Wednesday, January 26, 2011

mati


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam" [al-Imran;102]

Bila mati disebut dibibir
tiadalah melainkan getaran yang dirasa
Bila mati di fikiran
tiadalah melainkan memikirkan dosa yang lalu

Aku bertanya pada empunya diri sendiri
"Engkau sudah bersedia?"
Tiadalah melainkan titisan air mata mengalir

Menadah tangan merendahkan diri
Agar dosa-dosa yang lampau diampuni
Menadah tangan menangis teresak-esak
Agar taubatku diterimaMu

Ampunkan segala kesalahan aku
kerana tidak menjadi hambaMu yang taat
kerana tidak menjadi anak yang solehah
kerana tidak menjadi sahabat yang menyenangkan
Ampunkan aku


Lahir dari hati
dengan sayu bertandang

~fhmn111~

1 comment:

shafeeqa said...

SUKA ENTRY NI..:)))