Saturday, May 15, 2010

for my sensei

assalamualaikum...

selamat hari guru @ happy teacher's day kepada semua insan yang pernah mengajar diri ini..
bermula daripada "kosong" hinggalah berdirinya insan bernama farah hanani..
daripada tak tahu apa-apa kepada berilmu pengetahuan
daripada "bertatih" hinggalah aku berlari mengejar ilmu

terima kasih kepada cikgu2
tadika anakku sayang
sek ren keb dan agama taman tasik, ampang
yayasan selangor klang + sek men convent klang
maahad hamidiah kajang
mrsm pdrm
mrsm jasin
kolej matrikulasi perak
UM
pasni insyaAllah akan ada, cuma tak pasni bila dan dimana : )

andai jasa ibu bapa tak mampu diri ini untuk membalasnya,
begitu jugalah jasa insan yg bergelar cikgu ini
banyaknya curahan ilmu yang diberikan
untuk diri ini menapak sebagaimana dia berada pada hari ini

tidak lupa kepada rakan2
anda juga seorang guru, cuma tanpa sijil
namun andai tiada tunjuk ajar daripada anda
maka diri ini tidak akan berada di mana dia berada sekarang

ya Allah ya Rabbi,
moga KAU merahmati insan yang mulia ini
moga KAU memberkati segala pengorbanan yang mereka taburkan

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicaraJ
ika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang, 1979
p/s : happy teacher's day rabiatul adawiyah muhammad fakharuddin : )

2 comments:

Whiteraven68 said...

salam perkenalan.
blog walking. follow me back. =)

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

ehem2.. malu. name ade kat situ. haha. tq manyak2. ;)