yups, aku masih menanti hadiah yang dijanjikan. hahahaha...branded or cap tiruan ke, mahal murah ke, jual kat pasar malam or shopping mall ke, semuanya aku tak kesah.
sebab yang penting, keikhlasan orang yang memberi. macam dalam cerita dalam buku sastera dulu, anak murid memberi sayur pucuk paku (betul ke?) kepada cikgunya sebab itulah yang dia mampu. itulah hadiah yang paling bermakna.
kenapa aku letak syarat? tak mahu itu, tak mahu ini? sebab itu adalah kebendaan. yang tak akan kekal ke akhirat.
kalau aku mintak itu ini, maknanya aku bergurau. hahaha. terkejut jap tadi bila gurauan jadi betul-betul. hamek ko..bersalah tahap giga!! huhuhu..papepun, terima kasih banyak-banyak pada mereka. gembira dan terkejut tapi peringatan diri sendiri supaya lebih berhati-hati dalam bergurau.
yang aku mahu, sehari dalam hidup anda untuk kita luang masa bersama. sebab itu sahajalah masa yang ada, yang akan dikenang for the rest of our life. sehari sahaja, please. kalau nak berhari-hari lagi bagus. hehe
yang aku mahu, doa daripada sahabat agar ukhwah kita terus utuh.
yang aku mahu, peringatan dan tarbiyah agar kita dapat masuk syurga sama-sama.
bolehkah aku dapat hadiah aku? ^___^
No comments:
Post a Comment