Friday, September 24, 2010

ber-bling bling


assalamualaikum n greetings...: )

WARNING!!

this entry is nothing..saje nak mumbling rumbling tumbling dan ber-bling2...but im trying my best to put some info even though info tue hanya sekecil kuman yang memang tak ternampak dek mata kasar kita semua. it would be such a waste kalau korunk bace but gain nothing. hehe..so kalau nak bace gak, please, bear with me k..: )

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th hour."

it is only a sentence. tapi pada aku, cukup dengan garamnya, gulanya, rempahnya. pendek kata, secukup rasa untuk kita renung dan berfikir. niat yang baik, tak harus untuk ditangguh. harus seiring sekata dengan perbuatan. takut-takut Allah mencabut nyawa kita, tanpa sempat kita nak bertaubat atau berubah.

change on the 10th hour please? if possible, lagi awal lagi bagus. sebab kita tak tau bila kita akan mati.

insyaAllah..

"masjid sebagai tempat untuk umat Islam beribadat"

yup, it is true. tapi cuba pikir dalam-dalam. masjid itu lebih daripada sebuah bangunan yang ada bulan dan bintang, lebih daripada sebagai tempat untuk kita mendekatkan diri pada Allah. boleh jadi masjid itu sebagai tempat untuk kita berkumpul. boleh jadi sebagai tempat untuk kita belajar ilmu fardu ain dan kifayah. boleh jadi sebagai landasan untuk kita buat pelbagai aktiviti sosial selagi mana tidak bertentangan dengan garis panduan yang ditetapkan.

tapi pelik sepelik-peliknya, apabila wujud satu "kasta" untuk surau. surau ini, khas untuk orang yang ada pangkat ini. surau ini plak, khas untuk golongan ini sahaja.

geram betul. moga orang yang membahagikan surau-surau itu "nampak" dengan jelas erti sebenar masjid/surau itu.

"open houseS"

raya + open house = kena datang.
baek punya equation. hehehe..berderet-deret dapat invitation. most of them, datang daripada rakan-rakan. thanks guys. ada gak dari jiran tetangga. kalau saudara-mara pupu papat, tak payah invite memang aku akan serbu buat muka tak malu je. hehehe

insyaAllah, andai tiada aral melintang berazam nak penuhi jemputan.

"sakit itu insyaAllah sebagai kifarah dosa kita yang lalu"

kat ward bersalin, kebanyakan ibu-ibu SMS (single mother status), cepat dan senang nak bersalin. tup tup tup, anak dah nak terkeluar. maka kelam kabutla kami semua nak menyambut. tak payah nak jerit merit sampai naek dua tiga oktaf suara nak encourage ibu supaya meneran. memang sekejap.

dan bila dibandingkan dengan ibu ibu yang laen, bukan SMS, masyaAllah. derita sungguh bagi kami dan ibu ibu. ibu derita menahan sakit dan nak meneran. kami derita melihat dan nak menyuruh ibu meneran. kadang-kadang terasa macam boleh pekak telinga dengar semua insan menjerit. dan bila semuanya berakhir, "i can feel joy in this room". hehe..ibu menangis gembira.

n thanks to my partner during my obs oncall.

mungkin sakit nak bersalin itu adalah kifarah dosa-dosa kita yang lalu. setiap contraction pain insyaAllah akan menggugurkan dosa ibu.

doakan ibu ibu SMS mendapat hidayah kelak. insyaAllah..

and below, just a teaser.. : )


4 comments:

Ilyas Syafiq bin Darul Ridzuan said...

yer...tu sebablah syurga dibawah tapak kaki ibu...tapi syurganya isteri pada suami plak...=)

fhmn111 said...

betul2..dan sebab itulah Rasulullah SAW mengangkat martabat kaun hawa...sakit mengandung dan bersalin memang tiada tandingannya....maka, kamu dan kaum adam yang laen, jadilah suami yang baek ekh..hehe

Ilyas Syafiq bin Darul Ridzuan said...

saya akan jadi suami yang baik...dtgnya Islam mengankat martabat kaum hawa...cuma zaman sekarang nie pening dah..teruk lagi dr zaman jahiliah..baik lelaki mahu perempuannyer..nauzubillahi min zalik

fhmn111 said...

insyaAllah..bertuah tue sape dapat jadi isteri kamu..hehe..haah, sekarang nie baek adam atau hawa, masing masing sudah "jauh". minta dijauhkan, insyaAllah..