Tuesday, September 14, 2010

hari ini hari kurang kasih sayang

grr...nak balik kampung!!


bak kata zurah,

"cuti raya terpendek sepanjang hidup tapi mungkin terpanjang untuk kali terakhir"

atas nama pengorbanan mengejar title "Doctor" yang sememangnya tidak diminati aku melainkan demi parents, maka bertapaklah aku di tanah UM yang banyak construction nie.

atas nama title "medic student" yang sememangnya mendera jiwa aku untuk 5 tahun, maka di sinilah jasad aku berada, menghadiri class sedangkan aku boleh je nak ponteng sesuka rasa. tapi teringat perkataan TANGGUNGJAWAB, meremang bulu roma aku nak pikir jawapan pe nak diberi di akhirat kelak.

jasad di sini, sedangkan jiwa aku di tempat lain, bersama keluarga. cewah, hahaha

hari ini hingga minggu depan, tinggallah aku seorang sebatang kara. mereka semua pulang ke Kelantan, beraya di sana. dan aku hanya berkesempatan beraya dengan saudara mara di sebelah mak melalui panggilan telefon sahaja. sob sob sob...

tapi takpe, hari ni gak aku akan beraya bersama-sama pakcik makcik sepupu papat anak buah sebelah ayah kat rumah pak long..yippi..: )


" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

2 comments:

Aina Liyana said...

aiyaakkkk siyuss la kak, sdey bace en3 ney, huuuu.
btw, selamat hari raya ye. maaf zahir batin.
ily =,=

fhmn111 said...

cet, sedey je kak? tau arr balik kg..huhuhu...weh, bile nak datang umah? bgtau awal2 dulu..weekend nie baru papa balik..cakap kat mak, tunggu kak farah datang..hehehe...sediakan duit raye skali..hehehe