Monday, May 24, 2010

kenapa

assalamualaikum...



Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat.
Hingga kita terduduk menangis
Peritnya terasa tetapi ketahuilah
dan renungilah dalam diri kerana
Mungkin air mata itu hadir kerana DIA
mahu menjahit sejadah iman
Yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar
Semoga tabah dan ditetapkan iman
ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang
DIA sayangkan kau dan aku
DIA tak pernah lupakan kita
Hidup ini ibarat mimpi
Kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad
Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman
Tetapi sebenarnya satu bentuk penyerahan diri
Dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap KetentuanNYA
Jangan lupa, pada nafas sekalipun, tersembunyi rahsia dan janjiNYA
Percayalah!
andai ujian ni sebagai salah satu sebab untuk menghapus dosa-dosaku
aku redha YA ALLAH kerana ku sedar diri ini hanyalah hamba yg lemah yg sentiasa alpa dan berdosa kpd-MU


Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat, Allah sayangkan kita
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan, bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan, janganlah hampa
Ini bukan kerana Allah bencikan kita tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan
pagi tadi aku dikejutkan dengan sms daripada seorang sahabat. moga arwah tokwan beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. alfatihah....
dan utk sahabatku itu, dan juga diri ini,
ingatlah pesanan Allah yang disampaikan melalui surah al-Ankabut 2-3 dan al-Baqarah ayat 286...

moga menjadi pengubat utk kita semua

No comments: