Saturday, May 15, 2010

marah

salam alaik...

"mood menulis" : )

group 1 and 2-hampir setahun kami bersama
haziq, bong, kwang kok, kak syu, huey ling, kak ati, devan, qayyum, fikri, zar, epul, faris, adam,dol,
cha pin, suet woon, sharen, zahrah, ida, arina, dana, wan, ida, azzah, me, farah, cindy, yaw lim (photographer)

ini adalah keluarga besar saya. yang sama2 gembira, yang sama2 bersedih. kene puji bersama, kene marah pon bersama. sedar tak sedar hampir setahun kami bersama. dari yg tak pernah bertegur, kami saling bertegur sapa. yang tak pernah rapat, menjadi rapat. keluar makan beramai2. lebih2 lagi kami semua satu kepala.

tak mahu buat perbandingan dgn group yg lain, apatah lagi group2 yg saya pernah menjadi ahlinya. setiap group itu ada pro and cons yg tersendiri. saya pernah menjadi ahli lab 2 ( 1st and 2nd year) dan group 6 (3rd year). tak lupa group supplement. masing2 meninggalkan kesan yg mendalam dalam hati. terima kasih semua : )

tapi bukan ini mesej yg ingin dikongsikan. sementara menunggu class Prof Jesjeet, one of our friends datang bersembang.

"Aku tak pernah nampak kau marah, Farah"

Abu Hurairah r.a berkata, datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu meminta nasihat daripada Baginda. Maka Rasulullah SAW bersabda :

"Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah" [riwayat al-Bukhari]

saya hanya tersenyum. hanya orang yang rapat dengan saya sahaja tahu bagaimana expression saya bila saya marah.

bila marah, saya hanya diam. sebab saya khuatir bila saya bercakap, maka hilang segala adab saya dengan mereka. kecuali bila saya benar2/terlampau marah, maka saya akan "bercakap". pada masa itu, saya minta maaf banyak2.

bila marah, saya akan menjauhi si dia. sebab saya khuatir saya akan membuat sesuatu yg akan mengguris hati si dia. pada saya, biar saya seorang sahaja yang hatinya sakit, jangan hati kawan saya.

bila saya marah, itu tandanya saya sayang pada si dia. sebab saya mahu yang terbaik utk sahabat saya biarpun diri saya tidak sesempurna mereka.

dan jika hilang perasaan marah saya pada si dia, itu maksudnya saya sudah malas amik tahu. jika saya sudah tidak bertanya, bermakna saya sudah tawar hati dengan si dia.

tapi tidak bermaksud kita tak boleh marah. boleh, tapi dengan cara yg berhikmah. insyaAllah orang yg dimarahi itu dapat tangkap mesej yg cuba disampaikan....: )

2 comments:

Miss F said...

huuu~ saya cepat marah kt tempat kerjaa =(
kadang-kadang tekanan membuatkan kita bertindak di luar jangkaan.. akan lebih beringat lepasni

fhmn111 said...

banyakkan istighfar bila tgh marah fairuz..insyaAllah akan redalah perasaan marah itu...: )