alhamdulillah, selesai sudah MPIS. bagus2..hehehe..
iye, seronok kan? memang seronok...makan pun sodap..alhamdulillah kenyang hingga ke habes..hehe
dan akhirnya, aku buat semula apa yang dah lama tak buat. perkara yang pernah dibuat semasa zaman sekolah bersama-sama dengan Fauzana, our beloved timb presiden BADAR (badan agama dakwah dan islamiah). duduk kat one corner kat ceruk dewan dan perhatikan ahli dewan tersebut.
aku yg memang blurr sket mengaru kepala. ape kehalnye dok corner dewan nie??huhuhu
dan beliau jawab, "dengan hanya melihat, kita dapat lihat semuanya. jelas dan nyata. sebagai peringatan kepada kita."
ooooooo.....dengan mata hati, barulah dapat melihat dengan jelas. tapi sebelum itu, maafkan aku kalau selepas ini akan mengguris/mengusik hati kawan-kawan saya. ini untuk aku sendiri, dan untuk yang lain-lain..:)
dengan hanya melihat pelbagai kerenah manusia, aku hanya tersenyum. si polan yang macam ini jadi macam ini rupanya. si polan yang aku kenal macam itu, inilah hasilnya.
aku tersenyum bukan kerana bangga. bukan kerana sinis. tapi aku tersenyum, sebab Allah masih dapat memberi "sesuatu" untuk aku kutip.
kita bertudung, bukan hanya untuk tutup rambut aje. bahagian depan tue, kene tutup juga..kalau pakai tudung dah nampak bentuk sanggul?
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad.
bergetar hati aku baca hadis ini. sebak hati aku bila teringat takut-takut aku pernah jadi sebegini. bila korunk nampak aku nak atau sudah menjadi seperti di atas, aku bagi green light awal-awal untuk 'sound' aku. direct je..nak marah, nak pukul ke pe, dont worry aku bagi. kalau aku marah balik, cakap aku dah bagi green light..
kita berpakaian cantik, untuk jaga imej diri sendiri dan juga Islam. tapi perlulah saluran yang betul...trend sekarang makin nipis makin bagus. makin ketat lagi bagus. err, macam mana tue??
adam dan hawa, jelas dalam al-Quran dan hadis, ada dinyatakan adab-adab batas pergaulan. tapi kadang-kadang kita terbabas juga. jika kita menyesal dan bertaubat, alhamdulillah. tapi kalau hati kita dah terusik, suka dan siap simpan gambar sebagai kenangan, nauzubillah. beramai-ramai boleh diterima lagi, tapi kalau berdua? aigo, confirm bersorak sakan syaitan sekeliling.
jika ramai yang diberi pilihan antara dunia dan akhirat, CONFIRM kite akan memilih AKHIRAT. tapi hakikatnya, kita tak berusaha untuk ke akhirat. kita mahukan akhirat, tapi dalam hati kita masih tetap dengan yang buah hati kita, iaitu dunia.
jom renung kembali, apa yang kita buat selama ini. mungkin sebab-sebab inilah yang menjadi penghalang kita untuk belajar, susah nak hafal, selalu ditimpa masalah dan sebagainya.
sekali lagi, aku minta maaf kalau kot-kot ade yang terguris or terusik ke...iye, aku pun 2x5 je..tapi again, tak perlu tunggu diri sendiri untuk sempurna untuk menasihati orang lain. sebab aku sayang korunk semua...hehehehehehe.....
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” – al-Ahzaab (33) : 36
No comments:
Post a Comment