Saturday, February 20, 2010

akhir

Salam alaik…

Takde pape pengisian utk dikongsi sebenarnya. Just nak merepek..hehe..kalo nak baca, silakan..kalo takmo, takpe3…: )

1. Kalo korunk perasan, beberapa hari nie langit sangat lawa dan cantik esp waktu malam. Bulan pun lawa. Bintang cerah sangat. Kalo siang, waktu paling best mase sunrise and sunset. Kadang2 rasa macam nak je berbumbungkan langit je (waktu malam je, kalo siang confirm bertambah gelapla aku nie). Maaf yerk, aku ni agak sentimental. Korunk bley gelakkan aku, ade aku kisah?hehe. Bila tgk bulan yg lawa, rasa cam tenang je. Hilang segala masalah atau tekanan. Subhanallah, itulah keajaiban dan kekuasaan Allah. Allah yang menjadikan segala2Nya yg ada di muka bumi ini. Cuma kita sahaja yg tak reti bersyukur dgn segala rahmatNya.

2. Mase cuti ni gak aku amek utk tenangkan hati aku nie. 4th year nie takde cuti langsung melainkan cuti raya. Sedia maklum aku kene supplement, so confirmlah takde 2bln elektif yg korunk semua guna utk bercuti sepuas2nya. Terasa nikmat betul dok umah teman ayah n babysit batrisyia 24 hours. Doakan aku tenang yerk masuk final year nie supaya aku boleh concentrate study dan graduate 2011. Pastu aku nak blah dari UM pi wat HO kat mane2. Jauhkan diri daripada insan2 yg mencoret arang kat muka aku @buat parut kat hati aku nie. Kalo diikutkan ketidakwarasan+nafsu berajakan syaitan nie, nak je aku lempang, sepak terajang maki hamun dan sama waktu dengannya insan2 ini. Tapi mak ayah aku ajar suruh bersabar. Malah dalam Islam sendiri, sabar itu separuh drpd iman. Nanti tak pasal2 aku yg dpt dosa, dia pulak free2 je dpt pahala aku. Saidina Ali pun penah berkata, “sifat menahan kemarahan itu adalah lebih mulia drpd membalas dendam”.

3. Tidak ke mana2 sepanjang cuti ini melainkan hanya pulang ke Tg. Karang sempena sepupu kahwin. Tue pun weekend. Just kene babysit batrisyia (aku dah mention kan??) Bukan setakat siang je dia melekat dgn maksu dia, hingga nak tidur pun kene ngan maksu dia. Seriously, macam jaga anak sendiri. Barulah tau betapa penatnya dan besar pengorbanan ibu bapa utk membesarkan seorang anak. Baru seorang, kalo ramai, mesti lagi penat. Sebab itu kite jgn derhaka pada mak dan ayah kita. Macam pepatah ni, seorang ibu mampu membesarkan sepuluh org anak, tapi 10 orang anak belum mampu utk menjaga ibunya. Dan satu lagi, tangan seorang ibu mampu menggoncang dunia. Sbb dgn tangannya, ibu menadah sambil berdoa. Jgn sampai ibu kita mendoakan yg buruk2 utk anaknya kerana berbuat tidak baik pada ibunya yerk.

At the end, tue je aku nak kongsi dgn korunk semua. hahaha…sape2 yg rase bace post nie merugikan, maaf yerk..sape soh baca!!hehehe

2 comments:

jas jamaludin said...

farah!! jom honeymoon!!
bilenye nie???
jom ler...

fhmn111 said...

hohohohoho..jom2...seriously ekh...