salam alaik...
Rasulullah SAW bersabda :
“Mahukah aku memberitahu kamu sesuatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan ( kedudukan seseorang ) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab : Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda : “ Berlemah lembutlah kamu terhadap oprang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu”
Baginda juga bersabda
“ Janganlah kamu saling memutuskan silaturahhim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci membenci, dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak Halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya yang mu’min melebihi tiga hari”
Begitulah kawan-kawan akan perihalnya ukhuwah dan persaudaraan ini. Ukhuwah adalah sesuatu yang sangat manis. Manusia berkasih-kasihan kerana Allah. Namun, ukhuwah itu sangat rapuh dan untuk menjaganya adalah sesuatu yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Ukhuwah sangat mudah diputuskan. Sedikit perselisihan akan menjejaskan ukhuwah. Sedikit perbezaan pendapat dan pertengkaran akan merenggangkan ukhuwah. Sedikit ujian akan meruntuhkan ukhuwah yang telah lama dibina. Sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah juga persaudaraan dan ukhuwah. Sahabat-sahabat Nabi juga berselisih pendapat dan bertengkar, namun kerana Allah Taala, mereka kembali menjalinkan ukhuwah.
Apabila ada sahabat yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan kita kerana berselisih pendapat, adakah kita juga akan memutuskannya begitu sahaja. Walaupun kita mencuba tetapi tidak dilayan, adakah begitu mudah untuk kita ‘give up’ persaudaraan dan ukhuwah tersebut kerana sedikit perselisihan. Adakah nilai ukhuwah itu sangat murah untuk digugat oleh perselisihan? Mengapakah kita tidak berusaha menjaga dan mempertahankan ukhuwah? Mengapa dengan mudah melepaskannya?
Hadith Nabi berbunyi
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Pegang teguhlah pada tali persaudaraan sesama islam, walaupun diuji jangan mudah melepaskannya, pertahankanlah ia, dan sucikan ia. Bantulah rakan-rakan kita tanpa mengharapkan sebarang balasan dari nya.
Saya juga kadang kala tertanya, apakah itu ukhuwah. Adakah ukhuwah itu dibina atas gelak ketawa dan senda gurau, adakah ukhuwah itu dibina atas pengorbanan, adakah ukhuwah itu dibina atas kesusahan bersama, adakah ukhuwah itu dibina atas sebab kita mempunyai jenis pemikiran yang sama atau sekepala, atau apakah ia sebenarnya. Bagaimana ianya harus dibina dan dipertahankan?
Ramai dari kita yang suka bergelak ketawa bersama rakan-rakan dan merasakan mereka sedang membina ukhuwah. Melalui senda gurau dan gelak ketawa kita akan lebih memahami rakan-rakan kita, memahami tingkah laku dan peribadinya, namun cukupkah ia untuk mempertahankan ukhuwah kita apabila badai melanda. Ukhuwah yang hanya dibina atas gelak ketawa tidak akan bertahan kerana kita hanya memerlukan orang tersebut untuk bersenda gurau dan menghiburkan hati dan bersuka ria.
Apabila rakan tersebut ditimpa kesusahan dan tidak lagi mampu bergelak ketawa seperti sebelumnya, adakah kita akan meninggalkannya dan mencari orang baru untuk bersenda gurau? Adakah itu ukhuwah?itu ukhuwah cap ayam namanya. Benar kata manusia, kawan yang ketika susah sangat sukar dicari. Kita mungkin merasakan kita bukan manusia yang sebegitu, tapi cuba tanya diri sendiri betulkah? Pernahkah kita meninggalkan kawan kita apabila dia bersedih, bermasalah dan memencilkan diri? Adakah apabila kawan kita memencilkan diri kerana kesedihan, kita membiarkannya sendiri tanpa cuba memegang tangannya, memimpin dan menarik tangannya untuk membantu?
Atau adakah apabila sahabat kita melakukan kesalahan pada kita, kita akan segera memutuskan ikatan ukhuwah?
Atau adakah apabila sudah berjauhan kita menjadikannya alasan untuk memutuskan ukhuwah?
.............................................................................................................................................
article di atas aku copy paste utk kita kongsi bersama. untuk kite renung bersama-sama. betullah, perkataan ukhwah itu sgt mudah disebut dibibir. tapi kebanyakan kite tidak paham atau mencari nilai di sebalik ukhwah itu.
jom kite sama2 pikir, nilai dan cari erti ukhwah itu. bila kite dah betul2 paham dan bila kite niatkan atas paksi keimanan, insyaAllah kita akan rasa manisnya bersaudara.
bila baca sirah Rasulullah bersama sahabat2nya, terasa nikmat dan kuatnya ukhwah mereka. seriously aku tak tipu. malah bergetar hati ini dan terharu atas ukhwah yg ditunjukkan.
alangkah indahnya kalo ukhwah yg aku bina dgn sahabat aku macam tue.
tapi aku sentiasa berpegang pada prinsip ini :
bila kita bersahabat, jangan paksa dia menganggap kita sbg sahabat dia. cukupla sekadar aku menjadi pemerhati dari luar. menghulurkan tangan utk membantu, bahu untuk dia menangis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment