Wednesday, January 5, 2011

things are easier said than done

assalamualaikum

4 January..terasa agak pelik hari ini. macam ada sesuatu yang tak cukup.

aha, patutla. birthday arwah mummy rupanya. selalunya aku akan call pagi-pagi and wish. selalunya aku akan pening kepala pikir nak beli hadiah apa. selalunya aku akan tercegat kat rumah bila habes class sambut birthday dengan abang-abang aku.

tapi itu dulu. dah hampir dua tahun tak sambut tarikh tue. patutla rasa "something". rasa sayu bertandang di hati. kosong dan sepi. kalau aku sendiri rasa macam ini, agak agak mesti ayah aku rasa lagila sedih kan? baru nie masa pi singapore, tetiba papa cerita zaman dulu-dulu masa arwah masih hidup. kitaorang adik-beradik, sentiasa berusaha untuk menceriakan papa. tak mahu bagi dia duduk rumah sowang-sowang, sunyi seorang diri. insyaAllah next destination untuk cuti chinese new year is thailand. hahahahaha..ada sesiapa mahu ikut? hehe

sedih? meh cakap kat aku, siapa yang tak sedih hilang orang yang mengandungkan kita, yang melahirkan kita dan membesarkan kita? semua orang sayang parents.

lagi terasa bila pikir, nanti aku graduate arwah takde sedangkan sebab mak ayah akulah aku amek medic. bila kahwin nanti takde arwah mak untuk sama-sama kongsi hari bahagia aku. bila bersalin nanti takde arwah mak untuk sama-sama jaga aku masa pantang.

bila sedih, aku tension. bila tension, aku tak boleh buat kerja/study. bila aku tension, aku tak cukup tidur. bila aku tak cukup tidur, kepala aku terasa macam nak pecah macam pagi tadi. bila aku tak tau nak buat apa, aku tidur sampai makan pun boleh miss. bila aku miss makan, perut aku pun menyanyi dan sakit. dan bila aku dah makan dan kenyang, aku tidur.

aigo, memang teruk. teruk sangat-sangat. ini, aku bagitau korunk je. hahaha..jangan gatal-gatal bgtau ayah aku ekh...huhuhuhu...please, aku tak mahu risaukan dia.

iye, things are easier said than done. tapi itulah yang aku kene hadapi. kenyataan yang perlu aku hidup selagi mana nyawa aku dikandung badan. hilang seseorang dalam hidup bukan alasan untuk aku from stop living.

terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menghiburkan hati aku hari ini. terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi kata-kata semangat. terima kasih banyak-banyak. tak lupa pada cikgu noer yang memberi kata-kata semangat melayan sms aku pagi-pagi buta. hahaha..

live a happy life.

insyaAllah i will, for her.

4 comments:

Chic_Chloe said...

*hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs**hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs*
:)

fhmn111 said...

wah, 10x hugs...banyaknye...: )..hugs ko 100x..hehe

jas jamaludin said...

farah!!
chayooooooooook!!

aku juge bakal mengalami sindrom yg same..
[TABAH]!!!

fhmn111 said...

iye!!! chaiyok jas..moga kite tabah!! hehe