Sunday, May 30, 2010

cuti oh cuti

assalamualaikum...

alhamdulillah, seronok rasanya dapat cuti. rehat segala2nya..: )

tapi tak juga. sibuk kemas rumah, sibuk memasak. alhamdulillah, majlis tahlil berjaya dilaksanakan dengan teratur. risau juga kalau tak sempat nak masak. sebab tinggal sesorang je kat umah. hailo2..mujur tahlil sekadar melibatkan ahli keluarga belah ayah. yang melibatkan jiran2 sudahpun diadakan di surau pada 7hb may lepas.

seronok rasanya dpt kemas rumah. hilang segala habuk. cuma stain yang melekat kat dinding hasil creativity batrisyia tak hilang2..huhuhu..

bila adik beradik ayah berkumpul, maka kami semua duduk bukak cerita. apatah lagi kak ita dan keluarganya baru sahaja sampai dari Arab Saudi. macam2 sambil makan manisan yg diimport dari sana.

nampaknya Ucu sebagai ketua rombongan sudah merancang percutian ke sebuah negara. wah, nak ikut. nampaknye kene kumpul duit dari sekarang. tahun lepas tak dapat ikut depa pi Indonesia sebab mummy sakit. insyaAllah tahun depan bley ikut kot. huhuhuhu



mak saudara bergambar mengalahkan anak buah!!

insyaAllah hari2 mendatang blog ini akan sunyi. sebab mula buzy ngan case summaries, exam, long case, oncall bla bla bla...lepas ini ingat akan mengundurkan diri dari dunia blogging..huhuhu..cuma tatau bile..

dan jika sesiapa yg perasan, sudah tidak update gambar kat facebook. sebab apa? hehe..sebab menghormati permintaan seseorang...so sape2 nak gambar, kenelah mintak direct..

dan sedar tak sedar, final exam makin dekat. so my batch, tingkatkan prestasi jauhkan kontroversi. dan alhamdulillah, dalam tempoh sebulan nie makin tenang untuk belajar. ganbate!!

Thursday, May 27, 2010

bulan oh bulan

salam alaik...

lihat gambar di atas.

cantik bukan? macam bulan yang mengambang malam ini.

bila pandang bulan, hati menjadi tenteram. tenang sangat.

sebab bulan adalah salah satu bukti kekuasaan Allah.

Pencipta kita yang Maha Berkuasa lagi Agung.

Subhanallah.

kalau boleh, mahu sahaja digapai bulan itu, letak dalam poket kemas-kemas.

bila tension je, boleh keluarkan dan tengok puas-puas. : )

Tuesday, May 25, 2010

sukaneka

salam alaik..

alhamdulillah, sekadar merancang..berjaya dilaksanakan..terima kasih kepada yg menjayakan "hari kanak2 ribena bergembira"

venue : belakang blok F
masa : lepas asar, sebelum maghrib

sebelum acara bermula

tiup jangan tak tiup. sedap rasanya mencari asam di sebalik tepung..

geng budak hitam

lari jangan tak lari!!

kamilah juara!!!

komitmen anda amat dihargai. terima kasih semua : )



tak lupa, pembuat air yg berjaya..hehe

Monday, May 24, 2010

kenapa

assalamualaikum...



Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat.
Hingga kita terduduk menangis
Peritnya terasa tetapi ketahuilah
dan renungilah dalam diri kerana
Mungkin air mata itu hadir kerana DIA
mahu menjahit sejadah iman
Yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar
Semoga tabah dan ditetapkan iman
ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang
DIA sayangkan kau dan aku
DIA tak pernah lupakan kita
Hidup ini ibarat mimpi
Kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad
Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman
Tetapi sebenarnya satu bentuk penyerahan diri
Dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap KetentuanNYA
Jangan lupa, pada nafas sekalipun, tersembunyi rahsia dan janjiNYA
Percayalah!
andai ujian ni sebagai salah satu sebab untuk menghapus dosa-dosaku
aku redha YA ALLAH kerana ku sedar diri ini hanyalah hamba yg lemah yg sentiasa alpa dan berdosa kpd-MU


Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat, Allah sayangkan kita
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan, bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan, janganlah hampa
Ini bukan kerana Allah bencikan kita tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan
pagi tadi aku dikejutkan dengan sms daripada seorang sahabat. moga arwah tokwan beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. alfatihah....
dan utk sahabatku itu, dan juga diri ini,
ingatlah pesanan Allah yang disampaikan melalui surah al-Ankabut 2-3 dan al-Baqarah ayat 286...

moga menjadi pengubat utk kita semua

Thursday, May 20, 2010

progression si hitam montok


perangkap tikus utk si hero


pagi2 masuk class, sudah nampak perangkap besi ini. umpan ---- ikan masin....

progression :

hari selasa ---- si hitam montok ini keluar juga. kali ini dia berlari dari satu hujung hingga ke satu hujung. yg peliknya, die suke kuar time doctor nie mengajar. kalau doctor laen, takde kuar pon. siap wat bunyi yg gile tahap oktaf. BUT, die kuar camne pon, class still habes lambat...


hari khamis ---- tak nampak si montok pon...: ( sunyi senyap class...semua mata jadi ptosis...maka betulla hypothesis aku...Dr. "A" dan si hitam montok tak dapat dipisahkan...hehe

view from oldtown bangsar. mencari kelainan utk study..


p/s : insyaAllah jika tiada aral melintang akan merantau ke negeri orang menunaikan janji...

Monday, May 17, 2010

tikus sesat di class

salam and greetings..

hari mengantuk sedunia!!!

kenapa? majoriti classmate including myself mengantuk gile mase tutorial hari ni. mata kami ala2 ptosis...separa tutup, separa celik..aku sah2 dah lentok atas bahu wan. sumbat telinga dengan earphone pon tak mahu. mata zar dah tutup separuh sudah. ida sudah menguap berkali2 hingga dengar ke belakang. faris dah macam burung belatok. presenter (bong) yg dok depan pon lentok gara2 mengantuk. chai pin yg dok depan dah selamat dah...

syok2 dengar dr. explain pasal slide presentation, tetiba mata zarina terbeliak!!!..apakah???

masyaAllah, bapak besar..TIKUS!!!


semua orang bangun serentak. ada yg control macho just maintain dok kat kerusi masing2 (aku arr tue..haha) ada yg dah angkat kaki atas kerusi. naseb baek takde sape melompat. hehe..kecoh skejap class tue. dol cuba control macho buat2 takde ape. padahal tikus de kat sebelah die je, cuba cari jalan exit. last2 die pun bangun beredar. hahaha...doctor awal2 dah tukar tempat..hehehe..

gamat betol class. kiteorang nie semua jadi segar bugar. bulat je mata semua orang. tikus tue menyorok kat belakang almari. epol n dana dah macam pemusnah binatang perosak cari kat celah2 almari tue. cepat je doctor call org maintainence soh datang tangkap tikus. hahaha

memandangkan semua org anxious, maka class berakhir awal. alhamdulillah..tak larat nak dengar slide yg banyak lagi tue. belum ditambah dgn explanation from doctor..thanks to that tikus sebab jadi hero hari ini. we owe you, tikus : )

tetiba keluar idea jahat aku.

kan best kalo kiteorang bela tikus. kalau bosan/ngantuk/lama sangat class, keluarkan tikus tue. confirm menjerit2..class pon habes awal...

HAHAHAHAHAHAHAHA

quick update




"Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan, anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah, al-Quran dan sunnah penghubung antara mukmin dan Penciptanya"

Saturday, May 15, 2010

for my sensei

assalamualaikum...

selamat hari guru @ happy teacher's day kepada semua insan yang pernah mengajar diri ini..
bermula daripada "kosong" hinggalah berdirinya insan bernama farah hanani..
daripada tak tahu apa-apa kepada berilmu pengetahuan
daripada "bertatih" hinggalah aku berlari mengejar ilmu

terima kasih kepada cikgu2
tadika anakku sayang
sek ren keb dan agama taman tasik, ampang
yayasan selangor klang + sek men convent klang
maahad hamidiah kajang
mrsm pdrm
mrsm jasin
kolej matrikulasi perak
UM
pasni insyaAllah akan ada, cuma tak pasni bila dan dimana : )

andai jasa ibu bapa tak mampu diri ini untuk membalasnya,
begitu jugalah jasa insan yg bergelar cikgu ini
banyaknya curahan ilmu yang diberikan
untuk diri ini menapak sebagaimana dia berada pada hari ini

tidak lupa kepada rakan2
anda juga seorang guru, cuma tanpa sijil
namun andai tiada tunjuk ajar daripada anda
maka diri ini tidak akan berada di mana dia berada sekarang

ya Allah ya Rabbi,
moga KAU merahmati insan yang mulia ini
moga KAU memberkati segala pengorbanan yang mereka taburkan

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicaraJ
ika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang, 1979
p/s : happy teacher's day rabiatul adawiyah muhammad fakharuddin : )

marah

salam alaik...

"mood menulis" : )

group 1 and 2-hampir setahun kami bersama
haziq, bong, kwang kok, kak syu, huey ling, kak ati, devan, qayyum, fikri, zar, epul, faris, adam,dol,
cha pin, suet woon, sharen, zahrah, ida, arina, dana, wan, ida, azzah, me, farah, cindy, yaw lim (photographer)

ini adalah keluarga besar saya. yang sama2 gembira, yang sama2 bersedih. kene puji bersama, kene marah pon bersama. sedar tak sedar hampir setahun kami bersama. dari yg tak pernah bertegur, kami saling bertegur sapa. yang tak pernah rapat, menjadi rapat. keluar makan beramai2. lebih2 lagi kami semua satu kepala.

tak mahu buat perbandingan dgn group yg lain, apatah lagi group2 yg saya pernah menjadi ahlinya. setiap group itu ada pro and cons yg tersendiri. saya pernah menjadi ahli lab 2 ( 1st and 2nd year) dan group 6 (3rd year). tak lupa group supplement. masing2 meninggalkan kesan yg mendalam dalam hati. terima kasih semua : )

tapi bukan ini mesej yg ingin dikongsikan. sementara menunggu class Prof Jesjeet, one of our friends datang bersembang.

"Aku tak pernah nampak kau marah, Farah"

Abu Hurairah r.a berkata, datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu meminta nasihat daripada Baginda. Maka Rasulullah SAW bersabda :

"Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah" [riwayat al-Bukhari]

saya hanya tersenyum. hanya orang yang rapat dengan saya sahaja tahu bagaimana expression saya bila saya marah.

bila marah, saya hanya diam. sebab saya khuatir bila saya bercakap, maka hilang segala adab saya dengan mereka. kecuali bila saya benar2/terlampau marah, maka saya akan "bercakap". pada masa itu, saya minta maaf banyak2.

bila marah, saya akan menjauhi si dia. sebab saya khuatir saya akan membuat sesuatu yg akan mengguris hati si dia. pada saya, biar saya seorang sahaja yang hatinya sakit, jangan hati kawan saya.

bila saya marah, itu tandanya saya sayang pada si dia. sebab saya mahu yang terbaik utk sahabat saya biarpun diri saya tidak sesempurna mereka.

dan jika hilang perasaan marah saya pada si dia, itu maksudnya saya sudah malas amik tahu. jika saya sudah tidak bertanya, bermakna saya sudah tawar hati dengan si dia.

tapi tidak bermaksud kita tak boleh marah. boleh, tapi dengan cara yg berhikmah. insyaAllah orang yg dimarahi itu dapat tangkap mesej yg cuba disampaikan....: )

Wednesday, May 12, 2010

pictures=words

assalamualaikum..

bila kite terasa macam ini....

dan bila kita ingat...

thinks positive..always have faith in Allah..He knows what is the best for us..ganbate!!
p/s : motivate diri sendiri dan orang lain...
and here, just wanna share with you..renung sama2, then tanamlah di dalam diri masing2..bercakap benar w/pun pahit lagi bagus daripada org yg berbohong esp kepada kawannya sendiri...

Sunday, May 9, 2010

mak oh mak



yosha, semua orang wish "happy mother's day"....
w/pun diri ini sudah tidak beribu..
nak gak wish..
happy mother's day to all mothers in this world...

alhamdulillah, sempat gak wish kat bbrp orang yg dianggap sebagai mak bagi aku...
ramai orang yg sayangkan aku rupanya..
ramai orang yg amek berat pasal aku rupanya
alhamdulillah..: )

tak lupa,
selamat hari ibu gak
kepada farina : sbb bila die dah start membebel+risau, masyaAllah..: )
tak lupe to biat gak : kuat membebel gak nie..hehehe

Friday, May 7, 2010

sudah setahun

Genap sudah setahun…

sekejap je, terasa seolah2 semalam masih lagi mendengar suara leteran…tergiang2 akan suaranya di telinga ini...terasa masih kejap tangan ini mencium tangannya…tangan yg banyak berbakti membesarkan anak2nya...

Terasa macam semalam sahaja bersembang gelak ketawa dgn dia…masih ingat lagi betapa ragunya hati dia melepaskan aku…menyesalkah aku sebab pergi juga w/pun dia teragak2 bagi permission? Manalah tau, andai aku ada di saat itu, mungkin semua ini tak berlaku. Tapi sebagai seorang muslim, yakinlah bahawa ajal maut itu sudah pon tertulis di loh mahfuz. jangan disalahkan takdir. yakin pada qada' dan qadar..

Kadang2 cemburu melihat rakan2 yg seronok bersembang dgn mak di telefon. Bermanja2 dgn ibu. Berkongsi cerita dgn ummi. Mencium dan dicium. Memeluk dan dipeluk dgn kasih sayang. Cemburu rasanya mereka masih lagi dapat merasa air tangan ibu yg diadun dgn penuh kasih sayang.

Tak pernah sekalipun bercerita atau bertanyakan pasal arwah di hadapan papa. Sbb diri ini tak mampu. Bergetar suara ini bila bercerita pasal arwah. Cepat2 aku memalingkan wajah supaya raut wajah ini tidak terlihat oleh ayah. Melihat tubuh yg makin dimamah usia itu yg hidupnya sunyi sejak kehilangan insan tersayang. Kelihatan susut badannya. Setiap lepas solat asar tidak pernah sekalipun lupa utk membaca yassin utk yg tersayang.

Terasa hilang separuh jiwa raga dari jasad ini bila dia pergi. Kosong. Sepi. Sunyi.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:" Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

Al fatihah kepada Puan Rohani binti Hassan. Semoga dilapangkan kuburnya, rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yg beriman..Amin…

sungguh....aku sangat rindukan mummy....sangat2...*sigh*

Thursday, May 6, 2010

jiwa kacau

assalamualaikum....

jiwa kacau

kalau tanye aku definition jiwa kacau ------- entahla, aku pon tatau..depends on individual utk menafsirkan sendiri.

dan bile kite rase jiwa/hati kite tak tenang, apakah yg perlu dilakukan?

"Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
HE bring ourselves from the darkness into the light
Always Be There
by Maher Zain
selangkah kita menjauhkan diri daripada Allah, seribu langkah Allah dekat dengan kita.
tepuk dada, tanya hati. pejamkan mata, agar hati kita bergoncang dan bergetar dgn nikmat Ilahi..

Monday, May 3, 2010

excuse

salam alaik...

habes satu chapter study ------ penat!!!
maen tenet ------ distraction skejap before sambung study!!!

macam2 ada alasan kan??

hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. hendak seribu cara, tak nak seribu alasan ---- credit to hurul aini...maafla yerk, aku ni mmg fail bab2 peribahasa/simpulan bahasa..

jenguk blog hilal asyraf --- berikanlah alasanmu itu kepada allah ...... teguran kepada org2 macam aku nie...syukran jazilan....alhamdulillah...

nak relate ngan medic...contohnye kan, baru2 dpt result exam cpc medicine..kebanyakan kami score average..50-59..termasukla aku

alasan ---- aku dah lama tak sentuh buku medicine. aku bukan posting medicine. aku tak study pon ut cpc sbb tak sumbang pape kat final exam.

insyaAllah kite semua akan jadi doctor next year (amin..)..patutnye semua basic things dah de dlm cpu/brain kite. prof/dr tanye je, kite jawab muntahkan semula ilmu. bile jadi HO nanti, kite akan hadapi macam2...kadang2 one patient can represent semua posting. takkan masa tue kite nak jawab, "saya tgh posting medicine, saye dah lupa pasal posting lain".

ini adalah pesanan utk diri sendiri dan rakan2 yg bakal jadi doctor juga. be a safe+intelligent doctor, not a doctor with a poor clinical skill...

nyawa seorang manusia bergantung kepada kite sebagai doctor. tapi jangan lupa, bila Allah berkata kunn fayakun, maka pergila dia menyahut panggilanNya. sebagai hambaNya, doctor hanya membantu, selebihnya terletak pada Allah SWT..: )

Sunday, May 2, 2010

hormat itu penting

assalamualaikum...

bersiaran langsung dari rumah...dlm tgh2 panas, bley plak aku selsema. cubaan namanya nie...cubaan supaya kau (yakni diri aku) berhenti mengeluh. adehh...

yeah, May dah masuk!!! bulan segala festivals kot..hahaha...segala macam hari ada. hari guru, hari pekerja, hari ibu, err..hari pe lagi?? owh ya, tambah 1 : bulan mak aku meninggal kami semua dan kembali kepada penciptaNya..alfatihah...

meh sini kawan2..nak kongsi cerita..cerita yg benar melainkan benar2 belaka..

ada sowang makhluk Allah nie..cam biasa, masuk matrik, then masuk U..tup tup dah +/- 3 years, dah graduate n maka bergelarlah dia CIKGU. dia berdebar2 ala2 palpitation tunggu surat dari kementerian nak letak dia ceruk dunia mana utk die wat praktikal.

last2 die dpt matrik yg die penah belajar dulu. lega tak terkata!! at least dpt sekolah yg dia familiar. lagi satu, sama taraf ngan cikgu yg ajar die dulu..

die de jumpe satu cikgu yg pernah ajar die. pastu die tanye : "nak panggil cikgu ke kakak?"

erk....panggil cikgu or kakak???????????????

nak gelak ke nak marah?...mula2 aku gelak sampai nanges..pastu nak marah pon de..nak je aku bukak langkah silat yg pernah aku belajar + backhand kat bdk nie..

dah nama pon die cikgu yg pernah ajar kite, kenela respect. sedih woo..belajar tinggi2 masuk U tapi moral value dah hilang. cikgu yg cerita kat aku nie pon cam sedih je bunyinye..

hormatilah guru anda. cuba selak sejarah lama, terutamanya imam2 besar kita esp imam Syafie..hormatnya beliau pada gurunya sampai nak selak buku pon perlahan2 agar tak mengganggu gurunya yg sedang mengajar. tue baru selak buku, belum lagi adab2 yg beliau tunjukkan bila berhadapan dgn guru2nya. tak pernah dinaikkan suaranya melebihi satu oktaf pon..

tapi kita, kalau boleh nak selak buku melebihi 200000 Hz..nak bgtau cikgu yg kite nie baca buku..

nak jadi cikgu, senang je..pi ajar roomate korunk, takpun adik2 anda..maka jadilah anda seorang guru tak bertauliah dgn sijl : ) tapi nak jadi pendidik bukan senang tue...nak menghadap telatah sorang student pon dah pening kepala, belum lagi secara berjemaah..tak ke haru namanya???

aku respect sape yg jadi cikgu. salute them!!!! sabar dan sabar..masa cikgu bekerja cam doctor. non stop 24 hours..balik mengajar, kene siapkan reportla, tanda buku studentla..belum dikira kalau kene pi kursus..weekend plak, kene pi sekolah gak..ko kurikulum..yg best, anak murid dia sentiasa doakan mereka dalam doa mereka. macam mereka doa utk ibu bapa mereka. ada ke org ingat doctor2 dlm doa mereka??? *sigh*----- sgt jelous!!

moral of the story : hormati guru-guru anda sebagaimana anda hormati ibu bapa anda. tanpa mereka-mereka ini, kita takkan menjadi seperti yg kita ada pada hari ini..: )