Monday, September 13, 2010

celoteh di pagi syawal


assalamualaikum n greetings...: )

Saban tahun syawal datang dan pergi. Sebulan tempoh syawal, orang akan pulun beraya sakan. Maka yang merana adalah perut sebab dipenuhi dengan makanan yang serba serbi. Yang seronok mestila budak budak. Kocek mesti penuh dengan duit raya. Dalam diam, dah pikir macam macam nak watpe dengan duit tue. Hehehehe

Tahun ke dua beraya tanpa kedengaran riuh rendah suara arwah mak. agak syahdu tapi tidakla sampai sedih bebenar. yang hidup pasti akan mati, itukan janjiNya.

kali nie diganti dengan suara aku je yang naek dua tiga oktaf berpanjang panjang harakatnya. Kali ini aku yang memikul segala beban amanah untuk menguruskan rumah. Seminggu cuti seminggu jugalah aku kerah semua tenaga manusia tak kira muda atau budak tiga tahun untuk kemas rumah. Habis habisan menggempur setiap dust yang cuba maen hide and seek kat setiap ruang di dalam rumah. Belum ditambah dengan nak pikir langsir mana nak ditukar, lantai untuk di mop, rumah untuk di vacuum, dapur untuk berasap, menu untuk dijamah.

kenapa aku menyibukkan diri sepanjang cuti nie? sebab dah jadi tanggungjawab aku kot.

Tanggungjawab, itu amanah. Bukannya setakat words yang panjang lebar yang laju je mulut kita nak sebut. Tanggungjawab, bukan senang nak pikul andai kita tak endah tak endah. Lari laju macam Usain Bolt pon masih lagi terikat dengan tanggungjawab. Selagi kita semua masih bernafas, bergelar manusia, secara automatic memang akan tersedia tanggungjawab di atas bahu kita nie.

Tanggungjawab, andai diberi ke atas sebuah gunung, nescaya gunung pon akan hancur. Sebab dah kene tanggung, kene pandai menjawabnya di akhirat kelak. Nanti tak pasal-pasal kaki kanan nak melangkah ke pintu syurga, tapi kaki kiri tersekat kerana tidak menunaikan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

Maka jatuhla tanggungjawab ke atas aku memandangkan aku seorang sahaja suri di rumah itu.

Maka jatuhla segala pertanyaan “mana pinggan mangkuk tue?” “ mana kain lapik meja nie?” “nak makan apa raya nie?” “ nak masak pe?”… belum ditambah nak melayan kerenah abang abang yang perasan depa masih umur dua tiga tahun merengek nak makan itu, makan ini. Dahla demand, selera besar, komen macam macam pulak tue.

nape kuah kacang ko macam tak cukup cili?”..padahal air mata aku dah meleleh sebab pedas gile. Agaknya perut depa besi kot. Pasni aku ‘tumpah’kan satu bekas cili mesin padan muka..hehe

nape cookies ko laen macam je rasanye?”….orang suruh order tak mahu..bile dah buat komen sesedap rasa je. Padahal dah tiga empat cookies selamat masuk perut ..ish ish ish..

nape tooping cake ko keras semacam je?”..padahal dah separuh cake tue selamat telan dan berperang dengan en. Juice dalam perut.

tapi seronok. Sekurang-kurangnya depa habiskan gak pe yang aku masak. Hehehehe..

mungkin sebab kecik dah terbiasa beraya di Kelantan yang raya aidiladhanya jauh lebih meriah daripada raya syawal, maka dah biasa kot sambut sederhana sahaja. Mendengar takbir sudah pasti sebab sunat di pagi raya.

Mungkin kami sambut tak semeriah yang lain, tapi kami bahagia. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan harta benda yang banyak dan rumah yang besar macam istana. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyuman gelak tawa riang gembira.

Definisi hidup bahagia nie hanya diri sendiri je yang dapat tafsir.. : )

No comments: