Saturday, June 12, 2010

berterima kasihlah

sesekali berterima kasihlah
pada payah pengalaman
kerana ia adalah
kuliah kehidupan
memberi ijazah berani
bagi mendewasakan diri

sesekali berterima kasihlah
pada luka kekecewaan
kerana parut hitamnya
telah mengenalkan
erti kesakitan
untuk membuatkan diri
jadi waspada
di perjalanan

sesekali dalam hidup
kita perlu merenung
dan berterima kasih
pada sekian banyak perkara
yang menemukan kita
pada hakikat
tak semua harapan
akan menjadi kenyataan
seperti juga
semua yang nyata adalah harapan kita

2 comments:

Anonymous said...

suka..suka sangat..nanti nak copy....rinduuuu kak farah....muahhh

fhmn111 said...

copyla pka..akak pon curi dari cubicle cikgu noer..kehkehkehekeh...