Wednesday, September 15, 2010

detik SKEMA bermula

assalamualaikum n greetings

mulai saat ini, saya mahu jadi SKEMA!! maka entry ini dipenuhi dengan ayat-ayat yang SKEMA. hehe

saya mahu menjadi SKEMA ikut versi Allah dan Rasulullah SAW. satu malam, tiba-tiba fikiran saya disesakkan dengan satu pertanyaan. penyoalnya adalah diri saya sendiri, maka penjawabnya adalah diri saya sendiri..

mulai sekarang jua, saya mahu isi lompang dan longkang dalam amal ibadat saya. kukuhkan yang asas, dan perbanyakkan yang sunat.

saya juga mahu menjadi SKEMA, sebab final exam saya sudah dekat. bulan 3 tahun depan menjadi detik keramat saya, sama ada saya boleh menjadi doctor atau tidak. saya sudah rasa bagaimana susah dan senangnye bila kene supplement. maka saya sudah tidak mahu ulangi semula.

saya sudah pon merancang jadual study group saya. dan saya juga tidak mahu ponteng kelas tanpa sebab yang munasabah. hehehe..moga saya berjaya : )

biarlah saya menjadi SKEMA. asalkan SKEMA ikut garis panduan yang Allah tetapkan.

"Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik" [ al-Isra : 19]

insyaAllah..mari kita bersama-sama ke arah itu..: )

No comments: