Wednesday, June 30, 2010

school vs hereafter

salam alaik..

I just wanna share with you that we can ponder together....insyaAllah..

In school, you can often redo your exam if you fail. In the hereafter, if one fails there is no going back.

In school, you often do not know what questions will be asked. In the hereafter, there are only 3 questions: Who is your Lord? What is your Deen? And who is this man who was sent to you? But the answers are answers you live by.

In school, we stay up at night to prepare for the exam the next day. So too in Allah's exam, we should be staying up in night prayers.

In school, we pray and hope and work for an outstanding mark. So too should be our attitude towards Allah's exam.

In school, when we get a great mark, we erupt with happiness. So too will the believers erupt in happiness when they get their books in their right hands. Work for it.

In school, when we get a bad mark, sadness can be seen on our faces, and we dislike to face others. So too in the hereafter. Protect yourself from that.

During a school exam, you cannot ask anyone for help. In the hereafter, you can prepare from now to get assistance from Allah's Messenger, the Quran, and other ways of intercession.

In school, when exam time draws near, we banish distractions to focus on what is really important. In Allah's exam, isn't death within 1 heart beat? Banish distractions and focus.

In school, until exam results come out, we worry about the result. In Allah's exam, we don't know what our result will be, so we spend our days in hope and worry until the results come out.

menjamu kawan-kawan

assalamualaikum...

alhamdulillah, hari ini rezeki berpihak pada kawan-kawan aku. tengah hari tadi ayah aku call, suruh balik. ada hidangan menanti di rumah.

rupa-rupanya ayah aku masak bubur durian. sudah lama kami tak makan bubur durian selepas kematian arwah. aku hanya makan sekadarnya, cukup untuk merasa dan tidak menghampakan ayah aku yg bertungkus lumus memasak. sebab aku kurang suka pada makanan yang menggunakan santan.

aku bawak balik sedikit. risau juga tak cukup memandangkan ramai yang dijemput untuk dijamu. alhamdulillah, semua dapat merasa. andai niat kita ikhlas untuk menjamu sahabat kita, insyaAllah makanan yang sediki pun akan mendatangkan kepuasan. bukankah menghormati tetamu dan menjamu sahabat itu adalah termasuk dalam tuntutan iman?

sempat juga aku memasak maggi+telur untuk seorang kawan aku nie. dah kempunan sangat dia nak makan maggi. memandangkan dah janji, kenala aku tunaikan sebelum dituntut di akhirat kelak.

masih ada beberapa lagi janji aku yg tak tertunai. kene berusaha utk memenuhi janji nie. sbb aku bukanlah orang yang suka menabur janji tapi tidak melaksanakan. mungkin nampak remeh pada org itu, tapi janji tetap janji kan?

terima kasih kepada mereka-mereka yang menyertai "kenduri" durian tadi. maafla kalau-kalau terasa bau durian di floor kami tue. hehehe

Friday, June 25, 2010

duhai sahabatku

assalamualaikum wbt

kita dekat, tapi terasa jauh
bila bertembung, kita buat-buat tak nampak, tak kenal
bila bersembang, terasa ada jurang antara kita.
seolah-olah kau di Utara, aku di Selatan.

bila bertemu, lidah jadi kelu
diri rasa canggung
seolah-olah kita tidak pernah kenal
sedangkan kita pernah menjadi rapat

jika dahulu kita bergelak tawa
tapi kini hendak gelak pon susah
jika dahulu kita saling bertanya khabar
tapi kini semakin jarak pertanyaan khabar

menjadi sahabat tidak sukar atau senang
masa bukanlah penentunya
andai hati mula mengakui
maka bersahabatlah kita

kita bersahabat atas pelbagai alasan
tapi lagi manis bila iman menjadi alasnya
lebih kukuh ukhwah bila Allah menjadi penyebabnya
moga persahabatan kita berkekalan

kadang-kadang aku mahu bersemuka
menjernihkan segala yang keruh
tapi aku kelu untuk bertanya
apatah lagi ego menjadi penghalang

aku tak tahu mengapa perlu ada perbandingan
sebab semua orang itu berbeza
sedikit terkilan di hati
sebab kau berpikiran demikian

adakah persahabatan kita bertemu jalan akhir?
aku pon tidak tahu
andai ukhwah yang dibina ini hanya lebih mendatangkan duka dari gembira
maka izinkan aku berundur diri
kerana aku tidak sanggup lagi....
tidak sanggup untuk melukai hati sahabat aku

aku akan berusaha untuk menyambung ukhwah kita yg di ambang keretakan
tapi aku perlukan kau juga berbuat demikian
bukan senang membina ukhwah
tapi lagi payah untuk menyaksikan putusnya tali persahabatan

selamat hari bapa



lupa!!! kali ini betul2 aku lupa. lupa pada sambutan hari bapa.
tapi tidak bermakna aku lupa pada ayah aku.
sambutan hari bapa hanya peringatan kepada kita semua, supaya menghargai jasa-jasa mereka.
lagi bagus kalau kita hargai mereka setiap hari.
jika tak melalui perkataan atau perbuatan, kita perlu sentiasa ingat atau tunjukkan kasih sayang kepada mereka melalui doa.
jika kita begitu disayangi dan dibelai mesra oleh ayah hinggalah kita berumah tangga, tidak salah rasanya untuk kita membalasnya w/pun mereka sudah lanjut usianya.
apalah sangat jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka yerk?

aku rapat dengan ayah aku. w/pun dia garang, tapi aku tetap rapat dengan dia. malah lebih rapat daripada rapatnya aku dengan mak. anak ayah arr katakan..hehe

doa aku..

moga ayahku, En. Mohd Nor Mokhtar sentiasa dibawah rahmatMu ya Allah.

selamat hari bapa kepada semua ayah dan juga bakal-bakal ayah!! : )

Sunday, June 20, 2010

banyaknya

assalamualaikum..

banyak perkara yang berlaku.

1. for 3 weeks, my batch akan busy ngan OMHS. kene interview admin hospital. last week lecture, this week interview + field trip and next week presentation. muka baru dlm group. bekerjasama dgn orang baru. w/pun tak suka, kene buat dengan ikhlas. but yet, still tak bley lupakan group crp pekan. memandangkan banyak masa terluang, aku habiskan masa dgn membaca buku2 yang masih tidak terbaca sejak dahulu.

2. hati aku tak tenang. maka aku pon larikan diri daripada masalah skejap. balik ke kg tanjung karang. aman je bila telinga disapa bunyi ayam berkokok. buat ape? marathon citer korea n cina dengan sepupu aku. masak untk ucu aku. dengar nasihat daripada ucu aku. ucu aku pesan, dalam ikatan ukhwah sama ada dengan kawan, keluarga dan masyarakat, yang penting adalah keagamaan. pesan ucu lagi, alQuran dan zikir jangan dilupakan. fundamental untuk kita umat Islam.

3. hati aku tersentuh lagi. bila teringatkan segala masalah yang melanda diri. terima kasih kepada roomate aku yang paham diri aku. cepat2 dia alihkan aku daripada bercerita masalah aku. kadang2 aku lupa, yang dekat dilupai, yang jauh diingati. dan hati aku jadi lembut bila dengar suara cikgu aku, cikgu noer. hilang segala masalah. terasa bercakap dengan arwah mak.

4. semenjak pulang dari perak, biological clock aku dah berubah. tidur awal, alhamdulillah bangun pun awal. bila bangun awal, marilah kita buat apa yang patut sebagai hambaNya.

5. kepala serabut sebab kene pindah blok. admin soh pindah tapi depa tak prepare. jenuh jugala menjadi orang tengah nak settlekan bilik utk orang yg lambat beratur macam aku. kecoh kejap office bile aku dah jadi macam pengacara bola sepak. huhuhuhu...sambil tunggu, sempat aku plan aktiviti utk bdk2 pompuan. huhu..

Saturday, June 12, 2010

if you want to change, do it without hesitate


Nasib takkan diubah melainkan atas usaha sendiri
Allah tidak akan berbuat apa-apa,
kepada insan yang berhajat mengubah hidupnya,
hanya bila insan itu berusaha,
maka Allah akan menurunkan pertolongan-Nya

im sure, akan terlintas di hati korunk semua w/pun sesaat, untuk diri anda semua berubah. ada berubah ke arah yang baik, ada yang terbalik.

untuk berubah, tidak senang. it comes high water and hell when it comes to change. inside kene kuat, supaya diri kita tsabat. niat untuk berubah kene betul, agar diri kita di landasan yang tepat.

kita nie manusia yang tak perfect. tapi kenalah mencari kesempurnaan di sebalik celah2 ketidaksempurnaan diri kita. supaya kita dapat tutup lubang2 dosa yang lampau dengan pahala. agar kita dapat mendaki tangga ke syurga dengan mudah.

“Wahai pemilik hati, wahai pembolak balik jiwa, teguhkanlah hati dan jiwa kami untuk sentiasa berpegang teguh pada agamaMu dan ketaatan di jalanMu”.

berterima kasihlah

sesekali berterima kasihlah
pada payah pengalaman
kerana ia adalah
kuliah kehidupan
memberi ijazah berani
bagi mendewasakan diri

sesekali berterima kasihlah
pada luka kekecewaan
kerana parut hitamnya
telah mengenalkan
erti kesakitan
untuk membuatkan diri
jadi waspada
di perjalanan

sesekali dalam hidup
kita perlu merenung
dan berterima kasih
pada sekian banyak perkara
yang menemukan kita
pada hakikat
tak semua harapan
akan menjadi kenyataan
seperti juga
semua yang nyata adalah harapan kita

Thursday, June 10, 2010

yezza

assalamualaikum...

alhamdulillah, akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke gopeng. menunaikan janji yang tak terlunas sejak dahulu lagi..

3 hari menyelami tugas seorang guru. memang busy. kalau aku yang jadi lecturer, blom tentu aku akan seorang lecturer yang baik.

rasa gembira dapat berjumpa dgn lecturer yang banyak berjasa. dan alhamdulillah mereka masih mengingati aku yang suke sangat bertanya kat depa nie..

tenang kembali hati ini. mula bersemangat untuk study for final exam. setelah mendapat kata2 semangat dari seorang lecturer yang paling rapat dengan aku.

terima kasih kepada cikgu noer ashikin muhiddin. bagi aku, dialah lecturer, sahabat, kakak dan mak bagi aku. tak lupa pada cikgu amal zinnirah abu bakar...memang kecoh bile dok bersembang dgn cikgu2...hehehe

Sunday, June 6, 2010

Allahhuakbar!!

assalamualaikum....

satu dunia digemparkan dengan serangan Israel terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan ke Gaza. berita yang terkini, kapal yang terakhir, iaitu kapal Rachel sudahpun ditawan. mujur kali ini tiada pertumpahan darah berlaku.

tiadanya sumber internet di bilik membataskan diri aku mengikuti perkembangan terkini. alhamdulillah, aku "balas" dengan mengumpulkan semua newspaper untuk mengetahui perkembangan serangan yang tidak berperikemanusiaan ini.

dan hari ini, aku tertarik dengan wawancara bersama Tun Dr. Mahathir Mohamed mengenai isu ini. boleh baca di Utusan Mingguan, hari ini punya. dah cuba cari link di Utusan Online tapi tiada.

semua tahu, Dr. Mahathir memang terkenal dengan kelantangannya bersuara di peringkat antarabangsa. dah alhamdulillah malahan bangga diri ini, sebab Malaysia adalah antara salah satu NGO yang menyertai rombongan kemanusiaan ini.

akhirnya kita berjaya membuat sesuatu. tidak hanya lantang bersuara tanpa bertindak. dan akhirnya kita bersatu, kita berhimpun atas nama Islam. mana taknya, kita selalu berhimpun kerana berbeza pendapat, terutama dalam politik. benda yang kecik dan remeh diperbesarkan, so mana nak nampak indahnya Islam itu?

tindakan laknatullah Israel selama ini yang hanya dipandang sebelah mata oleh negara2 besar akhirnya terbuka luas. akhirnya PBB berbuat sesuatu. itupun setelah banyak negara memprotes dan mendesak.

moga Allah mencucuri rahmat sukarelawan/aktivis yang terkorban demi mereka2 yang terseksa di Gaza itu.

Tuesday, June 1, 2010

if possible

if possible, kite lupakan kebaikan yang kita buat pada orang lain
supaya kita tak menjadi orang yang mengungkit

if possible, kite lupakan keburukan yang orang buat pada kita
supaya kita tak menjadi orang yang pendendam

setuju dengan yang pertama. kite buat kebaikan untuk mendapat pahala, redha Allah. bukan untuk disanjung, bukan untuk riak.

tapi, kadang-kadang kita perlu ingat keburukan yang dia lakukan, supaya kita sentiasa beringat. supaya kita amek iktibar atau pengajaran. dan kita perlu berterima kasih kepada dia, sebab dia mengajar erti hidup yang sebenar.

mengenal mana satu yang benar, mana satu yang permata.
membuka mata kita seluas-luasnya.