Friday, February 26, 2010

rindu

salam n greetings to all... : )

sepatutnye entry ni aku post semalam lagi. sempena 12 rabiulawal. mase aku post entry ini sudah 13 rabiulawal. malah bulan pun hampir nak mengambang...malam yg aku selalu tunggu utk melihat bulan...

Rasulullah SAW.

tak perlu aku ceritakan semula sirahnya. sbb kita semua tahu. kite belajar mendalami sirah Rasulullah SAW dan zaman kegemilangan Islam semasa zaman sekolah. bezanya, adakah kita belajar dan hafal hanya semata-mata utk exam?

kite kerap menyebut nama baginda di bibir. kita mengaku bahawa kita adalah umat baginda. tapi berapa ramai yg mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan harian kita?

sunnah Rasulullah SAW tidak pernah membebankan atau menyusahkan. boleh diamalkan saban hari. tak perlu pikir panjang utk contohi mana satu sunnah baginda. contohnya, makan guna tangan dan jilat jari kita selepasnya.

berapa ramai antara kita yg hatinya bergetar menyebut nama Rasulullah SAW?
berapa ramai antara kita yg mengalir air matanya bila dibacakan sirah baginda?

tidak akan muncul manusia yg mampu menandingi keperibadian baginda. tidak akan ada seorang pon yg dpt menggantikan Rasulullah SAW sebagai kekasih hati aku.

cintaNya pada Allah melebihi segala2nya. istiqamah sujud pada Allah sedangkan baginda sudah dijamin tempatnya di syurga. malah baginda sendiri adalah kekasih Allah.

cinta baginda pada sahabat2 tidak pernah luntur. tutur kata baginda sentiasa dijaga semasa bercakap dgn sahabat. akhlaknya juga turut dijaga supaya sahabatnya tidak terguris hatinya.

Rasulullah SAW mengangkat martabat dan maruah kaum hawa di muka bumi ini. turut membebaskan kaum hamba yg menjadi satu trend pada zaman jahiliah.

tapi kita? kita sebagai umatnya..

sujud pon tak lama. sibuk mengejar hal dunia. bangun malam utk qiam pon liat. sifat kehambaan itu hilang dlm diri kita.

pergaulan dan pertuturan kita dgn sahabat pon teruk. hingga menyakitkan hati kawan kita.

maruah sebagai kaum hawa pon sudah dipijak2. jgn salahkan sesiapa sbb datangnya dari diri kita sendiri. kaum wanita sekarang sudah jauh dan hanyut.

Rasulullah SAW sentiasa mengingati kita. sebelum baginda wafat, sempat disebut ummati, ummati, ummati...Baginda turut berpesan supaya sentiasa berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah baginda.

persoalannya, adakah kita betul2 umat Rasulullah SAW....

hakikatnya, kita mengingati baginda bukan hanya sekadar berarak beramai dgn sepanduk sambil berselawat pada 12 rabiulawal sahaja. bukan bila 12 rabiulawal baru kita sibuk2 nak dgr ceramah agama, selak buku sirah nabi dan berselawat.

lebih daripada itu...setiap masa setiap hari selagi mana kita ingin menjadi umat baginda....

2 comments:

MeEr@_+Hr said...

a good entry farah! terima kasih kerana mengajak aku berfikir sejenak. semoga kita sentiasa igt pd baginda setiap masa n mengamalkan sunnah2 baginda. insya-allah

fhmn111 said...

meera!!!thanks for visiting my blog..wah, lama seh tak jumpe ko..rindu sgt2..hehe..insyaAllah, kita saling ingati..: )