satu dunia digemparkan dengan serangan Israel terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan ke Gaza. berita yang terkini, kapal yang terakhir, iaitu kapal Rachel sudahpun ditawan. mujur kali ini tiada pertumpahan darah berlaku.
tiadanya sumber internet di bilik membataskan diri aku mengikuti perkembangan terkini. alhamdulillah, aku "balas" dengan mengumpulkan semua newspaper untuk mengetahui perkembangan serangan yang tidak berperikemanusiaan ini.
dan hari ini, aku tertarik dengan wawancara bersama Tun Dr. Mahathir Mohamed mengenai isu ini. boleh baca di Utusan Mingguan, hari ini punya. dah cuba cari link di Utusan Online tapi tiada.
semua tahu, Dr. Mahathir memang terkenal dengan kelantangannya bersuara di peringkat antarabangsa. dah alhamdulillah malahan bangga diri ini, sebab Malaysia adalah antara salah satu NGO yang menyertai rombongan kemanusiaan ini.
akhirnya kita berjaya membuat sesuatu. tidak hanya lantang bersuara tanpa bertindak. dan akhirnya kita bersatu, kita berhimpun atas nama Islam. mana taknya, kita selalu berhimpun kerana berbeza pendapat, terutama dalam politik. benda yang kecik dan remeh diperbesarkan, so mana nak nampak indahnya Islam itu?
tindakan laknatullah Israel selama ini yang hanya dipandang sebelah mata oleh negara2 besar akhirnya terbuka luas. akhirnya PBB berbuat sesuatu. itupun setelah banyak negara memprotes dan mendesak.
moga Allah mencucuri rahmat sukarelawan/aktivis yang terkorban demi mereka2 yang terseksa di Gaza itu.
No comments:
Post a Comment