah
jika dahulu kita saling bertanya khabar
tapi kini semakin jarak pertanyaan khabar

menjadi sahabat tidak sukar atau senang
masa bukanlah penentunya
andai hati mula mengakui
maka bersahabatlah kita

kita bersahabat atas pelbagai alasan
tapi lagi manis bila iman menjadi alasnya
lebih kukuh ukhwah bila Allah menjadi penyebabnya
moga persahabatan kita berkekalan

kadang-kadang aku mahu bersemuka
menjernihkan segala yang keruh
tapi aku kelu untuk bertanya
apatah lagi ego menjadi penghalang

aku tak tahu mengapa perlu ada perbandingan
sebab semua orang itu berbeza
sedikit terkilan di hati
sebab kau berpikiran demikian

adakah persahabatan kita bertemu jalan akhir?
aku pon tidak tahu
andai ukhwah yang dibina ini hanya lebih mendatangkan duka dari gembira
maka izinkan aku berundur diri
kerana aku tidak sanggup lagi....
tidak sanggup untuk melukai hati sahabat aku

aku akan berusaha untuk menyambung ukhwah kita yg di ambang keretakan
tapi aku perlukan kau juga berbuat demikian
bukan senang membina ukhwah
tapi lagi payah untuk menyaksikan putusnya tali persahabatan

No comments: